alonganaz

Evolusi Kedai Mamak

In Isu Semasa, Kehidupan, Memori on June 6, 2011 at 5:18 am

Masa aku kecil2 dulu, iaitu sekitar tahun 1995 keatas, arwah bapa aku selalu bawa kami sekeluarga ke kedai mamak yang terletak di Salak Selatan, iaitu sebuah pekan kecil dan terpinggir di Kuala Lumpur. Kedai mamak tu tak ada yang menarik, cuma sebuah gerai tepi jalan yang serba kekurangan, dengan hanya menggunakan meja besi dan kerusi plastik. Tapi di situ la tempat manusia dari pelbagai tingkat kelas kehidupan menghilangkan lapar dan dahaga.

Keadaan di kedai mamak tu bising dengan suara2 pekerja kedai mamak tu mengambil pesanan dan juga suara2 dari pelanggan meminta pesanan. Pelbagai kaum suka dengan kedai tu yang serba ringkas. Ada yang datang dengan keluarga, kawan dan pasangan kekasih. Walaupun keadaan gerai tu serba kurang, tapi menarik perhatian kerana harganya yang murah, berpatutan selain makannya yang sedap.

Ingat lagi boleh dikatakan dalam seminggu mesti akan ada sehari dua arwah bapa aku akan bawa makan di kedai tu. Cuma tahun 1996 sahaja aku tak pergi kedai tu sebab tahun tu arwah bapa aku melanjutkan pelajaran di Australia. Mungkin kerana disebabkan suasana yang ringkas, orang ramai memilih tempat tu.

Tapi itu dulu, berbelas tahun yang dulu semasa aku kecil dan berhingus, semasa era belum ada talian internet tanpa wayar ataupun skrin layar besar untuk menonton bola sepak secara siaran langsung.

Kenapa tiba2 aku bangkitkan nostalgia lama tu..?

Baru2 ni aku pergi makan di sebuah kedai mamak di Desa Sri Hartamas untuk menonton perlawanan antara dua pasukan bolasepak gergasi dunia, Barcelona dan Manchester United. Hanya segelas Teh O ais aku dikenakan caj sebanyak RM2.20.. Pernah aku bertanya pada seorang pekerja disebuah kedai mamak di Subang kenapa harga makan mahal sangat, dia jawab sebab ada wireless. 

Ada ke patut macam tu..? Dulu kedai mamak adalah sebuah tempat untuk semua orang tapi sekarang kebanyakan kedai mamak dah berevolusi menjadi sebuah tempat yang setaraf dengan Starbucks dan Secret Recipe. Kedai mamak bukan lagi pilihan untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah. Aku sebenarnya tak kisah pun pasal duit, cuma teringat kenangan masa dulu berkenaan kedai mamak ni.

Cuma kadang2 rasa tak berbaloi untuk bayar harga yang mahal sehingga kadangkala harga caj makanan yang dikenakan sangat tidak munasabah. Pernah juga aku terfikir, kebanyakan dari kita hari ni yang sebenarnya menjadikan kedai mamak destinasi untuk menghilangkan lapar dan dahaga, telah ditipu hidup2 untuk membayar harga yang sangat tinggi dengan alasan yang merapu.

  1. wa suke la tulisan lu bro… hehe

    salam perkenalan bro…

  2. sama-sama lah kita beralih ke restouran mak cik bedah atau mak munah mulai sekarang…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: