alonganaz

Archive for March, 2010|Monthly archive page

Kura-Kura Boleh Terbang

In Filem on March 29, 2010 at 5:52 pm

Memang aku mempunyai selera yang agak tinggi dan pelik dengan filem2 yang ditayangkan dan kali ni aku nak review sebuah filem yang sangat menarik dari Iraq. Agak kecewa juga sebab aku lambat tahu tentang kewujudan filem ni sedangkan ia dah ditayangkan pada tahun 2004.Tajuk filem ni adalah ‘turtles can fly’.

Filem ni tentang mangsa pelarian berbangsa kurdish di sempadan Iraq-Turki.Hampir semua watak utama dalam filem ini adalah pelakon kanak2 yang mana watak utamanya adalah Satellite (Soran Ebrahim).Dia dipanggil satellite kerana di kawasan kem pelarian, dia yang tahu untuk memasang satelit bagi penduduk kampung untuk melihat rancangan di television.

Rasa terhibur menonton filem ni selalu bertukar jadi sayu dalam diri aku kerana mengenangkan betapa susahnya hidup anak2 mangsa perang disana.Segalanya serba kekurangan tidak seperti kita yang hidup mewah di Malaysia kerana segalanya cukup.Rasa hiba melihatkan ketabahan anak2 berbangsa kurdish ini mencari rezeki termasuklah menjual periuk api utnuk mendapatkan wang.Malah dalam usia yang kecil mereka sudah mengangkat senjata sebagai persiapan untuk mempertahankan diri jika berlaku perang.Betapa kuatnya semangat mereka sedangkan orang dewasa di negara kita pun tidak ramai yang sekuat dan setabah itu.

Namun disebalik kekurangan itu, mereka hidup dikawasan yang sangat indah kerana dikelilingi gunung ganang yang menghijau.

Timbul pertanyaan dalam diri aku bila menonton filem ni ialah adakah pelakon kanak2 dalam filem ini benar2 seorang pelakon..? Ini kerana lakonan mereka memang semulajadi dan tidak menampakkan langsung tindakan mereka itu adalah sesuatu yang dibuat2.Mungkin mereka adalah ‘real life actor’.Walaupun filem ini tidak sepopular filem ‘Slumdog Millionaire’ namun pendapat peribadi aku mengatakan filem ini lebih baik dari ‘Slumdog Millioaire’.

P/s : Kalian boleh melihat filem ni yang sedang ditayangkan di astro Oasis (106).Kalaulah aku boleh buat kerja amal di sana..5 Bintang..!!

Kecik2 dah main machine gun.Gempak..!

Terfikir juga alangkah bagusnya jika anak2 muda kita sekuat dan setabah kanak2 mangsa perang ini.

Rock Kapak 80an

In muzik on March 24, 2010 at 5:52 pm

Rasanya ini kali pertama aku menulis tentang muzik di blog ini.Sahaja aku mahu beralih sekejap dengan membawa kalian ke alam muzik.Hari ni aku rasa industri muzik kita masih belum dapat menewaskan kemeriahan zaman rock kapak 80an.Hari ni kalau ada yang mengatakan peminat muzik rock kapak adalah mereka yang bersifat kekampungan fikirkan semula.

Kalau kita lihat band lagenda skinhead yang berteraskan muzik eastern oi, jika ditanya pada Megat iaitu vokalis ACAB apakah yang mendorongnya untuk bermain muzik ialah kerana dorongan dari band pujaanya iaitu SYJ atau Sofea iaitu band rock zaman 80an.Sebab itu ACAB ada mengeluarkan album tribute untuk SYJ iaitu ‘Orang Timur’.

Kebangkitan band Indie di Malaysia sekarang dilihat mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan industri muzik berkumpulan di Malaysia, namun kehebatannya hanya seketika.Zaman rock kapak 80an tetap sukar untuk ditandingi oleh generasi hari ini.Ini kerana semangat yang ada pada pemuzik dan pengikut muzik di zaman itu sendiri.

Kalau kita melihat ke zaman itu, mereka bangun mengembangkan muzik mereka dalam keadaan yang dihina dan dipandang rendah kerana imej yang mereka bawa.Hinggakan ada menteri (arwah tok mat) yang memaksa pemuzik rock ini untuk memotong rambut panjang mereka yang menjadi trademark ketika itu kerana takutkan pengaruh buruk pada rakyat Malaysia.

Kalau kita mahu bandingkan dari segi kekuatan vokal, masih tetap sukar ditandingi oleh penyanyi hari ini.Dengar sahaja kekuatan vokal Awie atau Nash Lefthanded adakah dapat ditandingi oleh Noh Hujan ataupun Sam Bunkface..? Jawapannya pasti tidak.Lagipun mereka iaitu penyanyi zaman 80an ni mempunyai identiti mereka sendiri dan tidak terikut2 dengan pembawaan muzik dari barat walaupun pengaruhnya tetap dari sana.Cuba lihat kebanyakan lagu mereka adalah dalam bahasa Melayu.

Kegemilangan muzik 80 an ni pernah cuba ditandingi oleh scenes muzik underground semasa di zaman 90an dulu oleh band2 bawah tanah dari scenes punk dan skinhead yang membawa genre oi tapi kegemilangannya hanya seketika bila muzik mainstream seperti irama pop punk dan hardcore mula mengambil tempat.Tiada yang bertahan lama seperti ketika zaman rock kapak 80an dulu.

Sekarang pula muncul muzik yang lebih kepada electronik sound seperti trance dan house yang dilihat lebih urban dengan kehidupan di kota.Tiada lagi DIY stuff yang rabak dan dicari di Pertama Kompleks ataupun kompleks Campbell KL.

Mungkin suatu hari nanti zaman kegemilangan muzik di Malaysia akan kembali merajai kehidupan warga Malaysia.Tidak mustahil band2 keramat seperti search, wings, lefthanded, Ella and The boys, rusty Blade dan sebagainya akan muncul semula penggantinya dalam masa terdekat ini.Jangan nafikan kehebatan mereka ini.

Tabik..!!

Anak Luar Nikah

In Isu Semasa on March 22, 2010 at 6:31 pm

Semalam (22 Mac 2010) aku baca akhbar The Star dan terkejut dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Dato Syed Mohd Alwi tentang gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan orang Melayu. Menurut statistik yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah anak luar nikah  yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300.

Teringat pula aku dengan gejala buang bayi yang semakin berleluasa dan tersiar di akhbar setiap hari. Pelik juga dimana letaknya sifat kemanusiaan manusia yang sanggup membuang seorang anak kecil merata tempat sehingga kadangkala menyebabkan kematian..? Dimanakah letaknya sifat belas kasihan dan kasih sayang manusia sekarang..?

Sepatutnya seorang anak itu dilahirkan sebagai tanda bukti kasih sayang diantara perhubungan antara dua orang manusia dan sekarang bayi yang lahir itu dicampak pula bagaikan sampah.

Kepada mereka diluar sana yang terlibat, dosa berzina itu kalian sendiri yang tanggung. Kalau mahu berzina sekalipun biarlah dengan cara yang selamat.Beli kondom yang banyak dijual di kedai runcit atau kalau tidak mahu gunakan kondom kerana kurang sedap, pancut sahaja sperma kalian diluar (buat lelaki).

Jangan bila sudah terhasil benih dan keluar menjadi bayi. dicampak macam barang buangan. Apalah dosa seorang anak kecil yang tidak mengerti apa2 tentang dunia.Banyak cerita yang aku dengar, bila si pembunuh bayi ini menyesal hatta bertaubat sekalipun, dia tetap akan diburu oleh bayangan dan dihantui oleh bayangan bayi yang telah dibunuhnya.Jadi berfikirlah sebelum bertindak.

P/s : Lelaki atau perempuan, dua2 kena berfikir guna otak bukan kaki.

* Gambar bayi tiada kena mengena dengan artikel, sekadar hiasan*

Wartawan Hiburan Ep 2

In Sindiran on March 22, 2010 at 2:01 pm

Kali kedua aku menulis pasal group ‘All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks’ dan kali ni aku cuma nak tunjuk screen yang telah aku capture dari group tersebut.

Wartawan Pertama :

Komen Pengunjung :

Wartawan Kedua :

Komen Pengunjung :

Wartawan Ketiga :

Komen Pengunjung :

Komen Aku :

Wartawana hiburan memang patut dikritik jika etika kerja mereka dah melampaui batas ataupun privasi seseorang tetapi biarlah dengan cara berhemah.Ini yang aku lihat semuanya memberi komen yang tidak matang sehingga mencerca rupa paras, fizikal dan kekurangan setiap wartawan tersebut.

Kononnya artis dianiaya oleh para wartawan hiburan ni tapi kalau bukan kerana wartawan hiburan bolehkah artis mendapat populariti yang dimahukan..? Sekali lagi aku nak tegaskan aku bukan membela wartawan ni, sebab aku sendiri pun jelik dengan rancangan hiburan seperti melodi, terjah dan sebagainya.Cuma disini aku sangat tidak bersetuju bila paras fizikal wartawan ini juga dicerca dan dikritik.

Tanya pada diri sendiri, sudah cukup sempurnakah kita..? Cara mereka memberi komen seolah2 menggambarkan kemarahan dan kebencian yang sangat meluap pada wartawan hiburan.Entah2 hati kita lebih busuk seperti cara kita menulis diatas cuma kita tiada saluran media untuk menggambarkan betapa teruknya perangai kita seperti para wartawan hiburan diatas.

P/s : Sendiri mau ingat.

Wartawan Hiburan

In Isu Semasa, Sindiran on March 21, 2010 at 4:58 pm

Semalam aku tengok rancangan apa entah di TV yang menyiarkan sekumpulan wartawan yang membuat laporan polis kerana kewujudan group ‘All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks’ di Facebook.Kalau kalian perasan kebelakangan ini banyak aduan dibuat membabitkan FB.Kalau dulu kutuk di Myspace tak akan ada nak kecoh sangat, jadi kena fahamlah di FB ni ramai pakcik2 dan makcik yang tak suka gurau kasar2 ok.

Dalam FB milik aku dapat juga undangan untuk join group tersebut namun aku tidak berminat dan membiarkan sahaja invitation itu berlalu pergi.Mari kita berfikir matang wahai rakan2 anak muda sekalian.Sebab yang aku perasan dalam group tu kebanyakannya adalah anak muda.Kalau dah namanya hiburan itu satu industri, maka akan adalah wartawan yang memeriahkan suasana.Tak mungkin artis boleh pergi jauh tanpa wartawan cuma agak melampaui batas kalau hak privasi artis itu diceroboh.

Kalau tak mahu kisah peribadi jadi bacaan atau tontonan umum, jangan jadi artis.Join sahaja Uptrend ataupun geng2 ‘Login Facebook dapat rm100’ yang tengah bersepah2 sekarang ni.

Dimana sahaja didunia ni ada wartawan yang tugasnya mensensasikan isu artis buat golongan yang berminat dengan kisah artis.Lihat sahaja di barat yang popular dengan paparazzi ataupun paling dekat jiran kita iaitu indonesia yang wartawannya lebih ekstrem.Perkara seperti ini tidak dapat dielakkan dan aku tidak nampak dimana kematangan mereka yang mencemuh, mencaci para wartawan hiburan Malaysia di group itu.

Aku bercakap begini bukan kerana aku mempertahankan wartawan hiburan, sebab aku sendiri cukup meluat untuk melihat gelagat dunia hiburan.Kalau ikutkan bukan sahaja wartawan hiburan, dengan artis Malaysia yang berlagak macam artis di Hollywood pun aku menyampah.Kalian yang mewujudkan group anti wartawan hiburan tu pun aku lihat tak ada beza dengan wartawan hiburan.Sebabnya sama2 saling mencaci, ambik tahu tepi kain orang dan sebagainya.

Come on la, bersikap matang kan boleh.Benda ni terjadi diseluruh dunia dan bukan sahaja di Malaysia.Wartawan hiburan yang suka dengan kisah2 sensasi artis dengan gaya ala2 lembut (bagi wartawan lelaki) ni memang ada dimuka bumi ni.Kalau tak suka buat dunno kan senang.Bila kalian protes wartawan hiburan ini bermakna kalian ambil tahu tentang perkembangan artis di Malaysia dan untuk tahu perkembangan artis di Malaysia, kalian perlukan wartawan hiburan juga.Takkan cerita artis nak panggil orang MLM interview kot..?

P/s : Tak suka tengok terjah dan Melodi.

aku suka dengan komen lelaki diatas ni dalam group tersebut

Namun ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan aku ialah kenapa di ruangan photo fanpage group tersebut banyak gambar2 artis dari seberang dimuatkan..? Ada provokasi pihak2 tertentu ke..? Lu pikirlah sendiri..!

Ada satu komen dari seorang pengguna FB :
Buat para wartawan berdosa asyik memfitnah artis jadi hentikanlah.

Jawapan aku :
Rasanya dunia artis memang dipenuhi dosa.Tak tahu pula kalau penuh pahala.

Maknyah Pulak

In Cerita, Sindiran on March 21, 2010 at 12:50 pm

Hari tu aku dapat panggilan dari seseorang dan lemah lembutnya dia bertanya ‘ ini encik na*** ker..? ‘.Aku terkedu seketika sebab aku jadi keliru dengan jantina si pemanggil tu.Nak kata laki, tapi macam perempuan dan nak kata perempuan macam lelaki pula.Fikiran aku mula melayang memikirkan ini mungkin kerja kawan2 yang cuba mempermainkan aku.

Tapi sangkaan aku meleset, rupanya dia adalah wakil dari hospital *censored* yang memberi tawaran untuk aku buat ‘medical check up’ secara percuma.Disebabkan dia lupa memperkenalkan namanya, aku pun tanya nama dia dan dia membalas ‘panggil i shasha jer ok ‘. Dalam pemikiran aku dah dapat agak nama sebenar si shasha ni mesti shamsudin dan disebabkan mahu kelihatan vogue, dia menukarkan namanya ke shasha gitu.

Lepas buat tawaran, dia boleh pula bantai sembang benda lain dengan aku dan disebabkan aku seorang yang peramah aku layankan sahaja.Namun bila dah melalut aku mula rasa lain macam dan gelisah hinggakan peluh mula menitis.Selepas aku buat pengesahan temujanji dengan dia, aku terus letakkan telefon.

Mulanya malas aku nak buat ‘medical check up’ tapi disebabkan benda percuma dan mahu tahu jika aku ada penyakit aku pergi sahaja ke hospital tersebut dengan ditemani seorang rakan aku.Lagipun boleh tengok si shamsudin aka shasha tu secara ‘live’.Selepas 10 minit menunggu, dia pun tiba dan memperkenalkan diri.

Halamak, memang macam perempuan gayanya dengan skirt pendek dan jalan ala2 ratu kebaya tahun 60an.Sekali pandang memang agak bernafsu tapi dua kali pandang aku dah mula loya tekak dan seram sejuk.Mujurlah hari itu aku tidak diapa2kan oleh si manusia 2 alam tersebut.Bukan apa, sekarang kan banyak kes cabul dan rogol, jadi aku kenalah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa terbaru.Haha.. 😛

P/s : Golongan maknyah bagi aku adalah pendengar dan rakan yang baik, namun untuk skandal jauh sekali nyah ! Kontoversi disitu.Jangan la prejudis sesama manusia.. 😉

Anti Pemasaran Multilevel

In Bisnes on March 21, 2010 at 7:28 am

Tak aku nafikan suatu ketika dahulu aku amat skeptikal dan mempunyai pandangan yang amat negatif tentang sesuatu pernigaan yang berasaskan sistem multilevel marketing atau dalam istilah yang dikenali ramai, MLM. Sehingga ke hari ini aku masih memandang negatif kepada hampir 90 peratus syarikat MLM yang bertapak di Malaysia ni.

Kerana apa..? aku benci melihat para networker ini memberikan janji2 dan impian yang terlampau tinggi kepada mereka yang masih belum terlibat didalam industri ni.Antara janji merapu mereka adalah akan jadi jutawan dalam masa yang singkat, usaha sedikit tapi pulangan berganda dan sebagainya.Ia seumpama taboo dalam kehidupan masyarakat kita yang suka memikirkan kemewahan hidup tetapi tidak mahu berusaha dan mewujudkan suatu sistem kerja yang efektif pada diri.

Dan akhirnya, bisnes yang sepatutnya menjadi industri yang hebat dan diakui ini dicerca, dihina dan dipandang rendah oleh mereka yang pernah gagal dalam industri ini ataupun mereka yang tak pernah kenal atau mendengar tetapi terus menghentam dan menghukum industri multilevel ni.Bukankah kita harus bersikap positif terhadap semua perkara..? Bukanlah salah mereka yang mencerca ini sepenuhnya, kerana terlampau ramai penipu dan pembelit dalam multilevel ni, jadi akhirnya industri ni dicerca.

Antara alasan mereka yang membenci multilevel adalah kerana berikut :

  1. multilevel adalah sistem piramid
  2. mereka hanya menjual sistem bukan produk
  3. 90 peratus ahli yang join tidak dapat pulangan modal
  4. hanya orang atas mendapat untung
  5. MLM kebanyakannya disertai oleh orang yang sentiasa tak cukup duit dan berimpian mahu mendapatkan kekayaan dengan cara yang mudah.
  6. bla, bla, bla..
  7. hu, ha, hu ha..

Memang dalam setiap perniagaan pun akan ada sistem piramid dan memang tidak akan dapat dielakkan.Kecualilah kalau kita hanya satu2nya entiti dalam organisasi sesebuah syarikat.Pasti akan ada kerusi Pengarah Urusan di kedudukan paling atas dan kerusi kerani cabuk yang terletak di paling bawah.Namun yang bawah boleh keatas kalau dia berusaha bersungguh2.Bolehkah ada 2-3 orang Perdana Menteri dalam satu2 masa..?

Dan kepada syarikat MLM/Networking yang menjual sistem dan bukan produk inilah syarikat yang amat menimbulkan kebencian dalam diri aku.Mereka hanya menekankan komisen kepada downline yang mereka dapat, dan bukan pada produk.Kalau ada produk pun cuma sekadar mengaburi mata dan bersifat tempelan.Sebuah syarikat MLM yang baik akan mempunyai produk yang hebat dan tiada persaingan.Sebaiknya yang mempunyai hak paten kerana jika ada hak paten, tiada syarikat lain yang boleh mengeluarkan produk sama yang dimiliki mereka.

Produk pula haruslah bermanfaat dan jika kita tidak dapat pulangan modal pendaftaran sekali pun, kita mendapat manfaat daripada produk yang kita dapat dari pendaftaran tadi seperti faedah dari segi kesihatan.

Berkenaan upline sahaja yang mendapat untung ini kenyataan yang betul tapi bukan keseluruhannya tepat.Sudah adat dalam dunia bisnes tujuan kita adalah mendapat keuntungan daripada orang lain.Tapi perlualah dilakukan dengan cara yang jujur dan menimbulkan kepuasan dan persetujuan dari kedua belah pihak.Apa perniagaan yang tidak memberi keuntungan pada orang lain..? Bila ada orang mati pun akan memberi keuntungan pada si penjual kain kapan.

Berikutan kenyataan orang yang tak cukup duit sahaja yang join MLM, aku mahu bertanya kepada kalian pula, berapa ramaikah diantara kita yang cukup makan pakai minum kita hari ni.Kalau gaji setakat rm3000 sebulan pun masih dikira miskin di Kuala Lumpur.

Jangan kita menyalahkan MLM semata2 kerana kegagalan kita dalam bidang ini.Dan bukan juga menyalahkan diri semata-mata kerana kegagalan kita, tetapi nilai semula kesilapan kita dalam membuat keputusan seperti rambang mata apabila dijanjikan kekayaan dengan jalan mudah.Pilih biar tepat dan tidak menjadi kesalahan pun terlibat dalam bidang yang diakui hebat oleh Warren Buffet dan Donald Trump ini.Jangan cepat terpedaya dengan syarikat MLM yang kebanyakkannya cuma menipu.

Sebaliknya cari sebuah syarikat yang dah diakui kukuh di persada dunia, hebat produknya dan apakah yang kita boleh belajar dari syarikat tersebut. Cari peluang di syarikat yang bukan hanya menawarkan sistem secara MLM, tetapi dalam masa yang sama syarikat MLM tersebut menawarkan peluang francais dan pelaburan di suatu tempat yang diakui kebenarannya seperti pelaburan di bursa saham Malaysia dan bukan pelaburan yang entah kemana perginya.

Sampai bila kita nak melihat manusia skeptikal seperti ini..?

P/s : Kalau ada pertanyaan tentang MLM sila ajukan, aku akan cuba menjawab semua pertanyaan tu dengan jujur dan ikhlas.

Kasihanilah Mereka

In Kehidupan, Sindiran on March 20, 2010 at 5:04 pm

Tadi aku makan malam di medan selera Uptown Damansara iaitu sebuah tempat yang menjadi kegemaran aku untuk menjamu selera.Semasa sedang menjamu selera memang kebiasaan disitu, akan lalu orang buta ataupun makcik2 tua datang menjual tisu ataupun keropok.

Dari satu meja ke satu meja mereka pergi meminta dari setiap mereka yang ada disitu untuk membeli barang jualan mereka.Dari pandangan mata sesetengah orang kehadiran mereka ini merimas dan agak menjengkelkan.Masakan tidak, sedang enak menjamu selera, didatangi pula oleh mereka ini.Boleh terbantut selera mereka ini.

Namun pernahkah kita berfikir betapa sukarnya hidup mereka ini..? aku bukan meminta kalian untuk menderma pada setiap mereka, cuma janganlah layan mereka ini seperti haiwan.Isunya mungkin nampak kecil, tapi aku agak sensitif bila melihat bila mereka iaitu penjual tisu dikalangan orang buta ini datang, mereka menolak dengan sebelah mata.

Lebih teruk aku perhatikan ada yang cuma mengangkat tangan menandakan tidak mahu sambil sedikit pun wajah mereka tidak memandang kepada golongan ini tadi.Apa salahnya menolak dengan berhemah seperti menghulurkan senyuman..? Fahamkah kita penderitaan mereka ini..? Pernahkah kita cuba merasakan peritnya mereka ini hidup didalam kegelapan tanpa ada beza siang dan malam..?

Lebih menyakitkan hati aku kalau yang datang menjual keropok ataupun barang yang lain ini adalah makcik tua namun sedikit pun tidak dihormati oleh anak2 muda yang ada.Hanya kerana dia miskin kita tidak boleh hormatkan mereka..? Cuba fahami penderitaan insan tua seperti mereka mengerah setiap kudrat yang ada mengusung plastik2 besar berisi barang untuk dijual.Bukanlah suatu pekerjaan yang mereka mahukan untuk mendapat sesuap nasi.

Nasihat aku kalau tidak mahu, kalian tolaklah dengan elok dan ukirkan senyuman pada mereka.Mereka juga manusia bukan objek kaku yang cuma boleh ditunjukkan tangan.Tidak sepatutnya ada istilah ‘talk to the hand’ disini.

Namun aku agak kecewa melihatkan kebanyakan pengemis buta yang menjual tisu ini majoritinya adalah berbangsa Melayu.Sudah tiadakah badan korporat milik Melayu yang mahu membantu mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan..? Dimanakah hasil zakat bernilai ratusan juta ringgit itu..? Benarkah aku dengar tiada kecekapan dan terlalu banyak kerenah birokrasi tentang pengagihan wang zakat ni..? Terlampau banyak persoalan bermain di kepala otak aku ni.

Lu pikirlah sendiri..!

Majlis Kahwin Bosan

In Isu Semasa on March 20, 2010 at 11:33 am

Tadi aku pergi majlis kahwin dan untuk pengetahuan kalian aku paling malas nak pergi majlis kenduri kendara ataupun majlis kahwin.Namun kalau aku terima jemputan aku tetap akan pergi kalau tiada halangan, kerana selain hukum Islam yang mewajibkan kita pergi kalau ada jemputan, aku juga takut menerima sumpahan bila tiba majlis aku pula nanti.Mana tahu bila aku asyik menolak jemputan, majlis aku sendiri tak ada orang nak turun.

Kenapa aku bosan sama majlis kahwin..? Pertamanya kerana sampai saja majlis aku terpaksa bersusah payah mencari tempat duduk kerana terlalu ramai.Lebih menyakitkan hati, ada manusia yang dah habis makan dengan selambanya buat bodoh dengan tidak berganjak dari meja walaupun melihatkan orang lain  tercari tempat duduk.Bila dah duduk terpaksa menghadap pinggan yang dipenuhi sisa makanan orang yang duduk sebelum kita.

Paling aku bosan bila ada majlis kahwin yang ada karaoke.Lebih menjengkelkan bila ada pakcik2 yang zaman mudanya tak ada uji bakat akademi fantasia akan mula menyanyi dengan penuh perasaan dan tidak mahu berhenti selepas satu atau dua lagu.Lebih teruk bila mat2 jiwang merosakkan suasan majlis yang sedang ceria.Ada majlis yang aku pergi seorang mat rempit ni boleh karaoke lagu yang liriknya lebih kurang begini ‘ Kenapa kau musnahkan cinta yang kita bina..uhh hancurnya hatiku ‘ dengan muka tak bersalah.Terpinga2 aku waktu tu dengan kebodohan mamat jiwang ala rempit tersebut.

Lepas tu aku malas nak beratur ambik makanan.Aku seorang yang pelahap dan gelojoh maka aku mempunyai sifat nak cepat.Aku rasa sangat menjengkelkan bila tengah beratur nak amik makanan, orang didepan aku lembap macam siput.Siap boleh pilih2, lepas tu letak balik sambil meneliti lauk pauk tanpa rasa bersalah bila orang di belakang dah ramai mula menunggu.Lebih menyakitkan hati bila sudu garfu tak cukup ataupun air dalam tong tinggal sikit..sedangkan perut sudah lapar.

Untuk zaman sekarang ni lebih baik majlis kahwin buat di luar sebab kalau di kawasan perumahan sudah agak ketinggalan.Terutamanya jalan yang sudah di’block’ kerana tuan rumah nak dirikan khemah.Aku rasa sangat menyampah..

P/s : Selamat pengantin baru buat my bro, Arif ngan nama bininya apa ntah haku pun tak ingat.

Kopitiam Tak Halal

In Bisnes, Isu Semasa on March 19, 2010 at 2:31 pm

Tak dinafikan salah satu tempat aku suka melepak adalah di kopitiam kerana mahu mengakses internet tanpa wayar yang disediakan dan suasana dalam kopitiam itu sendiri yang selesa dan santai.Namun baru2 ni aku dikejutkan oleh akhbar2 tempatan yang mendedahkan di Malaysia ini cuma ada 2 sahaja kopitiam yang mempunyai sijil status halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peliknya kebanyakan kopitiam yang aku jumpa mempunyai sijil status halal yang dapat dilihat dilekatkan sama ada di cermin premis ataupun dibingkaikan di kaunter.Selepas diselidiki dari sudut undang2 di Malaysia rupanya sijil halal yang dikeluarkan bukan daripada JAKIM adalah diragui status halalnya.

Nampaknya selepas mamak, umat Islam ditipu lagi oleh kopitiam.Yang hairannya aku lihat hari ni masih ramai lagi umat Islam yang dengan selamba hadapnya makan makanan yang disediakan di kopitiam yang diragui status halalnya.Jadi itu mungkin punca kebanyakan kedai kopitiam tidak kisah untuk memohon sijil status halal dari JAKIM mungkin kerana sikap acuh tak acuh bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri.

Kuasa beli orang Islam di Malaysia sangat besar.Jika kita boikot kopitiam yang diragui status halalnya ini pasti akan memberi impak yang besar kepada keuntungan premis kopitiam tersebut.Tak aku nafikan dahulu hampir setiap hari aku akan melepak di kopitiam namun sebagai umat Islam kita harus sedar akan tanggungjawab kita dalam memilih makanan yang baik atau halal.Allah SWT memberi garis panduan pada kita untuk kita memilih makanan pasti mmpunyai hikmah dan faedah yang tersirat dan tersurat di sebaliknya.

Kalau tak tahan sangat pun cukuplah dengan sekadar menikmati secawan kopi di kopitiam.Tunjukkan kuasa pembeli kita terutamanya yang beragama Islam supaya pemilik kopitiam nampak ketegasan kita dalam hal ni.Ada orang kata kalau nak melepak di kedai Melayu agak kurang selesa dari segi layanan ataupun perkhidmatannya.

Maka buat peniaga Islam, ini adalah salah satu perkara yang sepatutnya membuka mata kalian untuk menyediakan sesuatu perkhidmatan yang lebih baik.Kedai makanan Melayu Islam yang ada sekarang dilihat terlalu tipikal dari segi dekorasi mahupun perkhidmatannya.Belajar konsep kopitiam dan kaji mengapa orang suka dengan konsep yang mereka ketengahkan.Bangsa Melayu kena buka minda kalau mahu melakukan bisnes.

Boikot Kopitiam..!

P/s : Sijil halal selain yang dikeluarkan kopitiam adalah diragui status halalnya.Bila ada keraguan hukumnya adalah haram.