alonganaz

Archive for the ‘Sejarah’ Category

Rahsia Negara

In Sejarah on August 19, 2010 at 12:13 am

PERINGATAN : Fakta ni bukan tulisan aku.. cuma ambil dan copy di laman sesawang ini LINK. Penulis menggelarkan dirinya Shah Paskal. Paskal bermaksud Pasukan Khas Laut adalah salah satu cabang di dalam organisasi Tentera laut Diraja Malaysia. 29 rahsia negara ini mungkin ada yang benar dan mungkin tidak. Kalau arwah ayahanda aku ada, boleh juga aku tanya dia kesahihan semua fakta ni sebab dia sendiri anggota TUDM.

Terpulang pada kalian nak terkejut beruk.. atau nak kaitkan benda2 ni dengan teori konspirasi Freemason. Jangan terlebih excited sudah.. nanti biasalah..ada yang akan buat fakta sendiri..haha.

29 Rahsia Negara

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4. Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai yang saya sertakan dalam blog ini pada Dec, 2008).

Itu sahaja ..kalau aku rajin aku akan huraikan balik semua fakta ni. Bukan boleh suka2 hati.. tak pasal2 nanti kena tahan di bawah akta keselamatan dalam negeri. Kena tahan tanpa bicara pulak aku nanti..kan susah. Yang aku boleh sahkan betul..ialah helikopter Nuri milik TUDM kena tembak jatuh masa zaman darurat dan ada anggota lain2 pangkat ditahan sebab jual maklumat semboyan pada kerajaan Singapura.

Yang juruterbang TUDM bersiap sedia kalau ada isu panas yang melibatkan negara luar.. yang itu.. hehehe.

Ini cuma untuk buka mata kita sahaja..

Pasukan Khas Laut TLDM

Advertisements

Kecoh Jer

In Sejarah on June 24, 2010 at 12:56 pm

Ada makna tersirat.. buat para Meleis semua.

Sapa yang tak kenal kenal artis Mesia, ini adalah Fasha Sandal Sandha.. dia yang berlakon cerita anak Mami dulu. Citer anak mami aku tengok time raya jer sebab free.

Minah yang gebulicious dan gojes ni nama dia Tiz Zaqyah. Dia pulak terkenal lepas berlakon drama Adamaya, Melayu 3GP, CSI Miami, Nur Kasih kat TV3 dulu.


P/s : 2 hari aku bukak suratkhabar, 2-3 hari jugak cerita pasal diorang jer. Kat muka depan lak tu.. isu2 semasa ngan politik kat sebelah belakang. Lepas tu dalam forum orang kecoh pasal kes 2 orang ni gaduh rebut laki.. sedangkan benda lain yang lebih penting dipandang sepi. Apa da..kecoh jer diorang ni. Sekali sekala aku akan buat entri pendek nak bagi orang berfikir..haha..!

Ini pulak beruk yang berlakon dengan Os (Hero) tahun 80an dulu. Dia jugak yang paling ‘cool’. Ohh siapa yang ingat nama beruk dalam citer hero tu ialah Obe.

Kredit to Obefiend

Bahtera Nabi Nuh

In Islam, Sejarah on April 29, 2010 at 2:28 pm

Semalam dalam kosmo ada siarkan pasal sekumpulan penjelajah Cina berjaya menemui serpihan kapal yang dikatakan sisa tinggalan bahtera Nabi Nuh di sebuah lereng curam setinggi 4000 meter di Gunung Ararat, Turki. Hasil ujian penentuan karbon ke atas spesimen kayu tersebut menunjukkan ia berusia 4800 tahun iaitu sama usia dengan kejadian banjir besar yang melanda dunia pada zaman nabi Nuh AS.

Sebelum ni pun pada tahun 1959 berdekatan bandar Dogubayazit, 24 kilometer dari gunung Ararat ada dakwaan mengatakan bahtera Nabi Nuh telah ditemui berdasarkan struktur permukaan tanah yang terdapat disitu yang seakan2 sebuah kapal. (gambar)

Namun akhirnya setelah penemuan sisa tinggalan bahtera Nabi Nuh di gunung Ararat ternyata struktur tanah di atas bukanlah bahtera Nabi nuh yang dikatakan. Kalau korang nak tahu pada tahun 1971 Maharaja Russia iaitu Tsar Nicholas telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yang terdiri daripada jurutera/saintis/tentera dalam mencari dan menyelidik tentang bahtera Nabi Nuh itu. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ itu.

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, perang Bolshevik Komunist – 1917 meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Sebenarnya ini bukan kli pertama pendakian untuk menjejak bahtera Nabi Nuh itu dilakukan, tapi sudah beratus kali namun akhirnya pendakian itu menemui kegagalan kerana selain kematian misteri yang menimpa para pengkaji, bukti2 yang ada selalunya hilang dari simpanan. Namun 26 April 2010 pengkaji dari China akhirnya berjaya membawa keluar beberapa serpihan dari puncak Gunung Ararat itu.

Gunung Ararat

Mengikut sejarah, Nabi Nuh adalah nabi ketiga yang wajib diketahui selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh adalah anak kepada Lamikh bin Matulsakh bin Idris AS bin Yarid bin Mahlail bin Qinan Bin Anwas Bin Shaith Bin Adam AS. Apabila diberi tugas kerasulan, Nabi Nuh menyampaikan dakwah pada kaumnya sebagaimana diamanahkan. Namun dakwah baginda diabaikan dan ditolak oleh kaumnya.

Justeru Allah memerintahkan baginda membina sebuah bahtera untuk membawa pengikutnya yang setia dan binatang ternakan apabila Allah menurunkan banjir pada kaumnya kelak. Namun dimana bahtera baginda terdampar menjadi misteri sehinggalah penemuannya di Gunung Ararat ratusan tahun yang lalu.

Persoalannya ialah bagaimana zaman yang jauh 4800 tahun dari hari ini baginda boleh membina sebuah kapal yang besar dan canggih..? Tidak menjadi sesuatu yang menghairankan kerana Nabi Nuh diberi ilham oleh Allah SWT. Dari situ kita dapat bayangkan betapa dahsyatnya banjir yang melanda bumi ketika itu hinggakan bahtera Nabi Nuh boleh tersadai di sebuah gunung yang 4000 meter tingginya..! wallahualam.


Rahsia Kemerdekaan

In Sejarah on April 27, 2010 at 7:52 am

Tak tahu berapa ramai yang perasan tentang gambar di bawah ni semasa pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ni Tunku Abdul Rahman sebenarnya memakai tuksedo tetapi dengan kain samping dan bukannya berbaju Melayu..?!??!

Apakah ada maksud yang tersirat di sebalik tindakan Almarhum Tunku ini..?

Lagenda Hang Tuah

In Sejarah on April 22, 2010 at 2:57 pm

Dulu aku pernah terbaca dalam sebuah artikel, tapi dimana aku tak ingat. Kandungan artikel tu aku masih ingat hari ini iaitu kisah beberapa orang pesilat (atau mungkin pelancong) telah berjumpa dengan seorang lelaki di Pulau Besar Melaka yang mendakwa dirinya adalah Hang Tuah.

Mengikut cerita para pesilat tersebut mereka banyak berbicara dengan panglima silam tersebut dan bertanyakan sejarah sebenar negeri Melaka. Ohh kononnya dalam cerita itu Hang Tuah tidak mati kerana selepas dia ghaib di bumi Melaka dia telah bersembunyi di Pulau Besar . Di sana dia hanya beribadat siang dan malam sehingga dangkat menjadi wali, dalam ertikata lain wali Allah itu dipanjangkan umur sehingga hari ajalnya ditentukan oleh Allah SWT suatu hari nanti.

Dalam perbualan tersebut Hang Tuah menamakan dirinya yang sebenar sebagai Daeng Yahaya. Tapi kalau dirujuk pada buku sejarah karangan Tun Seri Lanang nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah anak kepada Raja Bajong yang berasal dari Makassar. Kehilanggannya adalah kerana merasa bersalah di atas kematian Hang Jebat dan naluri kuat yang mengatakan bumi Melaka akan runtuh dan kehilangan daulatnya. ( Melaka dijajah pada tahun 1511 tidak berapa lama selepas Hang Tuah menghilangkan diri).

Dalam perbualan itu juga diberitahu bahawa nama sebenar Hang Jebat ialah Tengku Ibrahim iaitu salah seorang ahli keluarga kerabat diraja Melaka. Maka disebabkan itu, semasa menderhaka pada Sultan Melaka dan menawan istana serta singgahsana Sultan, Hang Jebat tidak ditimpa bala akibat daulat raja. Ini kerana di dalam badannya sendiri mengalir darah raja. Jika rakyat biasa yang memijak singgahsana Raja pasti akan ditimpa bencana akibat daulat dan sumpahan Raja, tetapi tidak hang Jebat.

Dikatakan juga Hang Jebat sebenarnya lebih hebat dari Hang Tuah tetapi kerana dia lebih tua maka Hang Tuah lah yang dilantik sebagai ketua. Begitu juga semasa pertarungan dengan Hang Tuah semasa di istana yang memakan masa berhari2 diatas dulang, hang Jebat dikatakan sengaja kalah kerana kasihnya pada Hang Tuah.

Selepas perbualan dengan Hang Tuah di Pulau Besar Melaka pada tahun 1998 itu, Hang Tuah dikatakan ghaib didalam kegelapan malam meninggalkan mereka. Sejauhmana kebenaran cerita ini, hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Lagipun sumber bertulis sejarah negara kita tentang kehebatan 5 laksamana ini sangat kurang. Hanay cerita dari satu generasi ke satu generasi.

Didalam buku: “Amando cortesao – the suma oriental of Tome’ Pires”, Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan “Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang”. Manakala didalam buku “A. Kobata and M. Matsuda – Ryukyu relations with Korea and south sea countries” dimana A Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama “Rekidai Hoan” yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian HangTuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Jadi siapa kata bangsa Melayu tidak boleh mengkagumkan bangsa barat mahupun Jepun..? Ini telah dibuktikan sendiri oleh kata2 Tom Pires dan A Kobata.

* original text dan story from alonganaz*

Pusaka budaya khazanah berharga
Janganlah dipersia
Wahai anak watan diwasiatkan

Pertahan kedaulatan bangsa
Arus perubahan kuasa Tuhan kejarlah hajat di jiwa
Namun peganglah kata wira laksmana
Takkan Melayu hilang di dunia

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Panglima Awang AKA Henry The Black

In Kehidupan, Sejarah on January 26, 2010 at 7:31 pm

Panglima Awang Hitam

Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.

Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.