alonganaz

Archive for January, 2010|Monthly archive page

Perajurit Kecil Yang Tak Takut Mati

In Perjuangan on January 28, 2010 at 9:51 am

Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini     tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.

Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.

Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang.

Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.

Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.

Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: “Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!” Katanya, “Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani”. Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.

Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: “Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua” sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.

Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.

Sumber : Matamin02.blogspot.com

Sahabat Dari Indonesia

In Indonesia, Kehidupan on January 27, 2010 at 6:33 pm

Tadi aku menerima sms dari seorang kenalan aku dari Indonesia yang aku panggil Arman.Dalam sms dia menyebut ‘bang anaz..esok saya akan pulang ke Indonesia.Terima kasih kerana mahu berkawan dengan manusia seperti saya.Harap suatu hari nanti kita akan ketemu lagi’.

Sudah beberapa kali aku ingatkan dia jangan panggil aku abang, namun dia tetap berdegil.Ohh buat pengetahuan kalian, aku berkenalan dengan Arman semasa aku bekerja di Bandar Tasik Selatan dahulu.Perkenalan aku dengan dia bermula di sebuah masjid selepas waktu zohor.Kemudian dijemputnya aku bertandang ke rumah kongsinya dan bercerita tentang hal kedua negara dalam keadaan yang aman.

Aku marah bila dia cuma dibayar RM30 sehari sedangkan kerja yang dibuatnya terlalu banyak dan berat.Namun dia tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu kerana yang penting adalah rezeki yang halal.Aku tidak nafikan mereka warga Indonesia punya banyak kes kriminal seperti rompakan dan sebagainya namun itu hanya segelintir.Aku rasa lebih banyak masalah kriminal berpunca dari bangsa atau rakyat kita sendiri.Kadangkala mereka terdesak untuk meneruskan hidup seperti ditipu majikan dan sebagainya.

Banyak yang aku belajar dari mereka terutamanya bagaimana mereka meneruskan hidup dalam keadaan atau keperluan yang sangat minima.Mulanya ada dikalangan mereka yang tidak percaya aku sudi bercampur dengan mereka warga Indonesia namun lama kelamaan dapat juga kehadiran aku diterima.Dalam masa yang sama aku cuba menyelami hati dan perasaan mereka kerana aku mahu belajar semaksimum mungkin tentang kehidupan.Siapalah kita untuk memandang hina pada manusia lain kan..?

Buat Arman..semoga dia berjaya di Indonesia kelak.Untuk aku pula..akan cuba sebaik mungkin mencipta kejayaan di bumi Malaysia yang penuh bertuah ini..! Amin.

Panglima Awang AKA Henry The Black

In Kehidupan, Sejarah on January 26, 2010 at 7:31 pm

Panglima Awang Hitam

Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.

Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.

Angkuhnya Mereka

In Isu Semasa on January 24, 2010 at 3:07 pm

Semasa artikel ini ditulis aku baru balik dari Bukit Bintang kerana mahu menghabiskan cuti hujung minggu.Lagipun dah lama aku tak keluar berhibur sebab asyik sibuk berniaga termasuklah dihujung minggu.Lagipun banyak perkara yang perlu aku belajar sebelum nak melibatkan diri dalam perniagaan.Kadang-kadang waktu lapang aku pun terpaksa aku gunakan untuk pergi menimba ilmu dengan orang yang terlibat dalam perniagaan.

Semasa aku berjalan di Bukit Bintang tadi aku sempat perhatikan gelagat anak-anak muda sekarang.Cheh aku cakap macam aku dah tua pula..aku pun baru umur 23 tahun jer.Tapi cara berfikir sahaja yang menentukan kejayaan dalam hidup kita tak kira tua atau muda.Yang menjadi perhatian aku dah tentulah gelagat anak-anak muda berbangsa Melayu.Aku tak pedulikan bangsa lain..tapi yang sebangsa dengan aku dan lebih penting seagama biarpun hanya pada nama.

Apa yang aku perhatikan ialah betapa berlagak dan mendadanya anak muda Melayu zaman sekarang.Masih adakah istilah merendah diri dan bersopan santun dalam sikap bangsa Melayu pada generasi akan datang kalau perkara ini berterusan..? Malahan masing-masing berlumba mahu menunjukkan siapa samseng dan raja di sesuatu kawasan.Kenapa perkara ni berlaku..? apakah kerana kewujudan pertubuhan-pertubuhan di bawah tanah.

Jika benar kerana kewujudan pertubuhan-pertubuhan ini..dimanakah tanggungjawab pemimpin-pemimpin bergelar abang long atau kekanda tunggak dalam mendidik adinda-adinda dalam jemaah mereka..? Kalau aku boleh mendidik ahli-ahli jemaah aku untuk bersikap merendah diri kepada orang lain kenapa tidak boleh orang lain lakukan.

Ada satu kes di kolej aku..kerana perempuan pun boleh bergaduh sampai pukul ramai-ramai dalam bilik.Yang menghairankan kerana seorang perempuan boleh bergaduh lelaki ramai-ramai.Dimana otak mereka ni..? Macho ker..? Kalau berbaju aku nak nasihatkan sekolah sampai habis.Jangan kata tentang perjuangan kalau diri sendiri pun belum habis mengaji kitab-kitab yang patut ditimba isi dan luarannya..tersurat dan terisratnya..putih dan merahnya..atas atau bawah.Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku cabar mereka ni untuk bertempur satu lawan satu..tapi pesan guru aku..tetap akan aku cuba pegang dengan sebaiknya.

Kenapa anak Melayu sehingga satu tahap tergesel bahu pun boleh menimbulkan pergaduhan sehinggan melibatkan orang luar..? Jika dikaji sikap mereka ini..mereka hanya berani bila ramai tapi bukan bila seorang.Ataupun berani tidak bertempat tapi kosong isi diluar dan dalam.

Masing-masing mahu berebut dapat nama..dapat pangkat dan sebagainya.Kenapa kejar semua tu kalau sedikit pun tak mendatangkan faedah.Malah ada yang sanggup makan bangsa sendiri untuk mengejar semua tu.Nasihat aku pada ‘abang-abang besar’ ni..berhentilah berlagak dan mendada atau tunjuk samseng pada sendiri.Lebih baik kita fikirkan macam mana nak menyatu atau membangunkan ekonomi dan silaturrahim bangsa Melayu.Jangan terus jadi manusia bodoh yang cuma berbangga dengan puak yang ramai.

Kalau tak puas hati..silakan dengan cara yang beradab.Buka satu..kita balas dengan dua.Tidak perlu buka dua belas dengan kedua belah tangan.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang merendah diri..Allah akan mengangkatnya.Barangsiapa yang menyombong diri..nescaya Allah akan merendahkannya”.

“Barangsiapa yang membesarkan diri dan beraksi angkuh dalam jalannya..dia akan menemui Allah sesudah mati dalam keadaan Allah murka terhadapnya”.

Khalifah Sejati

In Fisabilillah, Islam on January 22, 2010 at 6:32 pm

Salam..
Bukanlah tujuan aku menulis untuk menunjukkan yang aku ini tahu segalanya berkenaan tanggungjawab seorang khalifah dalam memimpin jemaahnya kerana aku juga insan yang bodoh dan hina..yang masih perlu belajar banyak perkara dari orang lain.Tapi tujuan hanya untuk berkongsi dan memberi pendapat atas apa yang aku lihat disekeliling aku.

Banyak kerosakan yang terjadi hari apabila seseorang dilantik untuk menjadi pemimpin atau ketua gagal dalam mendidik ahli yang sepatutnya dibimbing.Maka lahirlah perasaan riak..angkuh dan sombong pada manusia lain yang dirasakannya boleh ditindas sesuka hati.Sedangkan pergerakan didalam sesebuah jemaah hendaklah atas satu ikatan yang kuat tanpa didorong oleh perasaan riak kerana bilangan yang ramai.Berapa ramai mereka yang dilantik sebagai pemimpin benar-benar jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah..?

Banyak kerana mengejar nama dan harta untuk kesenangan diri sendiri berbanding melakukan tugas membangunkan jemaah seperti yang dijanji atau dilafazkan dalam baiah.Perjuangan untuk membela agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang mudah..adakalanya memerlukan darah merah dari tubuh mengalir.Tapi jika hati kita bergantung pada Allah SWT dan mempunyai niat yang jujur nescaya akan dibantu oleh Allah SWT.Dan mereka yang mempermainkan tanggungjawab seorang khalifah itu akan menghadapi pertanyaan dariNya di akhirat kelak.

Maka pada sesiapa yang telah diamanahkan memegang tanggungjawab sebagai seorang khalifah..jalankan tugas saudara dengan sebaik-baiknya dalam mendidik mereka untuk saling menghormati dan merendah diri.Elakkan sifat takbur..iri hati dan bongkak yang menjadi punca utama perpecahan kita bangsa Melayu yang beragama Islam.Sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama yang sama..kita wajib menyatukan mereka semua dibawah satu panji hitam yang akan kita kibar di akhir zaman bagi manusia-manusia yang terpilih kelak.Wallahualam.

Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila dua orang Islam bertemu dengan pedang masing-masing maka si pembunuh dan terbunuh..keduanya di neraka.Para sahabat berkata pembunuh perkaranya telah jelas..maka bagaimana si terbunuh pula..? Jawab baginda kerana ia sungguh berminat untuk membunuh saudaranya”

Maka jawapan bagi kedua orang Islam yang saling berbunuhan kerana sengketa adalah NERAKA.

Sebuah Perjalanan

In Peribadi on January 20, 2010 at 5:47 pm

Minggu ni aku dah berhenti kerja jadi aku punya banyak waktu untuk menentukan arah hidup aku lepas ni.Perkara paling aku nak buat ialah kembali ke kolej lama aku dan hasrat tu pun dah tercapai isnin lepas.Masih juga aku berkira-kira sama ada mahu kembali menyambung ijazah aku yang tertangguh disana.Kalau ikutkan aku mahu terbang ke luar negara..tapi apakan daya dugaan datang bertimpa.Barangkali Allah SWT nak uji macam mana aku nak hadapi semua ni.Dan aku ambil keputusan untuk sambung semula pengajian menjelang bulan Jun ni.

Sementara itu..aku menunggu temuduga dahulu.Kalau ikutkan aku malas nak bekerja ikut waktu pejabat dan fokus pada perniagaan yang tengah aku jalankan.Tapi disebabkan aku baru sahaja nak bermula..maka aku ambil keputusan untuk cari juga kerja baru.Bila dah agak kukuh baru aku berhenti kerja lagi dan tumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan.Aku bukan malas atau tidak mahu berusaha..tapi aku lebih suka pada berniaga sendiri kerana aku bebas menentukan masa kerja aku sendiri..tidak terikat pada waktu pejabat yang membantutkan aku untuk memperkembangkan daya kreativiti yang ada.

Sekarang pun aku sedang banyak menimba ilmu daripada orang disekeliling aku.Aku jumpa ramai manusia yang bertaraf jutawan tapi masih merendah diri dengan orang disekelilingnya.Kata mereka dalam umur aku yang sudah menginjak 23 tahun ni lebih baik aku menimba ilmu dalm perniagaan cepat.Peluang tuhan bagi banyak..kita saja yang perlu bijak untuk sambar peluang itu selepas membuat penilaian.Yang penting jangan berhenti berusaha dan mengalah.Bila gagal..bangkit dan belajar dari kesilapan.

Kalau nak diikutkan putus asa..dah lama aku putus asa.Dari hidup senang aku hidup susah secara tiba-tiba selepas bapa aku meninggal.Aset memang banyak tapi bagaimana mahu menguruskan harta peninggalan arwah ayah aku tu yang jadi beban.Kalau dalam wang tunai mungkin boleh lagi..tapi ini dalam bentuk rumah..kereta..tanah dan sebagainya.Tapi aku kuatkan juga semangat untuk teruskan hidup.Kadang-kadang kawan nampak aku gelak, merepek bila dengan mereka..tapi dalam hati beban dan masalah yang terpaksa aku tanggung siapa tahu..? Tapi untuk menunjukkan rasa susah hati depan rakan-rakan bukan cara aku.Prinsip aku biar orang gembira dengan kita, bukan berduka.

Bulan 2 ni aku akan ke Johor Bahru untuk melihat abang seperjuangan aku iaitu Long Hayyat kahwin.Kemudian bulan 3 dan bulan 5 pun saudara seperjuangan aku kahwin.Dan bulan 5 ni aku akan ke KK, Sabah..insyallah.Tahniah buat mereka.

Berkenaan aku..tahun 2010 ni aku akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi anak muda yang berguna..dan paling penting ialah berharta.Berkali-kali aku ingatkan diri aku sendiri.Biar se’enjoy’ mana pun aku..biar ada batas.Lagipun anak muda..cuma sentiasa beringatlah biar tak tersasar dari jalan yang lurus.Kalau aku sesat jalan pun, aku mohon pada Allah untuk tetapkan aku balik pada jalan yang lurus satu hari nanti.Amin.

Sabda Rasululullah SAW :

“Kiranya kamu boleh bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan kamu rezeki, sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang kerap diwaktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali diwaktu petang dalam keadaan kenyang”.

Seni Beladiri Melayu

In Isu Semasa, Memori on January 14, 2010 at 6:47 am

Dedikasi untuk ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia..

Dah lama aku mahu menulis tentang seni beladiri bangsa Melayu di Malaysia namun terpaksa berhati-hati dalam menulis kerana apa pun yang aku tulis sedikit sebanyak akan membawa imej aku sebagai salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang aku sertai.Jadi aku harus berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menulis tentang perkara ini.

Mula-mula aku diperkenalkan dengan silat Melayu adalah semasa aku berada di semester satu di kolej.Mulanya aku kurang berminat kerana beberapa sebab seperti mempunyai mentaliti silat Melayu tidak setanding dengan seni beladiri lain, zaman sekarang zaman pistol, boleh gaduh koboi dan beberapa sebab lain lagi.Malah semasa demonstrasi untuk memperkenalkan silat di kolej pun, aku sempat membuat lawak bodoh dengan merendahkan martabat silat tersebut.Namun selepas dicabar oleh rakan aku untuk menyertai silat ini dan memberi pandangan kemudian aku pun bersetuju.Begitu juga penerangan oleh jurulatih silat tersebut membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk lebih mengenali seni warisan pusaka bangsa Melayu ini.

Sebelum itu aku cuma memandang seni beladiri bangsa asing seperti Taekwando dan Tomoi.Malah sebelum itu juga aku merupakan ahli taekwando dan pernah 3 bulan belajar tomoi dengan seorang ayahanda dari Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA)*.Jadi aku agak skeptikal dengan seni beladiri Melayu ni. *aku bukan ahli Pekida*

Namun selepas hampir setahun aku didalam silat banyak yang aku pelajari.Antaranya keindahan seni beladiri bangsa Melayu itu sendiri.Aku akan menulis berdasarkan konteks silat cekak Malaysia kerana aku ahli silat tersebut..antaranya betapa pentingnya kami berdiri lurus bukan sahaja didalam perlawanan malah didalam kehidupan.Pantang bagi kami untuk mengelak kekiri dan kekanan apabila diserang.Aku diajar apabila diserang jangan mengelak..terus sahaja ke hadapan untuk memupuk sikap berani dalam diri.Lagipun dalam Islam kita diajar berdiri diatas jalan yang lurus..Insyallah kemenangan akan berpihak pada kita.

Malah adab bersama guru juga boleh dipraktikkan didunia luar untuk saling menghormati.Didalam silat ini juga aku diajar untuk merendah diri biar setinggi mana pun ilmu kita.Sebab itu aku kecewa bila terdengar ada penuntut silat yang cabar mencabar antara satu sama lain untuk membuktikan kekuatan.Silat Melayu yang asli tidak seharusnya lari daripada ajaran agama Islam.Kita kena menghormati antara satu sama lain..dan yang paling penting bebas daripada unsur yang tidak menepati ajaran Islam seperti mantera dan jampi serapah.Aku diajar untuk bergantung hati pada Allah..bukan makhluknya.Silat cuma usaha dan tawakal kita dalam menjaga diri.

Walaupun aku seorang yang nakal dan agak liar, namun dengan silat aku dididik oleh guru dan jurulatih aku untuk mengawal diri dan bertenang dalam semua perkara..jadi aku akan sentiasa lebih beringat dan berwaspada didalam setiap kelakuan aku.

Yang mengecewakan aku apabila ada anak Melayu sendiri yang memandang remeh akan seni pusaka warisannya sendiri.Ada rakan aku kata ‘ala..skang zaman pistol kita tembak ajer’..’kalau gaduh koboi jugak cara lawan’..’ala alu tak cari pasal ngan orang..buat apa nak cari pasal ngan aku’.Aku mahu bertanya kalian..adakah Allah mengurniakan pistol pada kita..? Allah anugerahkan dua tangan dan kaki salah satunya adalah untuk mempertahankan diri.Maka disebut DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN’.Kita berdoa dengan apa..? Dengan tangan bukan..? Maka sebab itulah tangan juga sebagai senjata.Jika kita berfikir..akan ada maksud lain juga disebalik apa yang disebutkan itu.

Jika Allah SWT tak izinkan pistol itu meletup..maka tak akan meletuplah pistol itu.Gaduh koboi..? Bila kita dah lama dalam silat..kalau gaduh pun tetap akan refleks pergerakan kita dengan pergerakan silat..percayalah..aku dah alami sendiri.Zaman sekarang ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang pun belum tentu kita tak akan menerima ancaman.Lihat sahaja media hari ini berapa banyak kes jenayah seperti bunuh dan sebagainya.Apa persediaan kita..? Terutamanya orang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Jadi berfikirlah dengan mendalam..kerana terlalu indah seni beladiri pusaka bangsa Melayu ini.Pengisiannya, semangatnya, adatnya dan lain-lain.Ini yang membuatkan kita berbeza dengan beladiri lain.Tuntutlah ilmu beladiri asalkan tidak meyimpang isinya dari ajaran Allah SWT.Kita bersilat bukan kerana silat..tapi bersilat kerana Allah SWT untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Terima Kasih pada Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, YM Ustaz Haji Ishak bin Itam, Jurulatih PSSCM KLIUC Encik Zaini Marzuki dan seluruh ahli PSSCM di Malaysia.

Dari laman web PSSCM
www.silatcekak.org.my

Orang Hilang 1Malaysia

In Isu Semasa on January 13, 2010 at 3:57 am

Aku baca di harian metro tadi mengenai 39,046 warga India hilang di Malaysia.(SUMBER)
Malah Perdana Menteri pun mengulas perkara ni dengan mengatakan isu ini merupakan perkara yang dibimbangi di Malaysia.Sebenarnya bukan warga India saja yang hilang malah warga China, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Nepal, Kazakhstan, Afghanistan, Tanjung Rambutan dan sebagainya.

Malaysia boleh dikategorikan sebagai tempat orang yang hilang dan menghilangkan diri.Menghilangkan diri..? Maksud aku..? Ohh anak gadis yang menghilangkan diri ke Lombok mengikut jejaka disana bukan dikategorikan sebagai manusia hilangkah..?

Entahlah..aku pun pening macam Perdana Menteri memikirkan kemana mereka semua ini hilang dan pergi.Apa nak disusahkan sangat..kalau India hilang cari sahaja di kedai mamak tempat mereka bekerja.Kalau warga China hilang cari di Petaling Street atau rumah urut dan yang lain-lain di kilang.Apa yang susah..? Dalam masa yang sama kita bangga ramai pelancong datang kenegara ni tapi bagi aku pelancong ini akan ada yang menghilangkan diri di Malaysia.Lepas ni kita tukar konsep ‘Cuti-cuti Malaysia’ kepada ‘Hilang 1Malaysia‘ sebagai promosi pelancongan.Maka orang yang mahu menghilangkan diri boleh datang ke Malaysia untuk bercuti.

Warga Indonesia yang paling banyak menghilangkan diri di Malaysia.Walaupun hilang mereka masih boleh ditemui di Chow Kit road ataupun di KLCC sambil menghisap rokok suria dan gudang garam.Begitulah hebatnya warga Indonesia yang terkenal dengan ilmu menghilangkan diri tapi masih jelas kelihatan oleh mata kasar.

Bila duit dah menguasai segalanya..maka banyaklah agenda dan propaganda yang diberitahu untuk terus memperbodohkan rakyat yang kebanyakkannya bodoh.Sampai bila harus mengadu..? Duit kalau dah masuk poket terus senyap kan..? Haha.

Tentera Sabil Yang Ke Neraka

In Fisabilillah, Islam on January 13, 2010 at 2:05 am

Semalam aku baca sebuah kitab karya Wahab Muhammad tentang manusia yang disangkakan mati syahid kerana berjihad tetapi apabila matinya ke neraka.Aku memang suka membaca tentang jihad terutama yang berkaitan dengan jalan fisabilillah.Mereka yang berjihad kerana Allah SWT dengan cara yang benar..akan dijanjikan syurga olehNya.Aku menulis kerana melihatkan senario di Malaysia dimana ramai mengaku khalifah dalam pertubuhan-pertubuhan yang mempertahankan agama dan bangsa..tetapi tidak jujur dan faham tentang erti perjuangan sebenar.

Mengenai manusia yang disangkakan syahid tetapi akhirnya masuk ke neraka ada satu sejarah seorang tentera Islam yang berjuang bersama Rasululullah baru mati selepas berperang.Selepas kematiannya ramai tentera Islam mengatakan dia akan masuk ke syurga.Tetapi Rasulullah mengatakan dia masuk neraka dan setelah dijelaskan dia rupanya bukan berperang kerana mempertahankan kalimah Allah SWT tetapi semata-mata kerana mempertahankan bumi Madinah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan orang..sehingga kita menjadi keliru dan seterusnya kita memahami Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, ‘Arab itu Islam, Islam itu ‘Arab. Sudah menjadi kebiasaan kepada kita ucapan-ucapan seperti itu dengan kita tidak menyedari hakikat dan asal-usulnya. Kita tidak dapat menafikan bahawa perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing..tetapi perasaan itu tidak boleh dijadikan ‘aqidah dan pegangan. Yang menjadi ‘aqidah dan pegangan ialah keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Keduanya adalah mereka yang berjuang semata-mata mahu mendapat nama dan pangkat dan bukan benar-benar jujur dalam mempertahankan agama.Ini yang dapat kita lihat dalam pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang mendakwa khalifah dalam sebuah pertubuhan yang mempertahankan Islam..tetapi niat sebaliknya adalah semata-mata kerana mahu mendapt nama, pangkat dan kekuasaan dengan rakus.Memang sudah sikap manusia sangat rakus bila mahu mendapat nama.Dan neraka adalah janji Allah kepada mereka yang tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah SWT.

Ketiganya adalah mereka yang merampas harta tahanan perang untuk dirinya sendiri.

Jadi pengajarannya janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan dan mengakui diri kita ini seorang pejuang fisabilillah jika kita sendiri belum memahami maksud sebuah perjuangan terutamanya yang bertujuan untuk menegakkan agama Islam.Banyak yang perlu kita pelajari dalam menegakkan jihad fisabilillah.Jika diri sendiri belum berjihad kearah positif dan kebenaran bagaimana kita mahu mengakui kita ini didalam sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri sendiri tentera sabil..?

Cerita Seorang Salesman

In Kehidupan on January 12, 2010 at 7:15 am

Semasa sedang ‘lunch’ petang tadi tiba-tiba aku ternampak seorang salesman atau dalam bahasa Meleis (Melayu) nya jurujual sedang mempromosikan produknya.Apa produknya aku tidak berapa pasti tetapi salesman itu buat aku tertarik dengan perwatakkannya.Biasa-biasa sahaja salesman itu..pakai pun tidak berapa kemas..nak kata kacak jauh sekali tapi riak mukanya yang menjadi perhatian aku.

Biarpun boleh dikatakan produk dia ditolak oleh setiap orang yang dia tawarkan namun muka dia tetap tersenyum dan tidak menampakkan riak wajah yang putus asa.Akhirnya saat yang aku tunggu tiba..iaitu kehadirannya ke meja aku.Kalau orang lain rimas dengan salesman..aku sebaliknya.Aku mahu belajar tentang hidup dari setiap orang walaupun dia itu cuma sekadar salesman ataupun orang yang kaki hisap ganja.

Selepas dia memberikan salam..dan aku menjawab salam, dia tiba-tiba membuat simbol ‘peace’ dengan tangannya.Dalam hati aku kata gila apa mamat ni sambil tersenyum kecil dengan kelakuannya.’Bang saya datang nak promosi diari Islam kat abang’.Aku suruh dia duduk sebab aku rimas tengok dia berdiri sambil memandang ke arah aku.Aku bukan jejaka kacak ataupun selebriti untuk mendapat perhatian sebegitu kerana itu aku suruh dia duduk.Berkenaan produk tu aku belek dulu sebelum menolak..mana tahu bagus tapi aku terpaksa menolak sebab aku dah ada diari.

Lepas tu aku tanya asal mana..katanya dari kampung.Bila aku tanya tak penat ke jalan tengah-tengah panas macam ni lepas tu tak ramai pelanggan pulak dan dia cuma menjawab ‘nak buat macam mana bang..cari rezeki.Takkan saya nak merompak.Allah SWT bagi rezeki ada kat mana-mana kita jer yang perlu usaha’.Kemudian sebelum dia tinggalkan meja aku..aku beri ‘bisnes kad’ padanya supaya dia boleh menghubungi aku kelak.

Dari jauh aku perhatikan..biarpun ditolak seorang demi seorang namun dia tetap tidak berputus asa.Aku harap dia tidak putus asa..mana tahu dihadapan aku itu bakal seorang yang berjaya dalam hidupnya nanti kan..? Jadi janganlah kita memandang hina pada orang yang selekeh ataupun salesman sepertinya.Kita sebenarnya boleh belajar daripada sesiapa sahaja asalkan kita berfikiran positif terhadap orang lain.Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.Alangkah bagusnya jika semua orang Melayu bersikap sepertinya..pasti suatu masa nanti Melayu tidak akan dipadang rendah lagi oleh bangsa lain.. 🙂