alonganaz

Kecoh Jer

In Sejarah on June 24, 2010 at 12:56 pm

Ada makna tersirat.. buat para Meleis semua.

Sapa yang tak kenal kenal artis Mesia, ini adalah Fasha Sandal Sandha.. dia yang berlakon cerita anak Mami dulu. Citer anak mami aku tengok time raya jer sebab free.

Minah yang gebulicious dan gojes ni nama dia Tiz Zaqyah. Dia pulak terkenal lepas berlakon drama Adamaya, Melayu 3GP, CSI Miami, Nur Kasih kat TV3 dulu.


P/s : 2 hari aku bukak suratkhabar, 2-3 hari jugak cerita pasal diorang jer. Kat muka depan lak tu.. isu2 semasa ngan politik kat sebelah belakang. Lepas tu dalam forum orang kecoh pasal kes 2 orang ni gaduh rebut laki.. sedangkan benda lain yang lebih penting dipandang sepi. Apa da..kecoh jer diorang ni. Sekali sekala aku akan buat entri pendek nak bagi orang berfikir..haha..!

Ini pulak beruk yang berlakon dengan Os (Hero) tahun 80an dulu. Dia jugak yang paling ‘cool’. Ohh siapa yang ingat nama beruk dalam citer hero tu ialah Obe.

Kredit to Obefiend

  1. Salam alonganaz, minta maaf saya nak tegur sikit. Kenapa blog ni kadangkala anda bawa isu agama dan di sesetengah yang lain anda ketengahkan isu hiburan yg kadangkala dilihat agak melampaui batas. Disatu sudut anda siarkan petikan hadis atau quran dan sesekali anda mengutuk dan menghina orang lain. Anda mahu beri pengajaran dan keinsafan atau mahu bawa orang gelak ketawa dengan sindiran sinis anda? Jadilah manusia yang punya pendirian. Bukan sekejap jadi alim sekejap anda seperti tiada pedoman dengan menulis perkataan kotor. Terima Kasih.

    • W’salam saudara Irshad. Buat pengetahuan anda yang bijaksana.. saya bukan seorang alim ulama ataupun ustaz. Saya anak muda yang baru menginjak ke umur awal 20an dan seperti anak mud lain sy juga berhibur..ke kelab malam..melepak bersama rakan dan lain. Saya juga pernah jadi kaki minum dahulu DAN saya akui saya bukan manusia sempurna.

      Memang saya sengaja campur adukkan di blog saya ini kisah agama dan sindiran saya pada sesetengah isu. Saya tetap seorang anak muda..seperti orang lain yang suka berhibur dan berpeleseran..tapi Alhamdulillah saya sentiasa ingat walaupun sedikit tanggungjawab saya sebagai seorang hamba dan kesedaran yang sedikit itu saya gunakan untuk mengajak mereka yang mahu berfikir..juga berfikir seperti kita.

      Seorang ustaz pun takkan boleh berdakwah kalau hanya duduk di masjid. Hanya saya seorang anak muda yang dah melalui banyak liku dalam hidup ni..yang mengerti perasaan anak muda. Jadi tidak adil kalau mahu menuduh saya tiada pendirian.

      Perlu saya ingatkan ini bukan blog untuk menuntut ilmu agama ataupun ilmu2 lain. Saya bukan pemikir jauh sekali seorang guru. Saya menulis untuk kepuasan saya sahaja..dan bagi saya lebih baik dari kebanyakan blog lain yang kononnya blog agama tapi mereka sekadar copy paste apa yang orang lain tulis.

      Tentang bahasa kotor..saya hanya gunakan mengikut kesesuaian situasi. Lagipun saya hanya target anak muda menjadi pengunjung disini. Bukan manusia seperti saudara yang pantas menjatuhkan hukum pada saya yang kononnya jenis manusia yang tiada pendirian. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai hambaNya.. namun saya tetap punya naluri sebagai seorang anak muda. Saya mahu melihat dunia..yang singkat ini. Berhibur sepuasnya tapi tahu bila untuk berhenti..

      Akhir sekali.. SHUT THE HELL UP..! ..😉

      Sekian terima Kasih.

  2. saya sokong abang anaz🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: