alonganaz

Archive for the ‘Fisabilillah’ Category

Hujan Ibarat Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan on July 10, 2010 at 7:28 pm

Hari ini aku terpaksa batalkan pelan nak bersenam di sekitar Alam Damai Cheras sebab hujan turun lagi.. Baru nak hidupkan enjin motor hujan turun lebat. Disebabkan hujan aku pun melepak sambil makan durian yang baru aku ambil di kebun arwah bapa aku di Negeri Sembilan 3-4 hari lepas. Sambil melihat langit indah ciptaan Allah SWT..tiba2 aku teringat kata tok aku.. ‘ sekarang hujan turun dah tak kira musim ‘. Keluar kat TV ramalan kata tak hujan..tiba2 hujan turun mencurah2. Ini fenomena alam yang sering terjadi hari ini..sama ada kita perasan atau tidak.

Tiba2 aku teringatkan buah yang aku makan. Bukan setakat hujan sahaja yang sudah tidak bermusim..buah2an pun tumbuh tiada bermusim. Dulu kalau aku nak makan rambutan kena tunggu biasanya selepas syawal iaitu sekitar cuti sekolah hujng tahun. Dan setiap kali itu aku gembira waktu kecil sebab dapat berkumpul dengan keluarga tok nenek aku sebelah sini setiap kali cuti sekolah..pasal dapat makan rambutan. Cuti sekolah masa kecil aku cukup indah dengan kenangan itu yang telah berbelas tahun berlalu.

Hari ini kita tak dapat agak lagi bila buah nak tumbuh..kadang2 sepanjang tahun kita dapat makan buah.. sebab dah tak perlu tunggu hujung tahun macam dulu. Aku perhatikan sentiasa ada durian dijual ditepi jalan dalam harga yang murah. Kerana terlalu mudah nak mendapatkannya..buah2an dah tak tak tinggi nilainya seperti dulu. Jarang sekali kita dengar sekarang keluarga di kota teruja nak balik kampung sebab nak makan buah2an bila tiba musim. Nilai kekeluargaan dah tak sehebat dulu.. Tak tahulah..mungkin ini perasaan aku jer. Lebih baik lepak di mapley ataupun Hartamas Square dengan chikaro kat situ.

Apakah ini suatu petanda..? Mungkinkah buah2an yang dilihat sudah semakin tumbuh sepanjang tahun merupakan suatu petanda yang bumi ini semakin subur..? Hujan turun dari langit..dan apakah ini suatu petanda dari langit yang Allah SWT mahu tunjukkan pada kita. Buah2an asalnya dari pokok..dan pokok asal dari tanah. Dan apakah dari tanah juga ada peringatan dari tuhan yang Maha Agung..? Petanda dari langit dan bumi..sesungguhnya Allah SWT yang maha berkuasa memerintah sekalian apa yang ada dilangit dan dibumi.

Kita tahu bahawa diakhir zaman akan ada suatu kemarau yang berpanjangan.. Apakah bumi yang subur merupakan suatu tanda bahawa kemarau yang berpanjangan akan muncul..? Dan disaat kemarau berpanjangan itulah Dajjal akan muncul menyesatkan umat manusia diseluruh dunia dengan kebolehannya menurunkan hujan.

Diakhir zaman juga kita tahu bahawa manusia akan kembali berperang menggunakan pedang dan kuda.. Kalau tak percaya sila google sendiri maklumat2 ini. Akan berlaku perang akhir zaman diantara pembawa2 panji hitam dari ufuk timur iaitu dari kaum muslimin yang gagah berani menentang musuh2 Allah SWT.

Kata guru (PSSCM) silat aku, Tuan Haji Ishak Bin Itam..menjaga diri itu suatu kewajipan bagi manusia. Mereka yang tak mahu berusaha atau berikhtiar untuk menjaga diri itu adalah dari kalangan orang yang sombong. Jadi apakah persediaan kita dalam menghadapi musuh2 Allah diakhir zaman jika dipanjangkan umur kita..? Senjata bagi orang mukmin adalah doa. Yang pertama kita berdoa..kedua berusaha..berikhtiar dan bertawakal. Apa usaha kita..? Kedua tangan yang Allah beri pada kita untuk berdoa itu jugalah yang menjadi senjata pada kita. Tak perlu pistol segala.. Mereka yang yakin pada Yang Maha Esa tahu bahawa tangan ciptaan Allah SWT itu lebih berbisa dari sebarang senjata ciptaan manusia. Syaratnya hati kena bergantung seratus peratus pada Allah SWT..sebab kata jurulatih aku silat cuma pakaian..kuat atau tidak isinya bergantung pada kekuatan hati kita.

Silat adalah merupakan anugerah Allah SWT pada bangsa Melayu di bumi nusantara ini..jadi kita kena hargai. Cuma jangan campur adukkan silat dengan perkara khurafat..sebab silat asli cuma menjadikan Allah tempat bergantung. Tak perlu menuntut ilmu kebal..sampai mensyirikkan Allah SWT. Kalau ada manusia ada ilmu kebal secara tiba2 itu mungkin karamah..manusia biasa takkan boleh kebal tiba2 tanpa izin Allah SWT..kecualilah dia bersahabat dengan Jin dan Setan.

Itu cerita silat..

Pasal bencana alam..

Tasik Galilee pun sudah semakin kering.. ap itu tasik Galilee kalian boleh google sendiri. Berusahalah sikit nak cari ilmu. Bila tasik galilee kering masa tu la al-masih Isa As akan turun..

Pada tiga2 line..gengster2 Melayu kalau hangpa semua betul pejuang agama dan bangsa tunjukkanlah sesuatu. Jangan asyik bantai dan khianat bangsa sendiri..nanti kat akhirat tuhan azab kita pasal buat janji palsu.

Wallahualam..

6:47. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?”

Malam Di Ibukota : Erti Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Perjuangan on June 27, 2010 at 5:17 pm

Dedikasi buat kekanda dan adinda Segitiga Emas Bersatu dan adik beradik seperjuangan di seluruh negara..

Hari ini aku bangun pukul 3pm..dah lama aku tak bangun sampai tengahari macam ni tapi disebabkan aku tidur lambat semalam iaitu pukul 4am maka tersadai la aku sampai matahari dah terlebih 90 darjah di langit. Disebabkan dah lama aku tak bangun lewat macam ni maka kepala aku jadi haru biru terhuyung hayang kepeningan seolah2 mabuk laut.

Syukur juga kehadrat Allah SWT semalam sebab adik beradik seperjuangan aku sebelah Johor semua selamat kembali ke Johor selepas berada selama ham6 jam di KL. Kebanyakan mereka tiba pada pukul 9pm dan pulang sekitar pukul 5am berikutnya. Jarak yang bukan dekat dari KL ke Johor (400km) namun kerana komitmen yang tinggi..semua benda tu tak jadi hal punya.

Kepada adinda2 baru yang mengikuti blog ni (ada yang tegur semalam pasal blog..hehe).. saya ucapkan selamat menempuh ke alam perjuangan. Kita ada ramai kawan atau ahli bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati apatah lagi nak menindas orang lain. Jangan kerana kelebihan yang ada pada kita..kita anggap itu lesen untuk kita bersikap angkuh, riak dan takbur. Kita kalau nak sangat jadi samseng pun.. jangan ibarat jadi samseng kampung. Maksudnya jalan berkepak tak semena2 buat pasal sana sini. Apa yang ada..kita simpan baik2 macam kita simpan rahsia bila nak pakai baru kita keluarkan.

Taat pada pemimpin selagi pemimpin tu kita rasakan tak bercanggah dengan agama dan adat kita sebagai seorang Melayu Islam (kena sebut penuh..bukan semua Melayu zaman skang Islam ). Bila ada salah pi berbincang dulu. Kita semua bakal jadi pemimpin..dan untuk jadi pemimpin yang bagus kita kena belajar bagaimana untuk dipimpin orang lain terlebih dahulu. Jangan awal2 dah fikir nak melompat tinggi2..sebab lagi kita lompat tinggi lagi sakit dan parah bila kita jatuh. Maksudnya bersederhanalah dalam semua hal. Kuasa dan kedudukan tu kerja Allah SWT.. kalau dia bagi jalan kat kita nak dapat kuasa maka kita dapatlah. Tapi kalau belum sampai masa..jangan dok buat khianat atau hasad dengki kat orang sebab nak dapat kuasa atau harta benda. Benda ni banyak aku tengok dah.

Lepas tu bila bercakap jangan la besaq berdegaq2 kata orang Kedah. Orang tengok kita taiko bukan pasal mulut kita asyik pom sana pom sini tapi orang tengok kita taiko pasal cara kita. Prinsipnya orang hormat kita sekali..kita hormat dia berkali tapi kalau orang tu khianat kita..sengsara la hidup dia kita buat. Ini baru nama samseng tapi yang ada akal punya la..

Pesan …… semalam kita kena ingat bila duk bawah satu bumbung kita kena bersatu. Bukan semata2 bersatu atas nama pertubuhan tapi bersatu atas nama bangsa Melayu dan agama Islam. Kita bukan binatang nak bergaduh sana bergaduh sini tapi kita adalah hambaNya seorang manusia yang dikurniakan akal. Hak bangsa Melayu dan hak Islam biar seperit mana pun tetap kita kena pertahankan. Jangan jadi anak Melayu BANGSAT yang memecah belahkan bangsa sendiri dengan fitnah tanpa usul periksa. Kita bukan tuhan boleh sesuka hati tuduh orang itu ini..mata kita ada hijab. Kita bukan wali boleh tengok hati orang baik atau busuk. Kadang2 luar nampak baik dalam pulak nampak busuk. TETAPI dalam menjaga hak Melayu jangan pulak kita tindas bangsa lain.. pasal banyak yang kita boleh belajar dari depa.. Belajar dari depa tak bermaksud kita cuba jadi seperti mereka atau tiru mereka bulat2..pasal kita ada cara kita sendiri. Faham yang ni betul2..

Jagalah tingkahlaku.. kalau ada mak bapak jaga elok2. Sejahat mana pun kita mak bapak tetap kena jaga.. iman dalam hati tetap kena ada walau sebesar zarah. Bila hati tak ada iman walau sebesar zarah jangan mimpi nak masuk syurga. Macam mana nak jaga hati jangan mabuk jangan berzina la. Kalau nak mabuk atau beromen jugak.. kita kena tau la bila nak berhenti. Biasa la anak muda..aku pun anak muda jugak..umur baru 23 tahun ni..jadi aku pahamlah perangai hangpa semua.

Bawak nama ayahanda..abang long dan abang2 kalian baik2. Jangan dok jaja sana dok jaja sini.. kena pelangkung nanti menangis tak berlagu takdak sapa nak layan dah. Menangis la hang sorang2.. Jangan rasa kita lagi hebat dari orang lain..sebab kalau dah nama pun manusia..selagi belum mati.. selagi tu la ilmu dunia ka..akhirat ka..kita takkan abih tuntut. Tuntut la ilmu dunia sampai la ke akhirat.

Raja dan pemimpin2 Melayu kita tetap kena taat. Jangan sesuka hati langgar undang2 tanpa sebab..

Akhir sekali aku mintak ampun kalau ada tersalah bahasa.. teguran akan saya terima dengan besar hati. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu tetap dari saya.

Salam.
Long Anaz.


Sampai Bila..?

In Fisabilillah, Perjuangan on June 15, 2010 at 7:03 am

Kita cuma buka mata bila ada isu besar.. bila kapal Mavi marmara ditawan Israel.. kita semua melenting, marah dan mencemuh bangsa Yahudi dan Negara Israel. Kita laungkan anti Israel..anti Yahudi.. boikot itu boikot ini. Namun berapa ramai yang berani akui bahawa sebahagian besar kita adalah hipokrit dalam sebuah perjuangan..? Bila tiba piala dunia..isu kekejaman Israel pada bangsa Palestin..yang juga saudara mara kita di sana kembali reda. KisahPalestin ibarat pisan goreng..panas sekejap bila dah lama kembali sejuk. Sekarang semua orang memperkatakan tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. Isu Palestin..? Kembali reda.

Kita cuma jadi jaguh bila ada isu.. kita cumabersemangat bila isu sedang hangat. Tapi kita jadi lalai bila ada hiburan dunia. Mereka di Palestin tiada musim bila menderita.. kerana penderitaan mereka berpanjangan. Mana mereka disini yang mengaku berjuang di jalan fisabilillah..? Mana mereka yang kononnya pejuang agama, bangsa dan negara..? Kebanyakan hanya pejam sebelah mata.. menghampiri jalan orang munafik yang katanya pejuang sabil.. tapi bila saudara kita disana ditimpa kesusahan adakah kalian ambil berat isu..? sebaliknya pejam mata. Perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak. Pernahkah kalian tahu mengapa peperangan tersebut terjadi..? Tepuk dada tanya selera.

Ada yang kata tak guna kita berlebihan..sebab perang antara Islam dan yahudi sampai kiamat pun tak sudah. Benar..tapi takkan nak tunggu kedatangan Mahdi baru kita nak bertindak. Jihad tak semestinya kena mengangkat senjata.. sekadar ambil tahu dan berdoa untuk perjungan para tentera sabil di sana dah memadai. Bukan terpekik terlolong bila hanya ada isu..dan kemudian senyap tanpa mahu mengambil tahu apa2 tentang mereka disana.

p/s : aku tetap suka makan McD.

Salahuddin Al-Ayyubi

In Fisabilillah, Islam on February 22, 2010 at 8:53 am

Tugu Salahuddin Al-Ayyubi Di Syria

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal.

Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir.

Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria. Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul. Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Baginda meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Makam Salahuddin Al-Ayyubi

Khalifah Sejati

In Fisabilillah, Islam on January 22, 2010 at 6:32 pm

Salam..
Bukanlah tujuan aku menulis untuk menunjukkan yang aku ini tahu segalanya berkenaan tanggungjawab seorang khalifah dalam memimpin jemaahnya kerana aku juga insan yang bodoh dan hina..yang masih perlu belajar banyak perkara dari orang lain.Tapi tujuan hanya untuk berkongsi dan memberi pendapat atas apa yang aku lihat disekeliling aku.

Banyak kerosakan yang terjadi hari apabila seseorang dilantik untuk menjadi pemimpin atau ketua gagal dalam mendidik ahli yang sepatutnya dibimbing.Maka lahirlah perasaan riak..angkuh dan sombong pada manusia lain yang dirasakannya boleh ditindas sesuka hati.Sedangkan pergerakan didalam sesebuah jemaah hendaklah atas satu ikatan yang kuat tanpa didorong oleh perasaan riak kerana bilangan yang ramai.Berapa ramai mereka yang dilantik sebagai pemimpin benar-benar jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah..?

Banyak kerana mengejar nama dan harta untuk kesenangan diri sendiri berbanding melakukan tugas membangunkan jemaah seperti yang dijanji atau dilafazkan dalam baiah.Perjuangan untuk membela agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang mudah..adakalanya memerlukan darah merah dari tubuh mengalir.Tapi jika hati kita bergantung pada Allah SWT dan mempunyai niat yang jujur nescaya akan dibantu oleh Allah SWT.Dan mereka yang mempermainkan tanggungjawab seorang khalifah itu akan menghadapi pertanyaan dariNya di akhirat kelak.

Maka pada sesiapa yang telah diamanahkan memegang tanggungjawab sebagai seorang khalifah..jalankan tugas saudara dengan sebaik-baiknya dalam mendidik mereka untuk saling menghormati dan merendah diri.Elakkan sifat takbur..iri hati dan bongkak yang menjadi punca utama perpecahan kita bangsa Melayu yang beragama Islam.Sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama yang sama..kita wajib menyatukan mereka semua dibawah satu panji hitam yang akan kita kibar di akhir zaman bagi manusia-manusia yang terpilih kelak.Wallahualam.

Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila dua orang Islam bertemu dengan pedang masing-masing maka si pembunuh dan terbunuh..keduanya di neraka.Para sahabat berkata pembunuh perkaranya telah jelas..maka bagaimana si terbunuh pula..? Jawab baginda kerana ia sungguh berminat untuk membunuh saudaranya”

Maka jawapan bagi kedua orang Islam yang saling berbunuhan kerana sengketa adalah NERAKA.

Tentera Sabil Yang Ke Neraka

In Fisabilillah, Islam on January 13, 2010 at 2:05 am

Semalam aku baca sebuah kitab karya Wahab Muhammad tentang manusia yang disangkakan mati syahid kerana berjihad tetapi apabila matinya ke neraka.Aku memang suka membaca tentang jihad terutama yang berkaitan dengan jalan fisabilillah.Mereka yang berjihad kerana Allah SWT dengan cara yang benar..akan dijanjikan syurga olehNya.Aku menulis kerana melihatkan senario di Malaysia dimana ramai mengaku khalifah dalam pertubuhan-pertubuhan yang mempertahankan agama dan bangsa..tetapi tidak jujur dan faham tentang erti perjuangan sebenar.

Mengenai manusia yang disangkakan syahid tetapi akhirnya masuk ke neraka ada satu sejarah seorang tentera Islam yang berjuang bersama Rasululullah baru mati selepas berperang.Selepas kematiannya ramai tentera Islam mengatakan dia akan masuk ke syurga.Tetapi Rasulullah mengatakan dia masuk neraka dan setelah dijelaskan dia rupanya bukan berperang kerana mempertahankan kalimah Allah SWT tetapi semata-mata kerana mempertahankan bumi Madinah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan orang..sehingga kita menjadi keliru dan seterusnya kita memahami Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, ‘Arab itu Islam, Islam itu ‘Arab. Sudah menjadi kebiasaan kepada kita ucapan-ucapan seperti itu dengan kita tidak menyedari hakikat dan asal-usulnya. Kita tidak dapat menafikan bahawa perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing..tetapi perasaan itu tidak boleh dijadikan ‘aqidah dan pegangan. Yang menjadi ‘aqidah dan pegangan ialah keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Keduanya adalah mereka yang berjuang semata-mata mahu mendapat nama dan pangkat dan bukan benar-benar jujur dalam mempertahankan agama.Ini yang dapat kita lihat dalam pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang mendakwa khalifah dalam sebuah pertubuhan yang mempertahankan Islam..tetapi niat sebaliknya adalah semata-mata kerana mahu mendapt nama, pangkat dan kekuasaan dengan rakus.Memang sudah sikap manusia sangat rakus bila mahu mendapat nama.Dan neraka adalah janji Allah kepada mereka yang tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah SWT.

Ketiganya adalah mereka yang merampas harta tahanan perang untuk dirinya sendiri.

Jadi pengajarannya janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan dan mengakui diri kita ini seorang pejuang fisabilillah jika kita sendiri belum memahami maksud sebuah perjuangan terutamanya yang bertujuan untuk menegakkan agama Islam.Banyak yang perlu kita pelajari dalam menegakkan jihad fisabilillah.Jika diri sendiri belum berjihad kearah positif dan kebenaran bagaimana kita mahu mengakui kita ini didalam sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri sendiri tentera sabil..?

Rukun Wajib Baiah

In Fisabilillah, Islam on October 16, 2009 at 4:48 pm

Rukun baiah ialah antara perkara yang wajib diikuti bagi mereka yang telah berbaiah atau melakukan taat setia mengikut Imam Hassan Al-Bana.Mengikut apa yang aku kumpulkan..ada 10 rukun baiah yang mesti kita fahami dan dalami maksudnya untuk benar faham erti sebuah perjuangan.

1.Faham
Kita mesti mengerti apa tujuan dan matlamat kita apabila terlibat dalam sesuatu perkara yang memerlukan kita berbaiah.Bila kita faham maka tidak akan seharusnya timbul perasaan ragu2 dalam menruskan landasan dalam sesuatu pertubuhan.

2.Ikhlas
Ikhlas bermakna kita tidak harus pertikaikan apa yang perlu kita korbankan pada masa hadapan seperti masa..wang dan tenaga.Hati mesti bergantung pada Allah SWT..dan penglibatan kita dalam menegakkan perjuangan fisabililah tidak seharusnya kerana mengejar pangkat dan nama.

3.Amal
Bersedia untuk beramal didalam komuniti masyarakat disekelilingnya.

4.Jihad
Bukan sahaja berjihad yang memerlukan kita mengangkat senjata..tetapi juga jihad dalam menentang hawa dan nafsu dalam diri kita.

5.Pengorbanan
Berkaitan dengan jihad dan ikhlas.Kita harus bersedia dalam melakukan pengorbanan dalam menegakkan panji islam diatas tempat yang tinggi.

6.Taat

7.Tetap Pendirian

8.Tajarrud dan Tegas.

9.Ukhuwwah Persaudaraan.

10.Thiqah dan Percaya.

Yang lain sengaja aku tak huraikan sebab aku bukan guru dan tidak seharusnya berlagak pandai.Dan aku cuma menyampaikan yang asas agar kita berusaha untuk mencari makna yang lebih mendalam.Takut lain yang disampaikan lain yang diterima aku juga akan menanggung.Cari seorang guru untuk menuntut dalam memahami makna sebenar perjuangan kita diatas landasan tentera fisabilillah.Malah dalam adab berguru sesuatu ilmu pun kita akan melalui proses baiah yang berlandaskan sunnah Rasulullah SAW.Eg : silat

23322-al-quran

300 atau 313..?

In Fisabilillah, Islam on October 14, 2009 at 4:51 am


Shamelin2u.com

Badar Battle

Rasanya semua pernah menonton filem 300 yang mengisahkan raja Leonidas memimpin bala tenteranya seramai 300 orang menentang puluhan ribu tentera Parsi.Apa yang diragukan adalah apakah benar ini suatu peristiwa sejarah yang benar2 berlaku ataupun sekadar menciplak sejarah perang badar..?

Dalam kita asyik dengan filem 300..kita telah melupakan peristiwa perang badar al-qubra yang mana tentera Islam seramai 313 orang menentang 1300 orang tentera musyrikin mekah.Ini bermakna satu pejuang Islam perlu menentang 5 orang kaum musyrikin.Perang badar berlaku pada 17 Ramadhan yang mana pada masa yang sama turun perintah berpuasa telah diwajibkan keatas umat Islam.

Dalam perang badar ini juga telah menyaksikan Rasulullah telah melakukan baiah pada bala tentera pimpinannya yang dikenali sebagai baiah aqabah al-kubra dengan dipimpin tiga panglima Islam yang agung iaitu Ubaidah Bin Harith..Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali yang diamanahkan pedang Zulfiqar dari Rasulullah.

Peperangan badar juga adalah peperangan yang bersejarah kepada umat Islam kerana selain terpaksa bertempur dalam keadaan lapar dan dahaga kerana tuntutan puasa..mereka juga telah dibantu oleh para tentera malaikat yang telah diperintahkan Allah SWT supaya turun dari langit dan datang membantu Nabi Muhammad SAW.

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” – (Surah Al-Anfal 8:9)

Jadi dalam kita mengagungkan King Leonidas yang entah benar atau tidak kewujudannya..baik kita menghayati sirah islam termasuk peperangan Badar yang menyaksikan bagaimana semangat dan perjuangan umat Islam terdahulu dalam menegakkan syiar.Kepada adik beradik tolong mengaji baik2 jalan putih baru boleh cerita pasal jalan lain ok.Sebab itu kita mendahulukan 30 sebab yang putih itu sebagai panduan buat kita jika tersilap jalan..kata tentera sabil..berjuanglah betul2.

Panglima Selempang Merah

In Fisabilillah on October 12, 2009 at 6:25 am

Berkata mengenai perjuangan yang berlandaskan jalan fisabilillah..ada suatu nama dan pergerakan yang tidak harus dilupakan oleh generasi muda sebagai panduan iaitu almarhum Kiyai Salleh dan pergerakan selempang merah.

Kiyai salleh adalah anak jati negeri Johor yang dilahirkan di Bukit Pasir dalam daerah Muar.Perjuangan tentera selempang merah dibawah pimpinan kiyai salleh bermula apabila kekalahan tentera Jepun di Tanah Melayu.Kekalahan jepun pada tahun 1945 telah menyebabkan pasukan bintang tiga keluar dari hutan serta bermaharajalela dan membunuh sesiapa sahaja yang dipercayai pernah membantu pihak Jepun.

Kiyai Salleh juga pernah menyertai PKM sebagai wakil untuk mengutip cukai dari orang kampung bagi pihak komunis namun sebaliknya dia mengagihkan hasil cukai itu pada penduduk miskin.Namun sementara menunggu pihak British datang semula ke Tanah Melayu..pihak komunis telah bermaharajalela dan membunuh penduduk kampung.Penduduk Batu Pahat telah memilih kiyai Salleh untuk memimpin pergerakan mereka yang dinamakan ‘Selempang Merah’ bagi menentang kekejaman pihak komunis.

Mereka digelar selempang merah kerana sentiasa melilitkan kain merah pada badan mereka.Perbuatan mereka adalah berdasarkan sirah yang menunjukkan para pejuang Islam dibawah pimpinan khulafa al-rasyidin yang sering melilitkan ikatan kain merah dikepala sebagai simbol jihad dan keberanian dalam perang.Malah tentera selempang merah juga digeruni oleh pihak komunis kerana dakwaan terdapat parang tidak bertuan terbang mencari komunis untuk dipenggal kepalanya.Namun disebaliknya mereka yang memegang parang itu tidak dapat kelihatan dimata kasar.

Kiyai Salleh juga dikatakan sangat berani kerana sering berbasikal pada setiap malam seorang diri bagi mencari komunis untuk dipenggal kepalanya.Antara ilmu yang diamalkannya adalah zikir empat sebagai amalan sampingan dalam melawan pihak komunis.

Pada 13 Mei 1969..pergerakan selempang merah ini dikhabarkan mahu turun ke Kuala Lumpur bagi membantu orang2 Melayu namun kehadiran mereka dapat dikesan oleh pihak polis.

PANGLIMA Salleh (tengah)

Pedang Zulfiqar

In Fisabilillah on October 8, 2009 at 4:42 am


Shamelin2u.com

Pedang Zulfiqar

Kali ni aku nak menceritakan serba sedikit tentang pedang zulfiqar terutamanya kepada adik beradik yang pernah melihat simbol pedang dua mata ini dimana2 tetapi tidak tahu asal usulnya.Hehe.

Pedang Zulfiqar adalah pedang dua mata yang dimiliki oleh Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.Pedang dua mata ini adalah simbol kepada jihad dan keberanian berdasarkan perjuangan baginda khalifah Saidina Ali R.A

Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat..beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.”

Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali.Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi..pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman bersama pasukan yang mengibarkan panji hitam ditangannya.Wallahu alam.

Jihad

Jadi kepada adik beradik khususnya..jangan hanya meletak gambar pedang dua mata pada sticker atau lambang famili.Sebaliknya yang penting adalah kita kena menghayati juga perjuangan pemilik pedang zulfiqar ini dalam menegakkan syiar Islam.Jangan mare yer..hehe.