alonganaz

Salleh Gregor Samsa

In Isu Semasa on August 16, 2010 at 1:39 pm

Dalam masa 2 hari.. dua kali aku dah tulis blog pasal mamat ( bukan budak ) ni yang tengah kecoh pasal hina ibadah umat Islam yang berpuasa LINK. Hari ni cuba buka FB dia tapi tak dapat.. agaknya dia dah delete kot pasal order nak kutip dia dah ada kat merata2 dan dia pun dah tahu yang dia sekarang dah menjadi bahan cemuhan orang. Kalau nasib dia bertambah buruk..mungkin akan ada orang buat aduan polis pasal tulisan dia kat FB tu.

Tapi bagi aku dia tak cuak pun..kalau aku jadi dia aku akan gelak jer dengan respond orang ramai. Tindakan dia bagi aku tindakan kurang matang yang sengaja mahu mencetuskan provokasi jer. Tapi bila dah mula membangkitkan kemarahan orang ramai dan menjadi isu besar baru dia akan berubah fikiran.

Masa aku google nama ‘ SALLEH GREGOR SAMSA’ ni..banyak rupanya orang dah tulis blog pasal dia. Dan kebanyakan yang tinggal komen pun mencemuh dan memaki hamun mamat ni..siap ada yang kata nak bunuh dan sebagainya. Lebih teruk ada Melayu yang mengaitkan muzik Hardcore yang menjadi jiwa dia sebagai punca kerosakan akhlak anak muda.

Salleh Gregor ni bukan seorang yang berani..tapi seorang yang kurang bijak apabila mencemuh ibadah puasa yang menjadi ibadah umat Islam. Sama jer kurang akal dengan manusia2 yang pijak kepala lembu depan pejabat Menteri Besar Selangor, pembakaran gereja kerana isu nama Allah dan kumpulan2 HINDRAF yang emosi keterlaluan. Kalau nak kata dia bangang sebab tak percaya tuhan atau atheist.. Karl Marx dan Albert Einstein pun atheist tapi teori dan kebijaksanaan diorang mencetuskan fenomena kat dunia.

Dia ni cuma bangang apabila terlalu mengikut emosi mencerca ibadah puasa umat Islam disaat umat Islam sedang menunaikan rukun Islam ketiga ini. Mungkin dia cuma mahu kelihatan berani dan paling radikal dikalangan kawan2 dia..tapi tak memikirkan akibat perbuatan dia apabila lupa bahawa laman sosial FB dilayari oleh jutaan orang di Malaysia.

Bagi aku dia nak punya pandangan sendiri untuk tidak mempercayai tuhan itu dia punya pasal..dan kalau dia mahu menulis tentang teori ketidak wujudan tuhan pun bagi aku..aku tidak ambil peduli. Itu hak dan kebebasan dia dalam bersuara. Cuma apabila dia mencerca ibadah umat islam itu sudah menjadi masalah besar.. Sama juga apabila kita hidup dalam bumi Malaysia yang penuh dengan masyarakat berbilang agama dan kaum..saling mencerca ibadah penganut agama lain secara terang2an..bukan suatu tindakan yang boleh dikatakan bijak.

Buat yang mencerca Salleh Gregor Samsa ni dalam laman web..sila jangan salahkan muzik sebagai punca utama runtuh akhlak. Dan daripada mencaci maki hamun di bulan puasa..baik kita semua berbincang secara berhemah dalam memberi pendapat. Jangan terlalu mengandaikan neraka tempat dia.. Aku pun pernah dimaki kononnya akan masuk neraka bila mati oleh seorang lebai. Tapi syukur sempat berubah.. cuma neraka atau syurga Allah SWT yang tentukan..kita semua cuma boleh berdoa..berusaha dan bertawakal. Kena yakin bahawa Allah SWT itu maha pengampun dan maha mendengar.

Bukan hak kita nak menjatuhkan hukum neraka atau syurga pada Salleh Gregor Samsa.. dan bukan juga hak dia nak mencerca ibadah umat Islam. Nak masuk dalam guni ker..?

Tapi kita kena berterima kasih juga kat dia sebab menyedarkan kita bahawa dunia ini sudah semakin ke penghujungnya..!

P/s : Ingat lagi vokalis ACAB.. Megat yang popular dengan scenes skinhead tahun 90an dulu..? Dulu dia pun dicerca kata anti Nabi dan tuhan sebagainya.. ha..sekarang tengok gambar terkini dia.. :

Megat ACAB at Masjid Albukhary Bukit Bintang

Orang kata pakaian tak menunjukkan apa2.. Memanglah..tapi ia sedikit sebanyak memberi kita sebuah jawapan juga kan..? Teringat Faizul..seorang skinhead tegar yang hooligan..kawan lama aku dulu.. siap cakap ‘ahh..kalau tuhan ada apa pasal aku hidup susah..?’..tak lekang dengan botol arak dan sebagainya. Sekarang kalau cerita pasal perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad pun dia boleh menangis tiba2 kerana cintanya pada Nabi tersebut..!

Kat sini aku bukan kata kita patut diamkan sahaja perbuatan Salleh Gregor Samsa..tapi kita kena berhati2 dalam memberi pandangan. Jangan kita pula yang jadi tuhan.. Kalau tak dalam mengata orang..kita pun serupa juga menunjukkan kebodohan seperti dia.  Ala.. Anakin Skywalker pun boleh jadi Darth Vader la.

Kalau tuhan tak wujud sebab kita tak nampak.. maka cinta pun tak wujud sebab kita tak boleh nampak cinta..cuma boleh rasa.

  1. WHAT IS YOUR TURNING POINT??? WHAT MAKES YOU CHANGED?EVERYBODY MUST HAVE THEIR TURNING POINT…WHAT’S YOURS??

  2. aeen : I’ll post about it later..but praise to Allah for His forgiveness. Always remember that we’re His servants..not in our way but in His way.

  3. nice point…

  4. Masa Salleh belum glemer macam sekarang (hehe), saya selalu baca blog dia, dan dia pun ada komen diblog saya. Patut la ada orang ggogle nama Penny G Samsa dan masuk blog saya. Lama tak on9, tak tahu kes ni. Tadi cuba masuk blog dia, dah tak boleh.

    Bagi saya dia biasa saja, apa dia nak kata itu hak dia. Silap memang silap cakap macam tu, sebab muzik hardcore ke, sXe ke apa semua tu bukan untuk tunjuk terer sampai tak beragama. Agama itu hak masing-masing laa. Semoga dia berubah jadi baik…

  5. Betul..baik kita doakan dia berubah. Kalau nak angkat tadah tangan berdoa pun berat..sekurang2nya kita berharap dalam hati dia akan berubah.Ramai dah kawan2 saya masa zaman skinhead dulu pun dah berubah jadi baik. Ada seorang hari2 menangis takut tuhan tak ampunkan dosa dia sedangkan dia nak berubah.. tapi tak boleh nak buang tatu ‘skin’ kat jari ngan belakang badan.

    Dia memang silap cakap macam tu.. bila kat Malaysia ni Islam isu sensitif. Tapi bila agama lain macam kristian dan Hindu kena kritik secara terbuka oleh penganut kita pun, benda tu tak sepatutnya berlaku. Sensitiviti setiap penganut agama di malaysia ni kita kena jaga.

    Ramai orang tak faham maksud Karl max bila dia kata ‘agama adalah candu dalam masyarakat’.

  6. adakah awak faham kenapa Marx mengatakan begitu?

  7. anon.. boleh baca blog pak amin matamin02.blogspot.com . Terlalu panjang untuk dihuraikan.. ironinya agama punca utama manusia berbalah.

    Pak Amin itu salah seorang sumber inspirasi saya selain almarhum ayahanda Rashid Maidin. Baca tulisan beliau.. itu baru seorang pejuang sejati..saya ni manusia yang bodoh saja🙂

  8. nice one. my email pun penuh ngan cite mamat nie siap ngan gamba.

  9. Emy : Salleh Gregor Samsa ni merupakan seorang selebriti sekarang.

  10. Astarafirullah’halazim.

    Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.

    Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.

    Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.

    Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.

    Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.

    Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.

    Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.

    Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.

    Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?

    Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.

    Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.

    Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.

    Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.

    Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.

    mohd_irfan77@yahoo.com

  11. alam saudara Irfan..terima kasih atas kritikan anda. Kita semua perlu dikritik dengan ada batasan dari segi tatasusila. Doakan sahaja yang terbaik untuk dia dan kita semua..

    ada hikmahnya kejadian yang berlaku..termasuklah isu Salleh Gregor Samsa. Kesilapannya bila dia mem’PUBLIC’kan kebenciannya pada ibadah puasa di dalam FB. Kepercayaannya memang saya tidak sentuh..itu hak nya dan sebagai Islam kita boleh berdoa dan berharap untuk dia.

    Teruskan bagi pandangan dan kritikan sebegini ya saudara Irfan.. komentar macam ini la yang saya tunggu sebenarnya. Bukan yang memaki hamun mengatakan dia murtad dan sebagainya. Salleh cuma insan kecil..

  12. kawan semua.

    lihat tapak tangan anda, lihat belakang tapak tangan anda.
    kemudian lihat kembali tapak tangan anda.

    cuba pikirkan betapa mudahnya warna itu berubah…begitula hati kita..muga ditetapkan pada satu warna yang putih itu.

    amin.

  13. salam…

    bro, gua rasa lu yang paling waras di kalangan blog blog yang bercerita pasal salleh gregor samsa ni.

    gua setuju dengan lu menyamakan salleh gregor ni dengan mereka yang berarak dengan kepala lembu, yang bakar gereja dan sebagainya. pada gua, silap mereka kerana tidak sensitif dengan sensitiviti yang lain.

    yang lain perlu mengawal emosi dan bercakap dengan penuh kewarasan dan hemat.

    bumi mana yang tak ditimpa hujan. dia silap masa tu. kita semua pun pernah tersilap. bagi ruang, bagi peluang, bagi jalan.

  14. betul..entah2 nanti dia yang akan berdakwah balik pada orang yang menghina dia. Tapi dia memang patut dikritik dalam soal mempertikaikan ibadah umat Islam secara terang2an.

  15. hahaha. mohd irfan kau bohong ke dia dah mati? bulan 11 tahun lepas aku pegi gig kat batu pahat ada jek dia dengan kamera dia. ape la kau mohd. irfan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: