alonganaz

Archive for August, 2010|Monthly archive page

Najis Di Bulan Ramadhan

In Indonesia on August 27, 2010 at 10:00 am

Kalau diikutkan, aku malas lagi mahu menulis tentang Indonesia sebagai isu semasa didalam blog ni. Lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Sepatutnya umat Islam saling menyayangi bukan membenci apatah lagi melontar najis. Tahun lepas isu besar yang membabitkan dua negara ini, iaitu Indonesia dan Malaysia juga berlaku sekitar bulan Ramadhan.

Akhir2 ini kita dikejutkan dengan isu penahanan TIGA pegawai perikanan warga Indonesia dan TUJUH nelayan Malaysia. Kata media Indonesia, nelayan kita menceroboh perairan Indonesia dan kata media Malaysia, pegawai perikanan mereka yang menceroboh perairan Malaysia. Ini ditambah dengan aduan nelayan rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa mereka sering diperas dan diminta uang oleh pegawai Indonesia semasa menangkap ikan di lautan. Benar atau tidak dakwaan media Malaysia, hanya rakyat Indonesia yang benar2 tahu,  jika pihak berkuasa negara mereka itu bergelumang dengan rasuah atau tidak.

Semasa bendera Malaysia dibakar di Indonesia oleh pihak Bendera, kalian (teman2 warga Indonesia) mahu tahu reaksi dan situasi warga Malaysia disini..?

Kami tetap hidup aman di bulan Ramadhan, di bumi malaysia yang penuh keamanan ini. Yang tidak aman di Malaysia ini cuma suasana politiknya sahaja meskipun masih terkawal. Tiada lagi orang miskin yang mati kerana kelaparan di negara ‘boneka Inggeris’ ini. Malahan di bazaar (pasar) ramadhan warga Indonesia juga bebas berniaga mencari rezeki untuk dikirim pulang pada keluarga mereka di Indonesia. Tiada rakyat Indonesia yang mati kerana dipukul oleh warga Malaysia yang marah kerana bendera mereka yang mirip dengan bendera Amerika itu dibakar. Malahan TKI (tenaga kerja Indo) juga memenuhi masjid2 di Malaysia bila tiba waktu berbuka, berbuka bersama warga Malaysia..dengan aman.

Reaksi rakyat Malaysia berkenaan isu ini, paling marah pun kami hanya akan mencaci maki semula di forum2 internet. Kami tiada masa untuk berdemonstrasi di bulan ramadhan yang mulia ini.. dan para pendemonstrasi politik Malaysia juga tidak mengadakan sebarang demontrasi kerana dengan akal rasional, adalah untuk menghormati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Jika benar rakyat dan pemerintah Malaysia itu zalim.. doakan sahaja kehancuran kami pada Allah SWT dan jika kalian termasuk dalam golongan yang dizalimi, nescaya Allah SWT itu akan mengkabulkan doa kalian warga Indonesia. Tidak perlu memegang najis segala, kerana yang akan mencuci najis di kantor kedutaan malaysia itu pun, pekerja warga indonesia juga. Dan jika kalian yang bertindak keterlaluan dengan melempar dan memegang najis di bulan ramadhan, serta menabur fitnah yang besar pada negara Malaysia, tunggu sahaja bala bencana dan balasan dari Allah SWT ke atas kalian.

Apa..? Memperjuangkan hak asasi warga TKI di Malaysia..? Ini jawapannya. (LINK)

Mahu lebih panas..? Klik laman blog ini. (LINK) . <– P/s : Penulis blog ini memang manusia celaka..haha.

Pulau Diambil – Salahkan mahkamah dunia di Belanda.

TKI disiksa – Arab..? Hong Kong..? Kenapa hanya Malaysia dibenci..? Tiada warga kerja Indo di Indonesia yang disiksa oleh warga Indo sendiri kah..?

Budaya dicuri – budaya boleh dicuri kah..?

Bencana 15 Ramadhan.

In Islam on August 22, 2010 at 3:26 am

Baru2 ni aku dapat email mengenai bencana yang akan berlaku 15 ramadhan tahun 2012 nanti.. Ini semua kononnya boleh berlaku kerana terdapat sokongan dari hadis nabi yang mengatakan pada tengah malam 15 Ramadhan, hari jumaat akan berlaku bencana besar (bukan kiamat) akan menimpa penduduk dunia sehingga mengorbankan 2/3 penduduk bumi. Dan 15 ramadhan hari jumaat kebetulan berlaku pada tahun 2012.

Ini hadis yang dimaksudkan :

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Kemudian aku cuba cari dan google di internet berkaitan hadis ni..mana tahu hadis palsu ke macam fadilat solat sunat terawikh pada malam2 tertentu tu. Dan ini jawapan yang diberikan oleh ustaz Dr Moh Fauzi Mohd Amin (LINK) berkenaan hadis ni dan jawapan yang diberikan oleh beliau aku kurang jelas maksudnya. Tidak tahu sama ada boleh dipercayai atau tidak.

Sebenarnya apa yang berlaku..? Kaum Maya iaitu suatu kaum yang pernah membina tamadun yang hebat dan hilang jejaknya secara tiba2 pernah meramalkan bahawa kiamat akan berlaku pada 2012. Namun sebagai umat Islam kita harus menolaknya.. Tetapi mungkin ‘kiamat’ yang dimaksudkan mungkin ada maksud lain..tidak hanya bermaksud kemusnahan besar dunia..mungkin juga bermaksud terjadinya sesuatu bencana alam ataupun peperangan meletus. ini dibuktikan dengan ekosistem bumi yang jelas telah lari keseimbangannya. Bencana di merata2 dunia..hujan tidak bermusim dan sebagainya. ( Pernah aku tulis dalam tulisan aku sebelum ini bagi sesiapa yang mengikuti )

Bangsa Maya adalah suatu bangsa yang mengasaskan tamadun yang hebat dalam sejarah dengan pembinaan piramidnya..tetapi tiba2 tamadun ini hilang tanpa diketahui puncanya. (LINK)

2010 apa fenomena alam yang berlaku..? Pada 2012 saintis sebenarnya meramalkan semua planet akan berada dalam satu garisan selari. Bermula dari planet neptun hingga matahari. Dan juga tarikan graviti yang lebih kuat daripada biasa. Kesannya..? adalah pada peralatan elektrik dan elektronik yang akan terganggu. Sejauh mana kesannya aku sendiri pun tak boleh nak jelaskan. Cari la sendiri..

Cuma jangan kaitkan hadis nabi dengan peristiwa kiamat pada tahun 2012 ramalan bangsa Maya. Yang hadis nabi maksudkan adalah peristiwa bencana besar yang akan menyebabkan kehilangan jiwa banyak manusia iaitu 2/3. Kalau kita nak tolak teori dan fakta?? ni pun terpulang pada diri kita. Kalau kita tak terima pun sekurang2nya kita akan memikirkan sesuatu yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Cuma jangan terlalu taksub hingga membuat andaian sendiri dah la.

Bersambung..

P/s : aku akan update balik tulisan ni selepas 5-6 jam..

Salah satu tamadun bangsa Maya

Kempen Buang Bayi

In Isu Semasa on August 19, 2010 at 3:20 pm

Kalau diikutkan aku malas nak tulis pasal kes buang bayi ni..sama macam aku malas nak menulis pasal Salleh Gregor Samsa..pasal dah banyak sangat orang tulis. Tapi tak apa.. aku mahu juga menulis dalam keadaan laju2 sebab lepas ini aku mahu keluar berpeleseran bersama rakan2 aku di kedai makan. Tapi aku akan cuba menampilkan kelainan disini..maknanya dalam perspektif yang berbeza.

Pertama sekali aku mahu mengucapkan ‘tahniah’ kepada para pembuang bayi ni kerana berjaya membuktikan yang manusia boleh jadi lebih bangang dan kejam berbanding binatang yang tak punya akal fikiran. Maknanya mereka berjaya meletakkan diri mereka ini lebih rendah dari taraf seekor binatang hatta khinzir sekalipun. (tak baik cakap BABI..Melayu sangat sensitif dengan binatang comel ini)

Sebelum tu..apa sudah jadi dengan kempen Kami Prihatin yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datin Seri Rosmah Mansor dulu..? Berjuta2 duit dihabiskan untuk menganjurkan kempen Kami Prihatin..siap jemput artis menyanyi dan bagi komen tentang masalah buang bayi yang semakin berleluasa sekarang ini..namun masalah buang sampah bayi tetap juga berleluasa. Aku menghargai keprihatinan beliau dalam isu ini.. namun untuk apa kempen yang cuma hangat sehari dua lepas itu masalah kembali berleluasa..?

Sekarang baru nampak tahap keseriusan kerajaan bila mereka dah mula meluluskan hukuman mati untuk para pembunuh bayi yang tidak berdosa ini. Aku tak mahu bercakap pasal undang2 Islam sebab aku bukan ustaz..nak sampai taraf orang alim pun jauh sekali. Jadi lebih baik aku diamkan diri dari memperbodohkan diri sendiri bercakap tentang hukum hudud tanpa mengemukakan dalil dan hadis Nabi tentang hukuman berzina yang menjadi salah satu punca kes buang bayi yang aku sendiri kurang faham.

Cuma bila kerajaan mahu melaksanakan hukuman mati kita sebagai rakyat perlu didedahkan secara teliti tentang cara pelaksanaannya. Siapa yang akan dihukum..? Ibu mengandungkah atau bapa yang memengandungkan kah..? Apakah punca mereka buang bayi..? Kerana dirogol atau sebab2 lain kah..? Yang penting hukuman perlu dijalankan seadil2nya. Dan juga apakah populasi bangsa Melayu akan berkurangan kerana terpaksa menjalani hukuman mati akibat buang bayi..?

Sesuatu perlu dilakukan.. sebab gejala buang bayi sudah semakin berleluasa di Malaysia ni. Takut nanti tuhan turun bala kat kita..semua kena. Takut nanti bila kita tak bertindak..berita kes buang bayi akan jadi macam kes bunuh..dah tak mendatangkan apa2 kesan pun pada rakyat. Jangan sampai suatu hari nanti bila orang buka suratkhabar dan terbaca kes buang bayi dia cuma akan kata.. ‘ Ohh..buang bayi lagi ‘ sebelum beralih ke berita seterusnya tanpa sebarang reaksi seperti simpati dan sebagainya.

Pada pakcik2 dan makcik2 jangan hanya mencemuh sahaja bila baca kes buang bayi..tengok sikit anak2 kat rumah mana tahu perut dah mula membesar. Kita duk maki hamun orang tapi kat rumah sendiri ada setan.

P/s : Lain kali nak berjimak jangan lupa pakai kondom. Dah la berdosa..tambah lagi dosa sebab buang bayi. Bangang.

Aku tak sanggup pos gambar bayi yang dah berulat kena buang kat tong sampah..gambar buang ank kucing pun jadilah. Ini pun dah cukup kejam bagi aku.

Rahsia Negara

In Sejarah on August 19, 2010 at 12:13 am

PERINGATAN : Fakta ni bukan tulisan aku.. cuma ambil dan copy di laman sesawang ini LINK. Penulis menggelarkan dirinya Shah Paskal. Paskal bermaksud Pasukan Khas Laut adalah salah satu cabang di dalam organisasi Tentera laut Diraja Malaysia. 29 rahsia negara ini mungkin ada yang benar dan mungkin tidak. Kalau arwah ayahanda aku ada, boleh juga aku tanya dia kesahihan semua fakta ni sebab dia sendiri anggota TUDM.

Terpulang pada kalian nak terkejut beruk.. atau nak kaitkan benda2 ni dengan teori konspirasi Freemason. Jangan terlebih excited sudah.. nanti biasalah..ada yang akan buat fakta sendiri..haha.

29 Rahsia Negara

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4. Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai yang saya sertakan dalam blog ini pada Dec, 2008).

Itu sahaja ..kalau aku rajin aku akan huraikan balik semua fakta ni. Bukan boleh suka2 hati.. tak pasal2 nanti kena tahan di bawah akta keselamatan dalam negeri. Kena tahan tanpa bicara pulak aku nanti..kan susah. Yang aku boleh sahkan betul..ialah helikopter Nuri milik TUDM kena tembak jatuh masa zaman darurat dan ada anggota lain2 pangkat ditahan sebab jual maklumat semboyan pada kerajaan Singapura.

Yang juruterbang TUDM bersiap sedia kalau ada isu panas yang melibatkan negara luar.. yang itu.. hehehe.

Ini cuma untuk buka mata kita sahaja..

Pasukan Khas Laut TLDM

Salleh Gregor Samsa

In Isu Semasa on August 16, 2010 at 1:39 pm

Dalam masa 2 hari.. dua kali aku dah tulis blog pasal mamat ( bukan budak ) ni yang tengah kecoh pasal hina ibadah umat Islam yang berpuasa LINK. Hari ni cuba buka FB dia tapi tak dapat.. agaknya dia dah delete kot pasal order nak kutip dia dah ada kat merata2 dan dia pun dah tahu yang dia sekarang dah menjadi bahan cemuhan orang. Kalau nasib dia bertambah buruk..mungkin akan ada orang buat aduan polis pasal tulisan dia kat FB tu.

Tapi bagi aku dia tak cuak pun..kalau aku jadi dia aku akan gelak jer dengan respond orang ramai. Tindakan dia bagi aku tindakan kurang matang yang sengaja mahu mencetuskan provokasi jer. Tapi bila dah mula membangkitkan kemarahan orang ramai dan menjadi isu besar baru dia akan berubah fikiran.

Masa aku google nama ‘ SALLEH GREGOR SAMSA’ ni..banyak rupanya orang dah tulis blog pasal dia. Dan kebanyakan yang tinggal komen pun mencemuh dan memaki hamun mamat ni..siap ada yang kata nak bunuh dan sebagainya. Lebih teruk ada Melayu yang mengaitkan muzik Hardcore yang menjadi jiwa dia sebagai punca kerosakan akhlak anak muda.

Salleh Gregor ni bukan seorang yang berani..tapi seorang yang kurang bijak apabila mencemuh ibadah puasa yang menjadi ibadah umat Islam. Sama jer kurang akal dengan manusia2 yang pijak kepala lembu depan pejabat Menteri Besar Selangor, pembakaran gereja kerana isu nama Allah dan kumpulan2 HINDRAF yang emosi keterlaluan. Kalau nak kata dia bangang sebab tak percaya tuhan atau atheist.. Karl Marx dan Albert Einstein pun atheist tapi teori dan kebijaksanaan diorang mencetuskan fenomena kat dunia.

Dia ni cuma bangang apabila terlalu mengikut emosi mencerca ibadah puasa umat Islam disaat umat Islam sedang menunaikan rukun Islam ketiga ini. Mungkin dia cuma mahu kelihatan berani dan paling radikal dikalangan kawan2 dia..tapi tak memikirkan akibat perbuatan dia apabila lupa bahawa laman sosial FB dilayari oleh jutaan orang di Malaysia.

Bagi aku dia nak punya pandangan sendiri untuk tidak mempercayai tuhan itu dia punya pasal..dan kalau dia mahu menulis tentang teori ketidak wujudan tuhan pun bagi aku..aku tidak ambil peduli. Itu hak dan kebebasan dia dalam bersuara. Cuma apabila dia mencerca ibadah umat islam itu sudah menjadi masalah besar.. Sama juga apabila kita hidup dalam bumi Malaysia yang penuh dengan masyarakat berbilang agama dan kaum..saling mencerca ibadah penganut agama lain secara terang2an..bukan suatu tindakan yang boleh dikatakan bijak.

Buat yang mencerca Salleh Gregor Samsa ni dalam laman web..sila jangan salahkan muzik sebagai punca utama runtuh akhlak. Dan daripada mencaci maki hamun di bulan puasa..baik kita semua berbincang secara berhemah dalam memberi pendapat. Jangan terlalu mengandaikan neraka tempat dia.. Aku pun pernah dimaki kononnya akan masuk neraka bila mati oleh seorang lebai. Tapi syukur sempat berubah.. cuma neraka atau syurga Allah SWT yang tentukan..kita semua cuma boleh berdoa..berusaha dan bertawakal. Kena yakin bahawa Allah SWT itu maha pengampun dan maha mendengar.

Bukan hak kita nak menjatuhkan hukum neraka atau syurga pada Salleh Gregor Samsa.. dan bukan juga hak dia nak mencerca ibadah umat Islam. Nak masuk dalam guni ker..?

Tapi kita kena berterima kasih juga kat dia sebab menyedarkan kita bahawa dunia ini sudah semakin ke penghujungnya..!

P/s : Ingat lagi vokalis ACAB.. Megat yang popular dengan scenes skinhead tahun 90an dulu..? Dulu dia pun dicerca kata anti Nabi dan tuhan sebagainya.. ha..sekarang tengok gambar terkini dia.. :

Megat ACAB at Masjid Albukhary Bukit Bintang

Orang kata pakaian tak menunjukkan apa2.. Memanglah..tapi ia sedikit sebanyak memberi kita sebuah jawapan juga kan..? Teringat Faizul..seorang skinhead tegar yang hooligan..kawan lama aku dulu.. siap cakap ‘ahh..kalau tuhan ada apa pasal aku hidup susah..?’..tak lekang dengan botol arak dan sebagainya. Sekarang kalau cerita pasal perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad pun dia boleh menangis tiba2 kerana cintanya pada Nabi tersebut..!

Kat sini aku bukan kata kita patut diamkan sahaja perbuatan Salleh Gregor Samsa..tapi kita kena berhati2 dalam memberi pandangan. Jangan kita pula yang jadi tuhan.. Kalau tak dalam mengata orang..kita pun serupa juga menunjukkan kebodohan seperti dia.  Ala.. Anakin Skywalker pun boleh jadi Darth Vader la.

Kalau tuhan tak wujud sebab kita tak nampak.. maka cinta pun tak wujud sebab kita tak boleh nampak cinta..cuma boleh rasa.

Ramadhan Back In 90’s

In Memori, Peribadi on August 14, 2010 at 8:26 am

Selamat menyambut bulan ramadhan pada pembaca blog ‘A Step To The Future’..semoga bulan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan pada kita semua. Satu lagi ucapan klise dari aku setiap kali bulan puasa tiba. Disebabkan bulan ramadhan kita kena berpuasa pada siang hari..jadi aku agak keletihan tambahan pula dah mula bekerja. Jadi tak punya banyak masa untuk update tulisan didalam blog ini.

Tahun ini aku akan menyambut lebaran di Kuala Lumpur sahaja..kerana keluarga aku kedua2 belah pihak dah banyak yang menetap di KL termasuk la datuk dan nenek aku. Suatu pengalaman baru bagi aku sebenarnya..sebab dah lama aku tak beraya di KL..berbelas tahun dah kot. Lagipun kubur arwah bapa aku di KL..jadi senang la nak ziarah masa hari raya kedua.

Lagipun rumah kampung aku di kedua2 belah pihak dah jadi semak samun..tengelam dalam belukar yang semakin merimbun.

Lepas ini mungkin aku tak akan merasa lagi suasana riuh di dapur seperti tahun 90an..di mana aku masih lagi seorang pelajar sekolah rendah. Masa itu di belakang dapur rumah tok aku makcik2 aku akan sibuk sediakan bahan untuk buat rendang ataupun ketupat bila tiba bulan puasa. Yang lelaki akan sibuk di belakang rumah menyediakan kayu api dan dapur. Masa itu aku akan kacau makcik2 dan nenek aku di dapur yang tengah sibuk anyam ketupat. Zaman sekarang semua dah jadi instant..beli yang packing kemudian rebus. Tak ada lagi sibuk2 nak tebas daun pokok kelapa macam dulu.

Jadi sempena Ramadhan ni aku akan bawa semula cerita bulan puasa zaman 90 an ni ke blog aku satu lagi. (LINK)

Ucapan Berpuasa

In Peribadi on August 10, 2010 at 12:38 pm

Sempena Ramadhan yang akan menjelma ini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Puasa buat semua pembaca blog ‘ A Step to The Future ‘. Jika ada salah silap atau terkasar bahasa di dalam penulisan saya mohon maaf di atas keterlanjuran tersebut. Rasanya meminta maaf dalam bulan Ramadhan lebih bagus dari bermaafan di Hari Raya.

Selamat berpuasa juga pada rakan2 di KLIUC, KLMU dan dimana sahaja. Sahabat2 baik bekas pelajar SMK Dato Onn, KL dan SMK TAHO, Kuching. Rakan2 di Bellamy Secondary School tahun 1999 dahulu. Err itu sahaja kot..?

Tak dilupa adinda2 jemaah Desa Sri Hartamas, Bukit Kiara, KL dan adinda serta anakanda2 MrZ aka Ayahanda Zul K. Adik beradik sebaiah dan seperjuangan di seluruh negara. Semoga bulan puasa mengajar kita semua erti pengorbanan dan kepayahan serta rasa sebuah kemenangan selepas berjaya menunaikan rukun Islam ketiga ini.

Selamat menyambut ramadhan..!