alonganaz

Nostalgia Bukit Bintang (Akhir)

In Memori, Peribadi on June 24, 2010 at 3:11 pm

Sambungan dari Nostalgia Bukit Bintang 3.. (LINK)

Masa dulu sebelum wujudnya Times Square dan Pavillion.. orang yang ke bukit bintang cuma tertumpu ke Sungei Wang Plaza ataupun Lot 10. Jadi keadaan kat situ penuh dengan kebanjiran anak2 muda yang datang melepak ataupun berkumpul dengan rakan2. Tempat2 seperti The Curve atau One Utama belum popular masa tu melainkan mereka yang tinggal berdekatan seperti budak2 dari Taman Tun Dr Ismail. KLCC pun seingat aku kurang mendapat sambutan melainkan bila ada perayaan besar seperti hari kemerdekaan ataupun Tahun Baru.

Ruang pejalan kaki depan Lot 10 tu pun dahulu penuh dengan budak2 Punk, Skinhead dan Grunge duduk melepak dari tengahari sampai malam. Sampaikan dulu aku pernah bergaduh dengan Pak Guard Lot 10 sebab dia halau aku dari situ katanya menyusahkan orang lalu lalang. Teringat pandangan mereka2 orang kaya dari golongan bangsawan kononnya memandang hina kat kami yang kononnya nampak selekeh ni. Prejudis memang ada dimana2 di dunia ni.. mereka yang kelihatan berduit dilayan penuh hormat walaupun kadangkala mereka itu lebih hina dari binatang. Eg Korupsi.

Kejatuhan penjara Pudu yang akhirnya aku saksikan hari ni menimbulkan persoalan dalam fikiran.. iaitu untuk apa ia dirobohkan..? Kata sumber yang aku dapat kononnya untuk melebarkan jalan supaya aliran trafik disitu lancar. Baguslah kalau macam tu.. sebab Bukit Bintang dari dulu sampai sekarang memang sentiasa sesak dengan kenderaan terutama hujung minggu. Bertambah teruk bila bertembung dengan laluan trafik yang menghala ke Puduraya. Kalau untuk kesenangan rakyat langkah kerajaan itu memang betul walaupun terpaksa merobohkan sebuah simbol atau warisan sejarah yang berharga buat negara. ( walaupun kerajaan kata tidak )

Tapi ada juga yang aku dengar mahu dibangunkan pusat komersial seperti pusat membeli belah. Kalau benarlah keputusan itu aku sangat membantah. Apa tidak cukup lagikah pusat membeli belah yang terdapat di Bukit Bintang sehingga perlu memberikan alasan buat kemudahan rakyat dijadikan modal untuk menutup perbuatan si pemuja Kapitalisme ini..?

Tidak cukupkah Pavillion ataupun Starhill atau juga KLCC dalam memenuhi kehendak golongan tertentu..? Yang membeli belah disitu pun cuma hanya orang kaya dan berkemampuan sahaja. Mereka golongan yang ditipu kerana sanggup bergadai wang berkali2 ganda lebih tinggi hanya untuk membeli jenama seperti Louis Vuitton yang di negara asalnya..harganya jauh lebih rendah. Rakyat marhaen seperti aku yang cuma berpendapatan RM1800 sebulan ini hanya mampu menunggu bila hendak dekat raya sahaja.

Jadi ini sebenarnya untuk kemudahan  rakyat atau golongan kapitalis ini..?

Jika jatuhnya penjara Pudu kerana untuk dikomersialkan lagi kawasan segitiga emas Kuala lumpur ini..maka yang untungnya siapa..? Kitakah..? Memang ramai manusia yang tertumpu disitu..tetapi kebanyakan mereka hanyalah manusia yang berlagak mewah yang mana hakikat sebenarnya..mereka hanya mampu melihat apa yang diidamkan disebalik cermin kaca. Dahulu Bukit Bintang seperti Damansara Uptown..tempat mereka anak2 muda seperti aku melepak dan berkumpul dengan rakan. Tapi kerana evolusi masa..ia dijadikan tempat untuk menambahkan kekayaan mereka yang duduk di kerusi2 empuk.

Rakyat marhaen..terpinggir ataupun menjadi hipokrit kerana didesak oleh tuntutan kemewahan dunia. Berapa benar mereka yang ramai disitu setiap hujung minggu yang benar2 mampu..? Hakikatnya kedai mamak juga yang berada dalam ruang lingkup kemampuan sebahagian besar dari kita. Hanya malu atau tidak untuk mengakuinya. Dan kerana desakan tuntutan hidup jugalah..berapa ramai dari kita yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya untuk kelihatan hebat dan sempurna dimata orang lain.

TAMAT.

About these ads
  1. shit..best sial yg last ni. Tapi ko ckp mcm ko orang miskin lak kan. Besday yg ke-16 arwah uncle, ayah ko siap bagi Gilera kot. Rumah xnak ada swimming pool ngan sekuriti lak kan. Haha salute bro nnti sambung gi. aku tak kira

    • gilera dah jual lama dowh. Mana ada swimming pool, bathtub ada la. Kalau senang pun duit arwah bpk aku..buka aku. Skang aku dah susah.. xcaya meh lepak ngan aku.

  2. aku paling suke tngk orang kaler emas..silver..hijau yg bling2 tu
    yg bediri keras mcm patung dpn maybank tu
    nk amik gamba kne byr tu
    heheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: