alonganaz

Archive for the ‘Kehidupan’ Category

Evolusi Kedai Mamak

In Isu Semasa, Kehidupan, Memori on June 6, 2011 at 5:18 am

Masa aku kecil2 dulu, iaitu sekitar tahun 1995 keatas, arwah bapa aku selalu bawa kami sekeluarga ke kedai mamak yang terletak di Salak Selatan, iaitu sebuah pekan kecil dan terpinggir di Kuala Lumpur. Kedai mamak tu tak ada yang menarik, cuma sebuah gerai tepi jalan yang serba kekurangan, dengan hanya menggunakan meja besi dan kerusi plastik. Tapi di situ la tempat manusia dari pelbagai tingkat kelas kehidupan menghilangkan lapar dan dahaga.

Keadaan di kedai mamak tu bising dengan suara2 pekerja kedai mamak tu mengambil pesanan dan juga suara2 dari pelanggan meminta pesanan. Pelbagai kaum suka dengan kedai tu yang serba ringkas. Ada yang datang dengan keluarga, kawan dan pasangan kekasih. Walaupun keadaan gerai tu serba kurang, tapi menarik perhatian kerana harganya yang murah, berpatutan selain makannya yang sedap.

Ingat lagi boleh dikatakan dalam seminggu mesti akan ada sehari dua arwah bapa aku akan bawa makan di kedai tu. Cuma tahun 1996 sahaja aku tak pergi kedai tu sebab tahun tu arwah bapa aku melanjutkan pelajaran di Australia. Mungkin kerana disebabkan suasana yang ringkas, orang ramai memilih tempat tu.

Tapi itu dulu, berbelas tahun yang dulu semasa aku kecil dan berhingus, semasa era belum ada talian internet tanpa wayar ataupun skrin layar besar untuk menonton bola sepak secara siaran langsung.

Kenapa tiba2 aku bangkitkan nostalgia lama tu..?

Baru2 ni aku pergi makan di sebuah kedai mamak di Desa Sri Hartamas untuk menonton perlawanan antara dua pasukan bolasepak gergasi dunia, Barcelona dan Manchester United. Hanya segelas Teh O ais aku dikenakan caj sebanyak RM2.20.. Pernah aku bertanya pada seorang pekerja disebuah kedai mamak di Subang kenapa harga makan mahal sangat, dia jawab sebab ada wireless. 

Ada ke patut macam tu..? Dulu kedai mamak adalah sebuah tempat untuk semua orang tapi sekarang kebanyakan kedai mamak dah berevolusi menjadi sebuah tempat yang setaraf dengan Starbucks dan Secret Recipe. Kedai mamak bukan lagi pilihan untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah. Aku sebenarnya tak kisah pun pasal duit, cuma teringat kenangan masa dulu berkenaan kedai mamak ni.

Cuma kadang2 rasa tak berbaloi untuk bayar harga yang mahal sehingga kadangkala harga caj makanan yang dikenakan sangat tidak munasabah. Pernah juga aku terfikir, kebanyakan dari kita hari ni yang sebenarnya menjadikan kedai mamak destinasi untuk menghilangkan lapar dan dahaga, telah ditipu hidup2 untuk membayar harga yang sangat tinggi dengan alasan yang merapu.

Kasihanilah Mereka

In Kehidupan, Sindiran on March 20, 2010 at 5:04 pm

Tadi aku makan malam di medan selera Uptown Damansara iaitu sebuah tempat yang menjadi kegemaran aku untuk menjamu selera.Semasa sedang menjamu selera memang kebiasaan disitu, akan lalu orang buta ataupun makcik2 tua datang menjual tisu ataupun keropok.

Dari satu meja ke satu meja mereka pergi meminta dari setiap mereka yang ada disitu untuk membeli barang jualan mereka.Dari pandangan mata sesetengah orang kehadiran mereka ini merimas dan agak menjengkelkan.Masakan tidak, sedang enak menjamu selera, didatangi pula oleh mereka ini.Boleh terbantut selera mereka ini.

Namun pernahkah kita berfikir betapa sukarnya hidup mereka ini..? aku bukan meminta kalian untuk menderma pada setiap mereka, cuma janganlah layan mereka ini seperti haiwan.Isunya mungkin nampak kecil, tapi aku agak sensitif bila melihat bila mereka iaitu penjual tisu dikalangan orang buta ini datang, mereka menolak dengan sebelah mata.

Lebih teruk aku perhatikan ada yang cuma mengangkat tangan menandakan tidak mahu sambil sedikit pun wajah mereka tidak memandang kepada golongan ini tadi.Apa salahnya menolak dengan berhemah seperti menghulurkan senyuman..? Fahamkah kita penderitaan mereka ini..? Pernahkah kita cuba merasakan peritnya mereka ini hidup didalam kegelapan tanpa ada beza siang dan malam..?

Lebih menyakitkan hati aku kalau yang datang menjual keropok ataupun barang yang lain ini adalah makcik tua namun sedikit pun tidak dihormati oleh anak2 muda yang ada.Hanya kerana dia miskin kita tidak boleh hormatkan mereka..? Cuba fahami penderitaan insan tua seperti mereka mengerah setiap kudrat yang ada mengusung plastik2 besar berisi barang untuk dijual.Bukanlah suatu pekerjaan yang mereka mahukan untuk mendapat sesuap nasi.

Nasihat aku kalau tidak mahu, kalian tolaklah dengan elok dan ukirkan senyuman pada mereka.Mereka juga manusia bukan objek kaku yang cuma boleh ditunjukkan tangan.Tidak sepatutnya ada istilah ‘talk to the hand’ disini.

Namun aku agak kecewa melihatkan kebanyakan pengemis buta yang menjual tisu ini majoritinya adalah berbangsa Melayu.Sudah tiadakah badan korporat milik Melayu yang mahu membantu mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan..? Dimanakah hasil zakat bernilai ratusan juta ringgit itu..? Benarkah aku dengar tiada kecekapan dan terlalu banyak kerenah birokrasi tentang pengagihan wang zakat ni..? Terlampau banyak persoalan bermain di kepala otak aku ni.

Lu pikirlah sendiri..!

Cinta Si Buta

In Kehidupan on March 9, 2010 at 6:28 pm

Tidak berapa lama dahulu aku dapat sebuah sms daripada seorang kenalan tentang cerita seorang lelaki buta dan juga kekasihnya.Entah aku pun tak pasti apa tujuannya menceritakan sebuah kisah yang aku sendiri tidak tahu kebenarannya.Mungkin juga terjadi mungkin juga sekadar cerita untuk memberi peluang pada akal kita berfikir.

Kisahnya adalah mengenai seorang lelaki yang buta dan hanya cuma boleh merasa melalui sentuhannya.Dia dipandang hina oleh setiap masyarakat disekelilingnya disebabkan kekurangannya itu.Hidupnya cuma dikelilingi oleh kegelapan dan tiada apa yang menarik baginya.Namun seperti manusia lain, dia juga mempunyai perasaan kasih dan sayang.Ironiknya, bila dia dipandang rendah oleh kebanyakan manusia disekelilingnya, dia cuma dihargai oleh seorang insan.

Insan tersebut adalah seorang gadis dan kepada gadis itulah si buta tadi menghabiskan waktunya bercerita tentang pahit manis dalam kehidupan dan berkongsi segala cerita bersama.Lama kelamaan timbul bibit cinta antara kedua mereka tanpa disedari.

Pada suatu hari si buta tadi meluahkan rasanya pada si gadis tadi.Katanya dia teringin untuk melihat dunia ini terutamanya menatap wajah si gadis yang cuma boleh dirasa dengan sentuhan dan kehadirannya.Si gadis hanya mendengar luahan hati kekasihnya namun diam seribu bahasa tanpa memberi sebarang pendapat.Kemudian si gadis itu bertanya pada si buta tersebut ”adakah kamu akan meninggalkan aku sekiranya aku juga punya kekurangan seperti kamu..? ‘ Jawab si buta ‘tidak..kerana kamu adalah kekuatanku selama ini’.Gadis itu berpegang pada janji kekasihnya itu.

Pada suatu hari si buta tadi diberitahu ada seorang penderma mahu mendermakan matanya padanya.Lantas bila mendengar berita itu maka gembira lah rasa si buta tadi dan kegembiraan dan berita tersebut tadi dikongsi bersama si gadis kekasihnya itu.Hanya senyuman yang mampu diukirkan si gadis tadi melihat kegembiraan si buta kekasihnya tadi.

Maka hari yang dinanti pun tiba dan selepas si buta menjalani pembdeahan dia dapat melihat semula dunia ini.Lantas dicari kekasihnya itu untuk menatap wajahnya untuk pertama kali.Namun alangkah terperanjatnya si buta tadi apabila melihat kekasihnya juga adalah buta dan tidak dapat melihat sepertinya.Sangkanya si gadis adalah seorang insan yang sempurna maka kecewalah rasa si buta tadi.Lantas dia membuat keputusan untuk meninggalkan si gadis tadi untuk mencari teman yang lebih sempurna dimatanya.

Apabila mendapat tahu bahawa dirinya akan ditinggalkan  si gadis tadi cuma mampu mengalirkan air mata.Permintaan terakhirnya adalah untuk bertemu dengan si buta yang telah dapat melihat tadi.Lantas apabila bertemu si gadis tadi berpesan :

Tidak mengapa aku dihina tetapi jagalah mata yang telah ku dermakan itu dengan sebaiknya dan lihatlah dunia yang penuh dengan penderitaan ini

Kemudian si gadis tadi berlalu pergi meninggalkan kekasihnya itu.

Pengajaran dari cerita ni aku sendiri pun tak tahu.Rasanya memang mudah menabur janji bila kita tak melihat kot..ataupun entahlah. 🙂

P/s : Cerita ni aku dapat pendek jer, namun disebabkan otak aku yang kreatif, aku memanjangkan sebuah sms ke sebuah cerita yang agak panjang.. 😛

Kadangkala kesempurnaan membuatkan manusia lupa diri sehingga hilang pertimbangan.Kekurangan kadangkala membuatkan kita lebih mengenali erti dan lebih menghargai kehidupan

Minda Majoriti Melayu

In Kehidupan on February 27, 2010 at 5:59 pm

Tadi aku baru habis seminar perniagaan dengan sebuah syarikat yang aku sertai.Alhamdulillah dari pagi sampai malam banyak yang aku belajar dan dapat dari usahawan-usahawan Melayu yang dah berjaya.Biasanya bila ada seminar aku mesti akan tertidur dengan nyenaknya di pertengahan sesi, tapi kali ni aku terjaga dan memberi fokus sebanyak 100 peratus tau..!

Ini maknanya setiap penceramah yang memberi ceramah tu menyampaikan ucapan mereka dengan menarik, menghiburkan serta mempunyai isi yang mendalam.Apa yang menarik perhatian aku adalah cerita mereka tentang betapa sukarnya mereka untuk mendapat kejayaan seperti ini.

Sebenarnya aku pun dah mula berniaga sekarang, dan tak aku nafikan kadang-kadang wujud perasaan seperti mahu berputus asa kerana merasakan betapa sukarnya untuk mencapai sebuah kejayaan.Tapi mereka mengingatkan aku untuk membuang penyakit kronik bangsa Melayu ini, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang sepenuhnya.Ataupun merasakan apa yang diusahakannya itu sudah cukup memuaskan.Dengan kata lain cepat berpuas hati dengan apa yang ada tanpa melihat faktor sekeliling yang  lain yang semakin menghimpit.

Memang benar apa yang dikatakannya itu sebab aku sendiri pernah dilanda perkara yang sama.Apabila aku punya niat yang baik mahu membantu orang lain dengan terlibat sama didalam perniagaan yang aku jalankan, mereka memandang sebelah mata dan lebih teruk mencemuh apa yang aku lakukan.

Itu belum dikira lagi dengan segala kata2 negatif.Memang penyakit majoriti bangsa Melayu bila kita berjaya dicemburui, bila kita jatuh diraikan tanpa mahu memberi semangat diatas segala usaha yang dilakukan.Ada rakan aku yang berjanji macam2 dengan aku, lepas itu senyap mendiam seribu bahasa.

Selain itu apa yang aku nampak bangsa Melayu selalu mahu mencapai kekayaan dengan jalan yang mudah.Kalau tidak masakan iklan-iklan yang memperbodohkan orang ramai seperti dibawah ini sentiasa mendapat sambutan :

  1. Hangat..! Hanya duduk depan komputer dapat duit.Klik sini.
  2. Hanya login facebook dapat duit. (semudah itu..? atau ada yang tersurat)
  3. Kerja mudah..! Modal RM100 anda taja kawan setiap hari dapat 5 angka sebulan.

Kalian mesti pernah melihat iklan2 diatas dimana2 kan..? Aku bukan mahu menyindir mana-mana pihak atau syarikat tapi ini realitinya.Kita ada akal tapi tidak mahu membuat penilaian dan memilih yang tepat.Manusia yang bijak tidak akan terpengaruh dengan janji yang ditawarkan secara membuta tuli, tapi  tahu membuat penilaian dari segenap aspek.

Katanya mahu mengajak orang berniaga tapi yang aku lihat tiada langsung ciri-ciri perniagaan sebenar pada iklan-iklan sampah diatas.Kalau dah namanya bisnes, pasti akan melibatkan syarikat, produk ataupun perkhidmatan.Bagaimana boleh dikatakan bisnes tanpa 3 elemen diatas.

Contoh medium bisnes yang baik adalah industri Multilevel Marketing.Ada yang akan mencemuh bila sebut MLM kerana aku pernah melakukan benda yang sama.Alasannya MLM adalah bisnes menipu orang, janji macam2 dan sebagainya.Bila gagal dalam MLM terus mengaku kalah dan bukannya mahu belajar daripada kegagalan atupun kebodohan diri sendiri.

Kalau industri Multilevel ini tidak bagus, masakan 40peratus jutawan Melayu di Malaysia lahir dari industri Multilevel..? Penyelesaiannya mudah, kita kena bijak memilih syarikat yang kukuh dan ada nama serta syarikat yang mempunyai produk yang benar2 berkualiti.Lihat sahaja betapa berjayanya AMWAY, COSWAY, DCL, ZHULIAN dan sebagainya.Dan jika industri ini tidak bagus masakan industri ni sudah bertahan selama berpuluh tahun didunia..? Dan jika bisnes ini menipu orang kenapa kerajaan masih membenarkan MLM bertapak di Malaysia..?

Sebenarnya kegagalan bangsa Melayu mengikut ceramah yang aku ikut tadi adalah karena mempunyai angan2 yang terlalu tinggi.Mereka hanya memikirkan bagaimana mahu mendapat  duit dalam masa yang singkat tanpa berfikir bagaimana mahu berusaha dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif.Dan bila gagal mereka akan berputus asa tanpa mahu berfikir punca kegagalan mereka dan berdiri semula seperti seorang yang bermaruah.

Melayu, selalunya menyerah kalah sebelum berjuang.

‘aku rasa aku tak boleh buatlah’

‘susahlah..aku tak yakin sangat’

‘Malaslah..aku tak suka pening2 kepala.Aku tak minat’.

P/s : Kekecewaan Tun Dr Mahathir pada bangsa Melayu ada sebabnya.  HIDUP MELAYU..!!

Dan biasanya bangsa Melayu akan melepaskan peluang tanpa disedari.Tunggu sahajalah bulan jatuh ke riba.

Bila Jantung Berhenti

In Islam, Kehidupan on February 23, 2010 at 4:57 pm

Banyak aku baca di dalam suratkhabar kebelakangan ini tentang bagaimana ramainya manusia terutama kaum lelaki yang meninggal secara tiba2 kerana serangan sakit jantung.Ini mengingatkan aku pada arwah ayah aku yang meninggal dunia pada 9November di Pusat Perubatan ATM lepas juga kerana sakit jantung yang dikenali sebagai alchaemic heart disease.

Kata doktor HUKM yang membuat bedah siasat ke atas arwah ayah aku puncanya bila saluran yang mengepam darah ke jantung tu tersumbat maka otak akan kekurangan oksigen.Lebih kurang begitulah maksudnya, sebab aku pun bukanlah arif sangat dengan istilah perubatan.Lagipun waktu tu aku tengah kesedihan, jadi tak ambil pusing sangat apa yang sedang doktor terangkan.

Bahayanya penyakit jantung ni adalah ramai daripada kita tidak menyedari akan penyakit yang datang secara tiba-tiba ni.Dia boleh datang dan membawa kematian secara mengejut tanpa sebarang simptom seperti yang terjadi pada arwah bapa aku.Paginya aku ingat lagi lepas solat subuh dia boleh berjoging seperti biasa sebelum meninggal pada pukul 9.10am semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Salah satu puncanya adalah tabiat arwah bapa aku yang kuat merokok dan minum air berkarbonat.Semasa hayatnya aku sendiri ‘ngeri’ melihat tabiat merokoknya walaupun aku juga merokok.Walaupun arwah seorang yang aktif dalam aktiviti seperti berkebun namun disebabkan tabiatnya itu menjadi salah satu punca penyakitnya menyerang selain dari faktor keturunan.Namun bukan bermakna hanya perokok sahaja berisiko diserang sakit jantung, yang tidak merokok pun sama.Korang kajilah sendiri kenapa sebab ini untuk kesihatan juga.

Kadang-kadang aku terfikir juga, jantung adalah salah satu organ selain dari otak yang tidak pernah berhenti dari menjalankan kerjanya.Apabila rosak 2 fungsi ini maka peluang untuk hidup adalah tipis.Pernah ada seorang guru agama memberitahu, apabila berhentinya degupan jantung itu maka berhentilah juga zikir di dalam badan kita.

Maksudnya yang tidak diketahui oleh ramai manusia adalah, setiap degupan jantung itu sentiasa menyebut ‘Rubb..rubb’ atau berbunyi ‘Rabb..rabb’ yang bermaksud tuhan yang mencipta alam.Dan bagi yang mendalami ilmu agama dengan lebih dalam lagi pasti tahu setiap degupan jantung itu juga menyebut kalimat LAILAHAILLAH.

Letakkan tangan di dada kiri kalian dan berfikirlah dengan mata hati pasti anda akan jumpa salah satu tanda kekuasaan tuhanmu disitu.

Wallahualam.

Pengembara Dunia

In Kehidupan, Peribadi on February 19, 2010 at 4:37 pm

Dalam beberapa hari ni aku ada chatting dengan seorang lelaki dari Ohio, USA.Bukan apa..cuma yang menarik minat aku tentang dia ialah kerana dia mempunyai hobi mengelilingi dunia.Satu hobi yang menjadi impian aku selama ini, tapi apakan daya masih belum tercapai kerana masih di luar kemampuan.

Dia mengelilingi dunia bukan dengan cara percutian yang mewah sebaliknya dengan gaya seorang ‘backpackers’.Buat yang tidak tahu backpackers adalah orang yang mengembara atau bercuti dengan belanja yang minimum dan hanya berbekalkan sebuah beg besar yang digalas dibelakang dan diisi dengan segala keperluan seperti alat memasak.

Mengikut cerita dia, dia mengembara keseluruh dunia hampir setahun..! Gila kental kan..? Dengan berbekalkan belanja yang sangat minimum dia keseluruh pelosok dunia ni seorang diri.Dan untuk menampung hidup, kadangkala dia bekerja separuh masa atau pun menjadi sukarelawan untuk mendapat sedikit wang sebagai perbelanjaan dia di negara orang.Tidur pun di hotel murah, yang tidak ada kupon untuk kita menikmati hidangan buffet atau lunch di restoran hotel.Apa yang penting katanya adalah dia dapat melihat keindahan alam dari pelbagai perspektif diseluruh dunia.Gaya percutian mewah itu diketepikan dahulu olehnya.

Cerita dia mengagumkan aku dan aku masih lagi berusaha untuk merealisasikan impian aku itu.Banyak benda yang masih aku perlu fikirkan sekarang untuk membantu keluarga aku.Tapi aku akan pastikan aku pun boleh mengelilingi dunia seperti dia.Sebelum ni aku ada menulis tentang seorang lelaki yang aku kenal di Sarawak..kerana dia jugalah aku menanam impian ni.Dia merantau 8 tahun di negara orang..dari timur ke barat, dan utara ke selatan merantau keseluruh pelusuk benua.Namun akhirnya dia pulang kerana menyedari bahawa Malaysia la tanah tumpahnya yang tiada bandingan.

Kata orang hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Mungkin ada orang melihat melihat hobi melancong ini tidak lebih sekadar bercuti, tapi bagi aku lebih dari itu.Aku mahu mengenali kepelbagaian budaya dan agama di dunia.Supaya akan menjadi manusia yang lebih berfikir tentang alam ni dan kemudiannya bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.Tuhan jadikan manusia itu berbeza dari sudut geografinya kerana mahu kita lebih saling mengenali.

Semoga aku dapat merentas padang pasir melihat bumi para anbiya, keindahan alam di Eropah, kepelbagaian budaya dan sejarah di China, keindahan lautan di Caribbean  serta pembangunan di benua Amerika.

P/s : Siapa ada impian yang sama dengan aku sila msg.Atau add aku di FB.. nazramones_87@yahoo.com

Lelaki Melayu Dari Mata Perempuan Melayu

In Kehidupan on February 17, 2010 at 5:51 pm

Aku tertarik dengan komen dari seorang pembaca yang aku rasakan mungkin berbangsa Melayu tapi mempunyai kekasih berbangsa asing iaitu Negro ataupun Timur Tengah.Mari kita baca komen dia mengenai tulisan aku sebelum ni tentang Pak Negro dan Arabs (LINK) yang aku capture di bawah.

2.
Menurut pembaca bernama Mizz ni lelaki Melayu ramai yang tak berguna, kerja tak seberapa,  akhlak tak ada dan duit pun tak ada.Aku seorang yang suka berfikir dan tidak marah pun bila dia merendahkan lelaki Melayu seperti aku ni (aku separuh Melayu..haha).Memang benar juga kata dia tentang Melayu..kita lelaki Melayu kena terima sahajalah kritikan dengan minda yang positif.

Cuma aku nak tanya pada cik Mizz..akhlak Pak Negro ngan Pak Arab ni baik sangat ker..? Kalau bab tak ada duit tu aku setuju la..sebab ramai yang berlagak ada duit jer lebih.

Apapun terpulang pada korang la nak buat penilaian.Haha.Whateva la Nigga and those arab sandniggers..!

Sahabat Dari Indonesia

In Indonesia, Kehidupan on January 27, 2010 at 6:33 pm

Tadi aku menerima sms dari seorang kenalan aku dari Indonesia yang aku panggil Arman.Dalam sms dia menyebut ‘bang anaz..esok saya akan pulang ke Indonesia.Terima kasih kerana mahu berkawan dengan manusia seperti saya.Harap suatu hari nanti kita akan ketemu lagi’.

Sudah beberapa kali aku ingatkan dia jangan panggil aku abang, namun dia tetap berdegil.Ohh buat pengetahuan kalian, aku berkenalan dengan Arman semasa aku bekerja di Bandar Tasik Selatan dahulu.Perkenalan aku dengan dia bermula di sebuah masjid selepas waktu zohor.Kemudian dijemputnya aku bertandang ke rumah kongsinya dan bercerita tentang hal kedua negara dalam keadaan yang aman.

Aku marah bila dia cuma dibayar RM30 sehari sedangkan kerja yang dibuatnya terlalu banyak dan berat.Namun dia tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu kerana yang penting adalah rezeki yang halal.Aku tidak nafikan mereka warga Indonesia punya banyak kes kriminal seperti rompakan dan sebagainya namun itu hanya segelintir.Aku rasa lebih banyak masalah kriminal berpunca dari bangsa atau rakyat kita sendiri.Kadangkala mereka terdesak untuk meneruskan hidup seperti ditipu majikan dan sebagainya.

Banyak yang aku belajar dari mereka terutamanya bagaimana mereka meneruskan hidup dalam keadaan atau keperluan yang sangat minima.Mulanya ada dikalangan mereka yang tidak percaya aku sudi bercampur dengan mereka warga Indonesia namun lama kelamaan dapat juga kehadiran aku diterima.Dalam masa yang sama aku cuba menyelami hati dan perasaan mereka kerana aku mahu belajar semaksimum mungkin tentang kehidupan.Siapalah kita untuk memandang hina pada manusia lain kan..?

Buat Arman..semoga dia berjaya di Indonesia kelak.Untuk aku pula..akan cuba sebaik mungkin mencipta kejayaan di bumi Malaysia yang penuh bertuah ini..! Amin.

Panglima Awang AKA Henry The Black

In Kehidupan, Sejarah on January 26, 2010 at 7:31 pm

Panglima Awang Hitam

Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.

Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.

Cerita Seorang Salesman

In Kehidupan on January 12, 2010 at 7:15 am

Semasa sedang ‘lunch’ petang tadi tiba-tiba aku ternampak seorang salesman atau dalam bahasa Meleis (Melayu) nya jurujual sedang mempromosikan produknya.Apa produknya aku tidak berapa pasti tetapi salesman itu buat aku tertarik dengan perwatakkannya.Biasa-biasa sahaja salesman itu..pakai pun tidak berapa kemas..nak kata kacak jauh sekali tapi riak mukanya yang menjadi perhatian aku.

Biarpun boleh dikatakan produk dia ditolak oleh setiap orang yang dia tawarkan namun muka dia tetap tersenyum dan tidak menampakkan riak wajah yang putus asa.Akhirnya saat yang aku tunggu tiba..iaitu kehadirannya ke meja aku.Kalau orang lain rimas dengan salesman..aku sebaliknya.Aku mahu belajar tentang hidup dari setiap orang walaupun dia itu cuma sekadar salesman ataupun orang yang kaki hisap ganja.

Selepas dia memberikan salam..dan aku menjawab salam, dia tiba-tiba membuat simbol ‘peace’ dengan tangannya.Dalam hati aku kata gila apa mamat ni sambil tersenyum kecil dengan kelakuannya.’Bang saya datang nak promosi diari Islam kat abang’.Aku suruh dia duduk sebab aku rimas tengok dia berdiri sambil memandang ke arah aku.Aku bukan jejaka kacak ataupun selebriti untuk mendapat perhatian sebegitu kerana itu aku suruh dia duduk.Berkenaan produk tu aku belek dulu sebelum menolak..mana tahu bagus tapi aku terpaksa menolak sebab aku dah ada diari.

Lepas tu aku tanya asal mana..katanya dari kampung.Bila aku tanya tak penat ke jalan tengah-tengah panas macam ni lepas tu tak ramai pelanggan pulak dan dia cuma menjawab ‘nak buat macam mana bang..cari rezeki.Takkan saya nak merompak.Allah SWT bagi rezeki ada kat mana-mana kita jer yang perlu usaha’.Kemudian sebelum dia tinggalkan meja aku..aku beri ‘bisnes kad’ padanya supaya dia boleh menghubungi aku kelak.

Dari jauh aku perhatikan..biarpun ditolak seorang demi seorang namun dia tetap tidak berputus asa.Aku harap dia tidak putus asa..mana tahu dihadapan aku itu bakal seorang yang berjaya dalam hidupnya nanti kan..? Jadi janganlah kita memandang hina pada orang yang selekeh ataupun salesman sepertinya.Kita sebenarnya boleh belajar daripada sesiapa sahaja asalkan kita berfikiran positif terhadap orang lain.Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.Alangkah bagusnya jika semua orang Melayu bersikap sepertinya..pasti suatu masa nanti Melayu tidak akan dipadang rendah lagi oleh bangsa lain.. 🙂