alonganaz

Bahang Malam Dan Tsunami Di Jepun

In Isu Semasa on March 28, 2011 at 7:14 pm

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan sibuk dengan tugas sebagai tenaga pengajar di salah sebuah institut swasta di ibu negara dan dalam masa yang sama perlu berhempas pulas menghabiskan pelajaran aku di peringkat ijazah. Disebabkan tidak boleh tidur kerana bahang yang ‘lain macam’.. maka aku pun cuba melakukan sesuatu seperti menulis di dalam blog ni.

Petang tadi semasa aku minum di salah sebuah hotel di Bukit intang di Kuala Lumpur, aku terdengar perbualan dua lelaki Melayu yang agak berusia mengatakan mungkin Malaysia akan terkana tempias akibat radiasi. Aku tak mahu cerita pasal radiasi yang disebabkan oleh kebocoran reaktor nuklear di Jepun sebab bukan bidang aku. Masa ni pun, kecoh lagi tentang tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun.

Aku agak tidak bersetuju bila orang meletakkan seratus peratus apa yang berlaku adalah kerana balasan Allah SWT ke atas dosa2 rakyat Jepun. Seolah-olah kita meluahkan sesuatu tanpa berfikir dahulu dari segi logik. Kalau balasan Allah SWT hanya ditunjukkan melalui gempa bumi dan tsunami, aku rasa Malaysia pun takkan lepas sebab kat sini pun apa kurangnya.

Setiap yang terjadi adalah atas kehendak, keizinan dan ketentuan Allah SWT.

Jadi apa yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT dari peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini..? Tidak akan Allah izinkan sesuatu itu berlaku melainkan terdapat sesuatu hikmah dan maksud disebaliknya. Maka diciptakan akal kepada manusia sama ada untuk dibiarkan..atau digunakan untuk berfikir tentang sesuatu perkara.

Kenapa Jepun..? Kalau dari segi sudut sainsnya Jepun sama dengan Indonesia. Kedudukan geografinya terletak di kawasan yang aktif berlaku pergerakan platlet bumi atau terletak di kawasan lingkaran api pasifik. Bagaimana dengan amaran atau maksud tersirat yang cuba ditunjukkan yang Maha Kuasa..?

Sama-sama lah kita berfikir dan menghuraikan kesimpulannya dengan pemahaman masing-masing. Jepun suatu negara besar yang menjadi contoh bagi negara2 asia yang lain seperti mana Amerika menjadi contoh bagi negara-negara barat. Maka sebab itulah Tun dr Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke timur, iaitu Jepun yang mana diketahui dari sudut sejarahnya pernah menganut agama Shinto yang MENYEMBAH MATAHARI ini.

Selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, Jepun bangkit kembali dengan sangat pesat dan laju berbanding negara-negara lain. Dan hari ini Jepun menjadi contoh dari sudut ekonomi dan kemajuan teknologinya. Malah cara bekerja rakyat Jepun yang seperti ‘ robot ‘ juga menjadi contoh cara bekerja yang bagus.

Rakyat Jepun kini kebanyakannya Atheist, jadi mereka tidak bergantung atau berharap pertolongan dari tuhan. Mereka percaya sesuatu atau setiap yang berlaku boleh dielakkan dengan kebijaksanaan manusia sendiri. maka mereka bertungkus lumus mencipta teknologi yang dapat meminimumkan kesan bencana alam. Namun siapa yang dapat melawan takdir Allah SWT..? Mereka juga percaya kebolehan manusia dapat melindungi dunia dan mereka juga menyerapkan bahawa manusia sendiri dapat melindungi dunia tanpa bantuan dari pencipta. Maka mereka cuba menyerapkan kefahaman ini salah satunya melalui komik2 ciptaan mereka.

Maka banyak digambarkan penyelamat dari kalangan manusia yang berkuasa ajaib seperti Ultraman dan Son Goku (Dragon Ball) yang tiba menyelamatkan manusia biasa bila harapan kelihatan sudah tiada. Meski kelihatan remeh namun impaknya tidak kurang besar pada cara pemikiran manusia.

Tapi aku rasa isu tsunami di jepun ni takkan berpanjangan. Orang-orang cuma akan berbicara tentang hal ni ketika tengah panas tapi apabila timbul isu lain, hal ini akan dilupakan. Jadi iktibar dan akibatnya terus dilupakan tanpa kita mahu berfikir apa2 seperti kesannya pada jangka masa panjang. Manusia akan terus hidup seperti biasa kerana melayan kesibukan dunia. Untuk apa kita membebankan kepala kita dengan isu2 yang membebankan seperti ini..? Asal tidak berlaku di negara kita sudahlah..!

Ingatlah..tidak Allah jadikan sesuatu peristiwa itu melainkan ada iktibar disebaliknya.. Yang tersirat dan juga tersurat. Nak mintak tolong siapa kalau berlaku bencana..? Manusia2 berkuasa luarbiasa.? setahu aku dalam kehidupan sebenar..manusia yang berkuasa luar biasa dan ghaib kalau bukan kelebihan dari Allah ialah ahli2 sihir, tukang2 nujum, bomoh2 dan yang paling bahaya di akhir zaman ini ialah, DAJJAL. Ingatlah DAJJAL akan menjadi penyelamat bagi golongan manusia yang berpaling dari Allah SWT.

  1. yay! you are back! keep writing,posting and updating.your reminders hit and all the best being an academician.🙂

  2. terbaek bro…kwn suke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: