alonganaz

Malam Di Ibukota : Minum Dan Mabuk

In Islam, Peribadi on June 5, 2010 at 6:57 pm

Kebelakangan ni aku sudah kembali sihat sedikit jadi disebabkan dah lama aku tak keluar berhibur jadi aku pun keluar la ke Kuala Lumpur untuk berjumpa rakan2 di waktu malam. Semasa sedang berhibur ada rakan2 aku yang memesan 3 botol Carlsberg untuk berhibur. Aku memang tak ada masalah kalau kawan2 aku nak minum depan aku cuma sila hormati aku dengan tidak menawarkan minuman keras tersebut pada aku. Jika sudah sampai ke tahap memaksa mungkin kaki aku akan hinggap ke muka.

Meskipun dalam hati kecil aku mahu juga menasihatkan mereka supaya tidak minum air kencing syaitan tersebut, tetapi aku diamkan sahaja malah aku tersenyum. Kalau yang minum itu adalah rakan perempuan aku..akan bertambah lebar lah senyuman aku. Senyuman yang sebenarnya cukup sinis tetapi mempunyai maksud tersirat di sebaliknya.

Siapalah aku untuk berdakwah secara panjang lebar bagaikan seorang Ustaz kepada mereka kerana air kencing setan itu juga pernah menjadi minuman aku dulu. Malah hidangan wajib aku kalau aku bercuti ke Genting Highland contohnya. Nikmat dunia bagaikan sungguh terasa dengan hidangan tersebut hinggakan menghilangkan dan melupakan kita pada azab maha pedih yang menanti di neraka bagi si peminum arak.

Namun syukur Alhamdulillah sebab Allah itu maha pengasih dan maha penyayang Dia beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kerana sesuatu peristiwa yang menyebabkan aku terlantar sakit berbulan2..aku hentikan perbuatan tersebut. Bukanlah nak kata baik seratus peratus tapi mana yang terlalu berat tu aku tinggalkanlah..sebab hakikat anak muda yang hidup kat ibukota kadang2 lalai dan hanyut juga dengan hiburan dunia.

Biarlah..aku tetap sayang kawan2 baik aku macam adik beradik kalau dia minum sekalipun. Siapa kita nak membenci sesama manusia hanya kerana dia kaki tonggang. Mana tahu di masa hadapan dia lebih baik dari kita sekarang kan..? jangan asingkan mereka ni. Sebaliknya dekati dan beri nasihat secara perlahan2..jangan terus nak maki hamun sehingga menimbulkan rasa kecil hati pada mereka. Berusaha untuk nasihati mereka supaya meninggalkan tabiat yang dimurkai oleh Allah tersebut.

Bukan semua orang diberi peluang bertaubat..sebab kadang2 mana tahu Allah boleh ambil nyawa ketika kita masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat jadi sentiasa beringatlah. Sejahat mana pun kita jangan sampai hilang setitik iman yang masih ada dalam hati kita. Arak punca hati mati..bila hati mati susah nak dapat hidayah Allah SWT berbanding mereka yang jahat tetapi masih beringat. Janji Allah pada mereka yang mabuk tanpa sempat bertaubat adalah siksa neraka yang amat pedih. Pada yang tak mabuk pula jangan rasa diri sendiri dah cukup baik..banyak lagi yang kita perlu perbaiki untuk emndekatkan diri dengan Allah SWT.

Sesungguhnya Dia lah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Sabda Nabi :

“Barang siapa yang meminum arak, maka janganlah sesekali kalian berani menikahkannya, jika si pemabuk sakit – maka janganlah kalian menjenguknya, jika dia mati – janganlah kalian menyolatinya, Aku bersumpah demi Alloh yang menjadikan Aku sebagai Nabi, sungguh seorang pemabuk itu dilaknat dikitab Taurot, Injil, Zabur dan Al Qur’an. Siapa saja yang memberikan makanan padanya – maka Alloh akan menyerahkan jasad pemberi makanan tadi kepada ular dan kelabang kelak di hari kiamat, dan barang siapa yang membantu keperluan pemabuk – maka berarti dia membantu merobohkan agama Islam, dan barang siapa yang menghutangi pemabuk – maka berarti menolong untuk membunuh orang mu’min, dan barang siapa yang bersahabat dengan pemabuk – maka kelak di hari kiamat dia akan digiring dalam keadaan buta serta tiada yang menuntunnya”.

  1. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kawan2 adik. Dan kepada adik…biarpun adik tak kenal akak…i would say..i am proud of you..:-)….bukan senang nak cari anak2 muda berfikiran mcm adik.
    Tidak ada manusia yang tak pernah buat silap…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: