alonganaz

Archive for April, 2010|Monthly archive page

Bahtera Nabi Nuh

In Islam, Sejarah on April 29, 2010 at 2:28 pm

Semalam dalam kosmo ada siarkan pasal sekumpulan penjelajah Cina berjaya menemui serpihan kapal yang dikatakan sisa tinggalan bahtera Nabi Nuh di sebuah lereng curam setinggi 4000 meter di Gunung Ararat, Turki. Hasil ujian penentuan karbon ke atas spesimen kayu tersebut menunjukkan ia berusia 4800 tahun iaitu sama usia dengan kejadian banjir besar yang melanda dunia pada zaman nabi Nuh AS.

Sebelum ni pun pada tahun 1959 berdekatan bandar Dogubayazit, 24 kilometer dari gunung Ararat ada dakwaan mengatakan bahtera Nabi Nuh telah ditemui berdasarkan struktur permukaan tanah yang terdapat disitu yang seakan2 sebuah kapal. (gambar)

Namun akhirnya setelah penemuan sisa tinggalan bahtera Nabi Nuh di gunung Ararat ternyata struktur tanah di atas bukanlah bahtera Nabi nuh yang dikatakan. Kalau korang nak tahu pada tahun 1971 Maharaja Russia iaitu Tsar Nicholas telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yang terdiri daripada jurutera/saintis/tentera dalam mencari dan menyelidik tentang bahtera Nabi Nuh itu. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ itu.

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, perang Bolshevik Komunist – 1917 meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Sebenarnya ini bukan kli pertama pendakian untuk menjejak bahtera Nabi Nuh itu dilakukan, tapi sudah beratus kali namun akhirnya pendakian itu menemui kegagalan kerana selain kematian misteri yang menimpa para pengkaji, bukti2 yang ada selalunya hilang dari simpanan. Namun 26 April 2010 pengkaji dari China akhirnya berjaya membawa keluar beberapa serpihan dari puncak Gunung Ararat itu.

Gunung Ararat

Mengikut sejarah, Nabi Nuh adalah nabi ketiga yang wajib diketahui selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh adalah anak kepada Lamikh bin Matulsakh bin Idris AS bin Yarid bin Mahlail bin Qinan Bin Anwas Bin Shaith Bin Adam AS. Apabila diberi tugas kerasulan, Nabi Nuh menyampaikan dakwah pada kaumnya sebagaimana diamanahkan. Namun dakwah baginda diabaikan dan ditolak oleh kaumnya.

Justeru Allah memerintahkan baginda membina sebuah bahtera untuk membawa pengikutnya yang setia dan binatang ternakan apabila Allah menurunkan banjir pada kaumnya kelak. Namun dimana bahtera baginda terdampar menjadi misteri sehinggalah penemuannya di Gunung Ararat ratusan tahun yang lalu.

Persoalannya ialah bagaimana zaman yang jauh 4800 tahun dari hari ini baginda boleh membina sebuah kapal yang besar dan canggih..? Tidak menjadi sesuatu yang menghairankan kerana Nabi Nuh diberi ilham oleh Allah SWT. Dari situ kita dapat bayangkan betapa dahsyatnya banjir yang melanda bumi ketika itu hinggakan bahtera Nabi Nuh boleh tersadai di sebuah gunung yang 4000 meter tingginya..! wallahualam.


Misteri Ustaz Tajuddin

In Uncategorized on April 27, 2010 at 4:49 pm

Pernah tak korang semua dengar tentang bekas Paderi Besar Sabah, iaitu Reverend Thomas Laiden atau namanya selepas memeluk Islam iaitu Tajuddin Othman Abdullah. Dulu aku pernah dengar juga kisah dia ni, kononnya dia adalah Paderi Besar Sabah yang mana dia punya kuasa untuk mengampunkan dosa orang2 Kristian sehingga ke peringkat antarabangsa.

Malah dia dikatakan menyimpan naskhah asal kitab Injil yang diambilnya secara rahsia dari simpanan Vatican City. Dikatakan bahawa dalam Injil asal tersebut ada disebutkan tentang kebenaran agama Islam asal yang dibawa Nabi Isa AS dan mentauhidkan Allah SWT.  Kononnya dalam kitab itu bercanggah dengan ajaran Kristian yang mengamalkan konsep triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul Khudus.

Kisah Ustaz Tajuddin Othman Abdullah memeluk Islam dan menyimpan naskhah asal Injil hebat diperkatakan suatu ketika dahulu dan kali pertama disiarkan oleh Majalah Muslimah terbitan Februari 1999 bertajuk ‘ Iktibar Buat Mereka Yang Murtad ‘. Melalui khabar yang disiarkan, kali terakhir berita tentang Ustaz Tajuddin adalah dia menyandang jawatan dengan Majlis Agama Islam Melaka. Malah setiap kali ada kes murtad membabitkan bangsa Melayu, kisah Utas Tajuddin yang pernah menjadi Paderi Besar Kristian di Sabah seringkali disiarkan, mungkin untuk menjadi iktibar. (LINK)

Namun kisah pengislaman Ustaz Tajuddin ini dinafikan oleh Keuskupan Keningau Sabah, Fr Dr Charles Chiew dalam akhbar online Herald yang mengatakan bahawa nama Thomas Laiden ini tidak pernah wujud dalam senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah. (LINK)

Jadi jika Ustaz Tajuddin ini tidak wujud ataupun menipu seperti mana dakwaan pihak gereja Sabah, apakah tujuan majalah Muslimah menyiarkan temubual dengan Ustaz Tajuddin ini. Kalau majalah Muslimah mahu menimbulkan kesedaran tentang akibat murtad, apakah perlu menyiarkan wawancara palsu..? Puas aku cari maklumat dan gambar tentang Ustaz Tajuddin ni di internet namun tiada maklumat mahupun gambar terkini tentang beliau seolah2 tiada langsung maklumat tentangnya seperti sudah dipadamkan oleh pihak2 tertentu.

Dan jika wawancara itu tipu sebagaimana dakwaan pihak Gereja Sabah maka ini adalah satu aib yang besar buat umat Islam. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlu tiada atau minimum prejudis antara agama dan kaum di Malaysia ni. Namun aku pun tidaklah menolak mentah2 kewujudan Ustaz Tajuddin ni jika dia benar2 wujud, mungkin ada konspirasi ker kita mana tahu kan..? Apa2 pun hormatilah hak2 bangsa dan agama lain di bumi Malaysia ni.

Melayu Bukan Bodoh Pt.1

In Sindiran on April 27, 2010 at 2:39 pm

Melayukah kita..?
Jika hanya pada wajah..
Jika hanya pada mata..
Jika hanya pada warna kulit.

Melayukah kita jika hanya melihat keris sebagai senjata..?
Jika hanya sekdar nama sehingga mereka tersenyum..
Bertanya, itukah Melayu yang berbudi bahasa.

Melayukah kita..?
Jika hanya pada kata2..?
Tetapi dalam dirinya penuh kepalsuan.

Masa berganjak sejarah bertukar..
Benarkah Melayu itu bangsa yang bijaksana..?

– Long Anaz Khalif Segitiga Emas Z Bersatu –

Rahsia Kemerdekaan

In Sejarah on April 27, 2010 at 7:52 am

Tak tahu berapa ramai yang perasan tentang gambar di bawah ni semasa pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ni Tunku Abdul Rahman sebenarnya memakai tuksedo tetapi dengan kain samping dan bukannya berbaju Melayu..?!??!

Apakah ada maksud yang tersirat di sebalik tindakan Almarhum Tunku ini..?

PKR Kalah, Dap Menang

In Politik on April 27, 2010 at 7:23 am

Keputusan pilihanraya Hulu Selangor ahad lepas telah memberi kemenangan pada calon dari Barisan Nasional, P Kamalanathan sekaligus mengetepikan calon dari Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim. Tapi apa yang aku baca walaupun BN menang majoriti 1752 undi, tapi undi dari kaum Cina tetap merosot kerana 75 peratus memihak pada pakatan pembangkang.

Kesungguhan etnik Cina mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil dan melakukan penindasan kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain undi kaum Cina secara total beralih kepada pembangkang dan menjadikan DAP sebagai parti utama masyarakat mereka.

Tetapi undi kaum Melayu dan India di Hulu Selangor berpecah dua walaupun majoriti cenderung pada kerajaan Barisan Nasional berbanding bangsa Cina yang bersatu dan sepakat memilih pembangkang. Apa yang dapat kita lihat pencapaian etnik Cina di Malaysia sudah sampai ke kemuncak iaitu selepas berjaya menguasai ekonomi, mereka kini hampir berjaya menguasai arena politik negara dengan bantuan Parti Keadilan dan Pak2 Lebai dari PAS.

Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu.

Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah menghampiri kemusnahan. Kelemahan ini akan meruntuhkan kuasa politik bangsa Melayu. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang Cina tetap hampir berjaya menggenggam kuasa politik. (LINK)

P/s : Kalau nak memastikan bangsa Melayu terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional, Dato Seri Najib mesti melakukan perubahan besar seiring dengan kehendak rakyat. Dulu aku seorang yang berfahaman anarkis maknanya aku tak suka kerajaan. Antara yang menjadi isu ialah penindasan kerajaan pada golongan bawahan, anti kapitalis dan anti ‘ police brutality ‘.

Jadi kerajaan kena sentiasa mendekati rakyat, kena kurangkan imej elit supaya dekat dengan rakyat, supaya rakyat selesa. Kukuhkan dan lancarkan semula institusi perundangan di negara ni. Beberapa isu besar membabitkan nama baik Polis Diraja Malaysia pun kena diambil kira. Kena ambil pandangan anak muda sebab orang seperti kami ni yang akan menerajui negara nanti. Perkara2 yang menyakitkan hati seperti kes ragut dan buang bayi membabitkan orang Melayu kena diambil kira. Kalau kena pinda akta, lakukan demi kesejahteraan rakyat.

Punca rakyat menyokong pakatan pembangkang kerana mereka harapkan perubahan jadi kerajaan kenalah lakukan perubahan besar supaya rakyat selesa. Martabatkan agama Islam di negara ini dengan sebaiknya, bukan dengan sekadar membangunkan masjid yang bernilai jutaan ringgit. Orang UMNO jangan hipokrit dengan mengaku sebagai pejuang Melayu tapi diri sendiri tidak cukup keMelayuannya. Rakyat bukan bodoh sebab kami melihat mendengar dan berfikir. Sebab itu ramai yang tersepit dan akhirnya berdiri di atas pagar.

Pakatan Pembangkang pun bukan bagus sangat, Anwar ibrahim dok jaja cerita negara pada negara luar. Kata kerajaan sokong Yahudi pasal isu APCO tapi dia sendiri kawan dengan Yahudi. Yang tok2 Lebai PAS pulak nama saja ustaz, tapi aku baca blog hangpa semua dok sibuk maki hamun orang sana sini. Semua pandai cakap macam diri sendiri maksum.

Teori Kewujudan Manusia

In Islam on April 26, 2010 at 8:06 pm

Sebagai umat Islam kita wajib percaya dan beriman bahawa asal usul kewujudan manusia hari ini adalah daripada Nabi Adam AS dan Hawa. Ini telah dijelaskan dalam al-quran oleh Allah SWT bahawa manusia itu telah diciptakan dari tanah dan kemudian ditiupkan roh ke jasad Adam AS.

Jika dilihat jarak waktu di antara Nabi Adam AS ke zaman moden hari ini banyak yang mengatakan jurang waktu itu adalah sejauh 100 ke 200 ribu tahun. Ini bermakna Nabi Adam diturunkan ke bumi oleh Allah SWT adalah pada 40 ribu tahun lampau. Namun teori Charles Darwin mengatakan bahawa manusia itu adalah berevolusi daripada beruk jutaan tahun dahulu. Teori ni dah tentu bercanggah dengan ajaran Islam dan kita seharusnya menolak teori itu.

Namun kajian saintis telah menunjukkan hasil kajian apabila menemui fosil manusia yang berusia jutaan tahun..! Sekaligus memberi fakta baru bahawa manusia telah wujud sejak jutaan tahun dahulu. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam tetapi kajian DNA yang telah dilakukan pada fosil tersebut menunjukkan persamaan sebanyak 90 peratus dengan manusia moden. Apa yang aku baca mereka telah mengelaskan manusia pada 3 iaitu :

  1. Homo Ergaster ( 8 juta tahun dahulu )
  2. Homo Habilis ( 5 Juta )
  3. Homo Erectus ( 1 Juta )
  4. Homo Sapiens ( 500 ribu Tahun dahulu )
  5. Manusia baru iaitu manusia jenis kita hari ini.

Ini sudah tentu menimbulkan kemusykilan kerana bukti DNA yang ditemui itu berusia jutaan tahun sedangkan kewujudan Nabi Adam AS hanyalah sekitar 100 Ribu tahun dengan manusia moden hari ini. Kita harus percaya bahawa setiap  manusia hari ini adalah berasal dari Nabi Adam AS, tetapi jika fosil yang dijumpai berusia jutaan itu adalah juga spesis manusia siapakah mereka..?

Akhirnya setelah kajian dilakukan manusia hari ini bukanlah berasal dari keturunan manusia purba itu iaitu Homo Sapiens dan lain2 meskipun terdapat 90 peratus persamaan genetik dengan manusia hari ini.Tetapi mereka sudah lazim menggunakan dua kaki yang menyamakan mereka dengan manusia moden. Pada tahun 1925, seorang pakar anatomi Raymond Dart merupakan orang pertama yang telah menggambarkan fosil Australopithecines.

Fosil tersebut ditemui dalam Gua Batu Kapur Taung, Afrika Selatan. Ia berupa tengkorak yang berusia sekitar 5 juta tahun. Raymond Dart mencatatkan bahawa lubang tempat sumsum tulang belakang keluar dari otak berada di dasar tengkorak. Bagi Raymond Dart ia mengisyaratkan bahawa budak tersebut berdiri tegak dan berjalan dengan menggunakan dua kaki. Raymond Dart telah memberi nama spesies baru tersebut sebagai Australopithecus Africanus, yang bermaksud monyet asal selatan Afrika.

Max Ingman, doktor genetik Amerika dalam tulisannya, Mitochondrial DNA Clarifies Human Evolution, kelihatan senada dengan dakwaan paleoantropologi bahawa manusia moden berevolusi dari salah satu tempat di Afrika antara 100 ribu tahun yang lalu.

Sesungguhnya, segala yang terjadi adalah ketentuan sejarah yang telah direncanakan sedemikian rapi dalam catatan Allah terlebih dahulu sehingga segala sesuatu yang berlaku ada keharmonian dalam keselarasan yang saling berlawanan, dan tiada satupun yang dinamakan aksioma dan ‘missing links’.

Apakah yang telah terjadi pada spesis manusia purba ini..? Aku pening kepala..aku akan mencari jawapannya dan akan sambung kemudian.

P/s : Sesungguhnya rahsia Allah SWT itu terlalu banyak. Ini adalah ujianNya untuk menguji sejauh mana keimanan kita padaNya. Wallahualam. (LINK) untuk jawapannya.

Homo Sapiens.

Tengkorak manusia moden dan homo sapien.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang pentadbir dan pemanfaat di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang hanya akan membuat kebinasaan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mengagungkan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (qs 2:30).

Sengaja ada part aku high light kan dengan warna merah.. Sebab aku nak kalian tahu bukan semuanya berada di dalam batas ruang lingkup pemikiran manusia. Kerana jika kita mahu mengkaji ilmu alam yang Allah jadikan ini, belum cukup dakwat yang dihasilkan dari 7 lautan untuk menulis tentangnya.

Kena Reject

In Isu Semasa, Sindiran on April 24, 2010 at 12:32 pm

Tadi aku baca dalam suratkhabar pasal seorang pelajar tingkatan 2 yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 3 balkoni sekolahnya. Puncanya sebab dia diejek rakannya sebab cintanya pada rakan perempuan sekelas tidak berbalas. Ingatkan dia nak bunuh diri sebab kantoi dalam semua subjek peperiksaan percubaan SPM. (LINK)

Lawak ada, kecewa pun ada bila baca kisah anak Melayu nak bunuh diri dalam usia 14 tahun sebab cinta ditolak. Baru cinta ditolak, belum lagi nak kahwin isteri lari. Mungkin pelajar ni dah obses dan terlampau yakin budak perempuan hingusan tu akan jadi kekasih dia kot, sebab tu bila cinta dia ditolak dia tak dapat menerima hakikat dan mengalami jiwa kacau serta tekanan perasaan yang agak melampau. Kuat berangan la tuh.

Sebelum dengan chenta hati aku sebelum ni pun, aku pernah ada pengalaman kena ‘reject’ gak tapi tak adalah sampai nak bunuh diri. Bukan setakat kawan aku ejek, diorang siap gelakkan aku ramai2 lepas tu ambik gitar akustik nyanyi lagu2 putus cinta kat aku. Habis nyanyi diorang sambung gelakkan aku lagi siap mencarut2. Lepas tu aku pun tengok banyak kawan aku kena reject, frust sekejap pastu ok la. Tak ada pun kitorang nak terjun bangunan atau cuba melemaskan diri dalam mesin basuh ker apa.

Paling teruk pun aku tengok kalau diorang frust makan tak basah mandi tak kenyang jer. Kalau lebih2 memang kitorang pijak jer ramai2.

Mungkin budak ni punya level kejiwangan yang terlampau tinggi kot sebab banyak dengar lagu scoin, data, arrow, spoon, span, scoin dan sebagainya. Sebab tu hati dia terlampau taman yang dipenuhi dengan kebun bunga yang tumbuh harum wangi bak dalam syurga kot. Alahai dik, apa ada hal umur baru 14 tahun jangan la kecoh sangat malu kat parents ko. Kalau kau malu, lepas ni ko lagi malu sebab 1Malaysia gelakkan kau. Kalau ada FB atau myspace baik ko delete ajer la akaun kau.

Cuba la belajar kurangkan level jiwang kau ke tahap yang selamat. Sekarang bukan zaman lagu jiwang cintan2, skang zaman jiwa kental ala2 hardcore.

Sains Dalam Al-Quran

In Islam on April 23, 2010 at 11:32 am

1. Teori Big Bang

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan Kami).“ al-anbiya ayat 30

2. Matahari Pusat Edar

“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga  beriman? Dan, matahari bergerak pada garis edarnya. Demikian ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Mengetahui.” (Yaasin: 38).

3.  Air Tawar di Tengah Lautan

Dan, Dialah yang menciptakan dua laut mengalir (berdampingan) yang ini tawar lagi segar dan yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalanginya.” al-furqan 53

4.  12 Bulan

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah s.w.t  ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.” (at-Taubah: 36)

Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang beristiwa (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya dalam sehari, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat di titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah). Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)


Lagenda Hang Tuah

In Sejarah on April 22, 2010 at 2:57 pm

Dulu aku pernah terbaca dalam sebuah artikel, tapi dimana aku tak ingat. Kandungan artikel tu aku masih ingat hari ini iaitu kisah beberapa orang pesilat (atau mungkin pelancong) telah berjumpa dengan seorang lelaki di Pulau Besar Melaka yang mendakwa dirinya adalah Hang Tuah.

Mengikut cerita para pesilat tersebut mereka banyak berbicara dengan panglima silam tersebut dan bertanyakan sejarah sebenar negeri Melaka. Ohh kononnya dalam cerita itu Hang Tuah tidak mati kerana selepas dia ghaib di bumi Melaka dia telah bersembunyi di Pulau Besar . Di sana dia hanya beribadat siang dan malam sehingga dangkat menjadi wali, dalam ertikata lain wali Allah itu dipanjangkan umur sehingga hari ajalnya ditentukan oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Dalam perbualan tersebut Hang Tuah menamakan dirinya yang sebenar sebagai Daeng Yahaya. Tapi kalau dirujuk pada buku sejarah karangan Tun Seri Lanang nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah anak kepada Raja Bajong yang berasal dari Makassar. Kehilanggannya adalah kerana merasa bersalah di atas kematian Hang Jebat dan naluri kuat yang mengatakan bumi Melaka akan runtuh dan kehilangan daulatnya. ( Melaka dijajah pada tahun 1511 tidak berapa lama selepas Hang Tuah menghilangkan diri).

Dalam perbualan itu juga diberitahu bahawa nama sebenar Hang Jebat ialah Tengku Ibrahim iaitu salah seorang ahli keluarga kerabat diraja Melaka. Maka disebabkan itu, semasa menderhaka pada Sultan Melaka dan menawan istana serta singgahsana Sultan, Hang Jebat tidak ditimpa bala akibat daulat raja. Ini kerana di dalam badannya sendiri mengalir darah raja. Jika rakyat biasa yang memijak singgahsana Raja pasti akan ditimpa bencana akibat daulat dan sumpahan Raja, tetapi tidak hang Jebat.

Dikatakan juga Hang Jebat sebenarnya lebih hebat dari Hang Tuah tetapi kerana dia lebih tua maka Hang Tuah lah yang dilantik sebagai ketua. Begitu juga semasa pertarungan dengan Hang Tuah semasa di istana yang memakan masa berhari2 diatas dulang, hang Jebat dikatakan sengaja kalah kerana kasihnya pada Hang Tuah.

Selepas perbualan dengan Hang Tuah di Pulau Besar Melaka pada tahun 1998 itu, Hang Tuah dikatakan ghaib didalam kegelapan malam meninggalkan mereka. Sejauhmana kebenaran cerita ini, hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Lagipun sumber bertulis sejarah negara kita tentang kehebatan 5 laksamana ini sangat kurang. Hanay cerita dari satu generasi ke satu generasi.

Didalam buku: “Amando cortesao – the suma oriental of Tome’ Pires”, Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan “Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang”. Manakala didalam buku “A. Kobata and M. Matsuda – Ryukyu relations with Korea and south sea countries” dimana A Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama “Rekidai Hoan” yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian HangTuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Jadi siapa kata bangsa Melayu tidak boleh mengkagumkan bangsa barat mahupun Jepun..? Ini telah dibuktikan sendiri oleh kata2 Tom Pires dan A Kobata.

* original text dan story from alonganaz*

Pusaka budaya khazanah berharga
Janganlah dipersia
Wahai anak watan diwasiatkan

Pertahan kedaulatan bangsa
Arus perubahan kuasa Tuhan kejarlah hajat di jiwa
Namun peganglah kata wira laksmana
Takkan Melayu hilang di dunia

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Kaki Extend

In Sindiran on April 22, 2010 at 2:10 pm

Nampaknya hajat aku nak drop subject kat kolej tadi tergendala lagi sebab lecturer aku tu entah hilang ke mana pulak. Itu lah bahana waktu 1st sem dulu aku lupa nak drop subject jadi sekarang kan dah susah. Aku dah grad 2008 tapi sampai hari ni aku belum ada transkrip sebab lupa drop subjek pengajian bahasa kebangsaan.

Masa aku tengah kebengangan tadi aku ternampak seorang kawan lama aku yang dah tak berapa rapat kat kolej tu. Disebabkan dia dah nampak aku jadi aku pun tegur jer sedangkan hakikatnya aku malas nak tegur sesiapa waktu tu. Aku ingatkan dia dah habis rupa2 nya dia masih kat kolej tu sebab banyak subjek yang tak habis. Erk agak terkejut aku pasal dia orang lama kat situ pasal waktu aku amik SPM pun dia dah daftar jadi student kat kolej tu.

Bila aku tanya kenapa tak habis2 dia cakap banyak extend. Memang betul la apa yang bermain dalam fikiran aku tadi. Bagi aku kalau extend 2-3 sem agak ok tapi apa kejadahnya extend 7-8 sem..? Alasannya ‘ ala kalau aku habis awal pun sekarang susah dapat kerja jugak ‘. Haha padahal yang menyebabkan dia extend adalah sebab dah tua pun sibuk main game pc, enjoi tak hingat sampaikan hari biasa dan hari minggu tak ada beza, kaki komik dan sebagainya.

Dulu waktu aku belajar ada jugak aku lepak dengan kaki extend ni pasal walaupun diorang agak menjengkelkan tapi mereka seorang ‘problem solver’ yang baik, tidak sombong, tahu selok belok kolej, tokan barang dan sebagainya.

Hadoi la kalau mahu kenal mat extend ni bukan susah pun.. tengok ajer kad matrik dia. Kalau tak sama muka dalam kad matrik dengan muka sekarang, memang dia kaki extend la tu..hahaha. Lepas tu kad matrik pun dah tukar jadi kaler kuning dan lusuh.