alonganaz

Archive for May, 2010|Monthly archive page

Malam Di Ibukota : Kenduri Kahwin dan ‘Fireproof’.

In Peribadi on May 15, 2010 at 10:40 pm

Malam tadi aku pergi kenduri kahwin di Putrajaya atas jemputan seorang rakan sekerja arwah bapa aku di Putrajaya. Kalau siapa yang baca blog aku dari awal akan tahu aku memang bosan bila pergi kenduri kahwin, namun disebabkan aku takut terkena ‘sumpahan’ orang tak datang kenduri kahwin aku di masa akan datang, maka aku akan pergi jer kalau menerima jemputan.

Tempat kenduri kahwin tu dibuat memang cun dalam dewan di bangunan kerajaan yang aku tak ingat nama dia di Putrajaya. Disebabkan aku cepat bosan di majlis macam ni, jadi aku ikut menyanyi lagu2 klasik melayu yang dipasang oleh DJ di dewan tersebut. Kat kenduri kahwin jer aku boleh layan lagu Melayu lama, kalau layan dalam kereta pasti aku akan kemalangan kerana mengantuk ketika memandu. Dulu aku pernah pergi kenduri kahwin tapi boleh pulak majlis tu pasang lagu orang putih dari mula sampai habis. Kata perkahwinan Melayu pasanglah lagu Melayu baru kena dengan adat2 Melayu dalam majlis tu. (pasti ada yang mengatakan aku kolot..haha)

Tapi kenduri tersebut memang best sebab aku tak payah beratur nak ambik makanan ataupun menunggu manusia lembap yang cedok nasi macam siput sebab semuanya pihak katering dah hidangkan atas meja. Macam manapun tetap makanan di kenduri kahwin kekanda tunggak aku jugak paling sedap..haha. Dan yang paling best masa kenduri kahwin adalah dapat usya awek2 cun kat majlis. Kadangkala perempuan Melayu ni lebih cun bila mengenakan pakaian tradisional Melayu.

Balik dari kenduri disebabkan aku tak boleh tidur sebab masalah gangguan makhluk halus dalam badan aku belum pulih ( susah tidur malam ) maka aku layan astro channel 411 dengan harapan aku boleh mengantuk layan movie. Namun sebaliknya berlaku bila aku layan pulak movie tu dari mula sampai habis..! Tajuk cerita dia ‘ FIREPROOF ‘. Aku nak cadangkan sapa2 yang ada astro kat rumah untuk layan cerita ni. Cerita ni bertemakan ‘ romance ‘ pasal macam mana seorang suami selesaikan masalah perkahwinan dia dari perceraian dengan mengikut segala arahan dalam diari yang ditulis oleh mak dia.

Aku suka happy ending bila masuk cerita macam ni.. Huhu. Kalau nak sad ending korang bleh layan filem ‘ A Walk to Remember ‘.

Cuti Sekejap

In Peribadi on May 12, 2010 at 7:41 am

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Minta maaf la kawan2, aku kesihatan kurang baik kebelakangan ni. Bukan sebab demam atau apa, tapi kena gangguan makhluk halus. Dalam 5 tahun ni dah 3 kali aku kena gangguan jin. Walaupun tak teruk sakit tu tapi kadang2 aku rasa sial gila, hilang keyakinan dan sebagainya. Jantung jangan cakap la berdebar macam mana, pantas jer setiap masa rasa macam nak mati pun ada.

Tapi ustaz cakap tu simptom jer gangguan makhluk halus ni. Nak kata aku lemah semangat tak juga tapi kalau dah nak turun penyakit nak buat macam mana anggaplah jer ni dugaan dari Allah SWT. Sekarang ni aku tengah guna pengubatan ruqyah. Mak aku cakap dari kecik aku memang ada pendamping. Dari mana datang aku taknak cerita biar jadi sejarah keluarga jer.

Ok la doakan yang terbaik untuk aku. Dah sihat sepenuhnya aku akan kembali menulis. Salam.

Melayu Bukan Bodoh : Kalimah Jawi

In Isu Semasa, Sindiran on May 10, 2010 at 10:01 am

Tadi aku baca Utusan Online (LINK) mengenai penemuan kalimah jawi yang bertulis ‘ Masjid ‘ di batu penahan longkang di Jerantut, Pahang.  Menurut guru besar SK Jerantut Jaya, dia berharap agar penemuan tersebut memberi keinsafan pada orang ramai tentang ‘ kebesaran’ ilahi.

Haha dulu aku pernah kutuk pasal orang ramai yang ‘ insaf dengan kebesaran Allah ‘ bila melihat sejadah sedang ‘ solat ‘ (solat hanya untuk manusia yer ) ataupun berdiri dengan sendiri di surau2. Kenapa orang melayu suka sangat dengan perkara2 pelik dan tak masuk akal macam ni yer..? Siap masuk dalam suratkahabar Utusan Malaysia lagi. Banyak isu lain yang perlu kita bagi kepentingan tapi kalimah kat longkang yang boleh jadi wujud secara semulajadi juga yang dikecohkan.

Guru Besar pun bagi ‘ statement ‘ yang pandai dalam hal ni kononnya akan bagi keinsafan pada orang ramai. Apa isi kandungan dalam Al-Quran yang tersusun rapi di rak2 buku dan berhabuk kerana jarang dibuka tu tak cukup lagi ker nak beri keinsafan..? apa kejadian siang dan malam di sekeliling kita yang berlaku setiap hari tak cukup lagi ke nak menggambarkan kebesaran Allah SWT..?

Bukannya aku tak percaya kebesaran Allah SWT, tapi bila kita perbesarkan isu remeh macam ni bukankah hanya menampakkan kebodohan bangsa Melayu..? Kalimah pada daging la..nama Allah pada timun la dan bermacam2 lagi benda yang tak patut kita kecohkan terus jadi berita besar. Dulu ada klip video perempuan kena sumpah jadi ikan pari kononnya sebab dehaka pada ibu dia. Last2 rupanya itu adalah ikan pari spesis Rhinobatos hynnicephalus.

Ingatlah wahai orang Melayu sekalian, syaitan dan jin kafir itu sentiasa berusaha mahu menyesatkan manusia. Jangan tunggu perkara pelik yang jarang kita lihat baru nak bercakap tentang kekuasaan Allah SWT. Habis Al-Quran nak campak mana..? Itu adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang mana kalamnya turun dari langit. Itu pun dah jadi satu perkara yang luar biasa buat kita manusia.

Ini dah masuk tahun 2010 sepatutnya orang Melayu makin pandai bukan makin bangang. Kesan rekahan kat longkang juga yang dikecohkan, patutnya buku yang dah berhabuk tu dituntut. Orang mengaji guna kitab, tapi ada Melayu mengaji guna ayat longkang. Haha.

Papan Tanda Di Malaysia

In Sindiran on May 6, 2010 at 10:27 am

Aku tak faham kenapa isu papan tanda yang ada tulisan jawi ni jadi isu besar bagi Theresa Kok dari DAP. Katanya tidak perlukan tulisan jawi kerana bukan semua orang memahaminya. Untuk Theresa Kok yang ‘ bijak pandai ‘ ni sebelum tulisan rumi yang diperkenalkan British ni digunakan, orang2 Melayu menggunakan tulisan jawi dalam penulisan seharian.

Kerana British berjaya menghapuskan tulisan Jawi secara senyap melalui agen2 tempatannya maka orang Melayu telah menggunakan tulisan rumi. Begitu juga di Indonesia atas alasan kerana kehidupan pelbagai kaum. Maka tulisan Jawi pernah menjadi tulisan rasmi bangsa Melayu di Malaysia ni atau dulu dikenali dengan nama, TANAH MELAYU.

Oleh itu hormatilah hak2 orang Melayu dari segi sejarah. Theresa Kok mencadangkan penggunaan papan tanda di Malaysia dibuat dalam tiga bahasa iaitu tulisan rumi yang kononnya tulisan Melayu, tulisan Cina dan tulisan Tamil. Barulah muhibah dengan penggunaan tiga bahasa tersebut katanya. Nampaknya kalau cadangan Theresa ni diluluskan Malaysia adalah satu2nya negara yang mempunyai tiga bahasa pada papan tanda jalannya.

Jangan lupa Malaysia bukan setakat hanya ada tiga kaum sahaja, tetapi banyak lagi. Itu belum termasuk lagi kaum Negro, Myanmar, Nepal, Vietnam, Bangla, Hendon yang semakin ramai di Malaysia ni. Sendiri mau ingatlah..

Apa yang kau tuding2 tu BA*I..??

Baru la 1Malaysia..

Simbol ‘ Perpaduan ‘

Nasib baik rakyat Kelantan pun tak mintak bukan2..haha