alonganaz

Sampai Bila..?

In Fisabilillah, Perjuangan on June 15, 2010 at 7:03 am

Kita cuma buka mata bila ada isu besar.. bila kapal Mavi marmara ditawan Israel.. kita semua melenting, marah dan mencemuh bangsa Yahudi dan Negara Israel. Kita laungkan anti Israel..anti Yahudi.. boikot itu boikot ini. Namun berapa ramai yang berani akui bahawa sebahagian besar kita adalah hipokrit dalam sebuah perjuangan..? Bila tiba piala dunia..isu kekejaman Israel pada bangsa Palestin..yang juga saudara mara kita di sana kembali reda. KisahPalestin ibarat pisan goreng..panas sekejap bila dah lama kembali sejuk. Sekarang semua orang memperkatakan tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. Isu Palestin..? Kembali reda.

Kita cuma jadi jaguh bila ada isu.. kita cumabersemangat bila isu sedang hangat. Tapi kita jadi lalai bila ada hiburan dunia. Mereka di Palestin tiada musim bila menderita.. kerana penderitaan mereka berpanjangan. Mana mereka disini yang mengaku berjuang di jalan fisabilillah..? Mana mereka yang kononnya pejuang agama, bangsa dan negara..? Kebanyakan hanya pejam sebelah mata.. menghampiri jalan orang munafik yang katanya pejuang sabil.. tapi bila saudara kita disana ditimpa kesusahan adakah kalian ambil berat isu..? sebaliknya pejam mata. Perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak. Pernahkah kalian tahu mengapa peperangan tersebut terjadi..? Tepuk dada tanya selera.

Ada yang kata tak guna kita berlebihan..sebab perang antara Islam dan yahudi sampai kiamat pun tak sudah. Benar..tapi takkan nak tunggu kedatangan Mahdi baru kita nak bertindak. Jihad tak semestinya kena mengangkat senjata.. sekadar ambil tahu dan berdoa untuk perjungan para tentera sabil di sana dah memadai. Bukan terpekik terlolong bila hanya ada isu..dan kemudian senyap tanpa mahu mengambil tahu apa2 tentang mereka disana.

p/s : aku tetap suka makan McD.

  1. sokong entri ni long.

  2. aku x faham kenape orang nk yahudi laknatulloh la kt facebook.. padahal orang yahudi sendiri kene tindas kat israel.. bukannya orang islam je yang kena tindas.. ni semua angkara zionis dan zionis ada di mana-mana.. di kuala lumpur sendiri ada zionis.. tengok sendiri la macam mane tanah2 dirampas tak ubah macam di israel.. fikir-fikirkan lah..

    • memang berlaku penindasan terhadap kaum Yahudi sendiri di Israel..tetapi sebahagian besar penduduk Yahudi sendiri sokong penjajahan ke atas Palestin. Penempatan haram yahudi di palestin pun banyak penempatan yahudi kelas bawahan. Kita memerangi Yahudi bukan semata2 penjajahan ke atas Palestin. Sebaliknya terlalu banyak konspirasi yang bukan sahaja yang kita nampak seperti peperangan tetapi juga dakyah sesat yang disebar secara halus ke minda umat manusia. Berulangkali diingatkan Allah SWT betapa liciknya bangsa Yahudi ni tapi betul..bukan semuanya jahat.

  3. aku suka gambar2 yg ko masukkan..lihatlah muka dorang, mati dlm keadaan senyum..untung dorang semua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: