alonganaz

Malam Di Ibukota : Kenduri Kahwin dan ‘Fireproof’.

In Peribadi on May 15, 2010 at 10:40 pm

Malam tadi aku pergi kenduri kahwin di Putrajaya atas jemputan seorang rakan sekerja arwah bapa aku di Putrajaya. Kalau siapa yang baca blog aku dari awal akan tahu aku memang bosan bila pergi kenduri kahwin, namun disebabkan aku takut terkena ‘sumpahan’ orang tak datang kenduri kahwin aku di masa akan datang, maka aku akan pergi jer kalau menerima jemputan.

Tempat kenduri kahwin tu dibuat memang cun dalam dewan di bangunan kerajaan yang aku tak ingat nama dia di Putrajaya. Disebabkan aku cepat bosan di majlis macam ni, jadi aku ikut menyanyi lagu2 klasik melayu yang dipasang oleh DJ di dewan tersebut. Kat kenduri kahwin jer aku boleh layan lagu Melayu lama, kalau layan dalam kereta pasti aku akan kemalangan kerana mengantuk ketika memandu. Dulu aku pernah pergi kenduri kahwin tapi boleh pulak majlis tu pasang lagu orang putih dari mula sampai habis. Kata perkahwinan Melayu pasanglah lagu Melayu baru kena dengan adat2 Melayu dalam majlis tu. (pasti ada yang mengatakan aku kolot..haha)

Tapi kenduri tersebut memang best sebab aku tak payah beratur nak ambik makanan ataupun menunggu manusia lembap yang cedok nasi macam siput sebab semuanya pihak katering dah hidangkan atas meja. Macam manapun tetap makanan di kenduri kahwin kekanda tunggak aku jugak paling sedap..haha. Dan yang paling best masa kenduri kahwin adalah dapat usya awek2 cun kat majlis. Kadangkala perempuan Melayu ni lebih cun bila mengenakan pakaian tradisional Melayu.

Balik dari kenduri disebabkan aku tak boleh tidur sebab masalah gangguan makhluk halus dalam badan aku belum pulih ( susah tidur malam ) maka aku layan astro channel 411 dengan harapan aku boleh mengantuk layan movie. Namun sebaliknya berlaku bila aku layan pulak movie tu dari mula sampai habis..! Tajuk cerita dia ‘ FIREPROOF ‘. Aku nak cadangkan sapa2 yang ada astro kat rumah untuk layan cerita ni. Cerita ni bertemakan ‘ romance ‘ pasal macam mana seorang suami selesaikan masalah perkahwinan dia dari perceraian dengan mengikut segala arahan dalam diari yang ditulis oleh mak dia.

Aku suka happy ending bila masuk cerita macam ni.. Huhu. Kalau nak sad ending korang bleh layan filem ‘ A Walk to Remember ‘.

  1. haha..sempat lagi layan cter jiwang..~

  2. salam along
    sory2 sngt2 mendiamkan diri pde along
    aku bkn pe
    jiwe kacau
    ntahla
    x tau nk ckp mcm ne
    now aku da stat study
    amik partime je
    hjung may ni stat kuliah
    wish me luck along
    hop aku leh tempur alam keje plus dgn alam study serentak dgn jaye nye
    wish me luck
    sorry x kol or sms along
    segan
    takut kene maki pun de
    hehehehe
    tpi gentle aku ckp
    ampir 3 ari skali aku bukak bace blog along ni
    even x bce abis tpi bce gak la
    hehehe
    along
    aku bru pkai no bru
    bru je bli smlm
    017 346 8969
    ok along
    byee
    mis u
    hehehe
    salam

Leave a comment