alonganaz

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Evolusi Kedai Mamak

In Isu Semasa, Kehidupan, Memori on June 6, 2011 at 5:18 am

Masa aku kecil2 dulu, iaitu sekitar tahun 1995 keatas, arwah bapa aku selalu bawa kami sekeluarga ke kedai mamak yang terletak di Salak Selatan, iaitu sebuah pekan kecil dan terpinggir di Kuala Lumpur. Kedai mamak tu tak ada yang menarik, cuma sebuah gerai tepi jalan yang serba kekurangan, dengan hanya menggunakan meja besi dan kerusi plastik. Tapi di situ la tempat manusia dari pelbagai tingkat kelas kehidupan menghilangkan lapar dan dahaga.

Keadaan di kedai mamak tu bising dengan suara2 pekerja kedai mamak tu mengambil pesanan dan juga suara2 dari pelanggan meminta pesanan. Pelbagai kaum suka dengan kedai tu yang serba ringkas. Ada yang datang dengan keluarga, kawan dan pasangan kekasih. Walaupun keadaan gerai tu serba kurang, tapi menarik perhatian kerana harganya yang murah, berpatutan selain makannya yang sedap.

Ingat lagi boleh dikatakan dalam seminggu mesti akan ada sehari dua arwah bapa aku akan bawa makan di kedai tu. Cuma tahun 1996 sahaja aku tak pergi kedai tu sebab tahun tu arwah bapa aku melanjutkan pelajaran di Australia. Mungkin kerana disebabkan suasana yang ringkas, orang ramai memilih tempat tu.

Tapi itu dulu, berbelas tahun yang dulu semasa aku kecil dan berhingus, semasa era belum ada talian internet tanpa wayar ataupun skrin layar besar untuk menonton bola sepak secara siaran langsung.

Kenapa tiba2 aku bangkitkan nostalgia lama tu..?

Baru2 ni aku pergi makan di sebuah kedai mamak di Desa Sri Hartamas untuk menonton perlawanan antara dua pasukan bolasepak gergasi dunia, Barcelona dan Manchester United. Hanya segelas Teh O ais aku dikenakan caj sebanyak RM2.20.. Pernah aku bertanya pada seorang pekerja disebuah kedai mamak di Subang kenapa harga makan mahal sangat, dia jawab sebab ada wireless. 

Ada ke patut macam tu..? Dulu kedai mamak adalah sebuah tempat untuk semua orang tapi sekarang kebanyakan kedai mamak dah berevolusi menjadi sebuah tempat yang setaraf dengan Starbucks dan Secret Recipe. Kedai mamak bukan lagi pilihan untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah. Aku sebenarnya tak kisah pun pasal duit, cuma teringat kenangan masa dulu berkenaan kedai mamak ni.

Cuma kadang2 rasa tak berbaloi untuk bayar harga yang mahal sehingga kadangkala harga caj makanan yang dikenakan sangat tidak munasabah. Pernah juga aku terfikir, kebanyakan dari kita hari ni yang sebenarnya menjadikan kedai mamak destinasi untuk menghilangkan lapar dan dahaga, telah ditipu hidup2 untuk membayar harga yang sangat tinggi dengan alasan yang merapu.

Bahang Malam Dan Tsunami Di Jepun

In Isu Semasa on March 28, 2011 at 7:14 pm

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan sibuk dengan tugas sebagai tenaga pengajar di salah sebuah institut swasta di ibu negara dan dalam masa yang sama perlu berhempas pulas menghabiskan pelajaran aku di peringkat ijazah. Disebabkan tidak boleh tidur kerana bahang yang ‘lain macam’.. maka aku pun cuba melakukan sesuatu seperti menulis di dalam blog ni.

Petang tadi semasa aku minum di salah sebuah hotel di Bukit intang di Kuala Lumpur, aku terdengar perbualan dua lelaki Melayu yang agak berusia mengatakan mungkin Malaysia akan terkana tempias akibat radiasi. Aku tak mahu cerita pasal radiasi yang disebabkan oleh kebocoran reaktor nuklear di Jepun sebab bukan bidang aku. Masa ni pun, kecoh lagi tentang tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun.

Aku agak tidak bersetuju bila orang meletakkan seratus peratus apa yang berlaku adalah kerana balasan Allah SWT ke atas dosa2 rakyat Jepun. Seolah-olah kita meluahkan sesuatu tanpa berfikir dahulu dari segi logik. Kalau balasan Allah SWT hanya ditunjukkan melalui gempa bumi dan tsunami, aku rasa Malaysia pun takkan lepas sebab kat sini pun apa kurangnya.

Setiap yang terjadi adalah atas kehendak, keizinan dan ketentuan Allah SWT.

Jadi apa yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT dari peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini..? Tidak akan Allah izinkan sesuatu itu berlaku melainkan terdapat sesuatu hikmah dan maksud disebaliknya. Maka diciptakan akal kepada manusia sama ada untuk dibiarkan..atau digunakan untuk berfikir tentang sesuatu perkara.

Kenapa Jepun..? Kalau dari segi sudut sainsnya Jepun sama dengan Indonesia. Kedudukan geografinya terletak di kawasan yang aktif berlaku pergerakan platlet bumi atau terletak di kawasan lingkaran api pasifik. Bagaimana dengan amaran atau maksud tersirat yang cuba ditunjukkan yang Maha Kuasa..?

Sama-sama lah kita berfikir dan menghuraikan kesimpulannya dengan pemahaman masing-masing. Jepun suatu negara besar yang menjadi contoh bagi negara2 asia yang lain seperti mana Amerika menjadi contoh bagi negara-negara barat. Maka sebab itulah Tun dr Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke timur, iaitu Jepun yang mana diketahui dari sudut sejarahnya pernah menganut agama Shinto yang MENYEMBAH MATAHARI ini.

Selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, Jepun bangkit kembali dengan sangat pesat dan laju berbanding negara-negara lain. Dan hari ini Jepun menjadi contoh dari sudut ekonomi dan kemajuan teknologinya. Malah cara bekerja rakyat Jepun yang seperti ‘ robot ‘ juga menjadi contoh cara bekerja yang bagus.

Rakyat Jepun kini kebanyakannya Atheist, jadi mereka tidak bergantung atau berharap pertolongan dari tuhan. Mereka percaya sesuatu atau setiap yang berlaku boleh dielakkan dengan kebijaksanaan manusia sendiri. maka mereka bertungkus lumus mencipta teknologi yang dapat meminimumkan kesan bencana alam. Namun siapa yang dapat melawan takdir Allah SWT..? Mereka juga percaya kebolehan manusia dapat melindungi dunia dan mereka juga menyerapkan bahawa manusia sendiri dapat melindungi dunia tanpa bantuan dari pencipta. Maka mereka cuba menyerapkan kefahaman ini salah satunya melalui komik2 ciptaan mereka.

Maka banyak digambarkan penyelamat dari kalangan manusia yang berkuasa ajaib seperti Ultraman dan Son Goku (Dragon Ball) yang tiba menyelamatkan manusia biasa bila harapan kelihatan sudah tiada. Meski kelihatan remeh namun impaknya tidak kurang besar pada cara pemikiran manusia.

Tapi aku rasa isu tsunami di jepun ni takkan berpanjangan. Orang-orang cuma akan berbicara tentang hal ni ketika tengah panas tapi apabila timbul isu lain, hal ini akan dilupakan. Jadi iktibar dan akibatnya terus dilupakan tanpa kita mahu berfikir apa2 seperti kesannya pada jangka masa panjang. Manusia akan terus hidup seperti biasa kerana melayan kesibukan dunia. Untuk apa kita membebankan kepala kita dengan isu2 yang membebankan seperti ini..? Asal tidak berlaku di negara kita sudahlah..!

Ingatlah..tidak Allah jadikan sesuatu peristiwa itu melainkan ada iktibar disebaliknya.. Yang tersirat dan juga tersurat. Nak mintak tolong siapa kalau berlaku bencana..? Manusia2 berkuasa luarbiasa.? setahu aku dalam kehidupan sebenar..manusia yang berkuasa luar biasa dan ghaib kalau bukan kelebihan dari Allah ialah ahli2 sihir, tukang2 nujum, bomoh2 dan yang paling bahaya di akhir zaman ini ialah, DAJJAL. Ingatlah DAJJAL akan menjadi penyelamat bagi golongan manusia yang berpaling dari Allah SWT.

Bangi Kopitiam

In Bisnes, Isu Semasa on September 24, 2010 at 10:14 am

Sebelum ni aku ada tulis yang aku akan boikot kopitiam2 yang ada kat malaysia ni sebab tak ada sijil halal.. Ini termasuklah oldtown kopitiam yang suatu masa dulu menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak.. Bukan boleh main2 dengan status halal haram ni. Kalau dulu kedai cina pun aku makan asalkan tak letak babi..! Tapi alhamulillah aku kembali menggunakan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan pada aku untuk berfikir tentang kesan2 negatif makan makanan yang haram ni.

Kebanyakan pemilik2 kedai kopitiam ni Cina..jadi apa yang mereka kisah sangat dengan sensitiviti umat Islam kalau umat Islam sendiri kurang peka dengan status halal sesebuah kedai. Diorang makin kaya..kita hilang duit makan benda haram..otak makin bebal..perangai lagi sial.

Lebih baik makan kedai Melayu Islam..

Tapi bukan semua kopitiam aku boikot.. Tadi sebelum sembahyang jumaat aku pergi ke kopitiam berhampiran dengan tempat aku yang baru dibuka. Bangi Kopitiam namanya. Bangi kopitiam ni seingat dan kalau tidak salah aku cawangan pertamanya di Bangi..iaitu tempat aku belajar dulu. Pemiliknya adalah Kid..bekas anggota kumpulan Search. Tapi masa kat Bangi dulu aku tak lepak sangat kopitiam..tengah belajar duit selalu kurang. Aku tak suka berlagak kaya kalau duit tak ada sesen dalam poket..haha. Tempat lepak cuma di mapley atau nasi bungkus kedai Melayu..

Kali pertama aku singgah kat Bangi kopitiam..aku puas hati dengan menu yang disediakan. Lebih banyak dan pelbagai daripada kebanyakan kopitiam2 yang ada kat Malaysia ni..harga pun murah. Jadi Bangi Kopitiam sudah masuk senarai kedai favorite aku secara rasminya mulai saat itu..haha.

Lagipun sebagai orang Melayu..aku kena la sokong perniagaan yang dah tentu pemiliknya orang Melayu. Bangsa Cina boleh berjaya dalam perniagaan sebab mereka punya ikatan yang kukuh untuk saling menyokong perniagaan yang diusahakan mereka. Soal halal pun aku yakin sikit..

Cuma susah..sebab cawangan kopitiam cuma ada 7 sahaja setakat ni dibuka di Malaysia berbanding dengan kopitiam old town yang dimiliki ahli DAP Taiping, Perak..Nga Kor Ming. (gambar)


Kempen Buang Bayi

In Isu Semasa on August 19, 2010 at 3:20 pm

Kalau diikutkan aku malas nak tulis pasal kes buang bayi ni..sama macam aku malas nak menulis pasal Salleh Gregor Samsa..pasal dah banyak sangat orang tulis. Tapi tak apa.. aku mahu juga menulis dalam keadaan laju2 sebab lepas ini aku mahu keluar berpeleseran bersama rakan2 aku di kedai makan. Tapi aku akan cuba menampilkan kelainan disini..maknanya dalam perspektif yang berbeza.

Pertama sekali aku mahu mengucapkan ‘tahniah’ kepada para pembuang bayi ni kerana berjaya membuktikan yang manusia boleh jadi lebih bangang dan kejam berbanding binatang yang tak punya akal fikiran. Maknanya mereka berjaya meletakkan diri mereka ini lebih rendah dari taraf seekor binatang hatta khinzir sekalipun. (tak baik cakap BABI..Melayu sangat sensitif dengan binatang comel ini)

Sebelum tu..apa sudah jadi dengan kempen Kami Prihatin yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datin Seri Rosmah Mansor dulu..? Berjuta2 duit dihabiskan untuk menganjurkan kempen Kami Prihatin..siap jemput artis menyanyi dan bagi komen tentang masalah buang bayi yang semakin berleluasa sekarang ini..namun masalah buang sampah bayi tetap juga berleluasa. Aku menghargai keprihatinan beliau dalam isu ini.. namun untuk apa kempen yang cuma hangat sehari dua lepas itu masalah kembali berleluasa..?

Sekarang baru nampak tahap keseriusan kerajaan bila mereka dah mula meluluskan hukuman mati untuk para pembunuh bayi yang tidak berdosa ini. Aku tak mahu bercakap pasal undang2 Islam sebab aku bukan ustaz..nak sampai taraf orang alim pun jauh sekali. Jadi lebih baik aku diamkan diri dari memperbodohkan diri sendiri bercakap tentang hukum hudud tanpa mengemukakan dalil dan hadis Nabi tentang hukuman berzina yang menjadi salah satu punca kes buang bayi yang aku sendiri kurang faham.

Cuma bila kerajaan mahu melaksanakan hukuman mati kita sebagai rakyat perlu didedahkan secara teliti tentang cara pelaksanaannya. Siapa yang akan dihukum..? Ibu mengandungkah atau bapa yang memengandungkan kah..? Apakah punca mereka buang bayi..? Kerana dirogol atau sebab2 lain kah..? Yang penting hukuman perlu dijalankan seadil2nya. Dan juga apakah populasi bangsa Melayu akan berkurangan kerana terpaksa menjalani hukuman mati akibat buang bayi..?

Sesuatu perlu dilakukan.. sebab gejala buang bayi sudah semakin berleluasa di Malaysia ni. Takut nanti tuhan turun bala kat kita..semua kena. Takut nanti bila kita tak bertindak..berita kes buang bayi akan jadi macam kes bunuh..dah tak mendatangkan apa2 kesan pun pada rakyat. Jangan sampai suatu hari nanti bila orang buka suratkhabar dan terbaca kes buang bayi dia cuma akan kata.. ‘ Ohh..buang bayi lagi ‘ sebelum beralih ke berita seterusnya tanpa sebarang reaksi seperti simpati dan sebagainya.

Pada pakcik2 dan makcik2 jangan hanya mencemuh sahaja bila baca kes buang bayi..tengok sikit anak2 kat rumah mana tahu perut dah mula membesar. Kita duk maki hamun orang tapi kat rumah sendiri ada setan.

P/s : Lain kali nak berjimak jangan lupa pakai kondom. Dah la berdosa..tambah lagi dosa sebab buang bayi. Bangang.

Aku tak sanggup pos gambar bayi yang dah berulat kena buang kat tong sampah..gambar buang ank kucing pun jadilah. Ini pun dah cukup kejam bagi aku.

Salleh Gregor Samsa

In Isu Semasa on August 16, 2010 at 1:39 pm

Dalam masa 2 hari.. dua kali aku dah tulis blog pasal mamat ( bukan budak ) ni yang tengah kecoh pasal hina ibadah umat Islam yang berpuasa LINK. Hari ni cuba buka FB dia tapi tak dapat.. agaknya dia dah delete kot pasal order nak kutip dia dah ada kat merata2 dan dia pun dah tahu yang dia sekarang dah menjadi bahan cemuhan orang. Kalau nasib dia bertambah buruk..mungkin akan ada orang buat aduan polis pasal tulisan dia kat FB tu.

Tapi bagi aku dia tak cuak pun..kalau aku jadi dia aku akan gelak jer dengan respond orang ramai. Tindakan dia bagi aku tindakan kurang matang yang sengaja mahu mencetuskan provokasi jer. Tapi bila dah mula membangkitkan kemarahan orang ramai dan menjadi isu besar baru dia akan berubah fikiran.

Masa aku google nama ‘ SALLEH GREGOR SAMSA’ ni..banyak rupanya orang dah tulis blog pasal dia. Dan kebanyakan yang tinggal komen pun mencemuh dan memaki hamun mamat ni..siap ada yang kata nak bunuh dan sebagainya. Lebih teruk ada Melayu yang mengaitkan muzik Hardcore yang menjadi jiwa dia sebagai punca kerosakan akhlak anak muda.

Salleh Gregor ni bukan seorang yang berani..tapi seorang yang kurang bijak apabila mencemuh ibadah puasa yang menjadi ibadah umat Islam. Sama jer kurang akal dengan manusia2 yang pijak kepala lembu depan pejabat Menteri Besar Selangor, pembakaran gereja kerana isu nama Allah dan kumpulan2 HINDRAF yang emosi keterlaluan. Kalau nak kata dia bangang sebab tak percaya tuhan atau atheist.. Karl Marx dan Albert Einstein pun atheist tapi teori dan kebijaksanaan diorang mencetuskan fenomena kat dunia.

Dia ni cuma bangang apabila terlalu mengikut emosi mencerca ibadah puasa umat Islam disaat umat Islam sedang menunaikan rukun Islam ketiga ini. Mungkin dia cuma mahu kelihatan berani dan paling radikal dikalangan kawan2 dia..tapi tak memikirkan akibat perbuatan dia apabila lupa bahawa laman sosial FB dilayari oleh jutaan orang di Malaysia.

Bagi aku dia nak punya pandangan sendiri untuk tidak mempercayai tuhan itu dia punya pasal..dan kalau dia mahu menulis tentang teori ketidak wujudan tuhan pun bagi aku..aku tidak ambil peduli. Itu hak dan kebebasan dia dalam bersuara. Cuma apabila dia mencerca ibadah umat islam itu sudah menjadi masalah besar.. Sama juga apabila kita hidup dalam bumi Malaysia yang penuh dengan masyarakat berbilang agama dan kaum..saling mencerca ibadah penganut agama lain secara terang2an..bukan suatu tindakan yang boleh dikatakan bijak.

Buat yang mencerca Salleh Gregor Samsa ni dalam laman web..sila jangan salahkan muzik sebagai punca utama runtuh akhlak. Dan daripada mencaci maki hamun di bulan puasa..baik kita semua berbincang secara berhemah dalam memberi pendapat. Jangan terlalu mengandaikan neraka tempat dia.. Aku pun pernah dimaki kononnya akan masuk neraka bila mati oleh seorang lebai. Tapi syukur sempat berubah.. cuma neraka atau syurga Allah SWT yang tentukan..kita semua cuma boleh berdoa..berusaha dan bertawakal. Kena yakin bahawa Allah SWT itu maha pengampun dan maha mendengar.

Bukan hak kita nak menjatuhkan hukum neraka atau syurga pada Salleh Gregor Samsa.. dan bukan juga hak dia nak mencerca ibadah umat Islam. Nak masuk dalam guni ker..?

Tapi kita kena berterima kasih juga kat dia sebab menyedarkan kita bahawa dunia ini sudah semakin ke penghujungnya..!

P/s : Ingat lagi vokalis ACAB.. Megat yang popular dengan scenes skinhead tahun 90an dulu..? Dulu dia pun dicerca kata anti Nabi dan tuhan sebagainya.. ha..sekarang tengok gambar terkini dia.. :

Megat ACAB at Masjid Albukhary Bukit Bintang

Orang kata pakaian tak menunjukkan apa2.. Memanglah..tapi ia sedikit sebanyak memberi kita sebuah jawapan juga kan..? Teringat Faizul..seorang skinhead tegar yang hooligan..kawan lama aku dulu.. siap cakap ‘ahh..kalau tuhan ada apa pasal aku hidup susah..?’..tak lekang dengan botol arak dan sebagainya. Sekarang kalau cerita pasal perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad pun dia boleh menangis tiba2 kerana cintanya pada Nabi tersebut..!

Kat sini aku bukan kata kita patut diamkan sahaja perbuatan Salleh Gregor Samsa..tapi kita kena berhati2 dalam memberi pandangan. Jangan kita pula yang jadi tuhan.. Kalau tak dalam mengata orang..kita pun serupa juga menunjukkan kebodohan seperti dia.  Ala.. Anakin Skywalker pun boleh jadi Darth Vader la.

Kalau tuhan tak wujud sebab kita tak nampak.. maka cinta pun tak wujud sebab kita tak boleh nampak cinta..cuma boleh rasa.

Kopitiam Tak Halal 2

In Isu Semasa on July 27, 2010 at 6:40 am

Sebelum ni aku ada menulis tentang Kopitiam yang diragui status halal dan haramnya. (LINK) Dahulu aku memang tegar dengan kopitiam sampaikan hari2 nak melepak di kopitiam. Kat kampung aku ada kopitiam milik Cina juga.. jenis kedai kopi lama dan usang. Tapi orang2 tua dan orang kampung yang beragama Islam selamba jer makan kat situ tiap2 pagi. Hidangan popular adalah roti bakar..telaur separuh masak dan kopi. Aku teringat juga dulu aku dan keluarga pernah minum di kedai Cina kat Kluang, Johor. Aku dah lupa nama kedai tu tapi dia kat dalam kawasan stesen keretapi.

Bila aku tanya pada orang kampung tak ragu2 ker dengan status halal kedai tersebut. Mereka kata tak ada apa yang perlu dibimbangkan..itu adalah kawasan majoriti Melayu. Yang minum di kedai itu pun banyak bangsa Melayu. Bangsa Cina di kampung jujur..mereka tak menipu halal dan haram ni. Nasi lemak yang ada di kedai kopi tu pun tauke kedai kopi tu dapat dari orang Melayu. Dan juga bekalan minyak masak dan daging ayam sekalipun. Lagipun besar mana sangat kampung..semua dah kenal antara satu sama lain dan rasa percaya itu ada. Indah budi bahasa orang tua di kampung kan..?

Kopitiam jenis komersial yang banyak di bandar pun aku rasa sedikit sebanyak mengambil konsep kedai kopi lama milik tauke Cina yang banyak terdapat di Ipoh..Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ni.

Tapi beberapa hari lepas kecoh pasal seorang pelajar menyaman Old Town Kopitiam kerana dalam mee yang dipesannya di premis terbabit mengandungi kaki katak. Yang peliknya semua akhbar utama di Malaysia tak menyiarkan nama premis terbabit. Sebenarnya aku memang suka Old Town Kopitiam dan kopitiam2 lain..disebabkan ruangnya yang santai dan menu yang ringkas. Tapi selepas status halalnya diragui..terus aku boikot dan hari ni dah masuk bulan keempat aku tak makan dan minum di kopitiam.

Kawan aku kata kita boikot kopitiam dan kemudian sokong lah kedai milik Melayu. Tapi bila aku lihat kedai makan milik Melayu aku rasa seperti aku dah tak punya pilihan lagi. Punca makanan yang menyebabkan sakit jantung, tekanan darah tinggi, peningkatan paras gula, diabetes dan segalanya semua ada dalam ramuan masakan di kedai Melayu. Tambahan lagi suasana kedai makan Melayu yang tipikal. Bila orang lepak atau melebihkan kopitiam atau mamak mereka iaitu pemilik kedai makan Melayu melenting sedangkan mereka sendiri tak giat berusaha nak lakukan perubahan.  Kalau cerita kedai mamak pula aku dah lama boikot pasal pengotor dan aku tak suka tangan2 hindu yang cedok kari untuk aku. Kecuali bila nak minum dan lepak dengan kawan2.

Aku tak suka bila badan aku menggigil atau tiba2 pandangan mata aku jadi kabur..rasa tak selesa sebab itu tanda kat tempat tu banyak makhluk halus berkeliaran. Bila banyak makhluk halus itu maknanya kedai tu ada pakai pelaris..silap2 kari yang kita makan tu pun ada setan tengah mengangkang..haha. Terpulang korang nak percaya atau tidak..

Mentaliti orang kita kalau tengok sijil halal jer terus kita sahkan kedai tu halal sedangkan tanda halal tu pun boleh senang lenang dicetak. Asalkan tak hidang babi jer halal padahal sumber perisa untuk masakan pun boleh mengandungi lemak babi macam minyak masak. Tapi yang menjadi masalah kalau kita nak boikot semua kedai yang tak ada sijil dari JAKIM memang tak banyak la pilihan kita nak chill dan hang out nampaknya. Nak makan di kedai Melayu pulak hambar jer rasanya..tak meriah langsung. Menu pun sama jer mana2 kedai..

Tapi itulah pengorbanan kita sebagai manusia beragama Islam dan ada sebab tuhan haramkan semua makanan tu. Sekarang ni isu halal di hotel pulak dan tak lama lagi kita nak sambut ramadhan. Kita pula selamba hadap jer hotel2 yang diragui status halal haramnya. Elok2 nak dapat pahala ibadah yang berganda2..terus doa dan ibadah tak sah sebab makan makanan haram. Kalau tak bertaubat api neraka la jawabnya walaupun puasa tak tinggal.

Masa dulu waktu ponteng sekolah aku suka makan kat kedai cina. Asalkan dalam mee tak letak babi sudahlah..! Ohh tuhan ampunkanlah aku disebabkan kejahilan dan kebangangan aku tu.

P/s : aku pelik kenapa kerajaan susah sangat nak senaraikan kedai dan hotel makanan yang tak ada sijil halal..? Seolah2 mereka dikawal oleh sesuatu. Orang2 yang pakar tolong kaji ada freemason tak dalam kerajaan berhubung hal ni..? hehe.

Kenduri Melayu Dan Arab

In Isu Semasa on July 21, 2010 at 9:18 am

Aku semasa kecil tertanya2 kenapa Arab lebih besar dari bangsa Melayu. Sebenarnya itu adalah kerana cara pemakanan..aku selalu hairan bila pak arab makan macam tiada hari esok di kolej aku. Lihatlah cara orang Arab kenduri dan cara orang Melayu kenduri. Kalau Melayu taraf daging ayam..pak arab pulak hambik kau kambing sekor letak atas meja. Patutlah diorang segala2nya BESAR. Itu yang sesetengah perempuan Melayu suka tu.. sebab dapat yang besar2.. haha.

Ini kenduri Melayu

Ini kenduri Pak Arab Padang Pasir

Jadi kalian sudah mengerti bukan kenapa Arab itu lebih besar dari Melayu. Sebab Melayu cuma makan santan. Persoalannya aku ada dengar Melayu takut makan kambing sebab dikatakan kolestrol tinggi..bila kolestrol tinggi boleh mengundang darah tinggi atau strok atau lemah jantung. Tapi kenpa pak arab rilek jer..? Nampaknya Melayu kena tukar cara makan macam orang jepun lakukan pada tahun 1960-1970an dahulu.

Tak Nak..!

In Isu Semasa, Peribadi on July 17, 2010 at 3:26 pm

Minggu ini aku mampu bertahan dengan sekotak rokok 20..maknanya purata sehari aku hisap sebatang cuma 3 batang. Ini satu kejayaan buat aku selama 10 tahun menyedut bahan2 kimia beracun di dalam setiap batang rokok. Dah lama aku berazam untuk mengurangkan sekaligus berhenti merokok namun setiap kali juga azam itu punah ibarat pasir yang terbang ditiup angin dan kemudian dilupakan.

Masa aku mula2 belajar hisap rokok adalah di tingkatan 2 atau 3 diatas pengaruh rakan sebaya. Juga untuk kelihatan seperti anak jantan dan macho dikalangan rakan2. Entah apa yang menyebabkan aku dan rakan2 lain berfikir sedemikian..aku pun dah lupa. Mula2 belajar hisap rokok sampoerna hijau. Masa itu ada kotak 14..beli rokok pun sorok2 di kedai india. Bila tokey kedai tanya cakap beli untuk abang atau ayah. Rasanya tauke itu tahu rokok itu untuk kami..tapi dia buat2 percaya untuk cukupkan syarat. Apa dia peduli..? yang penting adalah untung perniagaannya. Moral dan tanggungjawab masyarakat kita boleh tolak tepi.

Bukan kita semua tak tahu merokok itu membahayakan kesihatan..? Malah aku sampai hari ni pun tertanya2 apa yang sedap hisap rokok ni..? Nikmat jer lebih kata orang biasanya. Tapi apa yang nikmatnya..? Ker pemikiran kita yang dah dijajah untuk mengatakan nikmat bila hisap rokok. Kalau nak kata nikmat..nikmat layan weed lagi.. lepas stone boleh layan gelak bersama rakan2.. Tapi tak ramai pulak yang nak hisap weed. Kenapa weed haram aku pun tak tahu sedangkan apa yang aku tahu weed itu organik..rokok itu mengandungi chemical yang membunuh..jadi lebih bahaya rokok kan..? Kenapa dunia tak legalize kan sahaja weed..? Haha aku bergurau sahaja..jangan terpengaruh.

Tapi kenapa ramai yang mengatakan rokok itu nikmat..? Bangsa Yahudi yang mengeluarkan rokok pun tak benarkan bangsa dia merokok. Kita habis berpuluh ringgit seminggu untuk sesuatu yang meracuni paru2 kita dan merosakkan jantung. Arwah bapa aku meninggal pun salah satu punca kerana ketagihan merokok..sampai sekotak 20 sehari..! Lama2 saluran darah ke jantung tersumbat..ambil iktibar..!

Hari ni aku harapkan percubaan aku untuk mengurangkan rokok berjaya. Aku mahukan kehidupan yang sihat.. Tapi bila dah lepak balik bersama rakan2..habit itu datang balik.

Habis sebatang..sebatang lagi..

Masalah betul..

p/s : Macho ker lelaki hisap rokok..?

Dari Istana Ke Rakyat

In Isu Semasa on June 25, 2010 at 4:28 pm

Hari ini Sultan Johor, DYAM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan memulakan misi selama 2 hari melawat negeri Johor Darul Takzim. Turut serta adalah ahli keluarga baginda termasuklah tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris. Lebih membanggakan, Sultan Ibrahim sendiri akan membawa keretapi semasa misi Kembara Mahkota Johor 2010 ini.

Kalau ikutkan aku tak pernah berminat nak tahu cerita tentang istana apatah lagi dengan gosip2 yang kadangkala dilihat mencemarkan kemuliaan institusi beraja di Malaysia. Apatah lagi aku berasal dari sebuah negeri yang tidak bersultan atau beraja. Tapi cara Sultan Johor amat mengagumkan aku kerana cara baginda untuk dekat dengan rakyat Johor amat berlainan sekali sehingga tidak kisah makan sedulang dengan orang kampung atau tidur diatas tempat yang tidak selesa..sedangkan taraf baginda amat tinggi iaitu Sultan bagi negeri Johor.

Rasanya pemimpin2 negara kena belajar sedikit sebanyak dari Tuanku Sultan Johor bagaimana untuk dekat dengan rakyat jelata. Pada baginda Sultan Ibrahim semoga Allah SWT merahmati pemerintahan baginda dan rakyat negeri Johor Darul Takzim. Respect..!

P/s : Orang Melayu hari ini tidak sama dengan Melayu dulu..kita melihat, mendengar dan menilai para pemimpin negara. Tiada lagi Hang Tuah yang taat membuta tuli..yang ada cuma rakyat yang cintakan Sultan dan Rajanya hanya kerana kemuliaan dan kewibaannya dalam pemerintahan.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Keluarga Sultan Johor

Dari MS ke FB.

In Isu Semasa, Memori on June 25, 2010 at 10:59 am

Tadi aku buka akaun Myspace aku yang dah bersarang sebab dah berkurunaku tak buka. Seingat aku ada dalam 3 bulan jugak la aku meminggirkan akaun MS aku tu..buka pun sebab tiba2 terlintas dalam kepala hotak aku ni nak buka. Mana tahu ada mesej penting masuk ker. Akaun MS aku sekarang ni kalau tak silap adalah akaun yang ketiga atau keempat sejak dari mula2 aku main benda alah ni 8-9 tahun dulu waktu aku dalam tingkatan 3. Sejak ada akaun Facebook.. akaun MS aku ibarat habis madu sepah dibuang.

Sejarah aku main MS masa 8-9 tahun dulu.. waktu tu aku tengah layan permainan Counter Strike yang tengah popular kat kafe siber. Masa aku tengah kalah..aku rileks sekejap dan tiba2 aku perasan kawan aku kat sebelah senyum sensorang. Aku dengan penuh musykil pun bertanya ‘ hapa benda tu..? ‘. Kawan aku cakap ‘ inilah Myspace..kegunaan dia adalah untuk dapat kawan2 baru terutamanya awek2 cun ‘. Reaksi aku masa tu adalah acuh tak acuh.. sebab aku tak minat sangat benda macam tu waktu tu. Bagi aku MS dengan ruangan mari berkenalan dalam majalah URTV dan Mangga tak ada beza.. sama jer keLOSERannya. Persepsi aku mereka yang layan benda ni tak ada life dan hidup dalam kesunyian disebabkan tiada teman. Macam tu juga dengan MiRC. Lebih baik aku main game dan melepak..ataupun surf laman web Melayuboleh.com ( sekarang dah tak ada )

Tapi semua berubah..sebab satu hari chenta hati (awek) aku call..katanya ‘ syg..awak ada akaun MS tak..? ‘. ‘ Buat apa..macam bangang jer main benda tu ‘..kata aku. ‘ Buatlah satu..nanti saya tolong buatkan nak tak..? ‘. Lepas tu aku setuju jer la sebab dah dia nak buatkan. Lagipun bagus jugak..sekurang2nya aku boleh tahu jugak dia tak berskandal atau menyundal sana sini. Wallpaper pertama aku adalah band Sex Pistols..aku tak suruh pun tapi awek aku yang letak dan muzik profil yang pertama pun adalah dari band tu jugak..iaitu Anarchy In The UK. Lepas tu baru aku tukar ke lagu Redline dari kumpulan Shizuka..band Ipoh yang tengah popular masa tu.

Masa aku tingkatan 3..kamera telefon bimbit belum canggih lagi macam sekarang jadi kebanyakan budak masa tu teramatlah skema gambarnya ataupun pakai gambar artis pojaan diorang. Tapi lepas tu masing2 dah jadi gila dengan kamera digital..maka ramailah yang menjadi camwhore dengan shoot gambar sana sini untuk dimuatkan dalam laman sosial berkenaan. MS ibarat sebuah medan untuk mencari populariti dikalangan anak2 muda..dan kerana MS la banyak anak muda dah mula ambil gambar sendiri dalam tandas depan cermin dan kemudian tersengih sorang2 macam orang gila. Paling popular ialah shoot muka sendiri dari atas..mungkin sebab itu adalah angle terbaik untuk mendapatkan kualiti gambar yang maksimas. Ramainya manusia yang menjadi fotogenik waktu tu.

Bagaikan ketagihan apabila bila add kawan baru.. mereka akan tinggalkan komen ‘ thanks add..komen pict saya yer ‘. Masa tu untuk ambil hati dan mencuba nasib mana tahu dapat awek cun..aku pun komen la jugak ‘ wahh..cunnyer ‘.. ‘wahh comelnya ‘.. dan lain2 lagi. Betapa bengap dan bebalnya aku bila mengingat balik saat itu memuja2 manusia yang aku tak kenal semata2 untuk ambil hati. Kadang2 tertanya juga..apa yang bestnya bila orang puji kita hensem ker cun ker..? Apakah definisi cun dan hensem itu hanya spesifik pada gambar2 yang dipostkan di MS..?

Siapa punya frenlist yang tinggi ketika itu..atau punya paling banyak picture comment maka dia lah yang popular. Manusia ibarat sudah hanyut dan leka hidup didalam dunia fantasi ala2 ‘ Alice In Wonderland ‘ ciptaan mereka sendiri. Tapi yang bestnya masa itu aku dapat dengar dan download lagu2 free dari band2 yang aku minat dari MS. Kenangan buruk aku dengan MS aku cuma satu..iaitu kecurangan awek aku tadi. Haha biasalah tu kan.. dalam MS pun berapa ramai pulak lelaki dengan ayat manis seperti kasanova.

Tetapi anak muda ketika era Myspace dulu yang bagusnya semua menjadi kreatif dalam menghias profile mereka. Yang mana mat rempit..maka Honda Ex5 la penghiasnya. Mana budak skinhead..maka Doc Mart la penghiasnya..dan mana Mat jiwang..maka gambar bunga2 ataupun New boyz la yang menjadi penyerinya. Ada yang kelihatan menarik.. tak menarik dan lebih teruk..macam bangang.

Jangan tanya aku pasal Friendster..haram aku taktau apa2.

Hari ini masa berlalu lagi..sekejap jer bertahun dah berlalu dan hari ini semua sibuk dengan Facebook pula. Ini bukan lagi trend kebanyakan anak muda sahaja seperti MS dulu..tapi semua golongan dari bawah sampai atas sudah ada akaun FB. Ini termasuklah Perdana Menteri 1Mesia sendiri.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Lepas ni apa pula trend yang akan menyusul..sebab terfikir juga manusia ni sudah menjadi kelam kabut disebabkan mahu mengejar sesuatu teknologi baru yang datang terlalu pantas. Tapi inilah realiti dunia.. Danaku lebih suka layan blog.. Dulu bermula dari atas kertas dan sekarang sudah ke skrin komputer.

P/s : Macam mana nak letak lagu dalam FB..?

Emma Roberts..aku baru sahaja jadi Fan dia dalam FB. Haha