alonganaz

Archive for the ‘Filem’ Category

Kes Datuk Sosilawati Dan Filem Tamil

In Filem, Isu Semasa, Sindiran on September 18, 2010 at 10:20 am

Ini adalah petikan akhbar Utusan Melayu 17 September 2010 mengenai pengaruh buruk filem tamil kepada orang India :

Pemantauan itu akan dibuat menerusi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

“Kita akan mencari jalan mekanismenya…antaranya kita akan melihat kemasukan drama-drama bersiri dari India khususnya. Kita kena lihat kemasukan sama ada drama bersiri yang terlalu banyak boleh mendatangkan bermacam-macam masalah,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Pinjaman Tekun Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah sebagai antara usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India terutama golongan remaja.

“Saya tidak menolak andaian yang mengatakan adegan ganas menerusi drama bersiri di televisyen dan filem Tamil dari India sebagai faktor utama punca berlakunya kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India,” katanya.  LINK

Haha.. tak tahu aku nak kata apa.. tapi kadangkala filem Tamil memang lucu. Kena tembak tak mati..terjun tingkat 4 tak patah kaki..pusing2 jari dikatakan macho.. tumbuk sikit bunyi bedebush.

Aku bukan nak bangkitkan isu perkauman disini.. pada sesiapa yang ikut blog aku dari mula akan tahu bahawa drama dan filem Melayu aku paling banyak kritik. Satu2nya filem Tamil yang aku layan ialah ‘ Sivaji The Boss ‘ lakonan Rajinikanth sebab cerita tu banyak kebaikan dan pengajaran. Salah satunya menunjukkan betapa sukarnya seorang rakyat marhaen menegakkan keadilan dan undang2 bila terpaksa berhadapan dengan ahli2 politik yang rakus menindas rakyat bawahan.

Apapun kita tidak berhak menghina filem tamil yang memang dekat dengan hati orang2 India sehinggakan ada insiden bakar panggung. Tapi aku pelik kenapa panggung2 wayang besar seperti GSC dan TGV tak siarkan filem2 Tamil di panggung2 utama seperti di Mid Valley atau KLCC..? Sedangkan aku tengok kat panggung wayang depan Pertama Kompleks tu setiap kali ada filem tamil baru ditayangkan..penuh sesak dengan penonton.

Ada sesiapa boleh jawab..?

Deyy..!!

P/s : apa2pun aku kagum sebab kebanyakan cerita Tamil dari India kerana tidak berpura2 untuk terlalu mengikut acuan filem dari Hollywood dan punya identiti sendiri serta tidak malu menonjolkan realiti sebenar kehidupan masyarakatnya. Tidak seperti filem2 Hindustan yang hipokrit.

Kenapa Aku Ban Hindustan..?

In Filem on July 3, 2010 at 2:12 pm

Tadi seorang kawan yang selalu baca blog aku kata, ‘Naz..kalau kau terer pasal movie cuba buat cerita pasal bollywood’ sambil tergelak2. Hmm dalam fikiran aku bila masa pulak aku mengaku aku terer pasal movie ni..dan dia tergelak mungkin sebab dia ingat aku tak boleh sahut cabaran dia. Sekarang ni kalau kita dengar anak muda layan hindustan mesti kita akan kata dia kampung atau tidak up to date. Cis aku benci dengan pandangan yang memprejudiskan manusia seperti ini.. Apakah bila kita layan movie dari Hollywood sahaja kita akan kelihatan maju kedepan..? Jangan lupa..mat rempit pun layan cerita Spiderman dan Avatar juga. Apakah mereka maju..? Tak bukan..? (aku kutuk rempit lagi..haha)

Dahulu aku pernah tertawakan rakan aku berbangsa Melayu sebab layan cerita Tamil bertajuk Sivaji The Boss. Aku siap panggil dia Melayu keling lagi (gila racist). Kemudian masa hari Deepavali 2 tahun lepas aku bosan tak buat apa..jadi aku buka TV2. Kebetulan masa tu Sivaji The Boss baru nak mula tayangan..kesudahannya aku layan cerita tu dari mula sampai habis.

Kita buang perkara yang merapu dalam filem tamil seperti kena tembak tak mati..atau sedut belacan pakai hidung tapi tak cedera. Kita ambil yang positif..contohnya dalam filem ni watak Boss lakonan Rajinikanth seorang yang berpengaruh tetapi sangat kuat membela golongan rakyat marhaen. Dari segi jalan cerita aku akui drama Tamil lebih bagus dari drama Meleis. Kalau tak percaya korang boleh cuba layan cereka Tamil sekali sekala, walaupun sekali dalam seumur hidup. Kita kan rakyat Malaysia yang punya semangat 1Malaysia. (tak boleh blah) Mesti korang akan akui kebenaran kata2 aku ni. Persetankan watak utamanya yang boroi..yang penting kita kena belajar sesuatu.

Berbalik pada cerita Hindustan.. 10-15 tahun dahulu iaitu semasa aku kecil aku juga adalah seorang peminat filem Hindustan. Tidak seperti hari ini..hari ini aku cuma kenal Shah Rukh Khan.  10-15 tahun dahulu aku akan duduk melayan satu keluarga aku filem2 Hindustan tahun 70an atau 80an. Jangan ditanya tentang nama hero dan heroinnnya..haram aku taktau atau lupa. Tapi jalan cerita dia memang menarik..macam Mera Naam Joker. Sedih beb..

Masa kecik dalam perjalanan balik kampung untuk sambut hari raya pun boleh pasang lagu hindustan dalam kereta. Filem2 hindustan jugalah yang telah mempengaruhi industri perfileman tanah Melayu di awal perkembangannya di Jalan Ampas, Singapura..iaitu dengan memasukkan unsur2 muzikal ke dalam filem Melayu. Disebabkan pengaruh hindustanlah.. Hang Tuah (P.Ramlee dalam Hang Tuah tahun 1958) siap nyanyikan lagu untuk kekasihnya di Gunung Ledang..sedangkan realitinya tidak sebegitu.

Tapi itu dahulu..hari ini aku sudah ban Hindustan dari hidup aku. Aku pun tidak ingat sejak bila aku ban filem Bollywood. Lebih baik aku layan filem Tamil yang dilihat tidak berpura2 berbanding dengan filem hindustan yang dilihat terlalu mahu meniru filem2 dari barat. Jarang sekali dalam filem hindustan dipaparkan suasana sebenar di India. Tidak habis2 menggunakan London atau Switzerland untuk menggambarkan kehidupan mereka disana. Seolah2 semua yang dipaparkan adalah terlalu indah sedangkan hakikat yang sebenarnya tidak..

Konflik yang sama..

Aku cintakan kau..tapi aku miskin dan keluarga kau kaya. Malah keluarga kita bermusuhan. Macam mana kita mahu bersama..?

Aku cintakan dia tapi dia adalah milik rakan karibku.

Haha..

Hindustan sama sahaja dengan drama Meleis. Cuba korang layan filem dari Iran ataupun Perancis..best dowh. Ohh filem2 Indonesia pun best juga (kecuali yang angker)..berbanding sinetron diorang yang merapu.  Eg Perempuan berkalung sorban dan Punk in Love ialah faveret aku.

Drama TV Aku Layan

In Filem on July 2, 2010 at 9:46 am

Minggu ni petang aku agak kebosanan sebab channel 701 dah tak tayangkan siri kegemaran aku iaitu CSI Miami. Ohh buat masa sekarang aku cuma layan 2 siri sahaja di TV iaitu CSI Miami dan CSI New York. Kadang2 kalau dah terlalu dilanda kebosanan..aku akan cuba2 layan drama Melayu seperti Roda2 Kuala Lumpur. Tapi biasanya belum habis layan..aku dah tertidur.

Untuk pengetahuan korang..aku cuma layan drama Melayu yang berepisod setahun cuma 1 tau 2 tajuk sahaja paling maksimum. Tahun ni drama Melayu paling akhir aku layan ialah Adamaya..itupun bukan aku minat sangat pun sebab jalan cerita dia melalut TAPI disebabkan aku suka tengok Lisa Surihani ngan adik kecik yang namanya Mia Sara tu jer yang membuatkan aku melekat depan TV tiap2 hari. Sebelum atau selepas tu aku dah tak layan lagi drama Melayu.

Memang akan ada kata aku poyo..tapi ak buat macam mana kalau dah aku tak minat layan drama tempatan. Aku dah cuba untuk menyokong drama tempatan..cuba meyakinkan diri yang drama tempatan pun berkualiti dan bagus..tapi setiap kali akhirnya aku juga yang cuba menipu diri sendiri. Drama Melayu masih macam tu..masih lagi dengan cerita Kencana Holdings yang cuba kaut projek juta2. Lebih baik aku tunggu bulan puasa dan layan ‘diari Ramadhan Rafique’ sementara tunggu waktu berbuka..lagi best.

Kenapa perlu ada karya sampah seperti ‘Halimah Jongang’..?

Mesti ramai yang tak percaya aku boleh ingat setiap drama Melayu yang aku tonton 10 tahun dahulu sampai sekarang aku masih boleh ingat tapi itulah kenyataannya. Dulu waktu sekolah aku pernah layan cerita Sephia yang mana wataknya Ako Mustapha dan Hans Isaac tapi lepas habis drama tu aku kembali ke tabiat asal..layan drama atau siri dari USA atau Britain. Meluat bertambah2 lepas aku perhatikan drama Melayu terpengaruh dengan Telenovela dari Vuvuzela Venezuela El las trampas Le Amor de Paragas.

Aku masih lagi mengenang drama ‘ Cinta Antara Benua ‘ antara karya Melayu yang jujur dan realiti. Tapi drama ni tahun 1996 dulu..tajuk jer cinta tapi bukan kisah cinta sangat pun. Kalau pernah tengok korang tahu la..malas aku cerita lebih. Filem Melayu..? Entri berikutnya nanti baru aku tulis..kalau aku tulis pasal filem Melayu mesti ada 2 nama. 1 nama Prof A Razak Mohaiseen..1 lagi nama Afdlin Shauki. Kenapa..? Tunggu ajer la.

Dulu pernah aku cuba nak layan drama Nur Kasih pasal orang asyik kecoh2 cerita tu best..aku layan 1-2 episod lepas tu aku tersadai pasal jumaat malam adalah hari aku selalu menghilangkan diri berfoya2 jadi aku tak ada masa nak layan drama. Dan kalau nak layan balik dekat internet tak hingin aku..

Di Tv3 pun aku dah kurang layan siri..lepas habis Smallville dan Kyle XY. Heroes aku layan kat DVD box set jer. Dulu aku layan Smallville kat TV tapi lepas ni aku akan beli box set. Pasal dulu waktu tengok kat TV ada perasaan nak tengok siri berikutnya dengan cepat..maka download la di internet. Lepas tu bila aku layan kat TV..dah tak tahu mana satu episod yang aku dah tengok atau tak…terus jadi caca marba. Aku pernah tengok Bio Nik kat TV dulu..tapi kenapa aku punya tabiat nak bandingkan Bio Nik dengan superhero dari US ha..? Huh..kalau tak boleh buat CGI yang setanding dengan negara maju..korang kukuhkan jalan cerita tu dah betul dah. Drama Melayu kena keluar dari stereotaip yang dah lapuk..

3 hari lepas aku tertengok Hotel Mania. Tiba2 aku teringat muzikal ‘sound of music’ dan ‘Glee’. Kenapa ha..? Lebih baik aku layan DVD lagi best..tak perlu aku risau setiap hari nak tonton episod seterusnya. Sekarang aku sibuk..tu pasal la..

Ini pun best..haha

DVD Review

In Filem on June 22, 2010 at 11:02 am

Dalam 3 hari aku dah habis layan 6 DVD sekaligus..! Puas hati aku dapat layan movie selepas hampir sebulan aku tak beli DVD. Selalunya aku beli DVD 2 minggu sekali tapi sebab bulan ni aku kering sikit baru ahad lepas aku dapat pergi beli kat Damansara Uptown. Aku review DVD yang cambest kat korang yer..

Kalau nak tengok perempuan prpose lelaki..yang ni best.

Pengajarannya, kalau kau orang tak hensem jangan rasa rendah diri kalau dapat awek cun..! haha

Yang ni boleh tahan la..tapi Kristen Bell lagi cun dalam ‘ Forgetting Sarah Marshal ‘.

P/s : yepp..minggu ni aku banyak layan DVD bergenre komedi romantik. ‘ She’s out Of My League ‘ tu kalau tak silap aku..khamis ni baru keluar tapi DVD dah kuar dulu. Clear beb..!

Kura-Kura Boleh Terbang

In Filem on March 29, 2010 at 5:52 pm

Memang aku mempunyai selera yang agak tinggi dan pelik dengan filem2 yang ditayangkan dan kali ni aku nak review sebuah filem yang sangat menarik dari Iraq. Agak kecewa juga sebab aku lambat tahu tentang kewujudan filem ni sedangkan ia dah ditayangkan pada tahun 2004.Tajuk filem ni adalah ‘turtles can fly’.

Filem ni tentang mangsa pelarian berbangsa kurdish di sempadan Iraq-Turki.Hampir semua watak utama dalam filem ini adalah pelakon kanak2 yang mana watak utamanya adalah Satellite (Soran Ebrahim).Dia dipanggil satellite kerana di kawasan kem pelarian, dia yang tahu untuk memasang satelit bagi penduduk kampung untuk melihat rancangan di television.

Rasa terhibur menonton filem ni selalu bertukar jadi sayu dalam diri aku kerana mengenangkan betapa susahnya hidup anak2 mangsa perang disana.Segalanya serba kekurangan tidak seperti kita yang hidup mewah di Malaysia kerana segalanya cukup.Rasa hiba melihatkan ketabahan anak2 berbangsa kurdish ini mencari rezeki termasuklah menjual periuk api utnuk mendapatkan wang.Malah dalam usia yang kecil mereka sudah mengangkat senjata sebagai persiapan untuk mempertahankan diri jika berlaku perang.Betapa kuatnya semangat mereka sedangkan orang dewasa di negara kita pun tidak ramai yang sekuat dan setabah itu.

Namun disebalik kekurangan itu, mereka hidup dikawasan yang sangat indah kerana dikelilingi gunung ganang yang menghijau.

Timbul pertanyaan dalam diri aku bila menonton filem ni ialah adakah pelakon kanak2 dalam filem ini benar2 seorang pelakon..? Ini kerana lakonan mereka memang semulajadi dan tidak menampakkan langsung tindakan mereka itu adalah sesuatu yang dibuat2.Mungkin mereka adalah ‘real life actor’.Walaupun filem ini tidak sepopular filem ‘Slumdog Millionaire’ namun pendapat peribadi aku mengatakan filem ini lebih baik dari ‘Slumdog Millioaire’.

P/s : Kalian boleh melihat filem ni yang sedang ditayangkan di astro Oasis (106).Kalaulah aku boleh buat kerja amal di sana..5 Bintang..!!

Kecik2 dah main machine gun.Gempak..!

Terfikir juga alangkah bagusnya jika anak2 muda kita sekuat dan setabah kanak2 mangsa perang ini.

Papadom

In Filem on October 21, 2009 at 4:43 pm

Hari selasa yang lepas aku pergi menonton wayang di Times Square bersama 3 orang rakan aku untuk menyaksikan filem Papadom.Dah lama aku tak menyaksikan filem Melayu yang bagi aku menjadi semakin sampah dengan filem seperti remp-it..anak mami ataupun bohsia.Kerana maklumbalas yang positif tentang filem ni aku gagahkan juga kaki pergi melihat filem ni dipawagam.

Syukur..tak membazir duit yang aku keluarkan untuk menonton filem ni.Tahniah kepada pengarah Khabir Bhatia kerana mengarah sebuah filem Malaysia yang lain daripada yang lain.Salah satu filem yang sedikit sebanyak dapat mengubah mentaliti penonton kita terutamanya penonton Melayu agar tidak terus terkebelakang dengan selera kampung.

Lakonan Afdlin Shauki memang best..dan aku suka dengan filem yang tidak memperbodohkan penontong dengan dialek negeri dan sebagainya.Lawak Papadom biarpun humor..tetap punya pengajaran tersirat yang berguna.Dan filem begini sudah semakin diterima.Kalau dahulu filem Aziz M Osman yang cukup berkualiti dan lain daripada yang lain dimata aku susah untuk diterima..namun keadaan sudah semakin berubah.

Kita tidak perlu menggunakan tajuk kontroversi lagi untuk melariskan filem seperti ‘Bohsia’..dan paling penting tiada lagi muka Fasha Sandha yang membosankan.Kalau korang suka dia aku pedulik apa..ni blog aku..suka hati akulah kalau tak suka dia.Haha.

saadom

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.