alonganaz

Dari MS ke FB.

In Isu Semasa, Memori on June 25, 2010 at 10:59 am

Tadi aku buka akaun Myspace aku yang dah bersarang sebab dah berkurunaku tak buka. Seingat aku ada dalam 3 bulan jugak la aku meminggirkan akaun MS aku tu..buka pun sebab tiba2 terlintas dalam kepala hotak aku ni nak buka. Mana tahu ada mesej penting masuk ker. Akaun MS aku sekarang ni kalau tak silap adalah akaun yang ketiga atau keempat sejak dari mula2 aku main benda alah ni 8-9 tahun dulu waktu aku dalam tingkatan 3. Sejak ada akaun Facebook.. akaun MS aku ibarat habis madu sepah dibuang.

Sejarah aku main MS masa 8-9 tahun dulu.. waktu tu aku tengah layan permainan Counter Strike yang tengah popular kat kafe siber. Masa aku tengah kalah..aku rileks sekejap dan tiba2 aku perasan kawan aku kat sebelah senyum sensorang. Aku dengan penuh musykil pun bertanya ‘ hapa benda tu..? ‘. Kawan aku cakap ‘ inilah Myspace..kegunaan dia adalah untuk dapat kawan2 baru terutamanya awek2 cun ‘. Reaksi aku masa tu adalah acuh tak acuh.. sebab aku tak minat sangat benda macam tu waktu tu. Bagi aku MS dengan ruangan mari berkenalan dalam majalah URTV dan Mangga tak ada beza.. sama jer keLOSERannya. Persepsi aku mereka yang layan benda ni tak ada life dan hidup dalam kesunyian disebabkan tiada teman. Macam tu juga dengan MiRC. Lebih baik aku main game dan melepak..ataupun surf laman web Melayuboleh.com ( sekarang dah tak ada )

Tapi semua berubah..sebab satu hari chenta hati (awek) aku call..katanya ‘ syg..awak ada akaun MS tak..? ‘. ‘ Buat apa..macam bangang jer main benda tu ‘..kata aku. ‘ Buatlah satu..nanti saya tolong buatkan nak tak..? ‘. Lepas tu aku setuju jer la sebab dah dia nak buatkan. Lagipun bagus jugak..sekurang2nya aku boleh tahu jugak dia tak berskandal atau menyundal sana sini. Wallpaper pertama aku adalah band Sex Pistols..aku tak suruh pun tapi awek aku yang letak dan muzik profil yang pertama pun adalah dari band tu jugak..iaitu Anarchy In The UK. Lepas tu baru aku tukar ke lagu Redline dari kumpulan Shizuka..band Ipoh yang tengah popular masa tu.

Masa aku tingkatan 3..kamera telefon bimbit belum canggih lagi macam sekarang jadi kebanyakan budak masa tu teramatlah skema gambarnya ataupun pakai gambar artis pojaan diorang. Tapi lepas tu masing2 dah jadi gila dengan kamera digital..maka ramailah yang menjadi camwhore dengan shoot gambar sana sini untuk dimuatkan dalam laman sosial berkenaan. MS ibarat sebuah medan untuk mencari populariti dikalangan anak2 muda..dan kerana MS la banyak anak muda dah mula ambil gambar sendiri dalam tandas depan cermin dan kemudian tersengih sorang2 macam orang gila. Paling popular ialah shoot muka sendiri dari atas..mungkin sebab itu adalah angle terbaik untuk mendapatkan kualiti gambar yang maksimas. Ramainya manusia yang menjadi fotogenik waktu tu.

Bagaikan ketagihan apabila bila add kawan baru.. mereka akan tinggalkan komen ‘ thanks add..komen pict saya yer ‘. Masa tu untuk ambil hati dan mencuba nasib mana tahu dapat awek cun..aku pun komen la jugak ‘ wahh..cunnyer ‘.. ‘wahh comelnya ‘.. dan lain2 lagi. Betapa bengap dan bebalnya aku bila mengingat balik saat itu memuja2 manusia yang aku tak kenal semata2 untuk ambil hati. Kadang2 tertanya juga..apa yang bestnya bila orang puji kita hensem ker cun ker..? Apakah definisi cun dan hensem itu hanya spesifik pada gambar2 yang dipostkan di MS..?

Siapa punya frenlist yang tinggi ketika itu..atau punya paling banyak picture comment maka dia lah yang popular. Manusia ibarat sudah hanyut dan leka hidup didalam dunia fantasi ala2 ‘ Alice In Wonderland ‘ ciptaan mereka sendiri. Tapi yang bestnya masa itu aku dapat dengar dan download lagu2 free dari band2 yang aku minat dari MS. Kenangan buruk aku dengan MS aku cuma satu..iaitu kecurangan awek aku tadi. Haha biasalah tu kan.. dalam MS pun berapa ramai pulak lelaki dengan ayat manis seperti kasanova.

Tetapi anak muda ketika era Myspace dulu yang bagusnya semua menjadi kreatif dalam menghias profile mereka. Yang mana mat rempit..maka Honda Ex5 la penghiasnya. Mana budak skinhead..maka Doc Mart la penghiasnya..dan mana Mat jiwang..maka gambar bunga2 ataupun New boyz la yang menjadi penyerinya. Ada yang kelihatan menarik.. tak menarik dan lebih teruk..macam bangang.

Jangan tanya aku pasal Friendster..haram aku taktau apa2.

Hari ini masa berlalu lagi..sekejap jer bertahun dah berlalu dan hari ini semua sibuk dengan Facebook pula. Ini bukan lagi trend kebanyakan anak muda sahaja seperti MS dulu..tapi semua golongan dari bawah sampai atas sudah ada akaun FB. Ini termasuklah Perdana Menteri 1Mesia sendiri.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Lepas ni apa pula trend yang akan menyusul..sebab terfikir juga manusia ni sudah menjadi kelam kabut disebabkan mahu mengejar sesuatu teknologi baru yang datang terlalu pantas. Tapi inilah realiti dunia.. Danaku lebih suka layan blog.. Dulu bermula dari atas kertas dan sekarang sudah ke skrin komputer.

P/s : Macam mana nak letak lagu dalam FB..?

Emma Roberts..aku baru sahaja jadi Fan dia dalam FB. Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: