alonganaz

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Bani Jawi

In Uncategorized on July 24, 2012 at 8:25 pm

Salam dah lama aku tak update blog ni.. kali ni aku nak siarkan komen dari seorang komentar yang menggelarkan diri dia ‘KAWAN’. Untuk renungan bersama :

Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata “Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka.”

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka “Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran “Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul.”

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim “Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini.”

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.

Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.

Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.

Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memertabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan memuliakan Bani Jawi.

Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimertabatkan dengan agama ini seperti firman Allah.

Sekian.. Kredit to KAWAN (mez_saso@yahoo.com)

Misteri Ustaz Tajuddin

In Uncategorized on April 27, 2010 at 4:49 pm

Pernah tak korang semua dengar tentang bekas Paderi Besar Sabah, iaitu Reverend Thomas Laiden atau namanya selepas memeluk Islam iaitu Tajuddin Othman Abdullah. Dulu aku pernah dengar juga kisah dia ni, kononnya dia adalah Paderi Besar Sabah yang mana dia punya kuasa untuk mengampunkan dosa orang2 Kristian sehingga ke peringkat antarabangsa.

Malah dia dikatakan menyimpan naskhah asal kitab Injil yang diambilnya secara rahsia dari simpanan Vatican City. Dikatakan bahawa dalam Injil asal tersebut ada disebutkan tentang kebenaran agama Islam asal yang dibawa Nabi Isa AS dan mentauhidkan Allah SWT.  Kononnya dalam kitab itu bercanggah dengan ajaran Kristian yang mengamalkan konsep triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul Khudus.

Kisah Ustaz Tajuddin Othman Abdullah memeluk Islam dan menyimpan naskhah asal Injil hebat diperkatakan suatu ketika dahulu dan kali pertama disiarkan oleh Majalah Muslimah terbitan Februari 1999 bertajuk ‘ Iktibar Buat Mereka Yang Murtad ‘. Melalui khabar yang disiarkan, kali terakhir berita tentang Ustaz Tajuddin adalah dia menyandang jawatan dengan Majlis Agama Islam Melaka. Malah setiap kali ada kes murtad membabitkan bangsa Melayu, kisah Utas Tajuddin yang pernah menjadi Paderi Besar Kristian di Sabah seringkali disiarkan, mungkin untuk menjadi iktibar. (LINK)

Namun kisah pengislaman Ustaz Tajuddin ini dinafikan oleh Keuskupan Keningau Sabah, Fr Dr Charles Chiew dalam akhbar online Herald yang mengatakan bahawa nama Thomas Laiden ini tidak pernah wujud dalam senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah. (LINK)

Jadi jika Ustaz Tajuddin ini tidak wujud ataupun menipu seperti mana dakwaan pihak gereja Sabah, apakah tujuan majalah Muslimah menyiarkan temubual dengan Ustaz Tajuddin ini. Kalau majalah Muslimah mahu menimbulkan kesedaran tentang akibat murtad, apakah perlu menyiarkan wawancara palsu..? Puas aku cari maklumat dan gambar tentang Ustaz Tajuddin ni di internet namun tiada maklumat mahupun gambar terkini tentang beliau seolah2 tiada langsung maklumat tentangnya seperti sudah dipadamkan oleh pihak2 tertentu.

Dan jika wawancara itu tipu sebagaimana dakwaan pihak Gereja Sabah maka ini adalah satu aib yang besar buat umat Islam. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlu tiada atau minimum prejudis antara agama dan kaum di Malaysia ni. Namun aku pun tidaklah menolak mentah2 kewujudan Ustaz Tajuddin ni jika dia benar2 wujud, mungkin ada konspirasi ker kita mana tahu kan..? Apa2 pun hormatilah hak2 bangsa dan agama lain di bumi Malaysia ni.

Maulidur Rasul

In Uncategorized on February 26, 2010 at 6:17 pm

Hari ini 12 Rabiulawal adalah hari maulidul rasul iaitu sempena menyambut keputeraan junjungan besar kita umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.Pada 12 Rabiulawal juga merupakan peristiwa dimana Allah SWT melindungi kaabah dari dimusnahkan oleh pasukan tentera bergajah dibawah pimpinan Raja Abrahah.

Walaupun sambutan maulud nabi tidak semeriah seperti perayaan lain, namun penghayatannya tidak seharusnya dilupakan terus.Apa salahnya kita mengingati Rasulullah SAW yang ibarat telah membawa sinar cahaya menerangi seluruh alam di dunia ini.

Daripada kita bersusah payah memberi bunga pada kekasih untuk menyambut perayaan Valentine, lebih baik kita menyambut maulid nabi untuk memperingati jasa baginda yang telah bersusah payah dalam menegakkan syiar islam.Walaupun telah hampir 1500 tahun berlalu sejak pemergian baginda, namun kesannya kepada umat manusia tetap akan dirasai sehingga ke hari pengakhiran umat manusia.

Bagindalah yang akan memberi syafaat kepada umatnya yang dipilih dihari akhirat kelak.Berusahalah kita untuk bertemu baginda diakhirat dan bersamanya nanti.Biarlah sejahat manapun kita, aku tetap mengingatkan diri aku untuk sentiasa mengingati Rasulullah SAW pemimpin agung umat manusia sepanjang zaman.

Jangan lupa kita adalah umat Muhammad.

Ya Rasulullah,
Kau bawa cahaya,
Menyinari alam buana..bumi yang tandus subur kembali.

Lahirmu membawa rahmat,
Memimpin kejalan selamat,
Akhlahkmu contoh buat seluruh umat.

Mulianya pengorbanan mu,
Kebaikan yang kau seru,
Biarpun halangan menimpa,
Namun dirimu tetap tabah.

Quran dan Sunnahlah pusaka,
Menjadi panduan manusia,
Untuk hidup aman sentosa.

P/s : Ila hadrati ya Muhammad Rasulullah Salallahalaihiwasslam. AL-FATIHAH.


Bengkel Kereta, Bisnes dan Orang Melayu

In Uncategorized on February 13, 2010 at 1:52 pm

Pagi tadi (sabtu, 13/2/2010) aku melilau sekitar KL sebab nak mencari bengkel kereta.Kereta aku dah terlajak 5000 Kilometer tapi masih belum servis.Mulalah aku menggelabah sebab hari isnin ni (15/02/2010) aku nak ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin abang ‘seperjuangan’ aku.

Lepas tu aku teringat seorang kawan baik aku yang bekerja di sebuah benkel kereta di Bangi.Aku hubungi dia dan nasib baik dia maklumkan yang bengkel dia buka hari tu.Jadi dari Damansara aku terus ke Bangi nak servis kereta punya pasal.Suram sahaja aku tengok bengkel tu tapi aku tetap bangga ada juga bengkel milik Melayu ditengah lambakan bengkel milik bangsa Cina yang lebih gah.

Masa aku tiba ada la 2-3 orang pekerja ataupun mungkin rakan kepada pekerja yang tengah melepak kat situ.Entah apa silap aku, mereka menjeling aku macam orang asing dengan wajah yang pailang atau langsi.Apa salahnya sambut pelanggan Melayu dengan senyuman.Ataupun mungkin mereka ni dari geng tiga line atau entah apa2 geng yang kebanyakannya terkenal dengan sifat macam tu.Kemana la hilangnya sikap peramah dan bersopan bangsa Melayu zaman sekarang ni pun aku tak tahu.Bangga sangat agaknya tengok orang sebelah mata.

Bila musim raya cina ni barulah nampak berapa banyaknya kedai yang tutup.Disini kita nampak pengaruh ekonomi bangsa Cina keatas negara yang kononnya milik mutlak bangsa Melayu ni.Nasib baiklah ada 7Eleven dengan kedai runcit India kalau tak nak pergi beli barang pun susah.Terfikir juga aku, ada kemungkinankah yang suatu hari nanti bangsa Melayu juga boleh kukuh dari segi ekonomi..?

Siapa kata bangsa Melayu tak pandai berniaga..? Tengoklah tokan2 dadah kecil tu bangsa apa..? Bangsa Melayu lah kan.Bila bangsa asing campak dadah dengan kuantiti yang banyak kita bangsa Melayu la yang jadi KULI tolong paketkan bungkusan tu kecil2 dan kemudian mencari pelanggan dikalangan bangsa sendiri.Aku pernah hisap dan jual dadah..aku tahulah.Dan aku tak malu untuk mengaku sebab apa salahnya berkongsi cerita yang akan memberi kebaikan kepada semua bukan..?

Dan lagi satu Melayu ni cuma minat pada perniagaan yang mudah.Mereka akan tertarik pada iklan2 di suratkhabar atau internet yang berbunyi begini :

  1. Modal RM100 sahaja..! Hari2 duduk depan komputer dapat duit tanpa buat apa..!
  2. Modal rendah..kerja senang..!
  3. Tidak perlu usaha..hanya tunggu duit sampai kedalam akaun anda..!
  4. Cara mudah cipta duit.Hanya klik sahaja..!

MENTALITI Melayu..semua nak mudah dan senang.Bila sebut kena usaha dan memerah keringat semua jadi takut.Mana ada berniaga yang ada jalan mudah sampai tak perlu usaha..

Sedih aku..

Gambar Hiasan Sahaja.

Introduksi

In Uncategorized on September 28, 2009 at 2:44 am

Salam aku ucapkan untuk pelawat dan juga kepada sesiapa sahaja.Untuk pengetahuan ini adalah blog aku yang terbaru kerana sebelum ini aku gunakan blogspot.com.Sahaja aku bertukar angin ke blog .wordpress untuk sedikit pembaharuan.

Seperti biasa aku tidak berminat menggunakan bahasa pasar atau SMS didalam setiap penulisan aku.Walaupun aku menyokong dasar PPSMI oleh kerajaan namun dalam masa yang sama aku nak melihat bahasa Melayu terus dimartabatkan dan digunakan dengan berhemah serta betul.

-anaz-