alonganaz

Archive for April, 2010|Monthly archive page

Politik Anak Muda 2

In Politik, Sindiran on April 22, 2010 at 10:50 am

Pict kredit to mediawangsa

Aku baru dapat mesej dari parti *censored* cawangan yang aku sertai. Katanya kalau tak ada apa jom la turun berkempen kat hulu Selangor mewakili parti yang aku sertai. Huhu aku bukanlah seorang yang berminat dengan politik sebenarnya tapi disebabkan mahu kabel dan diajak masuk oleh rakan aku ikutkan sahaja. Dari pada politik kampus MPP sampai la politik negara semuanya memualkan anak tekak aku dengan sandiwara mainan propaganda yang tak berkesudahan mereka.

Tapi tak adalah aku sampai tak ambil tahu langsung senario palitik tanah air. Setiap hari aku akan baca juga sumber media milik kerajaan ataupun pembangkang. Utusan yang macam bagus pun aku baca, Harakah yang ada artikel ulamak maki hamun orang pun aku baca juga. Jadi tak adalah aku jadi manusia bebal yang tak tahu apa2 pun tentang isu tentang politik kat negara Mesia kita ni.

Tapi disebabkan aku masih darah muda isu2 politik ni seringkali membebal dan meng’konfius’kan aku. Memang isu politik sentiasa akan membawa kekeliruan pada anak muda seperti aku ni. Itulah apa yang dinamakan golongan atas pagar. Ada sesetengah isu aku bengang dengan kerajaan terutamanya isu hak asasi manusia dan anak muda sehinggalah kebencian aku semakin meluap masa aku disumbat ke dalam lokap tahun lepas. Tapi aku juga keliru dengan dakyah pembangkang yang mengarut. Bertambah keliru bila aku baca blog golongan pembangkang dari parti bulan mencerca dan memaki hamun golongan yang sebangsa dengan mereka. Tak sesuai langsung dengan imej yang mereka bawa. ‘ Pergi jahanam la UMNO parti sesat ‘ tapi kopiah atas kepala.

Bertambah aku menyampah melihatkan gelagat wakil pembangkang yang suka buat kecoh dalam dewan rakyat. Sikit2 hal mau protes..siki2 hal keluar dewan. Dah jadi macam pasar borong Selayang dah aku tengok. Tu pasal la RTM ‘cut’ banyak adengan sewaktu persidangan agaknya. Di pihak kerajaan terutamanya parti keris kononnya berkobar2 mahu memartabatkan bangsa Melayu, pejuang la apa la tapi apa yang aku nampak tak banyak yang kerajaan berjaya lakukan untuk  mengubah generasi baru bangsa Melayu. Anak Melayu terus jadi peragut, perompak, buang anak dan entah apa2 lagi.

Kalau nak mengharapkan anak Melayu hari ni jadi pemimpin untuk mengubah Malaysia dan bangsa Melayu di masa akan datang..nampaknya makin susah la. Sebab la ni anak Melayu banyak sibuk jadi gangster taik kucing dan  jadi mat rempit. Tak payah cakap la pasal ketuanan Melayu.. dah basi. Cakap berdegar2 tak guna gak, sebab Melayu selalu dengan kata2 jer dah boleh makan hasutan.

Advertisements

Makan Lari

In Cerita, Peribadi on April 21, 2010 at 5:14 pm

Bila melintas kat kedai mamak kadang2 aku akan teringat kisah lama zaman2 aku masih suka bersuka ria tanpa batasan. Dulu kalau makan dekat mamak bila tiba waktu ‘masuk air’ aku akan lari bila dah habis makan.. haha. Bukan apa waktu tu zaman belajar selalu sesak tak ada duit nak makan. Duit yang parents aku bagi pun bukan tak cukup, tapi selalu dihabiskan ke tempat lain untuk berfoya2..huhu.

Lagipun makan kat kedai mamak mahal dan aku rasa tak berbaloi bayar untuk makanan diorang. Kedai orang tempatan pun lagi murah dari diorang dan waktu aku belajar awal tahun 2005 dulu pun bukan ada wireless pun dorang nak cas lebih. Lagipun itulah alternatif yang ada kalau nak makan sedap dan takkan nak menghadap megi ngan nasi bujang jer. Duit tak ada pun nutrisi kena cukup.

Tapi bukan selalu tak ada duit jer makan lari, kadang2 ada duit pun saja nak lari terutamanya kalau ramai2. Macam2 taktik yang digunakan contohnya blah sorang2 lepas tu tau2 semua dah hilang dan kalau mamak tu perasan dia akan kejar dan kitorang akan lari sepenuh hati.

Dulu dalam tahun 2004 (form 5) aku suka makan lari kat mamak medan selera roof top sungai wang plaza. Order makan sedap2 dah kenyang cabut..! Tu pasal agaknya orang kata Punk makan sampah. ( waktu sekitar 2004 – 2006 aku masih dalam scenes Punk yang kuat ideologi anarkisnya..hehe ). Bayangkan aku berlari dengan seluar sendat dan kasut boot yang berat.. 😛

Pernah sekali aku menyelamatkan member aku pasal dia kena pegang dengan mamak kat Bukit Bintang. Aku patah balik dan rembat mamak tu kat belakang badan dia..kuikui. Dah la tapak doc mart keras beb.. menyingai mamak tu..haha

Masuk kolej pun ada jumpa 2-3 orang gak yang makan lari. Bukan setakat makan lari, kalau sabun atau ubat gigi habis pun diorang rembat kat kedai runcit kolej. Skang dia dah jadi engineer yang berjaya dah..kalau kawan2 aku yang baca ni kenal tau la sapa dia. Sampai kan buku dekat borders Times Square pun dia boleh rembat keluar dari situ tanpa alarm berbunyi. Aku sekadar makan lari jer, kalau mencuri tu sekali jer dekat kedai muzik kompleks Campbell. Barang aku rembat time tu ialah CD ori Tribute To Ramones. Hahaha..nak beli 79.90 bro.

Tapi tu semua cerita dulu zaman2 nakal.Sekarang tak boleh sebab aku mencari rezeki melalui bisnes takut sangkut jer pintu rezeki. Lagipun berdosa besar makan benda haram jadi darah daging kepala otak pun tak betul. Kesian kat orang berniaga pasal kita aniaya dia.

Tanpa dapat dikesan, tiba2 jer hilang..hehe

“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” al baqarah 118

Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”

Lagu Tidur

In Peribadi on April 20, 2010 at 5:20 pm

Sebelum tidur masing2 akan ada aktiviti sendiri termasuklah aku. Kadang2 ada kawan aku kena cari rokok hisap sebatang baru tidur. Mana kaki buku akan cari buku dan yang lebih ekstrem akan kecai daun ganja..haha. Banyak juga yang kalau nak tido terus tidur tanpa banyak bunyi.

Macam aku akan ada 1 lagu wajib yang aku kena dengar sebelum tidur iaitu lagu dari penyanyi Hawaii, iaitu Israel kamakawiwo iaitu Somewhere Over The Rainbow. Ikut mood la kadang2 lagu nasyid pun aku dengar. Aku suka dengan petikan gitar kecik yang entah apa nama dia tu (ukulele kot) dengan suara dia yang kecik dan nyaman walaupun badan besar macam gajah.

Tapi Israel Kamakiwo ni dah ‘arwah’ pada 26 Jun 1997. Kalau aku jalan jauh ataupun bercuti lagu ni jugak aku suka dengar.. Lagu ni popular kot pernah jadi soundtrack dalam one of the favourite movie aku iaitu 50 First Dates.

Gud Nite..!

Someway over the rainbow way up high
And the dreams that you dream of
Once in a lullaby
Somewhere over the rainbow
Blue birds fly
Dreams really come true
Someday I’ll wish upon a star
Wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like far behind
Where trouble melt like lemon drops
High above the chimmey tops that where u’ll find me
Somewhere over the rainbow
And the dreams that you dare..

hahah whateva lah..!

Israel Kamakkiwanam (aku tak ingat nak eja..hehe)

Ilmu Santau

In Islam on April 19, 2010 at 5:29 pm

Haih..semalam ada seorang kawan baik aka adinda kesayangan aku call waktu petang. Tapi dia banyak melalut dan dari nada suaranya pun menggigil gigil jer. Aku tanya kenapa dia cakap dia dah kena santau dan otw pergi berubat. Risau aku dibuatnya yer la ilmu santau ni bukan boleh buat main yeop silap haribulan boleh bawa maut tau.

Hari ni dia call lagi cakap dah berubat kat darussyifa bangi tu jadi agak lega la aku sikit. Kalau ilmu santau tu sori la beb aku tak ada keyakinan dan tak cukup ilmu nak bagi penawar. Kalau setakat gangguan makhluk halus tu bolehlah itupun aku gunakan ayat manzil yang sesiapa pun boleh hafal sebab manfaatnya. Lepas tu adalah amalkan ayat munjiyat ngan ayat rukyah dengan amalan tawasul yang guru silat aku bagi. Tapi itu pendinding diri sendiri tapi kalau nak buat ilmu santau ni sorilah aku tak boleh.

Tak paham aku kenapa di zaman yang moden dan perkembangan ilmu ni pun masih ada yang nak amalkan santau. Nak kata tak tahu, berlambak kesedaran dan maklumat tentang halal haram dalam Islam yang kita boleh dapat. Tak guna bersahabat dengan syaitan sebab dosa syirik tuhan tak ampun beb. Hai la dunia.. tak puas hati sampai sanggup bersahabat dengan syaitan.

Mintak2 la sahabat yang juga adinda seperjuangan dengan aku tu cepat sembuh. Untuk korang kalau masuk kawasan baru terutamanya di pendalaman hati2 sebab kadang2 ilmu santau ni merata2 dibawa angin dan masuk dalam makanan. Kalau nak tahu makanan atau minuman tu ada santau atau tak sebelum makan, rasa lelangit mulut korang dengan lidah. Kalau tak rasa apa2 jangan minum sebab kalau normal mesti kita akan rasa geli. Kalau minum jangan pegang tangkai cawan, sebab kalau jatuh pecah ada santau la tu.

Paling penting baca bismillah brader..! jangan kongsi makan minum dengan setan.. Kalau bukan kerana sifat pemurah dan penyayang Allah SWT, kita tak dapat makan dan minum punya.

Perjuangan Bangsa

In Perjuangan on April 19, 2010 at 2:47 pm

Dulu aku pernah jumpa seorang lelaki cina ni dia cakap ‘ lu orang Melayu jangan cakap besar cakap kami orang Cina boleh balik Cina ‘ .Bila aku tanya balik kenapa dia cakap ‘ kalau tak ada orang Cina kat Malaysia lu ingat Malaysia boleh maju ini macam ka..? Melayu semua pun malas tapi cakap ada besar ‘.

Lepas habis dia berkata2 aku diam jer nak bangkang pun tidak nak setuju pun tidak, sebab aku lebih suka berfikir kalau orang kritik tentang sikap bangsa aku ni. Brader aku pernah cakap dulu nasib baik Melayu ni Islam, kalau Melayu ni masih menganut agama Hindu mesti lebih teruk perangai dari keling..! Memang pedas kenyataan dia tapi itulah hakikatnya. Kita semua melaungkan Melayu adalah tuan di bumi Malaysia ni.. sebab kita adalah bumiputera. Hakikatnya istilah ketuanan Melayu tu cuma wujud sebab kita masih bersultan dan beraja sahaja.

Namun hari ini aku tak berapa setuju dengan istilah ketuanan Melayu sebab seolah2 menggambarkan yang bangsa Melayu ni adalah tuan di bumi Malaysia ni walaupun Melayu tersebut hidupnya kadang2 mirip seorang hamba..! Siapa yang punya kuasa, pengaruh dan kekuatan ekonomi maka dia lah tuan.

Tapi kita tak dapat menolak hakikat bahawa bangsa Melayu lah yang membentuk kerajaan Melayu di zaman kegemilangannya. Di tanah semenanjung Kesultanan Melaka pernah berkuasa, malah di kepulauan Borneo sana pernah ada kesultanan Sambas, Kutai dan Brunei iaitu satu2nya kerajaan beraja yang masih wujud disana. Pada ketika itu ketika bangsa Melayu membentuk kerajaan benar kita adalah tuan.

Namun kita kena terima hakikat perubahan masa dan keadaan. Perhatikan suasana hari ini dengan sikap bangsa Melayu tidak malukah kita mengaku sebagai seorang tuan sedangkan hakikatnya bangsa kita bangsa Melayu masih jauh ketinggalan. Anak Melayu ni cuma tak ketinggalan dan kedepan dengan masalah mat rempit, ragut dan sebagainya yang entah apa2. Lebih memualkan berapa ramai hari ini anak2 Melayu yang mengaku kononnya mendaulatkan dan memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam tapi sekadar ucapan berapi di mulut, bila tiba di hati dan perbuatan langsung tiada apa2.

Yang kita dengar cuma Melayu pau Melayu, Melayu bantai Melayu dan entah apa2 cerita layu lagi. Ada mamat Melayu ni cakap dengan aku ‘ ala naz, cina pun bantai cina jugak ‘. Memang tapi dari segi sudut kerjasama mereka dah jauh tinggalkan kita. Kerana penyatuan mereka yang kuat mereka dapat menguasai ekonomi tak macam Melayu yang suka dengki Melayu. Jadi pemimpin pun kerjanya nak menjatuhkan Melayu yang lain. Bila berbaiah pun haram sepatah tak berpegang dengan apa yang diucapkannya, majoriti.

Buktikan bahawa bangsa Melayu pun boleh bangun setanding dengan bangsa lain. Jangan kita hanya jadi bangsa yang sekadar dipandang sebelah mata atau rendah oleh sesiapa. Kaji dimana silap dan kurangnya dengan bangsa kita, apa yang menyebabkan hanyut dan rosaknya bangsa dan sebagainya. Masih banyak diantara kita yang cakap kosong berjela2 tapi apa pun tak ada.

Kita boleh belajar dari sejarah 5 sami iaitu Choi Tak Chung, Fong Tai Hung, Ma Chiu Hing, Wu Tak Tai dan Lee Sik Hoi yang bersumpah untuk mengembalikan kerajaan Ming yang digulingkan oleh kerajaan Qing sehingga mampu membentuk sebuah organisasi yang kuat. Kalau nak berpaksikan sejarah Islam kita tetap ada tokoh seperti Salahuddin Al Ayubi yang merupakan pemimpin dua dalam 1 masa sebagai seorang raja dan panglima.

Si Pengampu

In Sindiran on April 15, 2010 at 12:44 pm

Selain daripada mat rempit dan Farid Kamil antara golongan manusia yang menjengkelkan dan menimbulkan perasaan meluat pada aku adalah golongan kaki bodek atau kaki ampu atau kaki kipas dan segala kaki yang sewaktu dengannya. Banyak manusia jenis ni aku dah jumpa dan kalau nak tahu aku sedang annoying atau tak masa tu korang boleh lihat aku senyum sinis sambil mata melirik tepat ke arah pembodek tersebut.

Kalau setakat ambil hati dan bertanya khabar tu ok lagi tapi kalau dah bodek sampai orang muka pecah pun dikatanya macam rupa zed zaidi itu sudah tahap menjengkelkan. Biasanya golongan yang dibodek dan diampu adalah golongan yang berkuasa dan kalau setakat abang2 kecik yang tak ada pengaruh dan orang tak kenal macam aku ni tak ada siapa pun hingin nak bodek..kalau ambik hati tu biasalah.Cheh..!

Dalam pemerhatian aku, golongan kaki bodek ni sukakan perhatian ataupun mahukan balasan seperti pangkat sebagai balasan. Biasalah kalau setakat nak mengampu sikit2 tu tapi kalau dah menyusahkan orang lain ataupun nak melangkah sesiapa itu dah dikira melampaulah. Mulut manis memang modal diorang ni..

Bukan apa aku nak ingatkan bukankah kejujuran tu penting.. tak guna bila dibelakang kita cakap lain tapi depan cakap lain. rasanya lebih elok kita mendiamkan diri dan biarkan orang lain yang nampak kelebihan kita. Dengan cara tu walaupun lambat, orang akan lebih hormatkan kita. Bukan bercakap besar sana sini sehingga menimbulkan kemarahan dan kebencian orang lain.

Tulis pendek sudah..sendiri mau ingat la brader..! .. 🙂

Medan Selera Uptown

In Peribadi on April 14, 2010 at 4:27 pm

Aku baru sahaja balik dari menjamu selera di Uptown Damansara tadi dan sekarang jam kat lap top aku menunjukkan pukul 12.07 am. Tiba2 sahaja terbit idea nak buat cerita pasal Uptown Damansara iaitu tempat faveret aku untuk berpeleseran menjamu selera..yang juga memberi banyak kenangan aku kat sini.

Uptown Damansara ni terletak berdekatan dengan Taman Tun Dr Ismail ataupun Bandar Utama Damansara. Sebab apa aku pilih sini adalah kerana harga makanannya yang murah dan berpatutan untuk seorang lelaki bujang yang sentiasa kesengkekan duit macam aku ni. Tambahan pula kat tempat lain tak ada chicken chop harga RM8 hinggit macam kat sini. Jadi sesuailah untuk orang tak berduit tapi berselera besar macam aku ni.

Disebabkan aku memboikot kedai kopitiam yang juga menjadi faveret spot aku bersantai kerana tak ada sijil halal dari JAKIM jadi makin kerap la aku ke Uptown Damansara ni. Kalau tempat lain yang berdekatan pula ialah Hartamas Square tapi aku kurang melepak di Hartamas sebab crowded yang penuh macam kandang kambing tetapi versi manusia yang perasan hot. Walaupun orang bagi title ‘abang long hartamas’ kat aku tapi aku sendiri tak lepak kat situ..melainkan kalau aku buat makan2 dengan budak2 jemaah aku..haha.

Jadi kalau korang yang ada kat area KL ni nak cari makan singgahlah kat Uptown Damansara ni sebab makanan dia pelbagai dan murah. Cuma kalau waktu malam dan hujung minggu memang susah nak mencari tempat letak kereta pasal penuh. Tapi kat sini tak ada perkhidmatan jalur lebar internet tanpa wayar yer (kalau sebut ‘wireless’ dah betul dah kan..haha).. jadi tak perlu nak bawak laptop kat sini kecualilah korang nak buat presentation MLM.

Dulu kat depan medan selera Uptown damansara ni ada gerai2 Uptown tapi dah kena pindah ke Kota Damansara..sebabnya aku pun tak tahu.Dulu aku selalu lepak ngan kawan2 aku kat situ cari barang murah. Kadang2 boleh nampak la kelibat Bob Kuman kat situ tengah jaga deretan gerai.

Depan medan selera tu ada banyak deretan kedai yang menjual dvd cetak rompak. Untuk korang yang miskin tak ada duit nak beli dvd ori macam aku ni, bolehlah ke situ..harga sekeping RM 8.Kalau yang lucah2 aku tak tahu berapa..haha. Tak pun pergi kat kedai dvd sebelah starbucks tu..ada sorang cina dengan tatu naga kat lengan tu baik ngan aku pasal aku regular customer dia.Jadi korang sebut jer nama aku dapatlah harga dvd RM6 sekeping macam aku..haha. Dia sendiri cakap dengan aku banyak2 customer dia, nama aku sorang jer dia ingat. Mungkin sebab aku suka merapu dengan dia tiap kali aku datang situ. Dah la bagi aku diskaun 2 hinggit, aku siap pau rokok dia lagi.. 😛

Ohh entri kali ni tak ada gambar pasal handphone aku kualiti kameranya sangatlah ‘memuaskan’.Jadi aku cilok gambar orang jer la yer der..

P/s : Kalau pernah dengar lagu ACAB iaitu ‘street of Uptown’ lagu tu tuju kat tempat ni la..

Kami Prihatin

In Isu Semasa, Sindiran on April 14, 2010 at 10:54 am

Aku terlewat lagi menulis pasal benda sekeliling aku..biasalah semakin bz aku ni dengan kerja. Seminggu dua ni aku baca dalam suratkhabar tengah hangat pasal kempen ‘ kami prihatin ‘ siap jemput artis2 lagi nak menghangatkan kempen ni. Kempen kami prihatin ni diwujudkan sebab terlampau banyak kes menyakitkan hati dan menyirapkan darah di Malaysia seperti kes buang bayi yang semakin kecoh di Malaysia sekarang ni.

Nampak sangat rakyat Malaysia sebenarnya kurang prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka hari ni sampai kerajaan terpaksa mengahabiskan puluhan ribu dan mungkin sehingga ke jutaan ringgit untuk menggerakkan kempen kami prihatin ni. Biasalah nak bergerak dan bayar duit kat artis2 yang segelintirnya konon prihatin tu mungkin dah berapa riban lak cas dia.

Tapi janganlah bila dah banyak belanja dikeluarkan masyarakat kita masih hangat2 taik hanjing pulak. Ingat dulu kes arwah adik nurin jazlin ngan sharlini yang masih hilang tak ditemui tu. Ramai yang marah dan bertempik kat penjahat yang celaka tu tapi lepas 2-3 bulan kes jadi senyap. Prihatinnya sekejap aja lepas tu aku tengok mak bapak sekarang ni masih juga biarkan anak2 dia pergi sekolah jalan kaki sorang2. Kat kawasan rumah sewa aku sendiri aku tengok budak2 kecik jalan ikut semak samun nak ke tadika. Tak ke mengundang namanya tu..?

Lepas tu kecoh pasal pulak pasal buang bayi sekarang ni..Aku memang menyirap jer kat mak bapak yang buang bayi kat tong sampah ni sampaikan ada siap bakar lagi. Kalau aku dapat jer bapak ngan mak dia tu memang teruk aku bedal punya.. silap2 sampai lupa nak eja nama sendiri akibat siksaan aku yang kejam. Mana letak entah otak diorang ni.. kalau taknak budak tu janganlah buang letaklah kat mana2 tempat yang selamat.

Pastu waktu beromen nak sedap ajer bila dah ada anak buang dalam tong sampah. Kenapa waktu henjut dulu taknak gunakan kondom..? Kalau kurang sedap atau tak mampu beli kondom pancut ajer la kat luar. Aku banyak jumpa kaki zina tapi ok jer tak ada lak termengandung anak luar nikah.

Pasal kempen kami prihatin ni aku dah boleh bayangkan kesudahan dia tapi taknaklah aku sebut pasal kerajaan dah bersusah payah berbelanja untuk kempen ni. Tapi penguatkuasaan undang2 kena la ada perubahan gak. Setakat denda2 kaki romen pancut dalam ni tak takut dan tak gentar punya.. Kalau letak dalam kandang pastu bawak keliling bandar dalam keadaan bogel dah betul dah.

Semoga kempen kami prihatin ni bawa kesedaran la walaupun sedikit dalam masyarakat. Si pembuang bayi, kaki peragut ni manusia tak ada otak. Kalau dapat kita lanyak jer ramai2 baru best.. bedal secukup rasa hidup menyusahkan orang lebih baik diorang ni mampus..ataupun campak dalam zoo bagi harimau makan. Dah jimat duit pengurusan zoo nak beli makanan mentah..haha

P/s : Lepas ni kita buat kempen Anti rempit pulak ok..? (anti rempit bukan anti orang bwk motor). Pasal aku semak gila dengan mat rempit ni..perangai macam orang utan. Tambah pulak dengan kes ragut.. bertambah menyirap darah aku dibuatnya.

Dalam Kaabah

In Islam on April 13, 2010 at 11:10 pm

Baru2 ni aku ada menonton astro saluran oasis tentang pengalaman seorang lelaki tua semasa mengerjakan haji telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat ke dalam kaabah secara tidak sengaja ketika pintu kaabah dibuka oleh penjaga kunci.Ketika menyaksikan pintu kaabah dibuka menurutnya tidak ramai jemaah ketika itu disekeliling kaabah tambahan pula dikawal oleh ratusan tentera arab saudi disekeliling kaabah.

Sebelum aku sambung apa yang dilihat oleh orang tua itu mari kita lihat apa sebenarnya struktur di dalam kaabah itu sendiri :

Dan di atas adalah gambaran serba ringkas tentang apa yang ada di dalam kaabah iaitu 3 buah tiang serta lampu yang digantung sejak dari zaman nabi dahulu. Jika orang biasa memang tidak akan dapat membuka pintu kaabah ni sebaliknya ia hanya boleh dibuka oleh penjaga kunci kaabah iaitu keturunan pada bani Syaibah.

Berbalik pada orang tua tadi ketika menceritakan apa yang dilihatnya di dalam kaabah dia menangis kerana terlalu insaf dengan kebesaran Allah.Namun apabila ditanya apa yang dilihatnya oleh wartawan, dia sekadar mendiamkan diri kerana katanya dia dinasihatkan supaya tidak menghebohkan apa yang dilihatnya.Bukan apa, takut nanti menimbulkan fitnah dan apa yang dilihatnya mungkin akan menimbulkan kegelisahan pada orang ramai kerana bukan semua orang dapat menerimanya.

Dulu aku pernah belajar agama dengan datuk aku dan aku boleh membayangkan apa sebenarnya yang dilihat oleh orang tua itu tapi jangan tanya aku apa. Ilmu agama kalau kita tak tahu asasnya dan terus mahu belajar dengan ebih mendalam boleh membawa pada kecelaruan. Pernah ada orang yang mengaji sama dengan datuk aku jadi gila kerana terlalu memikirkan rupa dan bentuk zat Allah.

Cuma klu nya ialah dalam waktu tertentu pintu kaabah akan dibuka dan lain orang mungkin akan melihat sesuatu yang berlainan bergantung pada masa dan keadaanya. Mekah adalah pusat bumi dan bumi Mekah itu sendiri terletak diantara lapisan langit yang membawa ke lapisan langit ketujuh. Jadi kaabah itu sendiri merupakan pintu dimensi ke tempat yang lain.

Allah memerintahkan kita sujud ke arah kaabah bukan kerana menyembah kaabah tetapi sebaliknya kerana itu adalah simbol perpaduan umat Islam secara tersuratnya.Tetapi secara tersiratnya..adalah rahsia milik Allah.Dia yang Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu yang ada di langit dan bumi meskipun dilihat mustahil oleh kita hamba ciptaanNya yang kerdil.

Setiap apa yang kita lihat di dalam kaabah itu adalah berlainan mengikut kehendakNya.Kadangkala manusia cuma melihat binaan yang dalamnya cuma ada tiga tiang..namun jika Allah mahu dia akan buka hijab hambanya untuk melihat sesuatu yang diluar jangkaan manusia.

Cari Kerja

In Peribadi on April 6, 2010 at 7:09 pm

Petang tadi aku berada di IOI Mall Puchong sebab nak bayar bil maxis jadi selepas aku menjelaskan bil aku duduk sebentar di kerusi panjang berdepan dengan beberapa buah deretan kedai di depan aku.Kemudian kelihatan kelibat 2-3 orang perempuan remaja india di depan kedai terbabit sambil meneliti iklan jawatan kosong yang ditampal di hadapan kedai tersebut.

Aku perhatikan saja gelagat mereka dalam keadaan tu..mungkin mahu mencari kerja.Masing2 saling menolak untuk masuk ke kedai tersebut dan aku dapat rasa mereka mahu bertanyakan tentang jawatan kosong tersebut.Selepas 2-3 minit berada dalam kedai butik berjenama antarabangsa tersebut, aku lihat mereka keluar dengan muka yang hampa. Dalam pemikiran aku dah dapat agak mereka tidak diterima kerana kalau jawatan tersebut sudah dipenuhi mesti iklan tersebut akan ditanggalkan.Ataupun mungkin ada diskriminasi..entahlah.

Memang agak sukar nak mencari kerja di kota sekarang walaupun keluar dengan segulung ijazah.Kalau dapat kerja makan gaji pun, pendapatan yang diterima tidak setaraf pun dengan belanja besar yang dikeluarkan semasa kita dalam peringkat pengajian.Bayangkan ada berpuluh ribu siswazah menganggur sedangkan peluang kerja yang setaraf kurang.Kita berhabis berpuluh ribu untuk belanja pendidikan kita dari sekolah sampai masuk IPT tapi bila kerja, gaji permulaan cuma 1-2 ribu sahaja.

Entahlah, aku pun tak tahu nak ulas isu ni sebab aku pun masih terumbang ambing hanya mengharapkan duit bisnes sendiri aku yang baru nak naik tu saja.Misi nak jadi jutawan tapi kena la ubah sikap aku sendiri ni dulu..sebab terlampau banyak kekurangan.

Kalau nak jadi jutawan atau orang kaya, kena la belajar cara orang kaya atau orang berjaya bekerja, berfikir dan menguruskan masa.Mudah2an Allah SWT buka pintu rezeki yang luas untuk aku dan apa yang sedang aku usahakan sekarang, berjaya walaupun terpaksa menempuh banyak halangan sukar.