alonganaz

Archive for June, 2010|Monthly archive page

Malam Di Ibukota : Erti Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Perjuangan on June 27, 2010 at 5:17 pm

Dedikasi buat kekanda dan adinda Segitiga Emas Bersatu dan adik beradik seperjuangan di seluruh negara..

Hari ini aku bangun pukul 3pm..dah lama aku tak bangun sampai tengahari macam ni tapi disebabkan aku tidur lambat semalam iaitu pukul 4am maka tersadai la aku sampai matahari dah terlebih 90 darjah di langit. Disebabkan dah lama aku tak bangun lewat macam ni maka kepala aku jadi haru biru terhuyung hayang kepeningan seolah2 mabuk laut.

Syukur juga kehadrat Allah SWT semalam sebab adik beradik seperjuangan aku sebelah Johor semua selamat kembali ke Johor selepas berada selama ham6 jam di KL. Kebanyakan mereka tiba pada pukul 9pm dan pulang sekitar pukul 5am berikutnya. Jarak yang bukan dekat dari KL ke Johor (400km) namun kerana komitmen yang tinggi..semua benda tu tak jadi hal punya.

Kepada adinda2 baru yang mengikuti blog ni (ada yang tegur semalam pasal blog..hehe).. saya ucapkan selamat menempuh ke alam perjuangan. Kita ada ramai kawan atau ahli bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati apatah lagi nak menindas orang lain. Jangan kerana kelebihan yang ada pada kita..kita anggap itu lesen untuk kita bersikap angkuh, riak dan takbur. Kita kalau nak sangat jadi samseng pun.. jangan ibarat jadi samseng kampung. Maksudnya jalan berkepak tak semena2 buat pasal sana sini. Apa yang ada..kita simpan baik2 macam kita simpan rahsia bila nak pakai baru kita keluarkan.

Taat pada pemimpin selagi pemimpin tu kita rasakan tak bercanggah dengan agama dan adat kita sebagai seorang Melayu Islam (kena sebut penuh..bukan semua Melayu zaman skang Islam ). Bila ada salah pi berbincang dulu. Kita semua bakal jadi pemimpin..dan untuk jadi pemimpin yang bagus kita kena belajar bagaimana untuk dipimpin orang lain terlebih dahulu. Jangan awal2 dah fikir nak melompat tinggi2..sebab lagi kita lompat tinggi lagi sakit dan parah bila kita jatuh. Maksudnya bersederhanalah dalam semua hal. Kuasa dan kedudukan tu kerja Allah SWT.. kalau dia bagi jalan kat kita nak dapat kuasa maka kita dapatlah. Tapi kalau belum sampai masa..jangan dok buat khianat atau hasad dengki kat orang sebab nak dapat kuasa atau harta benda. Benda ni banyak aku tengok dah.

Lepas tu bila bercakap jangan la besaq berdegaq2 kata orang Kedah. Orang tengok kita taiko bukan pasal mulut kita asyik pom sana pom sini tapi orang tengok kita taiko pasal cara kita. Prinsipnya orang hormat kita sekali..kita hormat dia berkali tapi kalau orang tu khianat kita..sengsara la hidup dia kita buat. Ini baru nama samseng tapi yang ada akal punya la..

Pesan …… semalam kita kena ingat bila duk bawah satu bumbung kita kena bersatu. Bukan semata2 bersatu atas nama pertubuhan tapi bersatu atas nama bangsa Melayu dan agama Islam. Kita bukan binatang nak bergaduh sana bergaduh sini tapi kita adalah hambaNya seorang manusia yang dikurniakan akal. Hak bangsa Melayu dan hak Islam biar seperit mana pun tetap kita kena pertahankan. Jangan jadi anak Melayu BANGSAT yang memecah belahkan bangsa sendiri dengan fitnah tanpa usul periksa. Kita bukan tuhan boleh sesuka hati tuduh orang itu ini..mata kita ada hijab. Kita bukan wali boleh tengok hati orang baik atau busuk. Kadang2 luar nampak baik dalam pulak nampak busuk. TETAPI dalam menjaga hak Melayu jangan pulak kita tindas bangsa lain.. pasal banyak yang kita boleh belajar dari depa.. Belajar dari depa tak bermaksud kita cuba jadi seperti mereka atau tiru mereka bulat2..pasal kita ada cara kita sendiri. Faham yang ni betul2..

Jagalah tingkahlaku.. kalau ada mak bapak jaga elok2. Sejahat mana pun kita mak bapak tetap kena jaga.. iman dalam hati tetap kena ada walau sebesar zarah. Bila hati tak ada iman walau sebesar zarah jangan mimpi nak masuk syurga. Macam mana nak jaga hati jangan mabuk jangan berzina la. Kalau nak mabuk atau beromen jugak.. kita kena tau la bila nak berhenti. Biasa la anak muda..aku pun anak muda jugak..umur baru 23 tahun ni..jadi aku pahamlah perangai hangpa semua.

