alonganaz

Misteri Ustaz Tajuddin

In Uncategorized on April 27, 2010 at 4:49 pm

Pernah tak korang semua dengar tentang bekas Paderi Besar Sabah, iaitu Reverend Thomas Laiden atau namanya selepas memeluk Islam iaitu Tajuddin Othman Abdullah. Dulu aku pernah dengar juga kisah dia ni, kononnya dia adalah Paderi Besar Sabah yang mana dia punya kuasa untuk mengampunkan dosa orang2 Kristian sehingga ke peringkat antarabangsa.

Malah dia dikatakan menyimpan naskhah asal kitab Injil yang diambilnya secara rahsia dari simpanan Vatican City. Dikatakan bahawa dalam Injil asal tersebut ada disebutkan tentang kebenaran agama Islam asal yang dibawa Nabi Isa AS dan mentauhidkan Allah SWT.  Kononnya dalam kitab itu bercanggah dengan ajaran Kristian yang mengamalkan konsep triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul Khudus.

Kisah Ustaz Tajuddin Othman Abdullah memeluk Islam dan menyimpan naskhah asal Injil hebat diperkatakan suatu ketika dahulu dan kali pertama disiarkan oleh Majalah Muslimah terbitan Februari 1999 bertajuk ‘ Iktibar Buat Mereka Yang Murtad ‘. Melalui khabar yang disiarkan, kali terakhir berita tentang Ustaz Tajuddin adalah dia menyandang jawatan dengan Majlis Agama Islam Melaka. Malah setiap kali ada kes murtad membabitkan bangsa Melayu, kisah Utas Tajuddin yang pernah menjadi Paderi Besar Kristian di Sabah seringkali disiarkan, mungkin untuk menjadi iktibar. (LINK)

Namun kisah pengislaman Ustaz Tajuddin ini dinafikan oleh Keuskupan Keningau Sabah, Fr Dr Charles Chiew dalam akhbar online Herald yang mengatakan bahawa nama Thomas Laiden ini tidak pernah wujud dalam senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah. (LINK)

Jadi jika Ustaz Tajuddin ini tidak wujud ataupun menipu seperti mana dakwaan pihak gereja Sabah, apakah tujuan majalah Muslimah menyiarkan temubual dengan Ustaz Tajuddin ini. Kalau majalah Muslimah mahu menimbulkan kesedaran tentang akibat murtad, apakah perlu menyiarkan wawancara palsu..? Puas aku cari maklumat dan gambar tentang Ustaz Tajuddin ni di internet namun tiada maklumat mahupun gambar terkini tentang beliau seolah2 tiada langsung maklumat tentangnya seperti sudah dipadamkan oleh pihak2 tertentu.

Dan jika wawancara itu tipu sebagaimana dakwaan pihak Gereja Sabah maka ini adalah satu aib yang besar buat umat Islam. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlu tiada atau minimum prejudis antara agama dan kaum di Malaysia ni. Namun aku pun tidaklah menolak mentah2 kewujudan Ustaz Tajuddin ni jika dia benar2 wujud, mungkin ada konspirasi ker kita mana tahu kan..? Apa2 pun hormatilah hak2 bangsa dan agama lain di bumi Malaysia ni.

  1. terima kasih saudara atas penguraian misteri bekas paderi tersebut dengan minda terbuka..saya sertakan kenyataan akhbar dari keuskupan keningau..

    KENYATAAN AKHBAR DARI KEUSKUPAN KENINGAU

    Penjelasan polemik Tajuddin Othman @ Thomas Laiden

    Negara kita Malaysia adalah negara yang aman makmur di mana setiap warganegara yang berbilang kaum, agama dan adat resam serta tradisi, hidup dalam keadaan yang aman damai. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut telah menjadikan kehidupan kita lebih berwarna-warni dan menjadikan kita semakin merapatkan hubungan kita dengan sesama dan dengan Sang Pencipta kita.

    Namun sayang tidak semua orang berpendapat demikian. Ada saja pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati orang yang tidak sealiran atau seagama dengan mereka. Di sini kami ingin membetulkan tohmahan yang dilontarkan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah yang terdapat dalam Majalah MUSLIMAH terbitan Februari 1999, bertajuk “Iktibar buat mereka yang murtad!”

    Dalam artikel tersebut, orang itu mendakwa dirinya sebagai bekas seorang paderi Katolik bernama paderi Thomas Laiden, berketurunan Solok. Beliau mengaku pernah belajar menjadi paderi di Vatiken Itali. Kononnya beliau pernah bertugas di Vatiken dan seterusnya bertugas di Gereja St. Mary, di Kota Kinabalu pada tahun 1988. (Gereja St. Mary sebenarnya di Sandakan)

    Perlu kami jelaskan di sini bahawa kami tidak pernah kenal seorang paderi yang bernama Thomas Laiden. Apalagi seorang paderi yang berketurunan Solok di negeri Sabah ini. Orang (rekaan) ini tidak pernah wujud dalam senarai mahupun perhidmatan dalam mana-mana Gereja Katolik di Sabah.

    Melalui artikel tersebut menjadi jelas pada kami bahawa Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden adalah seorang pembohong kerana segala tohmahannya mengenai doktrin Kristian Katolik yang terdapat dalam artikel tersebut semuanya tidak benar. Segala tohmahan tersebut lebih bersifat rekaan semata-mata yang boleh menimbulkan provokasi kepada orang lain sekaligus memberi gambaran yang salah kepada penganut Islam dan semua pembaca yang budiman tentang agama Katolik.

    Besar kemungkinan penulis artikel tersebut hanya ingin menyampaikan mesej kepada kaum muslimin supaya tidak murtad. Tetapi kalau ya pun, janganlah menggunakan isu-isu agama orang lain. Agama apapun berpendapat bahawa berhohong itu dosa.

    Jika benarlah kewujudan peribadi yang bernama Tajuddin Othman Abdullah @ Thomas Laiden ini, maka kami berharap agar pihak Majlis Agama Islam Melaka di bahagian unit kristianologi, menyelidiki latar belakangnya terutama surat lahir dan Mykad supaya jangan sampai mereka pun ditipu oleh seorang ‘ustaz’ murahan. Jika perlu, kami sentiasa bekerjasama demi semangat berdialog ke arah keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

    Fr. Dr. Charles Chiew
    Keuskupan Keningau

    ~peace and God bless!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: