alonganaz

Archive for the ‘Indonesia’ Category

Najis Di Bulan Ramadhan

In Indonesia on August 27, 2010 at 10:00 am

Kalau diikutkan, aku malas lagi mahu menulis tentang Indonesia sebagai isu semasa didalam blog ni. Lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Sepatutnya umat Islam saling menyayangi bukan membenci apatah lagi melontar najis. Tahun lepas isu besar yang membabitkan dua negara ini, iaitu Indonesia dan Malaysia juga berlaku sekitar bulan Ramadhan.

Akhir2 ini kita dikejutkan dengan isu penahanan TIGA pegawai perikanan warga Indonesia dan TUJUH nelayan Malaysia. Kata media Indonesia, nelayan kita menceroboh perairan Indonesia dan kata media Malaysia, pegawai perikanan mereka yang menceroboh perairan Malaysia. Ini ditambah dengan aduan nelayan rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mereka sering diperas dan diminta uang oleh pegawai Indonesia semasa menangkap ikan di lautan. Benar atau tidak dakwaan media Malaysia, hanya rakyat Indonesia yang benar2 tahu,  jika pihak berkuasa negara mereka itu bergelumang dengan rasuah atau tidak.

Semasa bendera Malaysia dibakar di Indonesia oleh pihak Bendera, kalian (teman2 warga Indonesia) mahu tahu reaksi dan situasi warga Malaysia disini..?

Kami tetap hidup aman di bulan Ramadhan, di bumi malaysia yang penuh keamanan ini. Yang tidak aman di Malaysia ini cuma suasana politiknya sahaja meskipun masih terkawal. Tiada lagi orang miskin yang mati kerana kelaparan di negara ‘boneka Inggeris’ ini. Malahan di bazaar (pasar) ramadhan warga Indonesia juga bebas berniaga mencari rezeki untuk dikirim pulang pada keluarga mereka di Indonesia. Tiada rakyat Indonesia yang mati kerana dipukul oleh warga Malaysia yang marah kerana bendera mereka yang mirip dengan bendera Amerika itu dibakar. Malahan TKI (tenaga kerja Indo) juga memenuhi masjid2 di Malaysia bila tiba waktu berbuka, berbuka bersama warga Malaysia..dengan aman.

Reaksi rakyat Malaysia berkenaan isu ini, paling marah pun kami hanya akan mencaci maki semula di forum2 internet. Kami tiada masa untuk berdemonstrasi di bulan ramadhan yang mulia ini.. dan para pendemonstrasi politik Malaysia juga tidak mengadakan sebarang demontrasi kerana dengan akal rasional, adalah untuk menghormati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Jika benar rakyat dan pemerintah Malaysia itu zalim.. doakan sahaja kehancuran kami pada Allah SWT dan jika kalian termasuk dalam golongan yang dizalimi, nescaya Allah SWT itu akan mengkabulkan doa kalian warga Indonesia. Tidak perlu memegang najis segala, kerana yang akan mencuci najis di kantor kedutaan malaysia itu pun, pekerja warga indonesia juga. Dan jika kalian yang bertindak keterlaluan dengan melempar dan memegang najis di bulan ramadhan, serta menabur fitnah yang besar pada negara Malaysia, tunggu sahaja bala bencana dan balasan dari Allah SWT ke atas kalian.

Apa..? Memperjuangkan hak asasi warga TKI di Malaysia..? Ini jawapannya. (LINK)

Mahu lebih panas..? Klik laman blog ini. (LINK) . <– P/s : Penulis blog ini memang manusia celaka..haha.

Pulau Diambil – Salahkan mahkamah dunia di Belanda.

TKI disiksa – Arab..? Hong Kong..? Kenapa hanya Malaysia dibenci..? Tiada warga kerja Indo di Indonesia yang disiksa oleh warga Indo sendiri kah..?

Budaya dicuri – budaya boleh dicuri kah..?

Sahabat Dari Indonesia

In Indonesia, Kehidupan on January 27, 2010 at 6:33 pm

Tadi aku menerima sms dari seorang kenalan aku dari Indonesia yang aku panggil Arman.Dalam sms dia menyebut ‘bang anaz..esok saya akan pulang ke Indonesia.Terima kasih kerana mahu berkawan dengan manusia seperti saya.Harap suatu hari nanti kita akan ketemu lagi’.

Sudah beberapa kali aku ingatkan dia jangan panggil aku abang, namun dia tetap berdegil.Ohh buat pengetahuan kalian, aku berkenalan dengan Arman semasa aku bekerja di Bandar Tasik Selatan dahulu.Perkenalan aku dengan dia bermula di sebuah masjid selepas waktu zohor.Kemudian dijemputnya aku bertandang ke rumah kongsinya dan bercerita tentang hal kedua negara dalam keadaan yang aman.

Aku marah bila dia cuma dibayar RM30 sehari sedangkan kerja yang dibuatnya terlalu banyak dan berat.Namun dia tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu kerana yang penting adalah rezeki yang halal.Aku tidak nafikan mereka warga Indonesia punya banyak kes kriminal seperti rompakan dan sebagainya namun itu hanya segelintir.Aku rasa lebih banyak masalah kriminal berpunca dari bangsa atau rakyat kita sendiri.Kadangkala mereka terdesak untuk meneruskan hidup seperti ditipu majikan dan sebagainya.

Banyak yang aku belajar dari mereka terutamanya bagaimana mereka meneruskan hidup dalam keadaan atau keperluan yang sangat minima.Mulanya ada dikalangan mereka yang tidak percaya aku sudi bercampur dengan mereka warga Indonesia namun lama kelamaan dapat juga kehadiran aku diterima.Dalam masa yang sama aku cuba menyelami hati dan perasaan mereka kerana aku mahu belajar semaksimum mungkin tentang kehidupan.Siapalah kita untuk memandang hina pada manusia lain kan..?

Buat Arman..semoga dia berjaya di Indonesia kelak.Untuk aku pula..akan cuba sebaik mungkin mencipta kejayaan di bumi Malaysia yang penuh bertuah ini..! Amin.

Penderaan Pembantu Rumah Indonesia

In Indonesia, Isu Semasa on October 26, 2009 at 8:56 am

Hari ini seorang pembantu rumah dari Indonesia..Munti Hani yang berusia 36 tahun meninggal selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selepas disyaki didera oleh majikannya.Perkara sebegini muncul lagi saat ketegangan di antara Malaysia dan Indonesia belum reda sepenuhnya.

Kepada majikannya yang lebih layak dipanggil binatang..semoga hukuman di dunia dan diakhirat akan menanti kamu yang tidak punya hati dan perasaan.Apa tidak punya perasaan kasihan atau simpatikah dia saat dia memperlakukan pembantu rumahnya dengan cara yang sangat kejam seperti itu..?

Apa dia tiada perasaankah atau tidakkah dia terfikir akibat yang terpaksa ditanggung akibat perbuatannya..? Bukan sahaja pada dia..malahan imej pemerintah dan seluruh rakyat Malaysia akan tercalar apa lagi perbuatan itu dilakukan oleh rakyat sebuah negara yang dianggap serumpun.Dan seperti biasa..perbuatan ini pasti tidak dilakukan oleh majikan yang berbangsa Melayu..!

Bajingan.. (LINK)

Komik Dari Seberang

In Indonesia on October 14, 2009 at 4:14 am

Komik Indonesia

Lukisan komik diatas aku dapat dari blog nkri-nkri.blogspot.com iaitu sebuah blog dari Indonesia yang mengkritik Malaysia kerana dikatakan sering menggugat kesabaran warga Indonesia.Bukan blog itu yang mahu aku persoalkan..tetapi komik yang dilukis semasa bulan ramadhan ini.

Mungkin pelukisnya adalah seorang yang tidak peka dan sensitif apabila bunyi azan ‘tek..tek..doug..doug’ yang kedengaran seperti bunyi salakan anjing.Pemilik blog mengakui seorang yang beragama islam tetapi mungkin islamnya hanya pada sekadar nama apabila perkara sekecil itu pun tidak disedarinya.

Lebih teruk apabila masuk waktu berbuka puasa..watak yang digambarkan sudah boleh memaki hamun negara Malaysia..bukan bersyukur dengan rezeki yang ada didepan mata.Orang Indonesia yang cerdik pandai sila tegur pemilik blog ini ya.Itupun kalau benar dia seorang muslim lah kan.Terima Kasih.

Disebalik Konfrontasi Mal-Indo

In Indonesia on October 12, 2009 at 4:36 pm

Dah lama aku nak menulis tentang sejarah konfrontasi Ganyang Malaysia tetapi bukan apa yang dah ramai orang tahu..sebaliknya dari sisi yang berlainan dari apa yang kita tahu mengenainya.Semua orang tahu Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas kekalahan tentera Jepun akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.Peristiwa ini telah menyebabkan almarhum Sukarno mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa persetujuan dari Belanda.

Mengapa Malaysia tidak mahu mengistiharkan kemerdekaan seperti Indonesia pada 1945 walaupun kita juga boleh berbuat demikian..? Ini kerana sistem politik tanah Melayu yang tidak stabil..dan bertambah sukar apabila pasukan bintang 3 keluar dari hutan dan bermaharajalela dengan membalas dendam terhadap mereka yang pernah berkerjasama dengan kerajaan Jepun.Ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman..iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama terpaksa memanggil semula kerajaan Inggeris untuk membantu menghapuskan anasir komunis.

Almarhum Tunku memanggil balik British kerana sistem persenjataan mereka yang lebih lengkap serta pasukan tentera tanah Melayu masih memerlukan latihan yang secukupnya.Pihak Amerika dan British pernah meyarankan pasukan tentera tanah Melayu untuk mengebom kapal di selat Melaka.Ini membolehkan mereka menuduh Indonesia adalah dalang punca kemusnahan dan mereka akan mempunyai alasan untuk menyerang dan menakluki Indonesia dari Belanda.

Tetapi kata almarhum Tunku ‘Tidak..kerana mereka adalah seagama dan sebangsa’ dengan saya.Malah apabila perhimpunan anti Indonesia di Malaysia..sekumpulan wartawan termasuk Samy Vellu (Dato Seri) pernah membawa pancasila untuk dipijak dihadapan Tunku namun tunku tidak bersetuju.Apabila kehendak mereka tidak dipenuhi..mereka telah mengangkat Tunku dan meletakkan pancasila dibawah kakinya.Ini bukan sahaja menimbulkan kemarah Tunku..tetapi juga sukarno.Kemarahan Sukarno bukan sahaja kerana ada sifat neo-koloni dalam sistem pemerintahan Malaysia..tetapi juga kerana marah tidak dapat menguasai seluruh kepulauan Borneo.

sumber : nusantara.blogspot.com dan Dato Zainuddin Maidin

Tunku

Warkah Dari Padang

In Indonesia on October 12, 2009 at 3:54 pm

Tulisan ini kuperuntukan buat Semua Warga Indonesia dan Warga Malaysia. 30 September 2009, Kota Padang, Padang Pariaman dan sekitarnya diguncang gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter, meluluhlantakkan banyak bangunan, menelan banyak korban jiwa. Harta yang disayang, jabatan yang dibanggakan musnah dalam sekejap. Kehilangan keluarga yang dicintai, sungguh berat dan mengiris hati. Namun, tidak ada waktu untuk terus menangis! kita harus bangkit! saling bantu membantu dalam meringankan beban sesama, mencari suara kehidupan di antara reruntuhan. Namun… ada orang-orang BIADAB yang tak punya hati yang menambah kehancuran ini!!!! Menjarah harta korban gempa!! Menjual BBM dengan harga tinggi!! tertawa setelah meraup keuntungan yg tinggi!! sementara saudaranya tengah menangis, kedinginan, kepanasan, tidak punya tempat tinggal. Dan lucunya… pelakunya adalah warga kita sendiri!!! WARGA KITA!!!
Malaysia!! Jangan kalian langsung tertawa sinis melihat kondisi ini!! Sadar… kita serumpun… Alangkah baiknya kalian datang kesini, bantu meringankan beban ini… Daripada membuat tulisan yang bisa menyulut amarah antar kedua bangsa… Satu orang yang memprovokasi, maka semua akan terprovokasi..
Indonesia!!! Mengapa kita harus terus dan terus bertengkar dengan saudara kita!!?? Malaysia itu saudara kita jg!!! Asal tau saja… Malaysia lah yang pertama kali memberikan bantuan ke PADANG PARIAMAN.. DAERAH YANG PALING PARAH TERKENA GEMPA KETIMBANG PADANG.. kemana pemerintah kita??? Kalian lihat kan?? Jadi untuk apa kita terus bertengkar???

APA AKU HARUS BERSUJUD DI HADAPAN KALIAN SEMUA AGAR PERTENGKARAN INI BERHENTI!!!!????

Aku mohon.. berhentilah saling mengejek..mencaci… cyber crime…. kumohon…
lebih baik kita bangun bersama situs yang bisa memberikan info pasca gempa agar pendistribusian bantuan lebih efektif dan optimal.. daripada hacking dan hacking… berpifikirlah secara jernih teman!!

Negara-negara lain pun juga datang membantu.. aku sebenarnya tidak tau, mengapa relawan sangat banyak di daerah padang?? sedangkan padang pariaman tidak tersentuh bantuan.. sementara rumah2 mereka sudah hancur bahkan ada yang sudah rata dengan tanah… Aku tidak ingin menyalahkan siapa2… aku hanya ingin terdapat suatu manajemen terpusat yang mengatur semuanya…. tidak bergerak sendiri-sendiri..!! bahkan sekarang sudah banyak posting..artikel..berita.. yang mengatakan Pemerintah tidak respek terhadap bantuan dari luar negeri. Taukah teman? banyak sekali efek negatif yang timbul tanpa sepengetahuan teman.. bahkan untuk posting…artikel.. berita… yang menambah ‘bumbu’ sehingga isinya lebih hot untuk dibaca. Dunia bisa saja misperception…Dunia teman!!dunia!!!

Sekarang saatnya sadar…. Marilah kita bersatu.. hentikan segala pertikaian… Mari bantu para korban gempa…
Uluran tanganMu sungguh sangat berarti bagi mereka…
Datanglah dan bantulah mereka secara langsung…
Jika tidak bisa, berikanlah bantuan berupa materi kepada mereka…
Jika tidak bisa, bantulah dalam menghimpun informasi dan sampaikan kepada yg membutuhkan..
Jika tidak bisa, BERHENTILAH BERTENGKAR ANTAR INDONESIA DAN MALASYIA .. dan berdoalah agar korban gempa tabah dalam menghadapi semua ini.

Terima kasih telam membaca tulisan ini.
– sebuah tulisan dari Warga Padang –

Padang Earthquake

Kepada Pengikut BENDERA

In Indonesia on October 8, 2009 at 1:26 am

Kami Gak Ada Kerjaan Lain.Protes Bagi Mendapatkan Uang

Kalian ini hanya omong kosong mahu menyusup mahu masuk ke Malaysia.Nasihat aku kepada kalian pengikut BENDERA ini..buka ikatan merah putih dikepala kalian itu..dan pacakkan diatas kubur saudara kalian di Padang Indonesia yang terkorban kerana musibah gempa bumi.

Dari menuntut ilmu kebal lebih baik kalian doakan supaya mangsa gempa bumi di Padang pergi mengadap Allah dalam keadaan yang diredhainya.Juga doakan hubungan baik rakyat Indonesia dan Malaysia yang berada dibumi Malaysia kekal erat walaupun sedikit retak kerana propaganda dan kebencian yang ditimbulkan kalian.Jika benar para TKI kalian mengalami penyiksaan..lakukan solat hajat supaya mereka yang zalim itu mendapat balasan.Bukan mendoakan kecelakaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih menganggap mereka di Indonesia itu sebagai saudara kerana persamaan agama dan budaya.

Dan anak2 kecil yang dibawa kalian untuk protes ‘kekejaman’ Malaysia..mereka itu masih tidak tahu apa2.Hantar mereka kesekolah dan beri pendidikan yang sebaiknya untuk membangunkan negara Indonesia di masa hadapan.Bersainglah dengan sihat bersama Malaysia saudara kalian ini..jangan malu untuk belajar dari kami kerana kami juga pernah belajar dari kalian.

Jangan hanya mahu menjadi jagoan kampung yang gilakan publisitas..tetapi isi didalam kepala itu kosong.Dan kepada warga Malaysia kita elakkan memandang rendah warga TKI disini..kita sama manusia.Yang hanya boleh memandang hina manusia itu cuma Allah SWT.

P/s : Untuk pengetahuan BENDERA..di Malaysia pasukan Angkatan Tentera Malaysia sedang mengadakan eksesais (latihan) bersama 21 negara dalam strategi perang laut dan udara iaitu antaranya tentera dari Brunei..Singapura..Australia..New Zealand dan TNI sendiri.Tindakan bodoh jika menyerang Malaysia waktu ini.Bagaimana saya tahu..? Bapa aku sendiri dari angkatan udara tentera Malaysia..! Tidakkah kalian malu kerana media kami turut melihatkan protes BENDERA di TV dan ruang koran kami..serta ditonton oleh pemimpin tentera dari 21 negara yang sedang berada di Malaysia.

Eksesais Udara di Perlis

Malindo Eksesais

LINK

Sivaji Dari Indonesia

In Indonesia on October 6, 2009 at 2:59 am

Adian..Pengasas BENDERA

SUMBER

Siapakah mamat diatas yang mukanya seperti badut sarkas di pentas fun fair ini..? Beliau adalah pengasas BENDERA yang bermaksud ‘Benteng Demokrasi Rakyat’ iaitu sebuah pertubuhan yang mahu mengganyang Malaysia termasuk pada 8 Oktober ini.

Malah ‘Hero Filem Tamil dari Indonesia’ ini jugalah yang bertanggungjawab dalam mengadakan tunjuk perasaan ‘Sweeping Malaysia’ disaat umat islam diseluruh dunia sedang beribadah menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan kepada rakyat Malaysia yang akan ditahan..dia hanya berkata mahu mengusir rakyat Malaysia pulang.Dunia sudah terbalik..yang datang menggunakan permit dan saluran yang sah dihalau pulang.Manakala yang menyeludup masuk ke Malaysia menaiki tongkang secara haram dibela seperti pahlawan.

Dia dan BENDERA la sebenarnya agen YAHUDI di Nusantara ini.Kerana dia menimbulkan kebencian disaat umat Islam menyambut bulan Ramadhan..malah dia la bangsat yang menyuburkan fahaman Asabiyah iaitu ideologi yang terlalu taksub dengan bangsa iaitu Nasionalisme membuta tuli sehingga mengatasi semangat persaudaraan dalam Islam.

Mungkin kepala otaknya sudah rosak akibat terlalu banyak menghisap rokok kretek.Malah pasukan BENDERA dikhabarkan akan menyerang Malaysia tanggal 8 Oktober ini melalui Kalimantan dan Surabaya.Matlamat mereka adalah mahu menakluk Kuala Lumpur dan Kuching.Mahu menaiki apa kalian..? Menggunakan tongkang..? Pemerintah Malaysia terlalu baik hati..dari dulu rakyat sudah bersuara agar menyekat dengan ketat pintu sempadan negara..namun dibolosi juga.

Kita renungi kata Sivaji Indonesia ini..kata Pak SBY (Presiden Indo) Indonesia tidak bisa menyerang Malaysia kerana terdapat 1.8 Juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia..tetapi bagi kami mereka 1.8 Juta ini adalah kekuatan kami untuk menyerang Malaysia.Renungi kata2 agen Yahudi ini..apa dia memahami apa yang sebenarnya terjadi di Malaysia..? Bagaimana marahnya umat Islam di Malaysia apabila Siti Hajar dan Nirmala Bonat disiksa..? atau betapa kejamnya perompak Indonesia yang membunuh seorang ibu ketika bersahur di bulan Ramadhan..??

Apabila ditanya pada Adian pendapatnya tentang rakyat Malaysia dia berkata ;

“Mukanya baik. Mukanya lucu. Mukanya tak ada niat jahat (Your face looks nice. Your face looks humorous. Your face doesn’t show any evil intention),” he said, smiling while the handful of Indonesians who were intensely listening in to the interview burst out laughing.

Benarkah kalian yang paling mulia dikalangan kami..? Kononnya kaulah pembela bangsa Indonesia..tetapi aku hanya mahu bertanya satu soalan kecil.Cukupkah 5 waktu solat kau sehari semalam..? Berpuasakah kau semasa di bulan Ramadhan atau hanya sibuk dengan propaganda ‘sweeping Malaysia’..? Wallahualam.

Bandar Kuching Akan Ditawan

In Indonesia on October 5, 2009 at 12:31 pm

Rasanya nak pecah perut aku ketawa bila membaca didalam sebuah forum yang pasukan BENDERA iaitu sebuah pasukan ganyang Malaysia di Indonesia antara misi dan matlamatnya ialah mahu menawan bandar Kuching.Tindakan itu selain daripada marah kerana kita ‘maling’ kebudayaan mereka..juga atas alasan ‘kekejaman’ yang kita lakukan pada warga mereka disini.

Beria-ia mereka mahu menyusup masuk ke Sarawak melalui Kalimantan.Entah apalah yang membuatkan mereka terlalu befikir secara paloi bak kata orang Sarawak..Apa ingat mudahkah mahu menawan negeri Sarawak yang aku percaya..2kali lebih gila kepala otaknya daripada orang2 di semenanjung..

Disebabkan itu ramai komando2 tentera Malaysia selain daripada orang Melayu..terdiri banyak dari orang Iban dan Dayak.Aku anak pegawai tentera..aku tahulah..tengok muka komando2 dari sarawak ni sahaja dah cukup membuatkan kaki aku menggigil..dah la badan penuh tatu.

Aku nak memetik kata saudara aku dari Mukah..Sarawak sana dalam forum anti Malaysia itu..

Berikut adalah antara kata2 nya pada aku..asalnya dalam bahasa sarawak tapi aku alih ke bahasa Malaysia untuk mudah difahami..

Mereka ingat senangkah mahu menawan negeri sarawak ni..? cakap seperti orang bodoh yang tidak punya otak.Cerobohlah kau ke bumi Sarawak ni..kelak aku akan tentang secara habis2an untuk mempertahankan negara dan negeri yang tercinta ni.Mayat kau akan aku campak dalam sungai Rajang untuk dijadikan santapan cucu cicit Bujang Senang ataupun makanan si Bujang Samarahan.

Mereka terlalu bangga berjuang dengan buluh runcing..kami disini juga punya sumpit sebagai senjata.Mereka kata akan memenggal kepala kami..disini kami juga ada orang Iban yang akan memenggal kepala mereka semula.Ingat..walau apa bangsa dan agama kami dinegeri Sarawak ni..darah dan semangat Rentap tersemat kukuh dalam setiap jiwa pahlawan kami.Dan kami juga berpegang pada pepatah..

AGI IDUP AGI NGELABAN..!!

Jadi jangan punya niat untuk menyentuh kedaulatan bumi sarawak ni..

Rentap

Aku buat apa..? Ketawa dengan kebodohan mereka.Aku hanya menikmati mee kolok sambil melayan alunan indah bunyi petikan gitar sape di tepi sungai rajang bersaksikan keindahan gunung santubong..

Bantuan Malaysia Ditolak

In Indonesia on October 4, 2009 at 3:19 am

Biasanya pada pagi ahad aku memang suka membelek2 surat kahabar sehinggakan berita dari media massa pun aku akan cari diinternet.Apabila aku membuka sebuah laman web berita dari indonesia..Harian Kota..aku menjumpai satu berita yang sangat menyakitkan hati.

Ia apabila bantuan Malaysia telah diasingkan oleh pihak2 tertentu di Padang Indonesia kerana dipercayai hasil bantuan tersebut adalah bersumberkan kewangan industri perjudian di negara ini.Betapa angkuhnya sikap mereka yang sudah ditimpa musibah pun masih mahu meninggi diri.Alasannya industri perjudian menyumbang sebanyak RM 40 Juta setahun kepada Malaysia.

Maaf jika saya mahu mengatakan kalian gak mahu berfikir dengan lebih telus.Jumlah 40 juta itu tidak mencapai walau 5peratus pun dari keseluruhan jumlah pendapatan Malaysia.Banyak lagi sumber pendapatan yang halal di Malaysia malah industri makanan halal besarnya lebih 10 kali ganda dari industri perjudian.Sakitnya hati apabila sumbangan yang dihulurkan secara ikhlas diasingkan seolah2 betapa hinanya sumbangan dari Malaysia.

Apa sumbangan dari Amerika lebih dihargai dari sumbangan ikhlas dari saudara2 kalian di Malaysia yang seagama..? Yakinkah sumbangan dari US dan Australia itu lebih HALAL dari Malaysia..? Kekayaan mereka pun dirampok dari negara2 Islam.Bagaimana perasaan lebih ratusan ribu warga Malaysia berketurunan Minang di Malaysia apabila mereka mengetahui perkara ini..sikap dan pemikiran saudara mereka disana.Dasar bego.

amerika memunggah barang untuk bantuan di Padang

Pada warga Malaysia kita jangan ambil peduli..teruskan sahaja berdoa untuk kesejahteraan pada saudara mara kita di Padang Indonesia sana.Jangan jadikan kebencian dipanggil maling untuk melenyapkan sifat belas kasihan kita pada mangsa musibah disana.Kita tetap serumpun walau punya pemikiran yang berbeda..

Ya Allah..kau ringankanlah penderitaan saudara kami di Indonesia yang ditimpa musibah.