Bawak nama ayahanda..abang long dan abang2 kalian baik2. Jangan dok jaja sana dok jaja sini.. kena pelangkung nanti menangis tak berlagu takdak sapa nak layan dah. Menangis la hang sorang2.. Jangan rasa kita lagi hebat dari orang lain..sebab kalau dah nama pun manusia..selagi belum mati.. selagi tu la ilmu dunia ka..akhirat ka..kita takkan abih tuntut. Tuntut la ilmu dunia sampai la ke akhirat.

Raja dan pemimpin2 Melayu kita tetap kena taat. Jangan sesuka hati langgar undang2 tanpa sebab..

Akhir sekali aku mintak ampun kalau ada tersalah bahasa.. teguran akan saya terima dengan besar hati. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu tetap dari saya.

Salam.
Long Anaz.


Dari Istana Ke Rakyat

In Isu Semasa on June 25, 2010 at 4:28 pm

Hari ini Sultan Johor, DYAM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan memulakan misi selama 2 hari melawat negeri Johor Darul Takzim. Turut serta adalah ahli keluarga baginda termasuklah tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris. Lebih membanggakan, Sultan Ibrahim sendiri akan membawa keretapi semasa misi Kembara Mahkota Johor 2010 ini.

Kalau ikutkan aku tak pernah berminat nak tahu cerita tentang istana apatah lagi dengan gosip2 yang kadangkala dilihat mencemarkan kemuliaan institusi beraja di Malaysia. Apatah lagi aku berasal dari sebuah negeri yang tidak bersultan atau beraja. Tapi cara Sultan Johor amat mengagumkan aku kerana cara baginda untuk dekat dengan rakyat Johor amat berlainan sekali sehingga tidak kisah makan sedulang dengan orang kampung atau tidur diatas tempat yang tidak selesa..sedangkan taraf baginda amat tinggi iaitu Sultan bagi negeri Johor.

Rasanya pemimpin2 negara kena belajar sedikit sebanyak dari Tuanku Sultan Johor bagaimana untuk dekat dengan rakyat jelata. Pada baginda Sultan Ibrahim semoga Allah SWT merahmati pemerintahan baginda dan rakyat negeri Johor Darul Takzim. Respect..!

P/s : Orang Melayu hari ini tidak sama dengan Melayu dulu..kita melihat, mendengar dan menilai para pemimpin negara. Tiada lagi Hang Tuah yang taat membuta tuli..yang ada cuma rakyat yang cintakan Sultan dan Rajanya hanya kerana kemuliaan dan kewibaannya dalam pemerintahan.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Keluarga Sultan Johor

Dari MS ke FB.

In Isu Semasa, Memori on June 25, 2010 at 10:59 am

Tadi aku buka akaun Myspace aku yang dah bersarang sebab dah berkurunaku tak buka. Seingat aku ada dalam 3 bulan jugak la aku meminggirkan akaun MS aku tu..buka pun sebab tiba2 terlintas dalam kepala hotak aku ni nak buka. Mana tahu ada mesej penting masuk ker. Akaun MS aku sekarang ni kalau tak silap adalah akaun yang ketiga atau keempat sejak dari mula2 aku main benda alah ni 8-9 tahun dulu waktu aku dalam tingkatan 3. Sejak ada akaun Facebook.. akaun MS aku ibarat habis madu sepah dibuang.

Sejarah aku main MS masa 8-9 tahun dulu.. waktu tu aku tengah layan permainan Counter Strike yang tengah popular kat kafe siber. Masa aku tengah kalah..aku rileks sekejap dan tiba2 aku perasan kawan aku kat sebelah senyum sensorang. Aku dengan penuh musykil pun bertanya ‘ hapa benda tu..? ‘. Kawan aku cakap ‘ inilah Myspace..kegunaan dia adalah untuk dapat kawan2 baru terutamanya awek2 cun ‘. Reaksi aku masa tu adalah acuh tak acuh.. sebab aku tak minat sangat benda macam tu waktu tu. Bagi aku MS dengan ruangan mari berkenalan dalam majalah URTV dan Mangga tak ada beza.. sama jer keLOSERannya. Persepsi aku mereka yang layan benda ni tak ada life dan hidup dalam kesunyian disebabkan tiada teman. Macam tu juga dengan MiRC. Lebih baik aku main game dan melepak..ataupun surf laman web Melayuboleh.com ( sekarang dah tak ada )

Tapi semua berubah..sebab satu hari chenta hati (awek) aku call..katanya ‘ syg..awak ada akaun MS tak..? ‘. ‘ Buat apa..macam bangang jer main benda tu ‘..kata aku. ‘ Buatlah satu..nanti saya tolong buatkan nak tak..? ‘. Lepas tu aku setuju jer la sebab dah dia nak buatkan. Lagipun bagus jugak..sekurang2nya aku boleh tahu jugak dia tak berskandal atau menyundal sana sini. Wallpaper pertama aku adalah band Sex Pistols..aku tak suruh pun tapi awek aku yang letak dan muzik profil yang pertama pun adalah dari band tu jugak..iaitu Anarchy In The UK. Lepas tu baru aku tukar ke lagu Redline dari kumpulan Shizuka..band Ipoh yang tengah popular masa tu.

Masa aku tingkatan 3..kamera telefon bimbit belum canggih lagi macam sekarang jadi kebanyakan budak masa tu teramatlah skema gambarnya ataupun pakai gambar artis pojaan diorang. Tapi lepas tu masing2 dah jadi gila dengan kamera digital..maka ramailah yang menjadi camwhore dengan shoot gambar sana sini untuk dimuatkan dalam laman sosial berkenaan. MS ibarat sebuah medan untuk mencari populariti dikalangan anak2 muda..dan kerana MS la banyak anak muda dah mula ambil gambar sendiri dalam tandas depan cermin dan kemudian tersengih sorang2 macam orang gila. Paling popular ialah shoot muka sendiri dari atas..mungkin sebab itu adalah angle terbaik untuk mendapatkan kualiti gambar yang maksimas. Ramainya manusia yang menjadi fotogenik waktu tu.

Bagaikan ketagihan apabila bila add kawan baru.. mereka akan tinggalkan komen ‘ thanks add..komen pict saya yer ‘. Masa tu untuk ambil hati dan mencuba nasib mana tahu dapat awek cun..aku pun komen la jugak ‘ wahh..cunnyer ‘.. ‘wahh comelnya ‘.. dan lain2 lagi. Betapa bengap dan bebalnya aku bila mengingat balik saat itu memuja2 manusia yang aku tak kenal semata2 untuk ambil hati. Kadang2 tertanya juga..apa yang bestnya bila orang puji kita hensem ker cun ker..? Apakah definisi cun dan hensem itu hanya spesifik pada gambar2 yang dipostkan di MS..?

Siapa punya frenlist yang tinggi ketika itu..atau punya paling banyak picture comment maka dia lah yang popular. Manusia ibarat sudah hanyut dan leka hidup didalam dunia fantasi ala2 ‘ Alice In Wonderland ‘ ciptaan mereka sendiri. Tapi yang bestnya masa itu aku dapat dengar dan download lagu2 free dari band2 yang aku minat dari MS. Kenangan buruk aku dengan MS aku cuma satu..iaitu kecurangan awek aku tadi. Haha biasalah tu kan.. dalam MS pun berapa ramai pulak lelaki dengan ayat manis seperti kasanova.

Tetapi anak muda ketika era Myspace dulu yang bagusnya semua menjadi kreatif dalam menghias profile mereka. Yang mana mat rempit..maka Honda Ex5 la penghiasnya. Mana budak skinhead..maka Doc Mart la penghiasnya..dan mana Mat jiwang..maka gambar bunga2 ataupun New boyz la yang menjadi penyerinya. Ada yang kelihatan menarik.. tak menarik dan lebih teruk..macam bangang.

Jangan tanya aku pasal Friendster..haram aku taktau apa2.

Hari ini masa berlalu lagi..sekejap jer bertahun dah berlalu dan hari ini semua sibuk dengan Facebook pula. Ini bukan lagi trend kebanyakan anak muda sahaja seperti MS dulu..tapi semua golongan dari bawah sampai atas sudah ada akaun FB. Ini termasuklah Perdana Menteri 1Mesia sendiri.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Lepas ni apa pula trend yang akan menyusul..sebab terfikir juga manusia ni sudah menjadi kelam kabut disebabkan mahu mengejar sesuatu teknologi baru yang datang terlalu pantas. Tapi inilah realiti dunia.. Danaku lebih suka layan blog.. Dulu bermula dari atas kertas dan sekarang sudah ke skrin komputer.

P/s : Macam mana nak letak lagu dalam FB..?

Emma Roberts..aku baru sahaja jadi Fan dia dalam FB. Haha

Kecoh Jer

In Sejarah on June 24, 2010 at 12:56 pm

Ada makna tersirat.. buat para Meleis semua.

Sapa yang tak kenal kenal artis Mesia, ini adalah Fasha Sandal Sandha.. dia yang berlakon cerita anak Mami dulu. Citer anak mami aku tengok time raya jer sebab free.

Minah yang gebulicious dan gojes ni nama dia Tiz Zaqyah. Dia pulak terkenal lepas berlakon drama Adamaya, Melayu 3GP, CSI Miami, Nur Kasih kat TV3 dulu.


P/s : 2 hari aku bukak suratkhabar, 2-3 hari jugak cerita pasal diorang jer. Kat muka depan lak tu.. isu2 semasa ngan politik kat sebelah belakang. Lepas tu dalam forum orang kecoh pasal kes 2 orang ni gaduh rebut laki.. sedangkan benda lain yang lebih penting dipandang sepi. Apa da..kecoh jer diorang ni. Sekali sekala aku akan buat entri pendek nak bagi orang berfikir..haha..!

Ini pulak beruk yang berlakon dengan Os (Hero) tahun 80an dulu. Dia jugak yang paling ‘cool’. Ohh siapa yang ingat nama beruk dalam citer hero tu ialah Obe.

Kredit to Obefiend

Sampai Bila..?

In Fisabilillah, Perjuangan on June 15, 2010 at 7:03 am

Kita cuma buka mata bila ada isu besar.. bila kapal Mavi marmara ditawan Israel.. kita semua melenting, marah dan mencemuh bangsa Yahudi dan Negara Israel. Kita laungkan anti Israel..anti Yahudi.. boikot itu boikot ini. Namun berapa ramai yang berani akui bahawa sebahagian besar kita adalah hipokrit dalam sebuah perjuangan..? Bila tiba piala dunia..isu kekejaman Israel pada bangsa Palestin..yang juga saudara mara kita di sana kembali reda. KisahPalestin ibarat pisan goreng..panas sekejap bila dah lama kembali sejuk. Sekarang semua orang memperkatakan tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. Isu Palestin..? Kembali reda.

Kita cuma jadi jaguh bila ada isu.. kita cumabersemangat bila isu sedang hangat. Tapi kita jadi lalai bila ada hiburan dunia. Mereka di Palestin tiada musim bila menderita.. kerana penderitaan mereka berpanjangan. Mana mereka disini yang mengaku berjuang di jalan fisabilillah..? Mana mereka yang kononnya pejuang agama, bangsa dan negara..? Kebanyakan hanya pejam sebelah mata.. menghampiri jalan orang munafik yang katanya pejuang sabil.. tapi bila saudara kita disana ditimpa kesusahan adakah kalian ambil berat isu..? sebaliknya pejam mata. Perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak. Pernahkah kalian tahu mengapa peperangan tersebut terjadi..? Tepuk dada tanya selera.

Ada yang kata tak guna kita berlebihan..sebab perang antara Islam dan yahudi sampai kiamat pun tak sudah. Benar..tapi takkan nak tunggu kedatangan Mahdi baru kita nak bertindak. Jihad tak semestinya kena mengangkat senjata.. sekadar ambil tahu dan berdoa untuk perjungan para tentera sabil di sana dah memadai. Bukan terpekik terlolong bila hanya ada isu..dan kemudian senyap tanpa mahu mengambil tahu apa2 tentang mereka disana.

p/s : aku tetap suka makan McD.

Kisah Pelik Nelayan

In Cerita on June 12, 2010 at 11:42 am

Nordin (bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda pendiam dikampungnya. Beliau tidak gemar bercampur-gaulbersama kawan-kawan sekampungnya. Beliau sering mengasingkan diridaripada masyarakat setempat dan sering bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. Ramai yang tidak dapat mengagak sikap Nordin yang sebenar. Kadangkala beliau kelihatan ramah dan kadangkala sering memencilkan diri dalam rumah peninggalan kedua orang tuanya. Sikap pendiamnya itu membuatkan rakan-rakan menganggap Nordin tidak cukupsifat kelakian. Adakala ada juga yang bermulut celupar menggelarnya’pondan’.

Ini kerana Nordin dianggap pelik kerana beliau tidak gemar jika rakan-rakannya bercakap tentang perempuan dan kisah-kisah cinta mereka pada gadis-gadis kampung itu. Nordin dibesarkan di sebuahperkampungan nelayan yang telah wujud lebih 40 tahun yang lalu. Beliau mahir dalam kerja menangkap ikan yang diwarisi dari arwah bapanya yang juga seorang nelayan. Sebenarnya Nordin bukanlah seorang lelaki yangtidak cukup sifat kelakian seperti yang didakwa oleh kawan-kawannya.

Cuma beliau merasa diri beliau tidak bersedia untuk berumah tangga memandangkan keadaan dirinya yang tidak terurus dan pendapatan yang tidak menentu. Beliau tidak yakin beliau akan bertemu dengan mana-manaperempuan di kampung itu yang mahukannya seikhlas hati. Kebanyakannyalebih suka memilih jejaka yang tampan dan mempunyai pekerjaan tetap dibandar. Oleh itu beliau sering menghabiskan masa di sungai atau laut bermanja dengan ikan-ikan dan hasil penangkapannya sahaja.

Kadang-kadang bermalam beliau tertidur sambil menunggu hasil tangkapan. Semuanya sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali pukat yang dipasang tidak mengena. Hari itu, Nordin berasa rajin untuk turun ke laut, biarpun biasanya hari Jumaat nelayan tidak turun memukat. Rakan-rakan semua turun ke pekan namun Nordin berasa ingin turun bersendirian ke laut melakukan tugas-tugas seperti biasa. Selepas sejam memasang pukat, Nordin berhenti di tepi kuala yang dipercayai tempat ikan-ikan terperangkap. Setelah memasang pukat, beliau baring-baring di tepi botnya sambil berangan-angan kosong tentang diri dan masa hadapan. Sedang leka berangan, tanpa disedari beliau tertidur dan apabila beliau terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.

Terus beliaumenghidupkan enjin botnya dan menuju ke pukat yang dipasang pagi itu.Alangkah gembiranya beliau setelah mendapat banyak ikan merah, kerapu dan seekor ikan pari yang terperangkap dalam pukatnya itu. NampaknyaNordin dapat seekor pari betina yang agak gemuk dan besar. Tanpaberlengah beliau pulang ke rumah untuk memunggah ikan-ikan itu. Sampai di rumah, Nordin memasukkan ikan merah dan kerapu ke dalam tong air sementara ikan pari diletaknya di dapur. Ikan pari betina yang sedang kelemasan itu diletaknya di dapur sementara, sebelum dipotong-potong untuk dijual kepada orang kampung. Tiba-tiba mata beliau tertumpu padaalat kelamin pari betina yang sedang mengembang dan mengempis.

Nordin berasa tertarik lalu menyentuhnya beberapa ketika. Mungkin disebabkan oleh hasutan syaitan, tiba-tiba Nordin merasa satu perasaan lain yang menyelubungi dirinya. Perasaan ghairah yang belum pernah dirasainyasebelum ini. Tiba-tiba sahaja nafsunya bergelora selepas menyentuh alatkelamin pari betina itu. Syaitan mula merancang strategi untukmelemahkan iman manusia. Iman Nordin yang sudah sedia lemah itu telah menerima pakai rancangan – rancangan yang ditimbulkan oleh para syaitan yang bersorak keriangan.

Apa lagi tanpa berlengah ditusuknya ikan pari malang itu berkali-kali hingga menyebabkan ikan pari yang sedang kelemasan itu terus lemah dan mati akibat terkena suatu goncangan yangkuat. Terdampar Nordin kepuasan setelah dikerjakan pari betina itusemahu-mahunya. Barulah Nordin faham kenapa rakan-rakannya sering mengusiknya tentang perkahwinan dan perempuan. Setelah segala-galanya selesai, dibasuhnya ikan pari itu dan mengeluarkan segumpalan lendirputih yang terpelusuk di dalam tubuh pari itu dengan suatu senyuman.Puas.

Tanpa perasaan jijik, dimasukkan pari itu ke dalam tong aisbersama-sama dengan ikan-ikan yang lain untuk dijual kepada orang kampung. Sedang Nordin mengelamun malam itu, selepas makan malam,tiba-tiba fikirannya kembali pada perbuatan terkutuknya petang tadi. Para syaitan kembali menghasut agar mengulanginya kembali. Sekali lagi Nordin termakan hasutan itu dan kembali ke tong ais dan mengeluarkan pari berkenaan dan mengulangi perbuatannya yang jijik dan kotor itu pada bangkai pari yang tidak mampu berbuat apa-apa itu. Nordinberdayung dengan gelojohnya.

Nafasnya turun naik bersama syaitan yangbersorak riang di sisinya. Nikmat bersetubuh dengan pari itu membuatkan Nordin tercungap-cungap dengan peluh yang mengalir ke seluruh badan. Disebabkan pari itu terlalu lama terdedah pada kepanasan dan kerakusangoncangan Nordin, akhirnya bangkai ikan malang itu menjadi busuk. Tanpa berasa belas terus Nordin membaling bangkai ikan pari betina itu teruske tengah air pasang berhampiran rumahnya. Keesokan hari, gemparseluruh kampung apabila mereka terlihat seekor ikan pari yang besar terdampar di pasir pantai. Oleh kerana pari tersebut telah busuk, maka tidak siapalah yang mengambilnya dan dibiarkan sahaja terus membusuk.Nordin pula meneruskan semula kerja-kerjanya seperti biasa tanpa berasa sedikitpun kesal atas perbuatannya itu.

Pagi itu Nordin turun ke lautdengan kawan-kawannya memukat udang. Setiap kali menarik pukat, Nordinakan berangan-angan untuk mendapatkan pari yang lebih besar. Apabilatidak bertemu beliau akan berasa geram dan marah. Di hempas-hempasnya pukat dan jala ke atas bot sambil menyumpah seranah ikan-ikan hasil tangkapannya itu. Setiap malam Nordin tidak keruan menahan geloranafsu.

Dia sentiasa terbayang-bayang perbuatannya terhadap pari betinahasil tangkapan yang lalu. Pagi esok, tanpa berlengah lagi cepat-cepatNordin turun ke laut memasang pukat. Cita-citanya besar, untukmenangkap ikan pari betina yang lebih besar agar ‘kenikmatan’ akanbertambah. Setelah berpanas menunggu hasil tangkapan akhirnya Nordin dapat juga seekor ikan pari betina yang besar seperti yang diidamkannya. Beberapa ketika timbul pula seekor lagi betina yang lebih besar, juga ditangkapnya dan diletakkan di dalam bot. Gembiranya hatiNordin bukan kepalang, mahu sahaja diterkamnya 2 ekor pari yang masihhidup itu namun ditahannya hingga ke rumah. Begitulah hasutan syaitanterhadap nafsu Nordin.

Sesampai di rumah, selepas mengeluarkan duriberbisa pari tersebut, terus beliau melayari nafsu rakusnya bersama pari-pari itu bergilir-gilir. Pari-pari yang masih hidup itu mengelupur kesakitan menahan goncangan Nordin yang terlalu kuat.

Pari-pari itu seperti tahu bahawa dirinya telah dinodai oleh manusia rakus dan kejam seperti Nordin, ia mengelupur sambil mengerak-gerakkan sayapnya beberapa kali meminta diri dilepaskan, namun Nordin tidak kisah denganitu semua, biar apapun terjadi nafsu serakahnya harus dilepaskan dan pari itulah yang akan menjadi mangsa. Petang itu tanpa berasa jijik dankotor dibasuhnya ikan pari itu dan dijualkan kepada kanak-kanak yangberpeleseran di tepi rumahnya.

Berebut-rebut kanak-kanak itu membelipari besar dan banyak isi itu untuk dibuat lauk kerana Nordin menjualnya dengan harga murah. Tanpa disedari sudah lebih tiga bulan perkara itu terjadi sehingga tiada lagi rasa minatnya pada perempuan.Sesekali difikirkan juga akan buruk kelakuannya itu namun dipendamkan saja. Sehinggalah pada suatu petang beliau telah dikunjungi rakan lama.Rakan ketika alam persekolahan dahulu. Walaupun beliau pendiam dan sukar bergaul namun Ramli (bukan nama sebenar) bukan seperti orang lain padanya. Ramli adalah rakan tempat beliau mencurah segala masalah yang melanda dirinya satu masa dahulu. Malah Ramli lah tempat dia menumpang kasih setelah ketiadaan ibu dan ayah.

Ramli bercadang untuk bermalambarang seminggu dirumahnya untuk menghabiskan cuti semesta. Ramlisempat belajar hingga ke Universiti tetapi Nordin tersangkut kerana kemiskinan hidup yang tidak mengizinkan beliau menyambung pelajaran.Ramli bercadang untuk belajar menangkap ikan dengan Nordin sepanjang cutinya itu. Nordin bagaikan tersentak sedikit kerana beliau terpaksalah memendam rasa untuk melepaskan nafsu syaitannya itu pada pari-pari hasil tangkapannya kelak. Suatu hari sedang mereka berada dikuala laut menunggu pukat, mereka bersembang tentang hal masing-masing. Di situlah Nordin mula melepaskan rahsianya yang selama ini dipendamkan.

Rahsia tentang tabiat buruknya. Apalagi terkejut besarRamli mendengar pengakuan rakan karibnya itu. Dinasihatnya Nordin agarkembali insaf diatas perbuatannya. Nordin mengangguk-angguk tanda setuju. Beliau telah bertekad dalam hati untuk membuang sahaja tabiat buruknya itu dan kembali ke pangkal jalan. Ramli lega dengan keinsafanNordin dan bersyukur pada Tuhan. Rupanya Tuhan telah menghantar Ramliuntuk memberi peluang kedua pada Nordin agar insaf dan bertaubat. Namun tidak semudah itu, keinsafan Nordin itu hanya muncul sepanjang Ramli berada dirumahnya sahaja, setelah Ramli tiada, gelora nafsunya tiba-tiba sahaja memuncak kembali. Tuhan mahu menguji sejauh mana keinsafan dan keikhlasan hati Nordin pada perjanjiannya dulu.

Ternyata Nordin tewas, tewas dalam ujian Tuhan yang tiada henti-henti mengujisetiap hambanya. Pagi itu beliau kembali ke laut memasang pukat.Hatinya begitu lega kerana pukatnya mengena seekor pari betina yangbesar dan gemuk. Nordin cepat-cepat membelek-belek alat kelamin pari betina itu dan mengusapnya beberapa kali. Gelora nafsunya semakin memuncak. Tanpa perlu pulang ke rumah, diatas botnya itu juga di hayunnya senjata tajam miliknya yang tiada bermata itu. Setelah dilanyak dan dihayun beberapa kali Nordin semakin hilang pertimbangan. Syaitan kini telah merasuk dirinya. Sedang leka berdayung, tiba-tibabeliau merasa suatu kelainan pada hayunan tubuhnya kali ini.

Hisapan pari itu pada senjatanya semakin kuat hingga kenikmatan tadi bertukar menjadi perit dan pedih. Di tengah laut Nordin menjerit kesakitan. Sakit seperti dihiris-hiris. Seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi kejang dan keras. Beliau tidak lagi dapat bernafas dan bergerak. Tubuhnya mengelupur sama seperti ikan pari betina itu yang mengelupur kesakitan menahan hentakan kuat di tubuhnya dahulu. Rupanya kemaluan Nordin telah ditusuk oleh duri anak ikan pari yang belum lahir dalam perut ibunya.

Akhirnya Nordin keras dan meninggal di situ juga, di atas bot yang menjadi saksi diatas segala perbuatan Nordin selama ini. Petang itu kembali gempar seluruh kampung apabila bot Nordin terdampar di tepian pantai dengan Nordin yang masih tertiarap di atas tubuh pari betina dengan alat kemaluan yang masih tertusuk dalam perut pari betina itu. Tubuhnya hitam kebiru-biruan. Sesekali apabila pari betina itu mengelupur, mayat pucat Nordin turut menggelepar. Ngeri dan tragis sekali. Penduduk kampung begitu terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangka itu, apatah lagi Nordin bukan orang asing bagi mereka. Seluruh kampung merasa malu dengan perbuatan Nordin dan mengambil keputusan untuk mengkebumikan jenazah Nordin di luar perkampungan itu.

Bukan setakat orang kampung sahaja malah saudara-mara dan kawan-kawannya semua tidak peduli dengan kubur Nordin. Dibiarkan sahaja tanpa dinesan dan dibersihkan. Mereka menanggung malu seumur hidup kerana perbuatan Nordin telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke luar daerah.

P/s : Ini bukan tulisan aku, cuma copy paste dari orang lain.Sahaja nak buka minda kita dengan perkara2 yang kita rasakan mustahil dilakukan oleh manusia, boleh dilakukan.Contoh macam nelayan Jepun, ada banyak cerita diorang akan melakukan hubungan seks atau onani dengan ikan atau apa sahaja binatang di lautan. Apapun manusia dengan binatang pun kadang2 dah tak boleh dibezakan. Buang anak dan sebagainya. Ambil iktibar sahaja lah sama ada kalian mahu percaya atau tidak.

Ni LINK kisah nelayan Jepun tu. (LINK)

Cerita Pedang Zulfiqar

In Islam, Peribadi on June 12, 2010 at 7:43 am

Semalam aku ada di Kota Damansara rumah makcik aku sebab datuk sebelah mak aku ke Penang. Dah lama datuk aku merantau ke sana sini akhirnya dia ambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Penang. Cuma dia tumpang menetap di rumah makcik aku di Parit Buntar, Perak dahulu. Masa datuk aku ada di Kota Damansara sesekali dalam seminggu aku akan ke rumah makcik aku melawat dia. Dia dah tak banyak bergerak hanya duduk di kerusi roda sebabnya terpulang pada kalian nak percaya atau tak, iaitu ditolak oleh seekor jin kat kampung. Kata makcik aku yang ubatkan tok aku, kalau orang lain dah mati tapi sebab pendinding dia kuat atok aku cuma cedera kat kaki.

Bila atok aku dah pindah balik ke Penang ni agak susah la aku nak jumpa dia lepas ni sebab dah jauh. Kalau di Kota Damansara agak senang la. Bukan apa kadang2 aku mengaji agama dengan tok aku ni selain daripada bercerita pasal bola yang aku pun tak paham tu. Pengetahuan agama tok aku memang agak tinggi juga la. Kali terakhir aku belajar agama dengan dia adalah 3 hari lepas masa artikel ni ditulis. Kisahnya adalah tentang di mana pedang zulfiqar tu diletakkan. Mengikut cerita versi atok aku pedang zulfiqar tu pernah diarahkan oleh Saidina Ali RA pada kedua puteranya iaitu Saidina Husin dan Saidin Hasan untuk ditengelamkan di dasar laut. Kali pertama mereka tak laksanakan tapi saidina Ali dapat tahu dan kali kedua baru mereka laksanakan perintah Saidina Ali.

Kenapa disuruh ditengelamkan pedang tu ke dasar laut aku tak pasti. Takut nanti dikatakan mereka cerita. Kemudian aku bertanyakan tentang makam saidina Ali di Iraq yang dikatakan makam sebenar Saidina Ali oleh puak syiah. Kata atok aku itu bukan makam sebenar tapi jasad saidina Ali sebenarnya telah dibawa ke ……. kerana suatu peristiwa.

Untuk pengetahuan kalian, Saidina Ali wafat pada 17 ramadhan kerana ditetak oleh Ibnu Muljam di Kufah ketika sedang solat. Banyak dari keturunan saidina Ali telah menjadi pendakwah dan merantau menyebarkan Islam antaranya di bumi nusantara ni. kata tok aku bumi nusantara ni terutama semenanjung adalah bumi istimewa dan ibarat jantung dunia. Lihat sahaja peta semenanjung Malaysia bagaikan bentuk jantung yang berada di dalam badan manusia. Malah kepulauan nusantara juga menjadi titik pertemuan 3 lautan. Maka disebabkan itu kebangkitan Islam di akhir zaman ini adalah dari bumi timur.

Lihat betapa besar dan maha Bijaksananya Allah mengaturkan kehidupan manusia. Bumi Nusantara ni walaupun majoritinya Islam tetapi dikekelilingi negara kafir. Sudah pasti ada sebab mengapa Allah turun dan kembangkan Islam di bumi nusantara ni melalui para kekasihNya iaitu para ulamak dan ahlul bait. Berdoalah bahawa kita pun akan turut serta sebagai tentera fisabilillah dari bumi timur yang berkat ni. Sesungguhnya kalau mengikutkan kata atok aku dunia ni dah hampir ke penghujungnya sebab guruh kilat dah lain bunyinya dan sinar bulan dah tidak seterang dulu. Tidak mustahil imam mahdi ( Muhammad bin Abdullah ) pun sudah lahir ke dunia ini. Wallahualam.

P/s : Kalau ada salah silap minta dibetulkan, bukan niat aku nak tunjuk pandai hanya sekadar berkongsi cerita. aku masih tetap manusia jahil yang memerlukan tunjuk ajar. Semoga Allah merahmati datok yang juga guru aku, Hj Syed Yusof Bin Syed Mansor dari dunia sampai akhirat. Amin.

Wasiat Saidina Ali RA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)

Malam Di Ibukota : Minum Dan Mabuk

In Islam, Peribadi on June 5, 2010 at 6:57 pm

Kebelakangan ni aku sudah kembali sihat sedikit jadi disebabkan dah lama aku tak keluar berhibur jadi aku pun keluar la ke Kuala Lumpur untuk berjumpa rakan2 di waktu malam. Semasa sedang berhibur ada rakan2 aku yang memesan 3 botol Carlsberg untuk berhibur. Aku memang tak ada masalah kalau kawan2 aku nak minum depan aku cuma sila hormati aku dengan tidak menawarkan minuman keras tersebut pada aku. Jika sudah sampai ke tahap memaksa mungkin kaki aku akan hinggap ke muka.

Meskipun dalam hati kecil aku mahu juga menasihatkan mereka supaya tidak minum air kencing syaitan tersebut, tetapi aku diamkan sahaja malah aku tersenyum. Kalau yang minum itu adalah rakan perempuan aku..akan bertambah lebar lah senyuman aku. Senyuman yang sebenarnya cukup sinis tetapi mempunyai maksud tersirat di sebaliknya.

Siapalah aku untuk berdakwah secara panjang lebar bagaikan seorang Ustaz kepada mereka kerana air kencing setan itu juga pernah menjadi minuman aku dulu. Malah hidangan wajib aku kalau aku bercuti ke Genting Highland contohnya. Nikmat dunia bagaikan sungguh terasa dengan hidangan tersebut hinggakan menghilangkan dan melupakan kita pada azab maha pedih yang menanti di neraka bagi si peminum arak.

Namun syukur Alhamdulillah sebab Allah itu maha pengasih dan maha penyayang Dia beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kerana sesuatu peristiwa yang menyebabkan aku terlantar sakit berbulan2..aku hentikan perbuatan tersebut. Bukanlah nak kata baik seratus peratus tapi mana yang terlalu berat tu aku tinggalkanlah..sebab hakikat anak muda yang hidup kat ibukota kadang2 lalai dan hanyut juga dengan hiburan dunia.

Biarlah..aku tetap sayang kawan2 baik aku macam adik beradik kalau dia minum sekalipun. Siapa kita nak membenci sesama manusia hanya kerana dia kaki tonggang. Mana tahu di masa hadapan dia lebih baik dari kita sekarang kan..? jangan asingkan mereka ni. Sebaliknya dekati dan beri nasihat secara perlahan2..jangan terus nak maki hamun sehingga menimbulkan rasa kecil hati pada mereka. Berusaha untuk nasihati mereka supaya meninggalkan tabiat yang dimurkai oleh Allah tersebut.

Bukan semua orang diberi peluang bertaubat..sebab kadang2 mana tahu Allah boleh ambil nyawa ketika kita masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat jadi sentiasa beringatlah. Sejahat mana pun kita jangan sampai hilang setitik iman yang masih ada dalam hati kita. Arak punca hati mati..bila hati mati susah nak dapat hidayah Allah SWT berbanding mereka yang jahat tetapi masih beringat. Janji Allah pada mereka yang mabuk tanpa sempat bertaubat adalah siksa neraka yang amat pedih. Pada yang tak mabuk pula jangan rasa diri sendiri dah cukup baik..banyak lagi yang kita perlu perbaiki untuk emndekatkan diri dengan Allah SWT.

Sesungguhnya Dia lah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Sabda Nabi :

“Barang siapa yang meminum arak, maka janganlah sesekali kalian berani menikahkannya, jika si pemabuk sakit – maka janganlah kalian menjenguknya, jika dia mati – janganlah kalian menyolatinya, Aku bersumpah demi Alloh yang menjadikan Aku sebagai Nabi, sungguh seorang pemabuk itu dilaknat dikitab Taurot, Injil, Zabur dan Al Qur’an. Siapa saja yang memberikan makanan padanya – maka Alloh akan menyerahkan jasad pemberi makanan tadi kepada ular dan kelabang kelak di hari kiamat, dan barang siapa yang membantu keperluan pemabuk – maka berarti dia membantu merobohkan agama Islam, dan barang siapa yang menghutangi pemabuk – maka berarti menolong untuk membunuh orang mu’min, dan barang siapa yang bersahabat dengan pemabuk – maka kelak di hari kiamat dia akan digiring dalam keadaan buta serta tiada yang menuntunnya”.