alonganaz

Archive for the ‘Perjuangan’ Category

Hujan Ibarat Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan on July 10, 2010 at 7:28 pm

Hari ini aku terpaksa batalkan pelan nak bersenam di sekitar Alam Damai Cheras sebab hujan turun lagi.. Baru nak hidupkan enjin motor hujan turun lebat. Disebabkan hujan aku pun melepak sambil makan durian yang baru aku ambil di kebun arwah bapa aku di Negeri Sembilan 3-4 hari lepas. Sambil melihat langit indah ciptaan Allah SWT..tiba2 aku teringat kata tok aku.. ‘ sekarang hujan turun dah tak kira musim ‘. Keluar kat TV ramalan kata tak hujan..tiba2 hujan turun mencurah2. Ini fenomena alam yang sering terjadi hari ini..sama ada kita perasan atau tidak.

Tiba2 aku teringatkan buah yang aku makan. Bukan setakat hujan sahaja yang sudah tidak bermusim..buah2an pun tumbuh tiada bermusim. Dulu kalau aku nak makan rambutan kena tunggu biasanya selepas syawal iaitu sekitar cuti sekolah hujng tahun. Dan setiap kali itu aku gembira waktu kecil sebab dapat berkumpul dengan keluarga tok nenek aku sebelah sini setiap kali cuti sekolah..pasal dapat makan rambutan. Cuti sekolah masa kecil aku cukup indah dengan kenangan itu yang telah berbelas tahun berlalu.

Hari ini kita tak dapat agak lagi bila buah nak tumbuh..kadang2 sepanjang tahun kita dapat makan buah.. sebab dah tak perlu tunggu hujung tahun macam dulu. Aku perhatikan sentiasa ada durian dijual ditepi jalan dalam harga yang murah. Kerana terlalu mudah nak mendapatkannya..buah2an dah tak tak tinggi nilainya seperti dulu. Jarang sekali kita dengar sekarang keluarga di kota teruja nak balik kampung sebab nak makan buah2an bila tiba musim. Nilai kekeluargaan dah tak sehebat dulu.. Tak tahulah..mungkin ini perasaan aku jer. Lebih baik lepak di mapley ataupun Hartamas Square dengan chikaro kat situ.

Apakah ini suatu petanda..? Mungkinkah buah2an yang dilihat sudah semakin tumbuh sepanjang tahun merupakan suatu petanda yang bumi ini semakin subur..? Hujan turun dari langit..dan apakah ini suatu petanda dari langit yang Allah SWT mahu tunjukkan pada kita. Buah2an asalnya dari pokok..dan pokok asal dari tanah. Dan apakah dari tanah juga ada peringatan dari tuhan yang Maha Agung..? Petanda dari langit dan bumi..sesungguhnya Allah SWT yang maha berkuasa memerintah sekalian apa yang ada dilangit dan dibumi.

Kita tahu bahawa diakhir zaman akan ada suatu kemarau yang berpanjangan.. Apakah bumi yang subur merupakan suatu tanda bahawa kemarau yang berpanjangan akan muncul..? Dan disaat kemarau berpanjangan itulah Dajjal akan muncul menyesatkan umat manusia diseluruh dunia dengan kebolehannya menurunkan hujan.

Diakhir zaman juga kita tahu bahawa manusia akan kembali berperang menggunakan pedang dan kuda.. Kalau tak percaya sila google sendiri maklumat2 ini. Akan berlaku perang akhir zaman diantara pembawa2 panji hitam dari ufuk timur iaitu dari kaum muslimin yang gagah berani menentang musuh2 Allah SWT.

Kata guru (PSSCM) silat aku, Tuan Haji Ishak Bin Itam..menjaga diri itu suatu kewajipan bagi manusia. Mereka yang tak mahu berusaha atau berikhtiar untuk menjaga diri itu adalah dari kalangan orang yang sombong. Jadi apakah persediaan kita dalam menghadapi musuh2 Allah diakhir zaman jika dipanjangkan umur kita..? Senjata bagi orang mukmin adalah doa. Yang pertama kita berdoa..kedua berusaha..berikhtiar dan bertawakal. Apa usaha kita..? Kedua tangan yang Allah beri pada kita untuk berdoa itu jugalah yang menjadi senjata pada kita. Tak perlu pistol segala.. Mereka yang yakin pada Yang Maha Esa tahu bahawa tangan ciptaan Allah SWT itu lebih berbisa dari sebarang senjata ciptaan manusia. Syaratnya hati kena bergantung seratus peratus pada Allah SWT..sebab kata jurulatih aku silat cuma pakaian..kuat atau tidak isinya bergantung pada kekuatan hati kita.

Silat adalah merupakan anugerah Allah SWT pada bangsa Melayu di bumi nusantara ini..jadi kita kena hargai. Cuma jangan campur adukkan silat dengan perkara khurafat..sebab silat asli cuma menjadikan Allah tempat bergantung. Tak perlu menuntut ilmu kebal..sampai mensyirikkan Allah SWT. Kalau ada manusia ada ilmu kebal secara tiba2 itu mungkin karamah..manusia biasa takkan boleh kebal tiba2 tanpa izin Allah SWT..kecualilah dia bersahabat dengan Jin dan Setan.

Itu cerita silat..

Pasal bencana alam..

Tasik Galilee pun sudah semakin kering.. ap itu tasik Galilee kalian boleh google sendiri. Berusahalah sikit nak cari ilmu. Bila tasik galilee kering masa tu la al-masih Isa As akan turun..

Pada tiga2 line..gengster2 Melayu kalau hangpa semua betul pejuang agama dan bangsa tunjukkanlah sesuatu. Jangan asyik bantai dan khianat bangsa sendiri..nanti kat akhirat tuhan azab kita pasal buat janji palsu.

Wallahualam..

6:47. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?”

Advertisements

Malam Di Ibukota : Erti Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Perjuangan on June 27, 2010 at 5:17 pm

Dedikasi buat kekanda dan adinda Segitiga Emas Bersatu dan adik beradik seperjuangan di seluruh negara..

Hari ini aku bangun pukul 3pm..dah lama aku tak bangun sampai tengahari macam ni tapi disebabkan aku tidur lambat semalam iaitu pukul 4am maka tersadai la aku sampai matahari dah terlebih 90 darjah di langit. Disebabkan dah lama aku tak bangun lewat macam ni maka kepala aku jadi haru biru terhuyung hayang kepeningan seolah2 mabuk laut.

Syukur juga kehadrat Allah SWT semalam sebab adik beradik seperjuangan aku sebelah Johor semua selamat kembali ke Johor selepas berada selama ham6 jam di KL. Kebanyakan mereka tiba pada pukul 9pm dan pulang sekitar pukul 5am berikutnya. Jarak yang bukan dekat dari KL ke Johor (400km) namun kerana komitmen yang tinggi..semua benda tu tak jadi hal punya.

Kepada adinda2 baru yang mengikuti blog ni (ada yang tegur semalam pasal blog..hehe).. saya ucapkan selamat menempuh ke alam perjuangan. Kita ada ramai kawan atau ahli bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati apatah lagi nak menindas orang lain. Jangan kerana kelebihan yang ada pada kita..kita anggap itu lesen untuk kita bersikap angkuh, riak dan takbur. Kita kalau nak sangat jadi samseng pun.. jangan ibarat jadi samseng kampung. Maksudnya jalan berkepak tak semena2 buat pasal sana sini. Apa yang ada..kita simpan baik2 macam kita simpan rahsia bila nak pakai baru kita keluarkan.

Taat pada pemimpin selagi pemimpin tu kita rasakan tak bercanggah dengan agama dan adat kita sebagai seorang Melayu Islam (kena sebut penuh..bukan semua Melayu zaman skang Islam ). Bila ada salah pi berbincang dulu. Kita semua bakal jadi pemimpin..dan untuk jadi pemimpin yang bagus kita kena belajar bagaimana untuk dipimpin orang lain terlebih dahulu. Jangan awal2 dah fikir nak melompat tinggi2..sebab lagi kita lompat tinggi lagi sakit dan parah bila kita jatuh. Maksudnya bersederhanalah dalam semua hal. Kuasa dan kedudukan tu kerja Allah SWT.. kalau dia bagi jalan kat kita nak dapat kuasa maka kita dapatlah. Tapi kalau belum sampai masa..jangan dok buat khianat atau hasad dengki kat orang sebab nak dapat kuasa atau harta benda. Benda ni banyak aku tengok dah.

Lepas tu bila bercakap jangan la besaq berdegaq2 kata orang Kedah. Orang tengok kita taiko bukan pasal mulut kita asyik pom sana pom sini tapi orang tengok kita taiko pasal cara kita. Prinsipnya orang hormat kita sekali..kita hormat dia berkali tapi kalau orang tu khianat kita..sengsara la hidup dia kita buat. Ini baru nama samseng tapi yang ada akal punya la..

Pesan …… semalam kita kena ingat bila duk bawah satu bumbung kita kena bersatu. Bukan semata2 bersatu atas nama pertubuhan tapi bersatu atas nama bangsa Melayu dan agama Islam. Kita bukan binatang nak bergaduh sana bergaduh sini tapi kita adalah hambaNya seorang manusia yang dikurniakan akal. Hak bangsa Melayu dan hak Islam biar seperit mana pun tetap kita kena pertahankan. Jangan jadi anak Melayu BANGSAT yang memecah belahkan bangsa sendiri dengan fitnah tanpa usul periksa. Kita bukan tuhan boleh sesuka hati tuduh orang itu ini..mata kita ada hijab. Kita bukan wali boleh tengok hati orang baik atau busuk. Kadang2 luar nampak baik dalam pulak nampak busuk. TETAPI dalam menjaga hak Melayu jangan pulak kita tindas bangsa lain.. pasal banyak yang kita boleh belajar dari depa.. Belajar dari depa tak bermaksud kita cuba jadi seperti mereka atau tiru mereka bulat2..pasal kita ada cara kita sendiri. Faham yang ni betul2..

Jagalah tingkahlaku.. kalau ada mak bapak jaga elok2. Sejahat mana pun kita mak bapak tetap kena jaga.. iman dalam hati tetap kena ada walau sebesar zarah. Bila hati tak ada iman walau sebesar zarah jangan mimpi nak masuk syurga. Macam mana nak jaga hati jangan mabuk jangan berzina la. Kalau nak mabuk atau beromen jugak.. kita kena tau la bila nak berhenti. Biasa la anak muda..aku pun anak muda jugak..umur baru 23 tahun ni..jadi aku pahamlah perangai hangpa semua.

Bawak nama ayahanda..abang long dan abang2 kalian baik2. Jangan dok jaja sana dok jaja sini.. kena pelangkung nanti menangis tak berlagu takdak sapa nak layan dah. Menangis la hang sorang2.. Jangan rasa kita lagi hebat dari orang lain..sebab kalau dah nama pun manusia..selagi belum mati.. selagi tu la ilmu dunia ka..akhirat ka..kita takkan abih tuntut. Tuntut la ilmu dunia sampai la ke akhirat.

Raja dan pemimpin2 Melayu kita tetap kena taat. Jangan sesuka hati langgar undang2 tanpa sebab..

Akhir sekali aku mintak ampun kalau ada tersalah bahasa.. teguran akan saya terima dengan besar hati. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu tetap dari saya.

Salam.
Long Anaz.


Sampai Bila..?

In Fisabilillah, Perjuangan on June 15, 2010 at 7:03 am

Kita cuma buka mata bila ada isu besar.. bila kapal Mavi marmara ditawan Israel.. kita semua melenting, marah dan mencemuh bangsa Yahudi dan Negara Israel. Kita laungkan anti Israel..anti Yahudi.. boikot itu boikot ini. Namun berapa ramai yang berani akui bahawa sebahagian besar kita adalah hipokrit dalam sebuah perjuangan..? Bila tiba piala dunia..isu kekejaman Israel pada bangsa Palestin..yang juga saudara mara kita di sana kembali reda. KisahPalestin ibarat pisan goreng..panas sekejap bila dah lama kembali sejuk. Sekarang semua orang memperkatakan tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. Isu Palestin..? Kembali reda.

Kita cuma jadi jaguh bila ada isu.. kita cumabersemangat bila isu sedang hangat. Tapi kita jadi lalai bila ada hiburan dunia. Mereka di Palestin tiada musim bila menderita.. kerana penderitaan mereka berpanjangan. Mana mereka disini yang mengaku berjuang di jalan fisabilillah..? Mana mereka yang kononnya pejuang agama, bangsa dan negara..? Kebanyakan hanya pejam sebelah mata.. menghampiri jalan orang munafik yang katanya pejuang sabil.. tapi bila saudara kita disana ditimpa kesusahan adakah kalian ambil berat isu..? sebaliknya pejam mata. Perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak. Pernahkah kalian tahu mengapa peperangan tersebut terjadi..? Tepuk dada tanya selera.

Ada yang kata tak guna kita berlebihan..sebab perang antara Islam dan yahudi sampai kiamat pun tak sudah. Benar..tapi takkan nak tunggu kedatangan Mahdi baru kita nak bertindak. Jihad tak semestinya kena mengangkat senjata.. sekadar ambil tahu dan berdoa untuk perjungan para tentera sabil di sana dah memadai. Bukan terpekik terlolong bila hanya ada isu..dan kemudian senyap tanpa mahu mengambil tahu apa2 tentang mereka disana.

p/s : aku tetap suka makan McD.

Perjuangan Bangsa

In Perjuangan on April 19, 2010 at 2:47 pm

Dulu aku pernah jumpa seorang lelaki cina ni dia cakap ‘ lu orang Melayu jangan cakap besar cakap kami orang Cina boleh balik Cina ‘ .Bila aku tanya balik kenapa dia cakap ‘ kalau tak ada orang Cina kat Malaysia lu ingat Malaysia boleh maju ini macam ka..? Melayu semua pun malas tapi cakap ada besar ‘.

Lepas habis dia berkata2 aku diam jer nak bangkang pun tidak nak setuju pun tidak, sebab aku lebih suka berfikir kalau orang kritik tentang sikap bangsa aku ni. Brader aku pernah cakap dulu nasib baik Melayu ni Islam, kalau Melayu ni masih menganut agama Hindu mesti lebih teruk perangai dari keling..! Memang pedas kenyataan dia tapi itulah hakikatnya. Kita semua melaungkan Melayu adalah tuan di bumi Malaysia ni.. sebab kita adalah bumiputera. Hakikatnya istilah ketuanan Melayu tu cuma wujud sebab kita masih bersultan dan beraja sahaja.

Namun hari ini aku tak berapa setuju dengan istilah ketuanan Melayu sebab seolah2 menggambarkan yang bangsa Melayu ni adalah tuan di bumi Malaysia ni walaupun Melayu tersebut hidupnya kadang2 mirip seorang hamba..! Siapa yang punya kuasa, pengaruh dan kekuatan ekonomi maka dia lah tuan.

Tapi kita tak dapat menolak hakikat bahawa bangsa Melayu lah yang membentuk kerajaan Melayu di zaman kegemilangannya. Di tanah semenanjung Kesultanan Melaka pernah berkuasa, malah di kepulauan Borneo sana pernah ada kesultanan Sambas, Kutai dan Brunei iaitu satu2nya kerajaan beraja yang masih wujud disana. Pada ketika itu ketika bangsa Melayu membentuk kerajaan benar kita adalah tuan.

Namun kita kena terima hakikat perubahan masa dan keadaan. Perhatikan suasana hari ini dengan sikap bangsa Melayu tidak malukah kita mengaku sebagai seorang tuan sedangkan hakikatnya bangsa kita bangsa Melayu masih jauh ketinggalan. Anak Melayu ni cuma tak ketinggalan dan kedepan dengan masalah mat rempit, ragut dan sebagainya yang entah apa2. Lebih memualkan berapa ramai hari ini anak2 Melayu yang mengaku kononnya mendaulatkan dan memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam tapi sekadar ucapan berapi di mulut, bila tiba di hati dan perbuatan langsung tiada apa2.

Yang kita dengar cuma Melayu pau Melayu, Melayu bantai Melayu dan entah apa2 cerita layu lagi. Ada mamat Melayu ni cakap dengan aku ‘ ala naz, cina pun bantai cina jugak ‘. Memang tapi dari segi sudut kerjasama mereka dah jauh tinggalkan kita. Kerana penyatuan mereka yang kuat mereka dapat menguasai ekonomi tak macam Melayu yang suka dengki Melayu. Jadi pemimpin pun kerjanya nak menjatuhkan Melayu yang lain. Bila berbaiah pun haram sepatah tak berpegang dengan apa yang diucapkannya, majoriti.

Buktikan bahawa bangsa Melayu pun boleh bangun setanding dengan bangsa lain. Jangan kita hanya jadi bangsa yang sekadar dipandang sebelah mata atau rendah oleh sesiapa. Kaji dimana silap dan kurangnya dengan bangsa kita, apa yang menyebabkan hanyut dan rosaknya bangsa dan sebagainya. Masih banyak diantara kita yang cakap kosong berjela2 tapi apa pun tak ada.

Kita boleh belajar dari sejarah 5 sami iaitu Choi Tak Chung, Fong Tai Hung, Ma Chiu Hing, Wu Tak Tai dan Lee Sik Hoi yang bersumpah untuk mengembalikan kerajaan Ming yang digulingkan oleh kerajaan Qing sehingga mampu membentuk sebuah organisasi yang kuat. Kalau nak berpaksikan sejarah Islam kita tetap ada tokoh seperti Salahuddin Al Ayubi yang merupakan pemimpin dua dalam 1 masa sebagai seorang raja dan panglima.

Dzhennet Abdurakhmanova

In Islam, Perjuangan on April 3, 2010 at 9:49 pm

Inilah wajah wanita yang melancarkan serangan berani mati yang telah membunuh ramai orang awam di stesen keretapi bawah tanah di Rusia baru2 ini.Gambar lelaki di sebelahnya ini adalah gambar suaminya,  Umalat Magomedov yang mati kerana pertempuran dengan tentera Rusia tahun lepas.

Selepas kematian suaminya, Dzehennet telah bersumpah untuk membalas dendam keatas kerajaan Rusia.Malah dia juga menganggotai sebuah kumpulan yang dinamakan ‘black widow’ iaitu kumpulan balu yang suami mereka mati kerana perjuangan membebaskan wilayah mereka dri kerajaan Rusia.

Dari sisi negatif dia nampak bersalah kerana membunuh manusia yang tidak bersalah tetapi dalam sisi positifnya dia adalah seorang yang berani kerana dalam usia 17 tahun dia sanggup utnuk memikul tanggungjawab yang besar.

Fikirkanlah..

Sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa memohon Allah mati syahid dengan sebenar2nya, niscaya Allah akan menyampaikan rohnya ke tingkatan para syuhada sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya.

Ya Allah ya tuhanku jadikanlah kami pejuang Fisabilillah dengan harta dan jiwa raga kami semata-mata untuk memperoleh keredhaanmu dengan kurnia dan kemurahanMu.Ya Allah tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Perajurit Kecil Yang Tak Takut Mati

In Perjuangan on January 28, 2010 at 9:51 am

Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini     tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.

Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.

Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang.

Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.

Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.

Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: “Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!” Katanya, “Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani”. Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.

Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: “Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua” sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.

Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.

Sumber : Matamin02.blogspot.com

Kisah Harimau Dan Komunis

In Perjuangan on October 19, 2009 at 7:22 am

SEKITAR 1950-an, Kampung Juntaian Dedalu menjadi sasaran ancaman komunis. Boleh dikatakan setiap hari rumah penduduk digeledah pengganas.

Bahan makanan seperti beras, gula dan tepung gandum habis diangkut.Yang disyaki tali barut kerajaan pula ditangkap dan dibawa ke hutan.Penduduk benar-benar ketakutan! Kedudukan kampung itu yang jauh di pedalaman dan bersempadankan hutan tebal membuka peluang komunis bermaharaja lela.

Nyawa ketua kampung..Musa Angak..bagaikan telur di hujung tanduk. Dia diugut. Kalau cuba berlagak hero, nyawa pasti melayang.Suatu hari, kampung itu dikejutkan bunyi ledakan senjata api.Tembakan dari arah pinggir hutan membuatkan penduduk kecut perut. Selang tiga hari selepas insiden itu..tersebar berita bahawa tembakan itu sebenarnya pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan komunis.Tujuh pengganas mati.

Berikutan itu, tiga pasukan Askar Melayu seramai kira-kira 200 anggota ditempatkan di kampung itu.Sebuah kem yang dilengkapi pelbagai peralatan tentera didirikan di situ.

Kalau dah pengganas..pengganas juga! Kehadiran pasukan keselamatan menimbulkan kemarahan komunis. Setiap kali membuat rondaan..mereka diserang hendap komunis.Nyawa Musa Angak nyaris melayang apabila rumahnya dibakar komunis.Berikutan peristiwa itu.dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kerakusan komunis sampai ke kemuncak.Mereka semakin berani. Kem pasukan keselamatan menjadi sasaran serangan mereka. Semakin ramai penduduk..terutama lelaki..hilang tanpa dapat dikesan.Ketua kampung tertekan!

Hingga pada suatu hari…Musa..Pak Mail yang tinggal di hujung kampung ni dah lama tak nampak muka hidung.Aku risaulah… ditangkap komunis agaknya!? kata Dollah Sumbing..epupu ketua kampung itu.
Segera terlakar simpati berbaur kebimbangan di wajah Musa Angak. Wajah tua Pak Mail berusia hampir 70 tahun memenuhi ruang otaknya.

Ya Allah! Jauhkanlah kami semua daripada segala mala petaka..cuma itu yang termampu dilafazkan Musa Angak.Kehilangan Pak Mail..lelaki tertua di kampung itu..menimbulkan tanda tanya penduduk. Menurut cucunya..orang tua itu tidak pulang setelah ke sungai untuk mandi dan mengambil wuduk. Puas ditunggu hingga malam, namun Pak Mail tidak juga muncul.

Suatu petang..seorang penduduk yang memancing di sungai bertempiaran lari apabila terserempak seekor harimau mengheret sesuatu seperti manusia. Mangsa berpakaian sepasang hitam itu tidak bernyawa lagi. Seluruh badan dibasahi darah!

Selang seminggu selepas tragedi itu..satu lagi kejadian berlaku di hujung kampung.Kali ini lebih dahsyat! Mamat Leleh yang melihat kejadian itu sungguh terkejut.

Dia yang dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya, dilintasi seekor harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Pada jarak 40 meter, Mamat Leleh ternampak raja rimba itu menggonggong tiga kepala manusia berlumuran darah. Dia menggeletar. Panik!Sampai di rumah, dia menceritakan apa yang dilihatnya kepada ayahnya.Pada mulanya Dollah Sumbing kurang percaya..tapi setelah diceritakan satu persatu..dia percaya. Lagi satu bala datang!

Betul ayah! Tiga kepala yang digonggong harimau itu berlumuran darah. Habislah kita… belum habis komunis diburu..kini harimau pula mengganas..Mamat Leleh cuba meyakinkan ayahnya.

Belum reda kisah itu..penduduk digemparkan pula dengan kejadian harimau berkeliaran di kawasan kampung pada waktu malam. Perintah berkurung terpaksa diperketatkan dan pasukan keselamatan mempertingkatkan rondaan.

Bagi menjamin keselamatan penduduk, ketua kampung dan beberapa wakil penduduk mengadakan perjumpaan dengan pasukan keselamatan bagi mencari jalan mengatasi ancaman harimau.

Pakaian hitam

Kita pun hairan kerana kebanyakan mangsa binatang itu berpakaian serba hitam. Encik Musa benar-benar pasti mereka bukan penduduk kampung ini? Memandangkan keadaan kampung ini..kami yakin harimau memang ada. Kami nasihatkan penduduk supaya tidak ke kawasan berhampiran hutan..seorang sarjan mengemukakan cadangan.

Tapi sarjan, sebelum kampung ini diancam komunis..penduduk tidak pernah berjumpa harimau. Kehilangan Pak Mail juga membingungkan kami. Manalah tahu..dia menjadi mangsa pertama binatang buas itu. Mungkin binatang itu kini kemaruk daging manusia..balas Musa Angak.

Perjumpaan itu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan pasukan Home Guard bagi membantu pasukan keselamatan mengawal keselamatan kampung. Ketua kampung memberi jaminan akan mendapatkan seberapa ramai penduduk menyertai pasukan itu.Dua minggu kemudian..80 anggota pasukan ditubuhkan itu dibekalkan senapang patah. Latihan menembak dan berkawad diadakan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun..ia tidak meredakan ancaman harimau.

Yang menghairankan..setiap kali mengadakan rondaan bersama pasukan keselamatan, kelibat binatang itu kelihatan mengekori mereka. Macam ikut sama meronda pula! Ada yang ketakutan apabila ternampak kelibat binatang itu yang kadangkala mengaum, seolah-olah memberi isyarat ada musuh menunggu.Namun..mereka tidak diapa-apakan binatang terbabit.

Dalam satu operasi di pinggir kampung..seorang pegawai tentera yang mengetuai gerakan menjejak komunis ternampak beberapa pengganas lari lintang-pukang, seolah-olah dikejar sesuatu. Di kedudukan atas bukit, pasukan keselamatan dibantu Home Guard bersedia menggempur pengganas.

Sejurus kemudian, bunyi ledakan senjata api dari arah bukit itu memecah keheningan. Komunis yang ketakutan dikejar sesuatu itu cuma mampu merelakan diri dirobek peluru. Sepuluh komunis tersungkur di situ.
Dalam perjalanan pulang, pasukan Askar Melayu dibantu anak buah ketua kampung terserempak dengan seekor Pak Belang mengheret mayat seorang komunis.

Sepanjang hayat aku..itulah pertama kali melihat harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Peliknya..ia nampak macam jinak apabila bertemu manusia.

Hendak dikatakan harimau jadian, mana ada penduduk di kampung ini mengamalkan ilmu itu.
Tak tergamak pula membunuhnya kerana kehadiran harimau itu membantu kita menjejak komunis..kata Musa Angak kepada Dollah Sumbing.

Sambil menghirup kopi o, Dollah Sumbing mencelah..Kau tidak terfikir ke hendak mencari Pak Mail? Kalau mati sekalipun..biarlah berkubur. Sedih aku apabila mengenangkan kehilangan orang tua tu.

Ketika mereka rancak bersembang..tiba-tiba muncul lima Askar Melayu lengkap bersenjata. Reaksi mereka macam ada sesuatu perlu diberitahu.Encik Musa..kumpulkan anggota Home Guard segera. Tengah hari nanti, berkumpul di kem.Kita akan mengadakan operasi di satu kawasan dekat kebun getah..kata seorang askar.

Tepat jam 12 tengah hari..100 anggota Askar Melayu dibantu 80 anggota Home Guard bergerak ke kawasan itu. Operasi itu berikutan maklumat diterima mengenai kewujudan sebuah kubu pengganas di pinggir kebun getah. Berdasarkan maklumt..antara 30 dan 40 komunis berkubu di situ.

Namun, sebelum sampai di kawasan sasaran..mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Serentak itu, kedengaran suara harimau mengaum menggegarkan suasana sekitar. Lantaran bunyi tembakan itu..anggota Askar Melayu dan Home Guard menyangkakan Pak Belang sudah pasti kecundang di tangan komunis.

Sejurus kemudian..bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Secara berhati-hati..anggota askar terbabit dan Home Guard meneruskan penjejakan.Sampai di situ, mereka ternampak seekor harimau menjilat tubuh komunis yang terbujur kaku dan berlumuran darah.

Masing-masing tergamam! Kematian komunis dengan kesan tembakan di seluruh badan menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota pasukan itu. Siapa menembak mereka? Harimau? Mana mungkin binatang boleh menggunakan senjata! Dalam pertempuran misteri itu..30 komunis maut. Senjata mereka yang berselerak dan ada antaranya patah dipijak harimau itu..dibawa bersama mayat pengganas ke kem askar.

Seminggu selepas itu, Pak Mail pulang ke rumah dan dia kelihatan sihat seperti biasa. Cucunya diminta menjemput ketua kampung kerana ada perkara mustahak perlu diberitahu.Musa..kini kampung kita bebas daripada ancaman komunis. Maklumkan kepada penduduk mengenai perkara ini. Jangan tanya bagaimana komunis itu boleh dihapuskan..katanya.

Baiklah Pak Mail..tapi ancaman harimau tu macam mana pula? Penduduk masih ketakutan..balas ketua kampung.Binatang itu sudah tiada lagi. Dia dah kenyang meratah daging komunis. Lupakan perkara itu. Oh ya! Kalau jumpa pegawai askar tu.jangan lupa kirim salam padanya..pinta Pak Mail.

Dengan kuasa Tuhan..ketika Pak Mail meninggal dunia..penduduk kampung yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan terdengar bunyi harimau mengaum di pinggir dusun buah-buahan. Musa Angak yang sibuk menimbus pusara itu tersentak seketika.

Terima kasih Pak Mail..semoga roh kamu ditempatkan di sisi roh orang-orang beriman..bisik hati kecil Musa Angak.

P/s : Kisah benar dari seorang tua..

Harimau Cute

Kemana Samseng Melayu

In Perjuangan on October 13, 2009 at 5:08 pm

Bak sudah jadi suatu fenomena hari ini anak2 bangsa Melayu berlumba mahu menunjukkan kepak mereka dan bagai sudah sebati..mereka mahu menunjukkan kejantanan mereka dimana2 sahaja.

Kemana sajalah tahap samseng anak Melayu ini yang cuma terpekik terlolong tapi tiada apa yang hendak dibanggakan pada dirinya.Punya cukup ilmukah didada atau sudah khatamkah apa yang sepatutnya dipelajari..? Mungkinkah samseng Melayu ini ibarat tin kosong..ditendang berbunyi kuat tapi isi dalamnya tiada apa..

Kenapa mahu berlumba menunjukkan pengaruh dan kehebatan diri..bila kita punya banyak lagi perkara yang harus diberi perhatian.Dah kedepankah kita dari segala segi termasuk ekonomi berbanding bangsa lain di bumi tercinta ini.Banggakah dengan gelaran samseng walaupun terpaksa menumpahkan darah bangsa sendiri dek kerana kerakusan nafsu dan tamakkan kuasa.

Kemana hilangnya istilah adik beradik seperjuangan yang dilaungkan..?

Kalau benar mahu jadi samseng..jadilah mereka yang punya kekuatan lahiriah seperti ekonomi dan kukuhnya persaudaraan seagama dan sebangsa.Jangan hanya mahu menunjukkan kejantanan pada saudara seagama hingga ditertawakan oleh mereka yang bukan berkongsi budaya yang sama.Dah punya kekuatankah kita untuk berlagak angkuh dihadapan orang ramai.Banggakah dengan gelaran dan pangkat yang dikejar..dan bukan kerana matlamat sebenar dalam perjuangan.

Bangunlah kita bangsa Melayu..keluarkan minda kita dari pemikiran lapuk dan kuno bangsa ini..yang hanya percaya..bilangan yang ramai dan nama yang besar sudah membolehkan kita berdiri sama tinggi dengan puak lain.Hingga kita melupakan perkara yang lebih penting..iaitu kekuatan ummah..kekuatan ekonomi dan pemikiran yang kreatif.Jangan hanya bangga dengan riak muka yang penuh angkuh dan takbur..tetapi batinnya bagaikan bekas yang kosong.

Kita tetap punya jalan wajib yang disediakan..jadikannya sebagai panduan.

wafaq-harimau

Komunisme Disanjung..?

In Perjuangan on October 13, 2009 at 4:07 pm

Pimpinan Markas Besar

Ada sedikit yang perlu aku perbetulkan mengenai tanggapan sesetengah orang termasuk rakan aku yang tidak bersetuju kerana mengangkat para pejuang Melayu didalam komunis sebagai salah satu pejuang yang juga sepatutnya dikenang.

Untuk makluman aku bukanlah seorang yang mengangkat atau menjunjung ideologi komunisme ciptaan Karl Max..sebaliknya aku mengangkat perjuangan anak2 Melayu didalam komunis iaitu regimen ke-10 PKM.Kita selalu mencerca mereka iaitu anak Melayu yang terlibat didalam komunis tanpa mengetahui secara mendalam isi hati budi mereka.Apa yang membuatkan mereka menyertai komunis dan sebagainya..dan lebih teruk mereka dikatakan murtad kerana menyokong sebuah ideologi yang dikatakan menolak agama.

Pentingnya kita mengkaji sejarah yang bukan berpandukan buku teks disekolah semata2 supaya mata kita lebih terbuka luas.Kedua2 datuk aku adalah anggota polis manakala bapa aku sendiri seorang pegawai kanan dalam angkatan tentera.Sepatutnya awal2 lagi aku dah menolak perjuangan anak Melayu didalam komunis.Tanpa kita sedar mereka juga punya semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan maruah negara dan bangsa Melayu.

Aku juga menolak penubuhan negara komunis yang jelas akan mengetepikan kuasa raja Melayu dan hak bangsa Melayu sebagai bumiputera.Pernahkah kita tahu bahawa perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan dahulu dipandang sinis oleh Inggeris yang sememangnya memandang rendah pada kebolehan bangsa Melayu.Apalagi dengan kejayaan mereka memasukkan residen mereka ke Tanah Melayu setelah merancang agenda yang sangat teliti sehingga melibatkan sultan2 Melayu.

Bila tertubuhnya parti atau pertubuhan yang jelas tidak memihak pada kepentingan Inggeris..mereka akan dibubarkan.Suara segelintir mereka tidak didengar para penjajah sehingga memaksa mereka mengangkat senjata bersama komunis yang juga semasa pendudukan Jepun mendapat bekalan senjata daripada British..?
Pemimpin komunis Melayu ini lahir di tanah Melayu maka mereka juga mempunyai kesedaran dalam membela bangsa mereka daripada penjajah.Sejarah tetap sejarah dan tidak akan dapat diubah..yang hanya dapat berubah adalah pandangan kita pada mereka.

Kita kata komunis zalim..yang zalim itu adalah para komunis di Johor atau segelintir komunis berbangsa Cina.Bagaimana dengan pembunuhan Tok Janggut..? tidak zalimkah..? Dato Maharajalela..atau Pahlawan Mat Kilau.Mereka juga menentang penjajahan tetapi akhirnya mereka kecuali Mat Kilau riwayatnya berakhir di tali gantung.Angkara siapa..? Lupakah kita..? Allahyarham Rashid Maidin menghabiskan sisa hidup terakhirnya di selatan Thailand..dengan menjadi guru Al-Quran.Malah dalam temubual dia juga mendoakan kesejahteraan negara Malaysia tercinta hingga menitiskan air mata melihat kemakmuran negaranya walaupun dia sendiri tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahirannya.

Dan pada anak Sarawak..apa kita sudah lupa pada perjuangan Allahyarham Rosli Dhobi..? Nasihat aku kita kena melihat dari segenap aspek dengan pemikiran yang sangat luas.Jangan hanya melihat pada sejarah yang sedikit sebanyak telah diubah mengikut kehendak bangsa Inggeris.Sudah terlalu lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh bangsa barat..dan kita harus sentiasa belajar daripada sejarah agar terbuka segala pandangan kita.Kembalikan kegemilangan bangsa Melayu sebagaimana Melaka membina empayarnya..

Namun..hari ini apa yang kita dapat saksikan..? Kebodohan minda kita disebalik kemajuan tamadun..salah satunya kerana terlalu menerima bulat2 apa yang disajikan didepan mata.Kita doakanlah apa yang terbaik buat tanah air tercinta ni..apa saja ideologi yang bertentangan dengan budaya kita haruslah ditolak agar tidak memesongkan akidah.Kata seorang tua yang aku kenal..tok bukan menjunjung komunis..tetapi itu sahaja jalan agar suara kami didengar.Kami juga cintakan agama dan bangsa kami..dan itulah sebab kami mengangkat sejata.

Hari ini pun ramai generasi muda yang berfikiran radikal kan..

Penjajahan Keatas Bangsa Melayu di Nusantara

In Perjuangan on October 8, 2009 at 3:57 am

Penjajahan Belanda Ke atas Tanah Melayu

Pada sekitar kurun 1400 seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara yang beragama Hindu telah diislamkan oleh pendakwah dari Timur Tengah iaitu cucu cicit kepada Rasulullah SAW.Di waktu yang sama penduduk di Eropah mengalami zaman gelap iaitu zaman Renassance.Rakyatnya hidup dalam keadaan yang penuh hina dan mundur disaat kerajaan Islam di bawah khalifah Islam mencapai kegemilangannya.

Sekitar penghujung tahun kurun ke-13 bangsa Eropah yang beragama Kristian bangkit dan mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik dan bertamadun dari sebelumnya.Manakala kerajaan Islam disana pula tumbang akibat perang saudara..perebutan kuasa dan sebagainya.Apabila misi mereka untuk menumbangkan kerajaan Islam di Eropah dan timur tengah berjaya..

Kini tiba kepulauan Nusantara..

Pengislaman Paramesawara serta Raja dan Sultan di Acheh telah mendapat perhatian bangsa Eropah ini.Ini kerana bangsa Nusantara bisa menjadi ancaman buat mereka di masa akan datang.Ditambah pula dengan perkhabaran oleh Rasulullah diakhir zaman nanti..Allah SWT akan membangkitkan pemimpin dari timur iaitu Al-Mahdi yang lahir dari negara yang menjadi pertemuan tiga laut dengan ditangannya memegang panji hitam.
Jadi perancangan yang sulit dan rapi harus dilakukan untuk menyekat kebangkitan Islam dari timur..

Jadi pada tahun 1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis (Portugal) kerana perang saudara yang berlaku dibumi Melaka.Ditambah pula dengan ghaibnya laksamana Hang Tuah dan tidak matangnya Sultan Mahmud dalam mentadbir negeri Melaka.Begitu juga keseluruhan Nusantara termasuk kepulauan Jawa.Walaupun Melaka jatuh ketangan Portugis..namun mereka sukar untuk meluaskan pengaruhnya disekitar kerana mendapat tentangan sengit daripada kerajaan Riau..sumatera..dan langkasuka.

Kepulauan Indonesia lebih senang ditawan kerana bahasa..suku dan budaya mereka yang terlalu banyak.Berbeza dengan kepulauan Melayu..walau terdiri daripada berbagai suku seperti Minang..Sunda..Bugis dan Acheh tetapi mereka bersatu diatas nama Melayu dan pertembungan budaya menyebabkan asimilasi atas nama bangsa Melayu.Belanda yang menjajah Melaka selepas Portugis juga menyerah kalah di Melaka selepas mengambil alihnya dari tangan Portugis..

Antara kekuatan bangsa Melayu ketika itu adalah agama Islam.Malah st Xavier yang berusaha keras untuk mengkristiankan bangsa Melayu juga gagal.Maka perancangan lain harus dilaksanakan untuk menjajah bangsa Melayu di Nusantara..akhirnya Inggeris yang menjajah tanah Melayu selepas Portugis dan Belanda telah mengenalpasti kesilapan mereka..iaitu bangsa Melayu lebih sukakan perbincangan melalui diplomasi berbanding kekerasan.Ini dapat dilihat berbanding penjajahan keatas India dan Afrika yang lebih keras layanannya keatas mereka..bangsa Melayu pula mendapat layanan mesra dari Inggeris.

Ini kerana pihak Inggeris tahu..untuk memenangi hati orang Melayu..mereka harus berlemah lembut dnegan bangsa Melayu.Inilah kesilapan yang telah dilakukan oleh Portugis dan Belanda..kerana sikap keras mereka..mereka ditentang habis2an oleh bangsa Melayu sehingga akhirnya terpaksa mengaku kalah.Pembunuhan JWW Birch di Perak telah membuka mata Inggeris betapa pentingnya memahami hati budi Melayu dan seterusnya menyebarkan agenda halus kedalam hati bangsa Melayu tanpa mereka iaitu bangsa Melayu sendiri sedari.

Barat juga tidak berani menyentuh raja dan sultan di kepulauan tanah Melayu seperti yang telah mereka lakukan di kepulauan Indonesia kerana pantang bagi orang Melayu apabila raja dan sultan mereka disentuh.Dan akhirnya mereka berjaya menguasai seluruh kepulauan tanah Melayu termasuk di sarawak dan sabah.Kejayaan mereka adalah salah satunya memecahkan bangsa Melayu kepada fahaman dan ideologi politik yang berbeza2 dikalangan bangsa mereka.Untuk melemahkan bangsa Melayu ialah mengasingkan agama Islam dari kehidupan mereka..

Dan hari ini..propaganda yang ditinggalkan oleh mereka masih terus subur di Malaysia.Hanya kita bangsa Melayu yang tidak mahu berrfikir tentang perkara ini sebaliknya terus hanyut dengan dunia ciptaan sendiri.Kita yang merosakkan bangsa Melayu hari ini kerana tidak mahu sedar kita diperbodohkan secara halus oleh bangsa asing ini..

Kalau bangsa Melayu atau Nusanatara itu tidak bertamadun dan mundur..kenapa mereka sanggup bersusah payah menyiapkan kapal2 untuk berlayar jauh ke bumi nusantara..bumi timur yang penuh bertuah ini..? Namun Allah membenarkan penjajahan keatas bumi nusantara pasti ada hikmahnya..antaranya mahu kita berfikir tentang kesilapan diri sendiri terutamanya akibat tidak bersatu.

BANGUNLAH BANGSAKU..! KITA KEMBALIKAN SEMULA KEGEMILANGAN KERAJAAN NUSANTARA DI TIMUR..! JANGAN HANYA KERANA HAL KECIL SEPERTI BUDAYA KITA BERTENGAKAR DAN YANG AKHIRNYA BERTEPUK TANGAN MEREKA DI BARAT SANA.