alonganaz

Archive for September, 2009|Monthly archive page

Komunis Melayu

In Fisabilillah on September 30, 2009 at 5:50 am

Dalam beberapa bulan lepas aku berpeluang berkenalan dengan pak Amin..seorang bekas pejuang kemerdekaan berhaluan kiri didalam regimen ke-10.Pak Amin kini menetap di Kampung Chulaborn Patana Selatan Thailand.Untuk pengetahuan..regimen ke-10 adalah sayap kanan Parti Komunis Malaya yang terdiri daripada orang-orang Melayu.

Dengan tulisan beliau banyak menyedarkan aku tentang perjuangan mereka-mereka yang berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan.Namun tidak ramai yang mengangkat mereka sebagai pejuang kemerdekaan hanya kerana perjuangan mereka didalam komunis.Apatah lagi dipaparkan dalam buku-buku tulisan sejarah kekejaman komunis dan isu bahawa komunis menolak kepercayaan beragama.

Aku bukanlah pendukung ideologi komunis tetapi apa salahnya kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka orang2 Melayu ini walaupun mereka berjuang dilandasan kiri yang bertentangan dengan dasar British.Sudah menjadi lumrah dan sikap bangsa Melayu suka menyalahkan daripada mengkaji dahulu sesuatu kebenaran itu.Mereka mengangkat senjata bersama komunis kerana suara mereka dalam menentang penjajahan British tidak didengar dan juga kerana kesedaran bahawa memang penjajah itu suka memperbodohkan bangsa Melayu.Lebih parah pula sikap segelintir bangsa Melayu itu yang merelakan dirinya diperbodohkan oleh paksi barat.

Kita hanya menerima bulat2 apa yang dipaparkan dalam buku sejarah.Penjajah memang membawa sikap kapitalisme iaitu menindas mereka yang berada di kelas bawahan.Penyertaan bangsa Melayu kedalam komunis juga kerana ingin memperjuangkan kemerdekaan dan kerana kesedaran kita sedang diperbodohkan oleh penjajah dengan dasar2 mereka yang jelas menindas bangsa2 yang lemah.

Jangan sesekali kita katakan Melayu komunis itu tidak berpegang pada agama jika tidak tahu tentang perjuangan mereka.Bak kata bapak Abdullah CD didalam wawancaranya..

Abdullah C.D.: Bagi saya falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan untuk kemajuan masyarakat umat manusia. Kami tidak memandang Marxisme itu sebagai “dogma”, atau pegangan ketat yang kaku dan tidak boleh berubah, tetapi memadukannya sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya.

Akan tetapi, dalam masalah ini, ada orang menganggap kerana kami menggunakan Marxisme, maka kami tidak beragama atau menentang agama. Pandangan seperti ini sebenarnya telah diracuni oleh hasutan penjajah. PKM melaksanakan dasar kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat rakyat semua bangsa. Saya dilahirkan sebagai Islam dan dibesarkan dengan didikan Islam. Di mana juga saya berada, pegangan ini tetap tidak berubah.

Diatas adalah wawancara bersama Abdullah CD..jadi kita fikirkanlah.Apa juga yang kita bawa..sebagai bangsa Melayu yang memang diketahui Islam kita harus tetap berdiri diatas jalan yang lurus berpandukan 30 Juzuk Al-Quran biarpun ditangan memegang bendera berwarna merah.

Perlu diingatkan aku bukan penentang kerajaan.Jangan salah sangka dengan tulisan ni..fahami dan fikir sedalam2nya.Tidak kira apa fahaman dan politik seseorang pemimpin Melayu..selagi bersikap adil tetap kita junjung dia sebagai seorang pemimpin yang seharusnya dihormati.Terima Kasih.

Majulah Malaysia.
Abdullah C.D.
Abdullah CD

Advertisements

Sengketa Malaysia dan Indonesia Dan Panji Hitam

In Islam on September 29, 2009 at 1:38 pm

panji_hitam

Disebalik sengketa Indonesia dan Malaysia terdapat sebuah kisah dan janji daripada Allah sebagai peringatan kepada umat Muhammad SAW diakhir zaman.Digambarkan oleh Rasulullah bahawa ketika diakhir zaman nanti manusia akan selalu bertelingkah dan berperang walau sebab yang kecil.Disaat sengketa itu akan datang seorang pemimpin yang namanya Muhammad Bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Imam Mahdi akan menyatukan seluruh umat Islam dibawah satu bendera atau panji untuk menentang musuh-musuh Allah.

Didalam kisah-kisah menjelang kiamat Imam Al-Mahdi ini digambarkan datang daripada khurasan (timur) dan Imam Al-Mahdi dan para pengikutnya yang berbaiah datang daripada negara yang menjadi pertemuan tiga laut.Jika digambarkan negara yang menemukan tiga laut cuma terdapat dinegara-negara nusantara iaitu Malaysia..Indonesia..Singapura dan Brunei.Iaitu lautan Hindi..lautan Cina Selatan dan lautan Pasifik.

Kita amat mengetahui umat barat yang didalangi Yahudi sentiasa bertindak lebih awal jika terdapat perkhabaran yang disampaikan oleh Al-Quran atau Rasulullah.

Allah telah melantik pemimpin2 agung daripada bangsa Arab..dan kita dapat lihat bangsa Arab juga semakin berpecah dan tidak bersatu.Maka kekuatan Islam dinusantara iaitu kawasan timur seperti yang dikhabarkan perlu dipecahkan.Mereka bergerak dengan sangat halus dan tanpa kita sedari.Apakah sudah tiba masa umat Islam nusantara memimpin umat Islam didunia..? Allah itu maha adil.

Saya yakin mereka takut dengan perkhabaran bahawa pemimpin agung Islam akhir zaman benar-benar akan muncul maka akan mendatangkan kemusnahan pada mereka.Jadi apakah dalang disebalik sengketa Indonesia dan Malaysia ini ada kaitannya dengan gerakan halus mereka..? Yakinlah bahawa di pihak Malaysia ataupun Indonesia ada musuh dalam rumah yang bergerak tanpa kita sedari.

Dan janji-janji Allah itu benar.Bila digambarkan umat akhir zaman sering bersengketa walau hal yang kecil telah benar-benar berlaku.

Apapun aku cuma memberi pendapat.Yang buruk itu dari saya dan yang baik itu tetap dariNya.

Aku memang insan yang hina tetapi tetap punya sedikit kesedaran untuk dikongsi bersama.Wallahualam.

Perjalanan Baru

In Kehidupan on September 28, 2009 at 4:40 am

Syukur alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lepas aku berjaya menghabiskan rukun islam yang keempat.Namun hari raya disambut aku sekeluarga dalam suasana yang penuh dengan sederhana.Memang aku gunakan masa cuti yang ada dengan sebaik-baik yang mungkin.

Lagipun kehidupan aku dah tak macam dulu,boleh kesana-sini berfoya-foya dengan rakan sampai tak kira waktu.Sekarang aku dah ada tugas dan tanggungjawab yang kena diutamakan.Waktu untuk berhibur pun cuma untuk hujung minggu itupun kadang-kadang aku gunakan untuk isi waktu mana yang patut untuk aku buat duit.

Rasanya tak perlu tunggu tahun baru aku nak pasang azam untuk berubah.Bagi aku bila ada niat dan matlamat yang baik kena dimulakan sekarang..bukan untuk ditangguh-tangguh atau jadikan tahun baru sebagai alasan untuk berubah.

Aku sekarang memang nak berubah kearah yang lebih baik..selain untuk diri sendiri juga untuk buktikan pada orang lain terutama mereka yang pernah memandang serong pada aku tanpa usul periksa.Memang fitnah tu sesuatu benda yang dahsyat dan sukar untuk diterima.

Itu sahajalah untuk sekarang.

Ada kerja nak buat..da~

Introduksi

In Uncategorized on September 28, 2009 at 2:44 am

Salam aku ucapkan untuk pelawat dan juga kepada sesiapa sahaja.Untuk pengetahuan ini adalah blog aku yang terbaru kerana sebelum ini aku gunakan blogspot.com.Sahaja aku bertukar angin ke blog .wordpress untuk sedikit pembaharuan.

Seperti biasa aku tidak berminat menggunakan bahasa pasar atau SMS didalam setiap penulisan aku.Walaupun aku menyokong dasar PPSMI oleh kerajaan namun dalam masa yang sama aku nak melihat bahasa Melayu terus dimartabatkan dan digunakan dengan berhemah serta betul.

-anaz-