alonganaz

Archive for the ‘Memori’ Category

Evolusi Kedai Mamak

In Isu Semasa, Kehidupan, Memori on June 6, 2011 at 5:18 am

Masa aku kecil2 dulu, iaitu sekitar tahun 1995 keatas, arwah bapa aku selalu bawa kami sekeluarga ke kedai mamak yang terletak di Salak Selatan, iaitu sebuah pekan kecil dan terpinggir di Kuala Lumpur. Kedai mamak tu tak ada yang menarik, cuma sebuah gerai tepi jalan yang serba kekurangan, dengan hanya menggunakan meja besi dan kerusi plastik. Tapi di situ la tempat manusia dari pelbagai tingkat kelas kehidupan menghilangkan lapar dan dahaga.

Keadaan di kedai mamak tu bising dengan suara2 pekerja kedai mamak tu mengambil pesanan dan juga suara2 dari pelanggan meminta pesanan. Pelbagai kaum suka dengan kedai tu yang serba ringkas. Ada yang datang dengan keluarga, kawan dan pasangan kekasih. Walaupun keadaan gerai tu serba kurang, tapi menarik perhatian kerana harganya yang murah, berpatutan selain makannya yang sedap.

Ingat lagi boleh dikatakan dalam seminggu mesti akan ada sehari dua arwah bapa aku akan bawa makan di kedai tu. Cuma tahun 1996 sahaja aku tak pergi kedai tu sebab tahun tu arwah bapa aku melanjutkan pelajaran di Australia. Mungkin kerana disebabkan suasana yang ringkas, orang ramai memilih tempat tu.

Tapi itu dulu, berbelas tahun yang dulu semasa aku kecil dan berhingus, semasa era belum ada talian internet tanpa wayar ataupun skrin layar besar untuk menonton bola sepak secara siaran langsung.

Kenapa tiba2 aku bangkitkan nostalgia lama tu..?

Baru2 ni aku pergi makan di sebuah kedai mamak di Desa Sri Hartamas untuk menonton perlawanan antara dua pasukan bolasepak gergasi dunia, Barcelona dan Manchester United. Hanya segelas Teh O ais aku dikenakan caj sebanyak RM2.20.. Pernah aku bertanya pada seorang pekerja disebuah kedai mamak di Subang kenapa harga makan mahal sangat, dia jawab sebab ada wireless. 

Ada ke patut macam tu..? Dulu kedai mamak adalah sebuah tempat untuk semua orang tapi sekarang kebanyakan kedai mamak dah berevolusi menjadi sebuah tempat yang setaraf dengan Starbucks dan Secret Recipe. Kedai mamak bukan lagi pilihan untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah. Aku sebenarnya tak kisah pun pasal duit, cuma teringat kenangan masa dulu berkenaan kedai mamak ni.

Cuma kadang2 rasa tak berbaloi untuk bayar harga yang mahal sehingga kadangkala harga caj makanan yang dikenakan sangat tidak munasabah. Pernah juga aku terfikir, kebanyakan dari kita hari ni yang sebenarnya menjadikan kedai mamak destinasi untuk menghilangkan lapar dan dahaga, telah ditipu hidup2 untuk membayar harga yang sangat tinggi dengan alasan yang merapu.

Ramadhan Back In 90’s

In Memori, Peribadi on August 14, 2010 at 8:26 am

Selamat menyambut bulan ramadhan pada pembaca blog ‘A Step To The Future’..semoga bulan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan pada kita semua. Satu lagi ucapan klise dari aku setiap kali bulan puasa tiba. Disebabkan bulan ramadhan kita kena berpuasa pada siang hari..jadi aku agak keletihan tambahan pula dah mula bekerja. Jadi tak punya banyak masa untuk update tulisan didalam blog ini.

Tahun ini aku akan menyambut lebaran di Kuala Lumpur sahaja..kerana keluarga aku kedua2 belah pihak dah banyak yang menetap di KL termasuk la datuk dan nenek aku. Suatu pengalaman baru bagi aku sebenarnya..sebab dah lama aku tak beraya di KL..berbelas tahun dah kot. Lagipun kubur arwah bapa aku di KL..jadi senang la nak ziarah masa hari raya kedua.

Lagipun rumah kampung aku di kedua2 belah pihak dah jadi semak samun..tengelam dalam belukar yang semakin merimbun.

Lepas ini mungkin aku tak akan merasa lagi suasana riuh di dapur seperti tahun 90an..di mana aku masih lagi seorang pelajar sekolah rendah. Masa itu di belakang dapur rumah tok aku makcik2 aku akan sibuk sediakan bahan untuk buat rendang ataupun ketupat bila tiba bulan puasa. Yang lelaki akan sibuk di belakang rumah menyediakan kayu api dan dapur. Masa itu aku akan kacau makcik2 dan nenek aku di dapur yang tengah sibuk anyam ketupat. Zaman sekarang semua dah jadi instant..beli yang packing kemudian rebus. Tak ada lagi sibuk2 nak tebas daun pokok kelapa macam dulu.

Jadi sempena Ramadhan ni aku akan bawa semula cerita bulan puasa zaman 90 an ni ke blog aku satu lagi. (LINK)

Dari MS ke FB.

In Isu Semasa, Memori on June 25, 2010 at 10:59 am

Tadi aku buka akaun Myspace aku yang dah bersarang sebab dah berkurunaku tak buka. Seingat aku ada dalam 3 bulan jugak la aku meminggirkan akaun MS aku tu..buka pun sebab tiba2 terlintas dalam kepala hotak aku ni nak buka. Mana tahu ada mesej penting masuk ker. Akaun MS aku sekarang ni kalau tak silap adalah akaun yang ketiga atau keempat sejak dari mula2 aku main benda alah ni 8-9 tahun dulu waktu aku dalam tingkatan 3. Sejak ada akaun Facebook.. akaun MS aku ibarat habis madu sepah dibuang.

Sejarah aku main MS masa 8-9 tahun dulu.. waktu tu aku tengah layan permainan Counter Strike yang tengah popular kat kafe siber. Masa aku tengah kalah..aku rileks sekejap dan tiba2 aku perasan kawan aku kat sebelah senyum sensorang. Aku dengan penuh musykil pun bertanya ‘ hapa benda tu..? ‘. Kawan aku cakap ‘ inilah Myspace..kegunaan dia adalah untuk dapat kawan2 baru terutamanya awek2 cun ‘. Reaksi aku masa tu adalah acuh tak acuh.. sebab aku tak minat sangat benda macam tu waktu tu. Bagi aku MS dengan ruangan mari berkenalan dalam majalah URTV dan Mangga tak ada beza.. sama jer keLOSERannya. Persepsi aku mereka yang layan benda ni tak ada life dan hidup dalam kesunyian disebabkan tiada teman. Macam tu juga dengan MiRC. Lebih baik aku main game dan melepak..ataupun surf laman web Melayuboleh.com ( sekarang dah tak ada )

Tapi semua berubah..sebab satu hari chenta hati (awek) aku call..katanya ‘ syg..awak ada akaun MS tak..? ‘. ‘ Buat apa..macam bangang jer main benda tu ‘..kata aku. ‘ Buatlah satu..nanti saya tolong buatkan nak tak..? ‘. Lepas tu aku setuju jer la sebab dah dia nak buatkan. Lagipun bagus jugak..sekurang2nya aku boleh tahu jugak dia tak berskandal atau menyundal sana sini. Wallpaper pertama aku adalah band Sex Pistols..aku tak suruh pun tapi awek aku yang letak dan muzik profil yang pertama pun adalah dari band tu jugak..iaitu Anarchy In The UK. Lepas tu baru aku tukar ke lagu Redline dari kumpulan Shizuka..band Ipoh yang tengah popular masa tu.

Masa aku tingkatan 3..kamera telefon bimbit belum canggih lagi macam sekarang jadi kebanyakan budak masa tu teramatlah skema gambarnya ataupun pakai gambar artis pojaan diorang. Tapi lepas tu masing2 dah jadi gila dengan kamera digital..maka ramailah yang menjadi camwhore dengan shoot gambar sana sini untuk dimuatkan dalam laman sosial berkenaan. MS ibarat sebuah medan untuk mencari populariti dikalangan anak2 muda..dan kerana MS la banyak anak muda dah mula ambil gambar sendiri dalam tandas depan cermin dan kemudian tersengih sorang2 macam orang gila. Paling popular ialah shoot muka sendiri dari atas..mungkin sebab itu adalah angle terbaik untuk mendapatkan kualiti gambar yang maksimas. Ramainya manusia yang menjadi fotogenik waktu tu.

Bagaikan ketagihan apabila bila add kawan baru.. mereka akan tinggalkan komen ‘ thanks add..komen pict saya yer ‘. Masa tu untuk ambil hati dan mencuba nasib mana tahu dapat awek cun..aku pun komen la jugak ‘ wahh..cunnyer ‘.. ‘wahh comelnya ‘.. dan lain2 lagi. Betapa bengap dan bebalnya aku bila mengingat balik saat itu memuja2 manusia yang aku tak kenal semata2 untuk ambil hati. Kadang2 tertanya juga..apa yang bestnya bila orang puji kita hensem ker cun ker..? Apakah definisi cun dan hensem itu hanya spesifik pada gambar2 yang dipostkan di MS..?

Siapa punya frenlist yang tinggi ketika itu..atau punya paling banyak picture comment maka dia lah yang popular. Manusia ibarat sudah hanyut dan leka hidup didalam dunia fantasi ala2 ‘ Alice In Wonderland ‘ ciptaan mereka sendiri. Tapi yang bestnya masa itu aku dapat dengar dan download lagu2 free dari band2 yang aku minat dari MS. Kenangan buruk aku dengan MS aku cuma satu..iaitu kecurangan awek aku tadi. Haha biasalah tu kan.. dalam MS pun berapa ramai pulak lelaki dengan ayat manis seperti kasanova.

Tetapi anak muda ketika era Myspace dulu yang bagusnya semua menjadi kreatif dalam menghias profile mereka. Yang mana mat rempit..maka Honda Ex5 la penghiasnya. Mana budak skinhead..maka Doc Mart la penghiasnya..dan mana Mat jiwang..maka gambar bunga2 ataupun New boyz la yang menjadi penyerinya. Ada yang kelihatan menarik.. tak menarik dan lebih teruk..macam bangang.

Jangan tanya aku pasal Friendster..haram aku taktau apa2.

Hari ini masa berlalu lagi..sekejap jer bertahun dah berlalu dan hari ini semua sibuk dengan Facebook pula. Ini bukan lagi trend kebanyakan anak muda sahaja seperti MS dulu..tapi semua golongan dari bawah sampai atas sudah ada akaun FB. Ini termasuklah Perdana Menteri 1Mesia sendiri.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Lepas ni apa pula trend yang akan menyusul..sebab terfikir juga manusia ni sudah menjadi kelam kabut disebabkan mahu mengejar sesuatu teknologi baru yang datang terlalu pantas. Tapi inilah realiti dunia.. Danaku lebih suka layan blog.. Dulu bermula dari atas kertas dan sekarang sudah ke skrin komputer.

P/s : Macam mana nak letak lagu dalam FB..?

Emma Roberts..aku baru sahaja jadi Fan dia dalam FB. Haha

Seni Beladiri Melayu

In Isu Semasa, Memori on January 14, 2010 at 6:47 am

Dedikasi untuk ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia..

Dah lama aku mahu menulis tentang seni beladiri bangsa Melayu di Malaysia namun terpaksa berhati-hati dalam menulis kerana apa pun yang aku tulis sedikit sebanyak akan membawa imej aku sebagai salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang aku sertai.Jadi aku harus berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menulis tentang perkara ini.

Mula-mula aku diperkenalkan dengan silat Melayu adalah semasa aku berada di semester satu di kolej.Mulanya aku kurang berminat kerana beberapa sebab seperti mempunyai mentaliti silat Melayu tidak setanding dengan seni beladiri lain, zaman sekarang zaman pistol, boleh gaduh koboi dan beberapa sebab lain lagi.Malah semasa demonstrasi untuk memperkenalkan silat di kolej pun, aku sempat membuat lawak bodoh dengan merendahkan martabat silat tersebut.Namun selepas dicabar oleh rakan aku untuk menyertai silat ini dan memberi pandangan kemudian aku pun bersetuju.Begitu juga penerangan oleh jurulatih silat tersebut membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk lebih mengenali seni warisan pusaka bangsa Melayu ini.

Sebelum itu aku cuma memandang seni beladiri bangsa asing seperti Taekwando dan Tomoi.Malah sebelum itu juga aku merupakan ahli taekwando dan pernah 3 bulan belajar tomoi dengan seorang ayahanda dari Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA)*.Jadi aku agak skeptikal dengan seni beladiri Melayu ni. *aku bukan ahli Pekida*

Namun selepas hampir setahun aku didalam silat banyak yang aku pelajari.Antaranya keindahan seni beladiri bangsa Melayu itu sendiri.Aku akan menulis berdasarkan konteks silat cekak Malaysia kerana aku ahli silat tersebut..antaranya betapa pentingnya kami berdiri lurus bukan sahaja didalam perlawanan malah didalam kehidupan.Pantang bagi kami untuk mengelak kekiri dan kekanan apabila diserang.Aku diajar apabila diserang jangan mengelak..terus sahaja ke hadapan untuk memupuk sikap berani dalam diri.Lagipun dalam Islam kita diajar berdiri diatas jalan yang lurus..Insyallah kemenangan akan berpihak pada kita.

Malah adab bersama guru juga boleh dipraktikkan didunia luar untuk saling menghormati.Didalam silat ini juga aku diajar untuk merendah diri biar setinggi mana pun ilmu kita.Sebab itu aku kecewa bila terdengar ada penuntut silat yang cabar mencabar antara satu sama lain untuk membuktikan kekuatan.Silat Melayu yang asli tidak seharusnya lari daripada ajaran agama Islam.Kita kena menghormati antara satu sama lain..dan yang paling penting bebas daripada unsur yang tidak menepati ajaran Islam seperti mantera dan jampi serapah.Aku diajar untuk bergantung hati pada Allah..bukan makhluknya.Silat cuma usaha dan tawakal kita dalam menjaga diri.

Walaupun aku seorang yang nakal dan agak liar, namun dengan silat aku dididik oleh guru dan jurulatih aku untuk mengawal diri dan bertenang dalam semua perkara..jadi aku akan sentiasa lebih beringat dan berwaspada didalam setiap kelakuan aku.

Yang mengecewakan aku apabila ada anak Melayu sendiri yang memandang remeh akan seni pusaka warisannya sendiri.Ada rakan aku kata ‘ala..skang zaman pistol kita tembak ajer’..’kalau gaduh koboi jugak cara lawan’..’ala alu tak cari pasal ngan orang..buat apa nak cari pasal ngan aku’.Aku mahu bertanya kalian..adakah Allah mengurniakan pistol pada kita..? Allah anugerahkan dua tangan dan kaki salah satunya adalah untuk mempertahankan diri.Maka disebut DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN’.Kita berdoa dengan apa..? Dengan tangan bukan..? Maka sebab itulah tangan juga sebagai senjata.Jika kita berfikir..akan ada maksud lain juga disebalik apa yang disebutkan itu.

Jika Allah SWT tak izinkan pistol itu meletup..maka tak akan meletuplah pistol itu.Gaduh koboi..? Bila kita dah lama dalam silat..kalau gaduh pun tetap akan refleks pergerakan kita dengan pergerakan silat..percayalah..aku dah alami sendiri.Zaman sekarang ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang pun belum tentu kita tak akan menerima ancaman.Lihat sahaja media hari ini berapa banyak kes jenayah seperti bunuh dan sebagainya.Apa persediaan kita..? Terutamanya orang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Jadi berfikirlah dengan mendalam..kerana terlalu indah seni beladiri pusaka bangsa Melayu ini.Pengisiannya, semangatnya, adatnya dan lain-lain.Ini yang membuatkan kita berbeza dengan beladiri lain.Tuntutlah ilmu beladiri asalkan tidak meyimpang isinya dari ajaran Allah SWT.Kita bersilat bukan kerana silat..tapi bersilat kerana Allah SWT untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Terima Kasih pada Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, YM Ustaz Haji Ishak bin Itam, Jurulatih PSSCM KLIUC Encik Zaini Marzuki dan seluruh ahli PSSCM di Malaysia.

Dari laman web PSSCM
www.silatcekak.org.my

Bukit Bintang..Dulu dan Kini.

In Memori on October 11, 2009 at 12:44 pm

Kalau disebut nama Bukit Bintang ramai anak muda dari KL atau yang sudah lama di KL akan pernah mendengar nama tempat ni.Apalagi aku boleh dikatakan dah sebati dengan kawasan ni sebab sekolah aku berhampiran dengan kawasan Bukit Bintang..tak perlu naik pengangkutan awam..jalan kaki dari sekolah aku 10 minit dah sampai.

Kawasan Bukit Bintang adalah spot untuk aku memonteng sekolah bersama rakan.Dulu sebelum ada times square kat situ adalah kawasan rumah kuarters dan lot parking kereta.Dan situlah port aku melepak bersama rakan2 untuk memonteng..dan kadangkala apabila ada duit lebih kami akan ke Pusat Snuker diatas kompleks yang berhadapan dengan Times Square.Sekarang pusat snuker tu dah tak ada..kalau dulu masuk pusat snuker tu kita akan dapat lihat ramai puak pencinta muzik aliran Grunge yang berpakaian ala Nirvana dan budak2 Punk yang memacak rambutnya.

Masa belum ada Pavilion..ramai budak suka bertenggek depan Isetan sambil membuat bising mengganggu orang lalu lalang.Kadang2 Pak Guard pun tak berani kacau aku sebab kami akan jerkah dia balik..tapi bila dah keluar ramai2 kami cabut lari juga.Biasanya hujung minggu akan ada pergaduhan antara budak Punk dan Skinhead yang berlainan ideologi.Nak kata apakan..waktu tu belum ada budak2 sekolah yang shuffle depan Maybank.Bila dah budak sekolah selalu kena tipu dengan orang besar..contohnya ada seorang brother ni pernah tawarkan aku buku ‘knowledge Punk’ tapi aku kena beli kasut Jack Parcell dia yg dah rabak dulu.

Aku pun beli la sebab dah minat..tapi apa pun tak ada.Lepas tu aku cuma baca zine2 DIY jer yang banyak boleh dapat kat gig.Pernah juga aku kaji kitab ‘Sham 69’ lepas kawan aku yang fanatik skinhead cuba mengajak aku mengikut ideologi diorang yang bersandarkan fahaman ‘working class’.Nak tahu apa jadi dengan dia sekarang..? ada kat sekolah pondok Tampin mengaji agama secara mendalam..dulu dia dicemuh orang ramai sebab perangai dia yang gila babi.sampai tunggang terbalik teguk air syaitan nak sambut kemerdekaan cara Melayu baru.

Dulu manalah ada budak2 bergambar ala model depan BB Plaza atau Sungai Wang.Kalau ada tentu dah kena pukul dengan kawan2 aku sebab berperangai macam gay.Baru sekarang kita boleh nampak model wannabe bersepah kat dalam tandas depan cermin mengambil gambar dengan aksi syok sendiri.Dulu awek semua berpakaian macam Avril Lavigne..sekarang semua dah jadi minah datin dengan aksi2 yang vogue.Kalau nak tahu..aku dah 3 kali kena pau sepanjang aku lepak sana.Sekarang kalau nak pau aku silaplah..kalau tak kena langkah silat..bakal masuk dalam guni kena sumbat dalam bonet kereta.Haha itu sahajalah aku nak tulis..

Dan sekarang ini..aku cukup bosan kalau rakan2 aku ajak lepak di Bukit Bintang yang bagi aku dah terlalu membosankan.Bukan sahaja Bukit Bintang..hidup di KL ni pun dah cukup membosankan bagi aku.

Bukit Bintang