alonganaz

Archive for December, 2009|Monthly archive page

Raja Adil Raja Diakur..Raja Zalim Raja Ditegur

In Isu Semasa, Politik on December 24, 2009 at 3:06 am

Dibawah ni bukan tulisan aku sebaliknya adalah tulisan seorang tokoh yang aku kagumi cara pemikiran dan tulisannya iaitu  Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Aku bersetuju dengan pendapat bahawa orang Melayu berada dalam keadaan yang selesa kerana status yang terjamin dalam perlembagaan serta adanya Raja2 Melayu sebagai simbol ketuanan Melayu (aku tak setuju sebenarnya) di Malaysia.

Malah kewujudan sistem feudal dan kasta seperti pangkat dan gelaran yang semakin tidak relevan juga mempengaruhi minda bangsa kita.Malah gelaran yang seperti Dato dan sebagainya bagaikan sudah menjadi bahan lawak jenaka bila dikurniakan pada entah siapa2 yang entah apa jasanya pada orang ramai selain kekayaan diri sendiri.

Berfkirlah dengan akal yang waras.

__________________________________________________________________________

Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu. Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya.

Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam. Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula.

Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja. Firman Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli. Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.

Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat. Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam. Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan. Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja.

Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini. Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”. Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam.

Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka. Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut: “Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka. Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini? Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Iklan Penipu

In Isu Semasa on December 23, 2009 at 2:35 am

Iklan diatas aku capture dari sebuah laman web.Kalau tak nampak tolong besarkan dan antara salah satu yang tertulis pada ruangan iklan tersebut adalah ‘Kerja Mudah..tidak perlu kerja keras dapat duit.Sila Klik’.

Iklan tersebut mungkin dapat menarik perhatian orang yang suka melakukan sesuatu dengan mudah dan ini salah satu penyakit bukan sahaja pada bangsa Melayu tapi pada kebanyakan orang lain juga.Apa ada jalan yang begitu mudah untuk mendapat pendapatan dengan mudah selain merompak..? Aku tak menyangkal potensi bisnes pada syarikat yang mengiklankan iklan tersebut tapi perbuatan memancing minda pembaca ‘sesuatu yang mudah untuk dapat wang tanpa kerja keras’ perlu dihentikan.

Sampai bila bangsa Melayu mahu berangan2 untuk goyang kaki dan menunggu duit jatuh dari langit.Maaf..aku tak percaya ada satu bisnes pun yang akan untung tanpa perlu kerja keras.Iklan2 sebegini hanya merosakkan minda sahaja pada mereka yang tidak mahu berusaha.Jika perniagaan semudah itu tentu dah ramai yang kaya.Mungkin plannya sahaja yang mudah tapi hasilnya bergantung pada usaha kita sendiri.

Pernah juga aku terpengaruh dengan iklan sebegini dulu..tapi kita perlu belajar dari kesilapan.Berhati2 dengan apa yang kita harapkan..Tiada orang yang berjaya tanpa memerlukan kerja yang keras dan bersungguh2.Mungkin masih ramai bangsa Melayu yang bersikap sebegini..maka sebab itulah iklan sebegini masih muncul.

– anaz –

Krisis Dubai Keangkuhan Bangsa Arab

In Islam, Isu Semasa on December 22, 2009 at 8:42 am

Siapa tidak kenal dengan Dubai iaitu salah satu bandar yang membangun dengan pesat walaupun berada di tengah padang pasir.Malah terlalu banyak yang dilaburkan untuk membangunkan projek mega di Dubai agar membangun sama gah dengan bandar di negara barat.

Mungkin kerana kekayaan yang melimpah ruah akibat hasil minyak semata2 maka ahli2 Bisnes di Arab terus berusaha membangunkan bandar Dubai dalam masa yang singkat.Malahan mereka membina bangunan yang tertinggi di dunia iaitu Burj Al Dubai.Benarlah hadis rasulullah SAW yang mengatakan bangsa Arab Badwi ini akan berusaha dan berlumba2 untuk membangunkan bangunan tinggi.

Dalam masa yang sama walaupun ramai yang kaya raya..namun masih terlalu banyak masyarakat arab yang hidup miskin seolah2 taraf hidup yang semakin tidak seimbang.Lihat apa yang terjadi sekarang..? Banyak projek mega di Dubai terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana dan kerajaan Dubai terpaksa menanggung hutang yang terlalu banyak.Lupakah hakikat bahawa projek seperti itu dibangunkan diatas padang pasir yang tandus..?

Benarlah..bangsa Arab juga adalah bangsa yang angkuh dan kerana itu Allah SWT turunkan rasul dikalangan mereka.Jika dilihat pada sejarah para nabi dan rasul ini diturunkan pada umat yang kuat menentang dan mengingkari perintah yang diturunkan oleh Allah SWT.Pembangunan Dubai menyebabkan ahli perniagaan dikalangan mereka lupa pada prinsip permintaan dan penawaran.

Pengajarannya kita sebagai manusia janganlah terlalu angkuh dalam bersaing sesama manusia.Terima hakikat dimana kita berpijak dan bangunlah bumi yang kita pijak itu sesuai seperti mana persekitarannya.Belajarlah dari kesilapan bangsa Arab di Dubai yang terlalu rakus dari hasil wang kekayaan mereka sedangkan banyak lagi manusia memerlukan bukan sahaja dibumi mereka..malah saudara2 kita dibumi Palestin yang memerlukan.Ini juga boleh jadi bala Allah SWT..mereka melupakan yang memerlukan tapi bekerjasama dengan negara2 Barat dalam membangunkan bumi para Anbiya yang sepatutnya bersih dari segala propaganda yang angkuh.

– anaz –

Burj Dubai

Multilevel..Bisnes yang Dibenci.

In Peribadi on December 19, 2009 at 5:14 am

Pertama kali aku diperkenalkan dengan bisnes Multilevel adalah semasa aku di dalam semester satu.Dan waktu itu aku menolak..dan kenapa..? Kerana mentaliti yang menyamakan bisnes itu sama dengan jualan langsung dan perlu kesana kemari menjual barang.Bagi aku ketika itu ialah ego yang mengatasi segalanya dan kerana merasakan keluarga aku sudah senang dan aku tidak perlu bersusah payah mencari duit semasa aku masih belajar.

Dan itulah salah satu faktor yang menjadikan bangsa Melayu sering gagal dalam mencapai matlamat hidup..iaitu cepat menolak sebelum mengenali dahulu sesuatu perkara..dan membuat kritikan dan pandangan kemudian.Sekarang umur aku sudah 22 tahun dan bakal menginjak ke 23 pada tahun hadapan..dan aku mula sedar dan menilai kekurangan diri.Peluang untuk kita berjaya sebenarnya ada dimana2 cuma kita yang perlu bijak dan cepat menangkap peluang itu sebelum disambar orang lain terlebih dahulu.

Dan sesuatu yang aku benci dulu..dah mula aku dekati.Aku tidak mahu menjadi manusia yang hanya tahu memberi kritikan negatif tanpa sebarang insiatif untuk mengenal sesuatu perkara itu.Baru sahaja aku melibatkan diri dalam bidang multilvel dan apa yang aku dapati bisnes berasaskan networking ini memang bagus dan boleh pergi jauh.

Cuma pandangan negatif orang itu sukar dikikis dan kenapa..? Kerana yang paling utamanya adalah cerita negatif dari orang yang pernah gagal dalam bisnes multilevel ni sendiri.Kata mentor aku..ini sikap bangsa Melayu..yang biasanya bila dah terjatuh atau gagal..dia akan terus kecewa dan menyalahkan takdir tanpa mahu belajar dan menilai kekurangan sendiri.Malah menyalahkan orang lain kerana kegagalannya..dan kerana cerita negatif dari mereka..menyebabkan bisnes multilevel ni dipandang hina dan negatif.

Salah satu sebabnya kerana mentaliti sebab aku pernah cuba mengajak rakan aku ke taklimat multilevel..dan dengan angkuhnya dia berkata ‘sorilah bro..aku benci bisnes yang tarik2 orang ni..aku tak pandai’.Aku mahu bertanya pada kalian..apa jenis perniagaan kah yang tidak memerlukan kita melakukan networking dengan orang lain atau dalam bahasa mudahnya mencari orang..? Semua perniagaan memerlukan kita mencari orang..semua perniagaan memerlukan kita mengeluarkan modal pada peringkat permulaan.

Ijazah aku tak memastikan aku berjaya pada masa hadapan..dan bagi aku ijazah/diploma yang aku atau kita semua pegang belum tentu menjamin kita mempunyai kehidupan yang selesa dimasa hadapan.Ibu dan arwah bapa aku dah mengeluarkan berpuluh ribu dari aku kecil sampai besar untuk belanja pendidikan aku..dan bila aku keluar dari kolej/universiti berapa sangat gaji permulaan aku..? Hanya sekitar rm1500-rm2500 sahaja.Tak balik langsung modal yang mereka keluarkan untuk aku.

Semalam aku ada seminar di Kepong berkenaan bisnes networking ni..dan aku perhatikan hanya aku sahaja anak muda yang ada disitu..dan yang lain semua makcik dan pakcik tua.Kata mentor aku yang dah bertaraf jutawan tu pada aku..dia kecewa kerana orang Melayu hanya punya kesedaran untuk berusaha berniaga bila umur sudah lanjut..dan anak2 muda Melayu pula terus hanyut bila anak Cina berusaha keras dari muda untuk maju dari sudut ekonomi dan pelajaran.

Tapi dia bangga bila aku punya kesedaran untuk berniaga walaupun umur aku baru 22 tahun.Kata aku ‘ abang..anak yatim macam saya ni tak boleh nak berapa enjoi..harta yang arwah ayah saya tinggalkan pun lama kelamaan akan habis..bukan makin banyak’.Semoga Allah SWT beri kekuatan pada aku untuk terus maju kehadapan..dan setiap langkah yang aku ambil akan mendekatkan aku dengan puncak kejayaan yang diredhai oleh Allah SWT.Aku pun anak muda punya rasa nak enjoy..keluar berfoya2 masuk kelab hujung minggu..tapi kita semua kena matang dalam berfikir.

Melayu makin jauh ketinggalan kebelakang betul kan..? Kita yang perlu majukan bangsa Melayu dan timbulkan kesedaran pada bangsa Melayu utntuk terus bersaing dalam bidang ekonmi dan tidak bergantung pada DEB atau kuota kerajaan semata2.Buka mata seluasnya dan lihatlah dunia disekeliling kita.Jangan dimasa hadapan nanti kita akan merana kerana keputusan yang diambil oleh kita hari ini.Kata mentor aku yang membangkitkan semangat aku semalam ialah ‘ Naz..abang akan pastikan tahun hadapan Naz akan mampu jadi jutawan muda..paling kurang pun abang akan didik Naz sendiri untuk mahir selok belok dalam dunia perniagaan dan mampu bawa BMW 5 series sendiri..’.Hehe..

AMIN..!!

Angkara Yahudi..?

In Islam on December 17, 2009 at 9:00 am

Sebenarnya aku menyokong boikot terhadap keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis yang sudah tentu berbangsa Yahudi.Tapi apabila kerosakan yang berlaku pada bangsa Melayu dan juga umat Islam diseluruh dunia sering dikaitkan dengan Yahudi aku jadi agak menyampah.

Contohnya ‘umat Islam hari ni rosak kerana angkara jahat dan dakyah halus Yahudi’.Bila umat Islam berpecah dan bergaduh..angkara Yahudi seolah2 semua kerosakan dan keruntuhan akhlak umat Islam hari ni angkara Yahudi.

Tidak dinafikan bangsa Yahudi dijanjikan neraka kerana keangkuhan mereka sejak dari zaman Nabi tapi begitu juga umat Islam yang ingkar akan suruhan tuhan.Contohnya boikot barangan Yahudi seperti Starbucks yang hanya hangat2 tahi ayam.Dari kita asyik menyalahkan bangsa Yahudi kerana kebodohan kita sendiri lebih baik kita belajar bagaimana mereka boleh bersatu padu dan menjadi kuasa besar dunia walaupun sejarah membuktikan mereka sering dihalau kesana sini termasuklah pembunuhan beramai2 bangsa mereka dalam peristiwa Holocaust yang dilancarkan Adolf Hitler.

Kita umat Islam terutama bangsa Melayu terlalu menyalahkan orang lain walaupun sebenarnya sesuatu kerosakan tu terjadi angkara kebodohan dri sendiri yang tidak mahu berusaha..orang bodoh percaya pada si bodoh dan sebagainya.Malahan kebangkitan bangsa Yahudi bukan sesuatu yang mudah..dan kita juga boleh mengambil iktibar dari keupayaan mereka untuk bangkit.

Tidak salah untuk mengingatkan orang ramai tentang pentingnya berhati2 dengan dakyah halus rejim zionis namun untuk menyalahkan mereka secara total tanpa menilai kesalahan sendiri adalah suatu perbuatan yang kurang matang.Berhentilah menyalahkan orang lain walaupun mereka itu musuh kita sendiri.

Lagenda Taming Sari

In Isu Semasa on December 16, 2009 at 3:27 am


Keris Taming Sari yang berada dalam simpanan Sultan Perak sekarang.

Kalau dalam dunia Islam..pedang Zulfiqar adalah salah satu senjata terkenal yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Ali R.A.Pedang ini ghaib pada satu ketika dan dikatakan akan muncul dan digunakan semula oleh Imam Mahdi bersama angkatan Panji Hitam dari timur untuk menentang musuh Islam diakhir zaman. (LINK)

Manakala di dunia nusantara terutamanya alam Melayu..terdapat juga sejenis senjata yang agung iaitu keris taming sari.Keris taming sari adalah mengikut nama pemilik asalnya dari tanah Majapahit iaitu Taming Sari.Taming Sari telah ditugaskan oleh bendahara Majapahit..iaitu Patih Gajah Mada untuk membunuh laksamana Hang Tuah.Tetapi semasa pertarungan antara Hang Tuah dan Taming Sari telah memihak kepada Hang Tuah.

Kerana menghargai kemenangan Hang Tuah..keris Taming Sari telah dihadiahkan pada Sultan Mansur Syah iaitu Sultan Melaka ketika itu sebelum dianugerahkan keris itu pada Laksamana Hang Tuah.Pemiliknya dikatakan akan menjadi kebal dan keris Taming Sari juga pernah digunakan oleh Hang Jebat untuk menawan Istana Melaka dan menderhaka pada Sultan Mansur Syah.

Semasa pertarungan yang dikatakan memakan masa 7 hari dan 7 malam itu..Hang Tuah dikatakan dapat menewaskan Hang Jebat apabila berjaya merampas kembali keris Taming Sari dari tangannya.Dikatakan pada zaman kesultanan Mahmud Syah..Hang Tuah yang dikatakan kecewa apabila turun dari puncak Gunung Ledang telah menengelamkan keris Taming Sari ke dasar sungai Duyung Melaka.Kata Laksamana Hang Tuah apabila suatu hari keris ini timbul semula didasar Sungai Duyung maka itu jugalah hari Laksamana Hang Tuah akan muncul semula di Melaka.

Ada juga hikayat yang mengatakan keris itu dipulangkan semula ke Sultan Mahmud Syah sebelum diwarisi oleh Sultan Muzaffar Syah II iaitu Sultan Perak pertama dan diwarisi sehingga hari ini oleh Sultan Perak sekarang iaitu Sultan Azlan Syah.Jika benar itu ialah keris Taming Srai yang asal..hanya baginda Sultan Perak yang boleh mengesahkannya namun benar atau tidak ia yang asal..masih menjadi pertanyaan sehingga kini.

Segagah tuan asalnya Laksamana Melaka terbilang
Sarung dan hulu bersalut emas
Kesaktiannya diluar jangkaan manusia
terbang ke udara bagaikan peluru berpandu
Mencari sasaran musuh durjana
Bukan mudah untuk menghunusnya
Kalau bukan orang terpilih dan kena pada ketikanya

Menurut hikayat yang ampunya cerita
Hang Tuah malu menyembah Duli Yang Di Pertuan
Satelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang
Keris diberi kepada Tun Mamat sebagai penebus malu
Untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

Kekallah keris ditangan Baginda
Hingga diwariskan kepada Raja Muzzaffar
Sultan Perak yng pertama
Diturunkan kepada setiap Sultan
Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.


Shamelin2u.com

1Malaysia Aman..?

In Isu Semasa on December 15, 2009 at 7:40 am

Entah kenapa aku rasa agak menjengkelkan bila membaca didalam akhbar yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersangat aman..dimana rakyatnya atau pelancong asing boleh berjalan kesana dan kemari tanpa perlu apa2 rasa bimbang atau takut dengan keselamatan diri.

Jika kita seorang rakyat yang peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling..tentu kita akan merasakan semua itu hanyalah tidak sekadar untuk mempromosi kedatangan pelancong ke Malaysia.Realitinya..aman dan damaikah Malaysia hari ini..? Pernahkah dalam sehari kita tidak terbaca dalam suratkhabar kes jenayah seperti ragut dan bunuh..? Mula-mula rakyat Malaysia akan merasakan itu semua sesuatu yang luar biasa..maka apabila sudah terlalu kerap berlaku semua itu akan menjadi perkara biasa.

Bila rakyat sudah biasa dengan kes jenayah..maka sifat peka juga semakin berkurangan selagi belum terkena batang hidung atau ahli keluarga sendiri.Kadangkala kita dimaklumkan dalam media bahawa kes jenayah kadangkala menurun..namun statistiknya tetap dalam keadaan yang semakin tinggi dan meningkat biarpun kadangkala ada sedikit penurunan.

Siapa harus dipersalahkan..? Dan kita tidak seharunya menuding jari pada polis dan kerajaan semata-mata sebaliknya perlu bersama memikirkan mekanisma terbaik dalam menangani suasana yang semakin tidak selamat.Kerajaan juga harus mengkaji sehingga ke akar umbi punca segala masalah walaupun puncanya hanya sebesar sebutir nasi..! Jangan nanti kita juga akan jadi semakin huru hara seperti negara2 yang berjiran dengan kita.

Selain itu..cantas sahaja kepala2 penguatkuasa yang menjadi dalang kecil kepada punca huru hara ini.Isunya nampak kecil..tapi kalau tiada kesedaran ketumbuhan yang kecil ini lama-lama akan menjadi kanser dan ketika itu peluang untuk sembuh semakin tiada.Bila kerajaan sibuk melaungkan 1Malaysia..kita harus fikir amankah 1 Malaysia ini bila hari2 kita disajikan dengan isu2 yang menakutkan..?

P/S : Lihat LINK ini.

-anaz-