alonganaz

Archive for October, 2009|Monthly archive page

Kerja Makan Gaji

In Isu Semasa on October 29, 2009 at 6:58 am

Pengalaman bekerja makan gaji cukup meletihkan bagi aku walaupun dapat juga menimba pengalaman sikit2.Kepada rakan aku yang masih belajar di kolej tak kira la dalam diploma atau ijazah..korang belajar elok2 teori tu nanti sedikit sebanyak akan membantu dalam suasana sebenar yang lebih praktikal.

Cuma benar kata orang..bila bekerja makan gaji tak banyak perubahan positif yang dapat kita lakukan dalam hidup kita.Bukan mahu menghina mereka yang makan gaji..tapi ini realiti kerana dunia makan gaji ni membataskan daya kreativiti kita..dan tak banyak yang boleh kita lakukan untuk maju melainkan mengharap penilaian prestasi kerja dari bos yang macam2 kerenah.

Sekarang ni aku cuba nak berubah..dua tiga bulan ni aku dah ‘survey’ jenis perniagaan yang akan menguntungkan.Lagipun aku minat berniaga..untuk apa aku belajar pasal pentadbiran perniagaan kalau aku ‘stuck’ dalam dunia yang membataskan pergerakan aku.Dan hasilnya ada dua sahaja bentuk perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi iaitu bisnes dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Kenapa..? Dalam ekonomi gawat pun orang sentiasa mahu mendapatkan ilmu..dan ibubapa pun sentiasa mahukan pendidikan yang terbaik buat anak mereka.Sebab itu pusat tuisyen sentiasa penuh kan..? Begitu juga dengan bisnes kesihatan..orang sentiasa mencari suplemen kesihatan terbaik demi meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia hari ini yang persekitarannya sangat tak sihat ni.

Jadi langkah aku seterusnya..? Ha adalah..malas nak kecoh sana sini kalau belum ada nampak tanda kejayaan.Yang paling penting sebelum nak pergi jauh..diri kita sendiri kena berubah.Mana2 yang buruk kita cuba elokkan..dan diri aku sendiri perlukan banyak perubahan untuk kearah yang positif.

DAN..aku cuma beri masa TIGA BULAN sahaja pada diri aku sendiri untuk keluar dari kehidupan sekarang yang terkongkong dari segi masa dan kewangan.Aku mahu bebas dari segala masalah duit dan masa..kalau tak jadi jutawan pun syukur kalau rezeki makan pakai cukup tanpa pening kepala.Malulah..umur aku dah 22tahun kalau masih nak meminta2 dengan kedua ibu bapa aku.Kalau nak berniaga kat pasar malam pun aku tak ada hal..

Kalau aku berjaya syukurlah..kalau aku gagal..itu pengalaman untuk bangkit dari kesilapan.

Pandangan negatif orang lain..? Memang penyakit bangsa Melayu.. 😉

Pejabat

Malik Noor

In Kehidupan on October 29, 2009 at 5:47 am

Malik Noor

Percaya atau tidak semalam aku jumpa pelakon era 80-an yang juga jaguh bina badan..Malik Noor (gambar) di Taman Shamelin Perkasa..Cheras atas urusan mesyuarat bisnes yang aku tengah sertai sekarang.Tak adalah aku ingat sangat dia..sebab waktu populariti dia tengah memuncak..aku masih menggunakan botol susu lagi.

Mulanya aku ingat dia serius sahaja..tapi semasa membuat pembentangan (presentation) tentang produk syarikat..dia sebenarnya seorang yang kelakar.Ada seorang budak kecil..iaitu anak kepada salah seorang ahli syarikat tersebut mengajuk2 dan meniru setiap patah perkataan Malik Noor sehingga dia akhirnya berkata ‘Ehh budak kecik ni aku katuk nanti jadi lagi pendek baru tau’.Lepas tu semua yang hadir tertawa.

Ohh lupa..dia sekarang dah bergelar Dato’ tapi masih merendah diri dan tampil ringkas dihadapan semua orang.Dan cara pemikiran dia membuat aku rasa hormat pada dia terutama apabila dia menegaskan bahawa orang Melayu mesti keluar dari sikap dan pemikiran negatif yang ada sekarang untuk terus maju.Memang dia seorang yang kelakar..sampai aku ketawa gila2..Lepas tu dia perasan aku terlebih dia cakap ‘kau suka sangat kenapa..? aku ajak kau bergasak baru tau’.Hahaha..

Aku tak rasa teruja sangat dapat tengok dia..yang aku rasa teruja ialah dapat belajar cara pemikiran dia..

Bisnes Baru Tapi Pelik

In Isu Semasa on October 28, 2009 at 2:32 am

Baru-baru ni aku dapat panggilan daripada kawan lama lagi yang mengajak aku sertai satu bisnes baru.Aku paling pantang kalau ada kawan hubungi aku semata2 nak ajak sertai bisnes MLM daripada bertanya khabar.Lebih baik tak perlu cari aku kalau ada agenda tersembunyi.

Bukannya aku anti MLM pun sebab aku pun sekarang tengah berjinak ngan bisnes jenis ‘networking’ dan masih belajar walaupun dulu aku punya pandangan yang menjengkelkan tentang bisnes sebegini yang perlu kesana kemari mencari orang.Zaman sekarang dah maju..kita boleh akses dan berkomunikasi dengan orang ramai hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.

Berkenaan kawan aku tadi..aku harap tak ada lagi kawan macam ni mencari aku semata2 nak ajak join bisnes.Dah tu bercakap sesuatu yang tak masuk akal seperti ‘Naz kau join la bisnes aku..ni bukan macam MLM..bisnes ni tak perlu cari orang’.Apa yang peliknya..? Aku ni bukan orang ker..? Ko kata tadi tak perlu cari orang..? Haha.Dalam dunia ni mana ada bisnes yang tak perlu cari orang.

Nama pun bisnes..bisnes kan sesuatu yang memerlukan kita saling berinteraksi dan bergantungan sesama manusia.Jadi janganlah ungkapkan sesuatu yang tak masuk akal dan menunjukkan kecetekan akal kita.Dan aku paling tak suka jika ada orang yang menaburkan janji manis seperti ‘kau join bisnes ni sekejap jer dah boleh jadi kaya’.Inilah penyakit orang Melayu..suka percaya pada benda2 yang kurang masuk dek akal dan janji manis daripada memikirkan usaha yang perlu dilakukan untuk maju ke depan.

MLM pun salah satu cara berniaga…jadi janganlah kita pandang rendah atau mencebik muka dengan orang yang terlibat dalam industri ni.Sekurangnya mereka berusaha untuk mengubah kehidupan mereka kepada sesuatu yang lebih baik.

Yang kita patut pandang rendah adalah orang yang tak ada insiatif langsung untuk mengubah kehidupan dia..dan hanya bergantung pada nasib dan takdir semata2.Kita belajar dari kesilapan kan..ni juga pesanan untuk aku sendiri.

Multi Level System

Penderaan Pembantu Rumah Indonesia

In Indonesia, Isu Semasa on October 26, 2009 at 8:56 am

Hari ini seorang pembantu rumah dari Indonesia..Munti Hani yang berusia 36 tahun meninggal selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selepas disyaki didera oleh majikannya.Perkara sebegini muncul lagi saat ketegangan di antara Malaysia dan Indonesia belum reda sepenuhnya.

Kepada majikannya yang lebih layak dipanggil binatang..semoga hukuman di dunia dan diakhirat akan menanti kamu yang tidak punya hati dan perasaan.Apa tidak punya perasaan kasihan atau simpatikah dia saat dia memperlakukan pembantu rumahnya dengan cara yang sangat kejam seperti itu..?

Apa dia tiada perasaankah atau tidakkah dia terfikir akibat yang terpaksa ditanggung akibat perbuatannya..? Bukan sahaja pada dia..malahan imej pemerintah dan seluruh rakyat Malaysia akan tercalar apa lagi perbuatan itu dilakukan oleh rakyat sebuah negara yang dianggap serumpun.Dan seperti biasa..perbuatan ini pasti tidak dilakukan oleh majikan yang berbangsa Melayu..!

Bajingan.. (LINK)

Daulat Tuanku..!

In Isu Semasa on October 26, 2009 at 8:21 am

Tunku Mukhriz1

Pada 25 Oktober 2009 Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir..keturunan Raja Alam Pagaruyung di Sumatera Barat telah selamat ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Besar (sultan/raja) Negeri Sembilan yang baru menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat pada Disember 2008.Tuanku Mukhriz adalah graduan undang2 di University Of Wales..United Kingdom.

Sebagai seorang yang mempunyai salasilah keluarga di Negeri Sembilan..aku ucapkan selamat dan syukur pada Tuanku Mukhriz diatas perlantikannya itu.Semoga Tuanku Mukhriz akan menjadi seorang raja yang adil dan berdaulat dalam memimpin rakyatnya terutama rakyat Negeri Sembilan yang majoritinya berdarah Minangkabau.

Rakyat sudah semakin bijak dalam menilai segala baik dan buruk pemerintah mereka.Dan janganlah dikhianati kepercayaan rakyat..semoga Tuanku Mukhriz diredhai Allah SWT dalam pemerintahan.

Istiadat perlantikan Tuanku telah dilakukan mengikut adat istiadat Negeri Sembilan atau adat Pepatih yang diwarisi dari suku Minangkabau di Sumatera Barat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti oleh Undang Luak Sungai Ujong sebagai Imam Undang Yang Empat.

Daulat Tuanku..!

Istana Lama Seri Menanti..Negeri Sembilan..Malaysia.

Istana Seri Menanti.

Beyonce Punca Runtuh Akhlak..?

In Isu Semasa on October 26, 2009 at 5:01 am

Kalau nak ikutkan aku ni bukannya peminat Beyonce yang tak jadi datang Malaysia tu pun..cuma aku nak tertawa dengan protes Pak2 Lebai yang bersungguh2 menghalang konsert tu diadakan sebab dikatakan punca keruntuhan akhlak muda mudi di Malaysia.

Kenapa la sempit sangat pemikiran mereka ni..? Disebabkan sikap kekampungan ni la yang menjadi salah satu punca orang Melayu susah nak kehadapan dalam segala bidang.Bagi aku protes ni tak lebih dari sekadar mahu menarik perhatian orang ramai dengan isu politik yang sempit terutamanya dari pihak pembangkang.Setakat konsert Beyonce tu takkan menyebabkan punca keruntuhan akhlak punya.

Lagipun dia dah berjanji nak menjaga etika pakaian dia disini.Lebih teruk lagi penyanyi kita tu yang buka baju dengan lambang ‘S’ kat dada..ataupun penyanyi dari Indonesia yang suka menunjukkan aksi menjengkelkan di Malaysia.

Kalau tak boleh nak ke konsert pun..masih ada banyak ruang lain yang membolehkan muzik video dari barat ditonton.Bila terlalu dikongkong..maka sikap akan memberontak akan semakin menebal.Aku bukan nak menggalakkan maksiat..aku pun tak suka dengan keruntuhan moral akhlak remaja Melayu sekarang ni.Banyak cara lain lagi kalau betul kita nak mengatasi keruntuhan akhlak ni daripada terpekik terlolong berdemonstrasi..

Habis bagaimana dengan remaja di kampung2 yang kadangkala lebih teruk kes keruntuhan akhlak mereka berbanding di bandar..? sedangkan keadaan sekeliling mereka lebih kurang terdedah pada aktiviti sosial berbanding remaja di bandar..?

Lihat sahaja remaja dari negara Arab disini..kadangkala sikap mereka lebih teruk dari kita sedangkan negara mereka lebih kuat mengamalkan perundangan Islam.Berfikirlah secara matang..tapi bila kita berfikir secara matang bukan bermakna kita kena bersikap macam makcik2..tetapi matang bermakna tahu membezakan mana baik dan buruk.

Perkara sebegini akan menimbulkan persepsi negatif sahaja pada negara kita dimata orang luar.Hidup di Malaysia ni terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama..jadi peka la pada sensitiviti masing2.Pelik aku..kadang2 orang berkopiah ni lebih teruk mencaci maki orang lain.Tak perlu mencari publisiti murahan dengan isu politik yang sempit.. nanti orang meluat.

Tetapi satu sahaja..jangan menuduh agama mengongkong kehidupan apabila kecewa konsert Beyonce dibatalkan..berhati2 dalam berbicara nanti menimbulkan kata2 yang fasik.Kalau ada salah silap aku minta maaf.

Baca tulisan Siti Jarum..wartawan hiburan di Utusan Malaysia..agak bagus. (LINK)

beyonce-picture-1

Animasi Malaysia

In Isu Semasa on October 26, 2009 at 4:24 am

Solat Laju 2 Minit

In Islam on October 24, 2009 at 12:57 pm

Bukanlah niat aku untuk menunjuk pandai jauh sekali untuk berlagak alim sebab aku pun bukan baik sangat.Macam anak muda lain..aku pun nakal dan suka berfoya2 juga.Tapi apa salahnya aku nak tegur terutamanya rakan segenerasi dan juga rakan di kolej tentang cara solat mereka yang kadangkala sangat menjengkelkan.

Salah satunya ramai rakan aku yang suka sembahyang laju ibarat manusia yang kelam kabut dan gelojoh.Ada 2-3 rakan aku dulu yang aku perhatikan bila solat..laju sangat.Bila dia sujud atau rukuk..aku cuba mengikut dalam hati bacaan ketika itu tapi belum sempat habis..dia dah bangun dan selesai.Kenapa anggap remeh rukun solat..?

Tahukah dalam solat terdapat satu rukun yang dipanggil tomakninah..? Tomakninah bermaksud berhenti sebentar ketika habis ayat dalam solat.Dan tomakninah terdapat pada tiga tempat iaitu rukuk..sujud dan duduk diantara dua sujud.Jika salah satu rukun diabaikan..maka solat tidak sah.Begitu juga sikap rakan aku yang baca surah dalam keadaan yang sangat laju dengan kelajuan melampau.

Ingat bila baca surah..wajib kita berhati2 pada tajwidnya..atau jumlah harakatnya.Yang panjang tidak boleh dipendekkan dan begitu juga sebaliknya.Tertanya juga dalam hati aku..? ikhlaskah ibadah mereka ini..? Ikhlaskah mengadap tuhan dalam keadaaan yang kelam kabut..? Atau sekadar mematuhi arahan orang tua sahaja.

Apa perasaan kita jika orang berkata pada kita dalam keadaan yang laju dan gelojoh..? tentu kita marah.Adab mengadap raja atau pembesar  ialah bertutur dengan tertib dan bersopan supaya tidak dikata kurang ajar.Inikan pula dengan Allah SWT yang memerintah segala yang ada dilangit dan bumi.

Ibarat..lebih baik tidak payah bersedekah pada fakir miskin kalau hati tidak ikhlas dan sekadar menunjuk2.Begitu juga ibaratnya dengan Allah SWT..

roket

Pandangan Ulamak Tentang Sejadah Berdiri

In Islam on October 24, 2009 at 12:02 pm

Dibawah adalah pandangan dua ulamak Islam terkenal iaitu Datuk Hassan Din Al-Hafiz dan Ustaz Zawawi Yusoh tentang kejadian sejadah berdiri yang kerap berlaku akhir2 ini hingga menimbulkan kegemparan.Wawancara aku ambil dari majalah al-Islam edisi November.

Abu Hassan Din Al-Hafiz

Sekiranya kejadian ini benar maka sudah pasti ada yang menggerakkannya ibarat pokok yang bergerak ditiup angin.Walhak kita tahu pokok tidak mampu bergerak.Kejadian ini dilakukan oleh makhluk halus yang bertujuan mengganggu manusia dan memperlihatkan kemampuannya.

Ustaz Zawawi Yusoh : Ia adalah fiksyen dan rekaan daripada manusia yang mahu menimbulkan perkara pelik bagi mendapatkan perhatian dan tumpuan orang ramai tambahan dalam keadaan masyarakat hari ini yang terlalu tertarik pada perkara pelik dan khurafat.

Ulasan aku : Lihat tu..ulamak dah pesan.Jadi janganlah kita melakukan sesuatu yang membolehkan umat Islam ditertawakan kerana mahu menarik perhatian dengan perkara yang tidak masuk akal.Kejadian sejadah berdiri di negara arab ya ng disebarkan melalui laman web youtube juga sudah dibuktikan angkara jin dan manusia jahat.

Jadi hentikanlah menulis atau tertarik perhatian pada perkara seperti ini yang membuatkan bangsa kita bangsa Melayu terus hidup dengan pemikiran kolot.Allah SWT melantik kita sebagai khalifah di muka bumi kerana sifat kita yang sempurna.Telah tertulis ‘manusia adalah sebaik kejadian makhluk ciptaan Allah SWT’.Salah satunya kerana kita dikurniakan akal..walaupun terhad dan terbatas..akal itu masih boleh digunakan untuk perkara yang sangat jauh seperti membezakan yang mana baik dan buruk.

Fikirkan..

Lelaki Melayu Tak Ada Kelas..?

In Kehidupan on October 24, 2009 at 3:01 am

Pagi tadi aku baca blog Mazidul Akmal Sidek (LINK) mengenai tanggapan sesetengah perempuan Melayu yang berpasangan dengan bangsa asing kerana berpandangan lelaki Melayu ni hampeh dan tidak ada kelas.Aku baca dengan penuh perasaan rasional dan langsung tak ada rasa marah sebaliknya dengan senyuman terukir.

Bercerita mengenai berpasangan dengan lelaki asing ni..teringat beberapa pasangan wanita Melayu dengan bangsa asing di kolej dahulu.Rakan aku pun ada 3-4 orang yang bercinta dengan jejaka afrika dan pak Arab.Bila aku tanya kenapa katanya lelaki Melayu ni tak guna..tak jujur..tak romantik..cakap tak serupa bikin..$#^7@!%*?; dan sebagainya.Kalau bercakap indah berbunga tapi hampeh.

Berbanding dengan lelaki asing..mereka lebih ‘gentlemen’..bersopan santun dan pandai mengambil hati.Lebih penting juga mereka mempunyai ‘senjata’ yang lebih besar.Lelaki Melayu cuma pakai pistol magnum semi-auto tapi bangsa asing guna Machine Gun atau Bazooka.Lihat sahaja makanan mereka..nasi sebaldi dengan kambing sekor kalau tak ada memang tak sah.Lelaki Melayu cuma makan kicap dengan telur masin jer.

Tapi bila aku kaji sebenarnya mereka ni..iaitu gadis Melayu yang berpacaran dengan bangsa asing ni mempunyai sejarah yang buruk dengan bangsa sendiri.Lebih teruk mereka ni sebenarnya tak laku..tu yang bercinta dengan pelajar asing tu.Pak Arab ngan Afrika ni memang pandai berkata2..sebab aku ramai kawan dengan diorang..dan kebanyakan dari diorang menganggap gadis tempatan ni sebagai ‘lampin pakai buang’ jer.

Tapi lelaki Melayu janganlah marah dengan komen diorang ni..sebaliknya berfikir secara rasional dan meneliti kekurangan sendiri.Hidup kena sentiasa menerima pendapat dan kritikan baru kita boleh jadi bangsa yang semakin maju.

African KasanovaHey Malay girls..u wanna make some love with me..? And I’ll treat you well..better than those Malay guys.