alonganaz

Evolusi Kedai Mamak

In Isu Semasa, Kehidupan, Memori on June 6, 2011 at 5:18 am

Masa aku kecil2 dulu, iaitu sekitar tahun 1995 keatas, arwah bapa aku selalu bawa kami sekeluarga ke kedai mamak yang terletak di Salak Selatan, iaitu sebuah pekan kecil dan terpinggir di Kuala Lumpur. Kedai mamak tu tak ada yang menarik, cuma sebuah gerai tepi jalan yang serba kekurangan, dengan hanya menggunakan meja besi dan kerusi plastik. Tapi di situ la tempat manusia dari pelbagai tingkat kelas kehidupan menghilangkan lapar dan dahaga.

Keadaan di kedai mamak tu bising dengan suara2 pekerja kedai mamak tu mengambil pesanan dan juga suara2 dari pelanggan meminta pesanan. Pelbagai kaum suka dengan kedai tu yang serba ringkas. Ada yang datang dengan keluarga, kawan dan pasangan kekasih. Walaupun keadaan gerai tu serba kurang, tapi menarik perhatian kerana harganya yang murah, berpatutan selain makannya yang sedap.

Ingat lagi boleh dikatakan dalam seminggu mesti akan ada sehari dua arwah bapa aku akan bawa makan di kedai tu. Cuma tahun 1996 sahaja aku tak pergi kedai tu sebab tahun tu arwah bapa aku melanjutkan pelajaran di Australia. Mungkin kerana disebabkan suasana yang ringkas, orang ramai memilih tempat tu.

Tapi itu dulu, berbelas tahun yang dulu semasa aku kecil dan berhingus, semasa era belum ada talian internet tanpa wayar ataupun skrin layar besar untuk menonton bola sepak secara siaran langsung.

Kenapa tiba2 aku bangkitkan nostalgia lama tu..?

Baru2 ni aku pergi makan di sebuah kedai mamak di Desa Sri Hartamas untuk menonton perlawanan antara dua pasukan bolasepak gergasi dunia, Barcelona dan Manchester United. Hanya segelas Teh O ais aku dikenakan caj sebanyak RM2.20.. Pernah aku bertanya pada seorang pekerja disebuah kedai mamak di Subang kenapa harga makan mahal sangat, dia jawab sebab ada wireless. 

Ada ke patut macam tu..? Dulu kedai mamak adalah sebuah tempat untuk semua orang tapi sekarang kebanyakan kedai mamak dah berevolusi menjadi sebuah tempat yang setaraf dengan Starbucks dan Secret Recipe. Kedai mamak bukan lagi pilihan untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah. Aku sebenarnya tak kisah pun pasal duit, cuma teringat kenangan masa dulu berkenaan kedai mamak ni.

Cuma kadang2 rasa tak berbaloi untuk bayar harga yang mahal sehingga kadangkala harga caj makanan yang dikenakan sangat tidak munasabah. Pernah juga aku terfikir, kebanyakan dari kita hari ni yang sebenarnya menjadikan kedai mamak destinasi untuk menghilangkan lapar dan dahaga, telah ditipu hidup2 untuk membayar harga yang sangat tinggi dengan alasan yang merapu.

Bahang Malam Dan Tsunami Di Jepun

In Isu Semasa on March 28, 2011 at 7:14 pm

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan sibuk dengan tugas sebagai tenaga pengajar di salah sebuah institut swasta di ibu negara dan dalam masa yang sama perlu berhempas pulas menghabiskan pelajaran aku di peringkat ijazah. Disebabkan tidak boleh tidur kerana bahang yang ‘lain macam’.. maka aku pun cuba melakukan sesuatu seperti menulis di dalam blog ni.

Petang tadi semasa aku minum di salah sebuah hotel di Bukit intang di Kuala Lumpur, aku terdengar perbualan dua lelaki Melayu yang agak berusia mengatakan mungkin Malaysia akan terkana tempias akibat radiasi. Aku tak mahu cerita pasal radiasi yang disebabkan oleh kebocoran reaktor nuklear di Jepun sebab bukan bidang aku. Masa ni pun, kecoh lagi tentang tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun.

Aku agak tidak bersetuju bila orang meletakkan seratus peratus apa yang berlaku adalah kerana balasan Allah SWT ke atas dosa2 rakyat Jepun. Seolah-olah kita meluahkan sesuatu tanpa berfikir dahulu dari segi logik. Kalau balasan Allah SWT hanya ditunjukkan melalui gempa bumi dan tsunami, aku rasa Malaysia pun takkan lepas sebab kat sini pun apa kurangnya.

Setiap yang terjadi adalah atas kehendak, keizinan dan ketentuan Allah SWT.

Jadi apa yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT dari peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini..? Tidak akan Allah izinkan sesuatu itu berlaku melainkan terdapat sesuatu hikmah dan maksud disebaliknya. Maka diciptakan akal kepada manusia sama ada untuk dibiarkan..atau digunakan untuk berfikir tentang sesuatu perkara.

Kenapa Jepun..? Kalau dari segi sudut sainsnya Jepun sama dengan Indonesia. Kedudukan geografinya terletak di kawasan yang aktif berlaku pergerakan platlet bumi atau terletak di kawasan lingkaran api pasifik. Bagaimana dengan amaran atau maksud tersirat yang cuba ditunjukkan yang Maha Kuasa..?

Sama-sama lah kita berfikir dan menghuraikan kesimpulannya dengan pemahaman masing-masing. Jepun suatu negara besar yang menjadi contoh bagi negara2 asia yang lain seperti mana Amerika menjadi contoh bagi negara-negara barat. Maka sebab itulah Tun dr Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke timur, iaitu Jepun yang mana diketahui dari sudut sejarahnya pernah menganut agama Shinto yang MENYEMBAH MATAHARI ini.

Selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, Jepun bangkit kembali dengan sangat pesat dan laju berbanding negara-negara lain. Dan hari ini Jepun menjadi contoh dari sudut ekonomi dan kemajuan teknologinya. Malah cara bekerja rakyat Jepun yang seperti ‘ robot ‘ juga menjadi contoh cara bekerja yang bagus.

Rakyat Jepun kini kebanyakannya Atheist, jadi mereka tidak bergantung atau berharap pertolongan dari tuhan. Mereka percaya sesuatu atau setiap yang berlaku boleh dielakkan dengan kebijaksanaan manusia sendiri. maka mereka bertungkus lumus mencipta teknologi yang dapat meminimumkan kesan bencana alam. Namun siapa yang dapat melawan takdir Allah SWT..? Mereka juga percaya kebolehan manusia dapat melindungi dunia dan mereka juga menyerapkan bahawa manusia sendiri dapat melindungi dunia tanpa bantuan dari pencipta. Maka mereka cuba menyerapkan kefahaman ini salah satunya melalui komik2 ciptaan mereka.

Maka banyak digambarkan penyelamat dari kalangan manusia yang berkuasa ajaib seperti Ultraman dan Son Goku (Dragon Ball) yang tiba menyelamatkan manusia biasa bila harapan kelihatan sudah tiada. Meski kelihatan remeh namun impaknya tidak kurang besar pada cara pemikiran manusia.

Tapi aku rasa isu tsunami di jepun ni takkan berpanjangan. Orang-orang cuma akan berbicara tentang hal ni ketika tengah panas tapi apabila timbul isu lain, hal ini akan dilupakan. Jadi iktibar dan akibatnya terus dilupakan tanpa kita mahu berfikir apa2 seperti kesannya pada jangka masa panjang. Manusia akan terus hidup seperti biasa kerana melayan kesibukan dunia. Untuk apa kita membebankan kepala kita dengan isu2 yang membebankan seperti ini..? Asal tidak berlaku di negara kita sudahlah..!

Ingatlah..tidak Allah jadikan sesuatu peristiwa itu melainkan ada iktibar disebaliknya.. Yang tersirat dan juga tersurat. Nak mintak tolong siapa kalau berlaku bencana..? Manusia2 berkuasa luarbiasa.? setahu aku dalam kehidupan sebenar..manusia yang berkuasa luar biasa dan ghaib kalau bukan kelebihan dari Allah ialah ahli2 sihir, tukang2 nujum, bomoh2 dan yang paling bahaya di akhir zaman ini ialah, DAJJAL. Ingatlah DAJJAL akan menjadi penyelamat bagi golongan manusia yang berpaling dari Allah SWT.

2011 Menjelma

In Peribadi on January 28, 2011 at 7:04 pm

Salam buat semua. Baru aku perasan aku dah lama tak update blog ni.. nak dekat 4 bulan dah blog ni dibiarkan bersawang tanpa ada sebarang cerita dan isu baru yang aku cuba bangkitkan. Tiba-tiba ada seorang rakan kata suruh aku update blog ni. Blog ni blog rojak..ada macam2 benda yang aku rasa suka hati aku la nak tulis apa pun..tak spesifik.

Tak apa lah..untuk hari2 yang mendatang di tahun 2011 ni aku cuba mencuri masa menulis dalam blog yang konon2 best ni..hehe. Hidup kena ada hitam putih..dalam tawa kita serius..dalam serius kita kena ada tawa..barulah namanya asam garam dalam hidup.

Kenapa aku tak ada masa menulis..? sebabnya aku sudah ada kerja tetap dan dalam masa yang sama aku belajar pula hujung minggu. Bila malam aku sibuk dengan benda lain..kalau tak bersilat aku sibuk dengan ayahanda dan adinda didalam majlis aku. Nak berhibur cuma di hujung minggu. Aku taknak tulis hal peribadi dalam blog ni..dalam blog ni aku cuma nak kongsi ilmu yang kita semua ada. Aku bukan cikgu nak bagi ilmu kat orang..kalau murid yang tengah menuntut tu barulah aku.

Kata guru aku.. ” Cari guru..Lepas tu kenali guru..walaupun berguru, kenal dulu guru..kerana ada yang bukannya guru..tapi mahu ‘membuang’ “…

Lepas tu ada banyak sikit masalah peribadi. Biasalah hidup di atas muka bumi ni manusia yang busuk hati lebih ramai dari yang baik hati. Sepatutnya bangsa Melayu adalah bangsa yang berbudi bahasa tapi ramai yang dah tak ada budi bahasa..dengki dan iri hati. Tak tahu nak menyesuaikan diri dengan suasana.. Kita Islam yang berbangsa Melayu.. Apa2pun agama letak didepan baru bangsa di belakang. Kita mengucap sama saja dua kalimah syahadah kenapa mahu iri hati dan fitnah memfitnah..? Biarlah lain-lain jalan..kita menuju yang satu iaitu keredhaan Allah SWT sama2 kan bagus..buat apa nak aniaya orang kan..?

Kita kena ada cita-cita akhir zaman nanti aku nak berjuang bawah panji-panji hitam dari ufuk timur. Kalau aku tak bersama dengan 313 orang pengikut Imam Mahdi pun, sekurang2nya aku pernah berjuang untuk membangunkan kesatuan ummah. Kalau dah bersedia nak mengalir darah..kena berani buat perjanjian berdarah dahulu macam zaman Saidina Ali dan perjanjian Baiahtul Aqabah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dulu. Takut berjanji pandai, tapi bila nak suruh derma sepuluh sen untuk para mujahid kita pun kita kedekut nak buat macam mana..?

Dah la..itu sahaja untuk hari ni. Aku dah standby cerita nanti..siapa rajin follow la blog ni..

Salam Sejahtera.. :)

” Mengambil kesempatan itu, kami pun terus lari ke hutan di mana bendera merah pasukan gerila, yang merupakan isyarat kami, sedang berkibar-kibar. ” – Almarhum Ayahanda Rashid Maidin –

Bersama adinda2 yang banyak susah senang ngan aku.. :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.