alonganaz

Banci Politik

In Politik on July 29, 2010 at 9:21 am

Beberapa minggu yang lepas kawan aku beritahu aku yang dia sekarang buat part time dengan Jabatan perangkaan Malaysia sebagai pembanci. Alang2 dah tak buat apa dan jadi siswazah menganggur baik kerja sementara dapat juga dia duit. Ada juga dia ajak aku tapi aku dah lepas interview kerja sebelum itu.

Masa aku sibuk2 baca blog di internet..ada juga aku dapat tahu dari laman web tidak rasmi parti pembangkang tujuan banci ini dilakukan oleh kerajaan yang dipegang oleh Barisan Nasional adalah kerana sebagai persediaan untuk mengahadapi pilihan raya umum akan datang. Banci ini adalah salah satu strategi kerajaan la kononnya untuk memenangi pilihanraya. Apa yang dimaksudkan tu aku kurang mengerti. Lagipun aku baca sekali lalu dan tak minat nak tahu lebih. Lagi2 tulisan tersebut kebanyakannya penuh prejudis dan lebih kurang sama saja satu sama lain.

Sekarang kalau tak silap aku dah hampir sebulan banci dilakukan. Dan beberapa hari lepas aku dapat juga bertemu dengan rakan aku yang buat kerja sambilan sebagai pembanci tu. Aku tanya pengalaman dia..dan katanya kebanyakan orang bagi kerjasama baik. Kalau setakat kena salak dengan anjing kat rumah Cina tu ok lagi..tapi bila disindir dan diherdik dengan bangsa sendiri tu yang dia tak tahan.

Dituduh agen kerajaan dan dimaki bodoh pun ada. Kebetulan dalam harian Metro hari ni pun ada siarkan berita mengenai kejadian tu hari ni. Walaupun tak ramai tapi agak lucu juga la dengan kedangkalan dan kebodohan sesetengah penagih politik ni. Manusia macam ni terlalu obses sampai segala2nya nak dikaitkan dengan isu politik..habis semua benda nak diteori konspirasikan dengan Yahudi dan sebagainya. Buatlah apa pun..terangkan la sepanjang lebar mana pun penagih politik ni akan buat tak nampak dan pekakkan telinga sahaja. Politik dah menjadi hiburan pada mereka.. dan politik menjadi medan mereka menyemai kebencian hatta pada orang yang tidak bersalah sekalipun.

Bila bercakap mereka lah hebat..ilmu semua tersimpan di dada..tapi pandangan orang tak pernah nak diambil kira. Seolah2 mereka sahaja yang betul.24 jam berfikiran negatif terhadap orang lain.

Speechless..!


  1. salam kenal..tuan umah..betul kata adik..tarikh lahir kita samalah beza tahun je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: