alonganaz

Bangi Kopitiam

In Bisnes, Isu Semasa on September 24, 2010 at 10:14 am

Sebelum ni aku ada tulis yang aku akan boikot kopitiam2 yang ada kat malaysia ni sebab tak ada sijil halal.. Ini termasuklah oldtown kopitiam yang suatu masa dulu menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak.. Bukan boleh main2 dengan status halal haram ni. Kalau dulu kedai cina pun aku makan asalkan tak letak babi..! Tapi alhamulillah aku kembali menggunakan akal fikiran yang Allah SWT kurniakan pada aku untuk berfikir tentang kesan2 negatif makan makanan yang haram ni.

Kebanyakan pemilik2 kedai kopitiam ni Cina..jadi apa yang mereka kisah sangat dengan sensitiviti umat Islam kalau umat Islam sendiri kurang peka dengan status halal sesebuah kedai. Diorang makin kaya..kita hilang duit makan benda haram..otak makin bebal..perangai lagi sial.

Lebih baik makan kedai Melayu Islam..

Tapi bukan semua kopitiam aku boikot.. Tadi sebelum sembahyang jumaat aku pergi ke kopitiam berhampiran dengan tempat aku yang baru dibuka. Bangi Kopitiam namanya. Bangi kopitiam ni seingat dan kalau tidak salah aku cawangan pertamanya di Bangi..iaitu tempat aku belajar dulu. Pemiliknya adalah Kid..bekas anggota kumpulan Search. Tapi masa kat Bangi dulu aku tak lepak sangat kopitiam..tengah belajar duit selalu kurang. Aku tak suka berlagak kaya kalau duit tak ada sesen dalam poket..haha. Tempat lepak cuma di mapley atau nasi bungkus kedai Melayu..

Kali pertama aku singgah kat Bangi kopitiam..aku puas hati dengan menu yang disediakan. Lebih banyak dan pelbagai daripada kebanyakan kopitiam2 yang ada kat Malaysia ni..harga pun murah. Jadi Bangi Kopitiam sudah masuk senarai kedai favorite aku secara rasminya mulai saat itu..haha.

Lagipun sebagai orang Melayu..aku kena la sokong perniagaan yang dah tentu pemiliknya orang Melayu. Bangsa Cina boleh berjaya dalam perniagaan sebab mereka punya ikatan yang kukuh untuk saling menyokong perniagaan yang diusahakan mereka. Soal halal pun aku yakin sikit..

Cuma susah..sebab cawangan kopitiam cuma ada 7 sahaja setakat ni dibuka di Malaysia berbanding dengan kopitiam old town yang dimiliki ahli DAP Taiping, Perak..Nga Kor Ming. (gambar)


  1. ade 7 je ea kopitiam kat mesia ni?? sikit sgt naz

  2. a’ah bangi kopitiam ada 7 jer..tu jer Melayu punya.

  3. lepas ni long bukak satu lg kopitiam la.

  4. ini je ke? remeh sangatlah. kalau nak kira tak boleh makan kedai taukeh cina, kena masuk sekali McD, KFC, Secret Recipe, Nandos, etc etc, semua taukeh Cina. Kedai mamak sekarang pun orang Hindu India dah masuk jadi tukang masak. Inilah kegagalan dasar untuk membela orang Melayu

  5. ini lemahnya kita org melayu. tak de satu pakatan yg nak jaga pasal benda2 ni. yg ada nak kejar kerusi diparlimen dan jaga perut sendiri je.

  6. Jangan silap tuan. Kid dia pinjam jer. Dummy. Isteri owner Bangi Kopitiam tu adalah kawan saya. Pemilik kedai printing Dot To Dot S/B. sek.8 Bdr. Baru Bangi. Sah-sah suaminya Cina dan pemilik Bangi Kopitiam memang confirm Cina. Kalau nak tau lihat youtube pembukaan cawangan Bangi Kopitiam di Indonesia, mana nampak muka Kid. Kalau nak tau lebih detail, tanya depa ada tak sijil halal. Jakim dah confirm, Bangi Kopitiam tak ada sijil halal.

Leave a reply to alonganaz Cancel reply