alonganaz

Melayu Bukan Bodoh : Kalimah Jawi

In Isu Semasa, Sindiran on May 10, 2010 at 10:01 am

Tadi aku baca Utusan Online (LINK) mengenai penemuan kalimah jawi yang bertulis ‘ Masjid ‘ di batu penahan longkang di Jerantut, Pahang.  Menurut guru besar SK Jerantut Jaya, dia berharap agar penemuan tersebut memberi keinsafan pada orang ramai tentang ‘ kebesaran’ ilahi.

Haha dulu aku pernah kutuk pasal orang ramai yang ‘ insaf dengan kebesaran Allah ‘ bila melihat sejadah sedang ‘ solat ‘ (solat hanya untuk manusia yer ) ataupun berdiri dengan sendiri di surau2. Kenapa orang melayu suka sangat dengan perkara2 pelik dan tak masuk akal macam ni yer..? Siap masuk dalam suratkahabar Utusan Malaysia lagi. Banyak isu lain yang perlu kita bagi kepentingan tapi kalimah kat longkang yang boleh jadi wujud secara semulajadi juga yang dikecohkan.

Guru Besar pun bagi ‘ statement ‘ yang pandai dalam hal ni kononnya akan bagi keinsafan pada orang ramai. Apa isi kandungan dalam Al-Quran yang tersusun rapi di rak2 buku dan berhabuk kerana jarang dibuka tu tak cukup lagi ker nak beri keinsafan..? apa kejadian siang dan malam di sekeliling kita yang berlaku setiap hari tak cukup lagi ke nak menggambarkan kebesaran Allah SWT..?

Bukannya aku tak percaya kebesaran Allah SWT, tapi bila kita perbesarkan isu remeh macam ni bukankah hanya menampakkan kebodohan bangsa Melayu..? Kalimah pada daging la..nama Allah pada timun la dan bermacam2 lagi benda yang tak patut kita kecohkan terus jadi berita besar. Dulu ada klip video perempuan kena sumpah jadi ikan pari kononnya sebab dehaka pada ibu dia. Last2 rupanya itu adalah ikan pari spesis Rhinobatos hynnicephalus.

Ingatlah wahai orang Melayu sekalian, syaitan dan jin kafir itu sentiasa berusaha mahu menyesatkan manusia. Jangan tunggu perkara pelik yang jarang kita lihat baru nak bercakap tentang kekuasaan Allah SWT. Habis Al-Quran nak campak mana..? Itu adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang mana kalamnya turun dari langit. Itu pun dah jadi satu perkara yang luar biasa buat kita manusia.

Ini dah masuk tahun 2010 sepatutnya orang Melayu makin pandai bukan makin bangang. Kesan rekahan kat longkang juga yang dikecohkan, patutnya buku yang dah berhabuk tu dituntut. Orang mengaji guna kitab, tapi ada Melayu mengaji guna ayat longkang. Haha.

  1. tu la pasal bro..aku pun pelik..berita yg merapu jugak nk kar paper.(mohamad hakim fb)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: