alonganaz

Teori Kewujudan Manusia

In Islam on April 26, 2010 at 8:06 pm

Sebagai umat Islam kita wajib percaya dan beriman bahawa asal usul kewujudan manusia hari ini adalah daripada Nabi Adam AS dan Hawa. Ini telah dijelaskan dalam al-quran oleh Allah SWT bahawa manusia itu telah diciptakan dari tanah dan kemudian ditiupkan roh ke jasad Adam AS.

Jika dilihat jarak waktu di antara Nabi Adam AS ke zaman moden hari ini banyak yang mengatakan jurang waktu itu adalah sejauh 100 ke 200 ribu tahun. Ini bermakna Nabi Adam diturunkan ke bumi oleh Allah SWT adalah pada 40 ribu tahun lampau. Namun teori Charles Darwin mengatakan bahawa manusia itu adalah berevolusi daripada beruk jutaan tahun dahulu. Teori ni dah tentu bercanggah dengan ajaran Islam dan kita seharusnya menolak teori itu.

Namun kajian saintis telah menunjukkan hasil kajian apabila menemui fosil manusia yang berusia jutaan tahun..! Sekaligus memberi fakta baru bahawa manusia telah wujud sejak jutaan tahun dahulu. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam tetapi kajian DNA yang telah dilakukan pada fosil tersebut menunjukkan persamaan sebanyak 90 peratus dengan manusia moden. Apa yang aku baca mereka telah mengelaskan manusia pada 3 iaitu :

  1. Homo Ergaster ( 8 juta tahun dahulu )
  2. Homo Habilis ( 5 Juta )
  3. Homo Erectus ( 1 Juta )
  4. Homo Sapiens ( 500 ribu Tahun dahulu )
  5. Manusia baru iaitu manusia jenis kita hari ini.

Ini sudah tentu menimbulkan kemusykilan kerana bukti DNA yang ditemui itu berusia jutaan tahun sedangkan kewujudan Nabi Adam AS hanyalah sekitar 100 Ribu tahun dengan manusia moden hari ini. Kita harus percaya bahawa setiap  manusia hari ini adalah berasal dari Nabi Adam AS, tetapi jika fosil yang dijumpai berusia jutaan itu adalah juga spesis manusia siapakah mereka..?

Akhirnya setelah kajian dilakukan manusia hari ini bukanlah berasal dari keturunan manusia purba itu iaitu Homo Sapiens dan lain2 meskipun terdapat 90 peratus persamaan genetik dengan manusia hari ini.Tetapi mereka sudah lazim menggunakan dua kaki yang menyamakan mereka dengan manusia moden. Pada tahun 1925, seorang pakar anatomi Raymond Dart merupakan orang pertama yang telah menggambarkan fosil Australopithecines.

Fosil tersebut ditemui dalam Gua Batu Kapur Taung, Afrika Selatan. Ia berupa tengkorak yang berusia sekitar 5 juta tahun. Raymond Dart mencatatkan bahawa lubang tempat sumsum tulang belakang keluar dari otak berada di dasar tengkorak. Bagi Raymond Dart ia mengisyaratkan bahawa budak tersebut berdiri tegak dan berjalan dengan menggunakan dua kaki. Raymond Dart telah memberi nama spesies baru tersebut sebagai Australopithecus Africanus, yang bermaksud monyet asal selatan Afrika.

Max Ingman, doktor genetik Amerika dalam tulisannya, Mitochondrial DNA Clarifies Human Evolution, kelihatan senada dengan dakwaan paleoantropologi bahawa manusia moden berevolusi dari salah satu tempat di Afrika antara 100 ribu tahun yang lalu.

Sesungguhnya, segala yang terjadi adalah ketentuan sejarah yang telah direncanakan sedemikian rapi dalam catatan Allah terlebih dahulu sehingga segala sesuatu yang berlaku ada keharmonian dalam keselarasan yang saling berlawanan, dan tiada satupun yang dinamakan aksioma dan ‘missing links’.

Apakah yang telah terjadi pada spesis manusia purba ini..? Aku pening kepala..aku akan mencari jawapannya dan akan sambung kemudian.

P/s : Sesungguhnya rahsia Allah SWT itu terlalu banyak. Ini adalah ujianNya untuk menguji sejauh mana keimanan kita padaNya. Wallahualam. (LINK) untuk jawapannya.

Homo Sapiens.

Tengkorak manusia moden dan homo sapien.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang pentadbir dan pemanfaat di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang hanya akan membuat kebinasaan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mengagungkan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” (qs 2:30).

Sengaja ada part aku high light kan dengan warna merah.. Sebab aku nak kalian tahu bukan semuanya berada di dalam batas ruang lingkup pemikiran manusia. Kerana jika kita mahu mengkaji ilmu alam yang Allah jadikan ini, belum cukup dakwat yang dihasilkan dari 7 lautan untuk menulis tentangnya.

  1. dan mungkin mereka hanya menyerupai manusia tapi tidak sesempurna manusia..dan mungkin juga mereka adalah manusia yg wujud selpas nabi adam dan tidak smpai 5 juta tahun..
    atas sebab2 tertentu hanya allah je yg mngetahui…

    TEORI MANUSIA..bukan smuanya sama sperti FAKTA ALLAH.

  2. salam, semasa Allah ingin mencipta manusia drpd tanah Allah mengarahkan malaikat untun turun kebumi untuk mengambil tanah tetapi Bumi masa itu membantah dan memberitahu manusia hanya akan melakukan kemusnahkan dimuka bumi ini sahaja. Malaikat pun balas Allah tahu apa dilakukan-NYA. dan bila kita fikir balik bagaimana bumi tahu manusia akan melakukan kemusnahan walhal Nabi Adam belum dicipta lagi. mungkin ada manusia sebelum nabi Adam AS(wallahualam). Kalau kita fikirkan balik, saintis mengatakan gaya hidup orang purba dahulu yang pernuh jahiliah tidak berpakaian dan etc tetapi semasa nabi Adam AS dicipta, Allah sendiri memberitahu malaikat bahwa ada sesuatu yang Nabi Adam AS tahu tetapi para Malaikat tidak tahu.

  3. naz kat homo sapien tu ko salah type ke? tak kan 500 tahun lepas kot? kalo gitu hang tuah dengan kite lain jenis manusia la erk..

  4. Testing!testing.🙂

  5. KEWUJUDAN ADAM(MANUSIA)LAIN? – ‘bismillah,apa yg saya ingin kongsikan adalah sekadar pemikiran teori dan kemungkinan saya sahaja dan tidak tahu benar atau salah kerana Allah s.w.t lebih mengetahui dari pemikiran makhluk-makhluknya. ** teori yang telah saya kaji adalah wujudkah manusia lain seperti adam??bgi saya teori saya,kemungkinan tiada manusia selain adam dan hawa selepas mereka di campak dari syurga.kemungkinan mahluk yg berupa beruk itu adalah adam dan hawa kerana mereka ingkar satu ketika dulu?kenapa rupa seperti ‘itu’?mungkin juga adalah sebab diatas keingkaran adam dan hawa dan telah di tarik balik zat-zat kemanusiaan mereka?jangan lupa kerana sebelum iblis ingkar di atas penciptaan adam,iblis juga mempunyai zat-zat(rupa,sayap)yg sangat indah dan allah telah menarik semua zat-zat itu di syurga dan diganti dgn wajah dan rupa yg sangat menakutkan selepas iblis ingkar?**BAGAIMANA PULA DENGAN KITA HARI INI??** – teori saya yg berkemungkinan,reputasi adam telah pulih seperti kita hari ini adalah,kerana adam dan hawa ialah makhluk yang mempunyai sifat rasa rendah diri dan mempunyai perasaan rasa bersalah dan terus memohon keampunan dari Allah s.w.t tanpa putus-putus selepas ingkar?tidak seperti iblis yg angkuh dan tidak mahu bersujud atau memohon keampunan selepas ingkar.kemungkinan reputasi adam dan hawa pulih selepas Allah s.w.t menurunkan wahyu pertama kepada adam dan hawa yg telah mengampunkan mereka dan allah mengembalikan zat-zat kemanusiaan kembali seperti di syurga dan telah menjadikan adam sebagai ‘khalifah’ dan rasul yg pertama di bumi.**BAGAIMANA WUJUD MANUSIA LAIN??** – kemungkinan,wahyu pertama di turunkan oleh Allah,bukan lah sejurus atau terus turun pada masa yg sama ketika adam dan hawa dicampak di bumi ini kerana,adam dan hawa telah di uji dahulu dengan perbagai rintangan dibumi dan menguji imannya sebelum turunnya wahyu pertama.dan berkemungkinan juga pada ketika itu,adam dan hawa telah membiak dalam keadaan reputasi yg ingkar sebelum Allah memulihkan reputasi adam dan hawa seperti di syurga.selepas wahyu pertama diturunkan dengan mengajar ‘nama-nama’ dan bergelarnya Adam sebagai khalifah dan rasul yang pertama di bumi dgn reputasi yg baru dipulihkan oleh Allah.keturunan baru yg dipulihkan oleh Allah s.w.t telah membiak dgn sempurna.tidak seperti sebelum keturunan adam yg ingkar dan keturunan yg ingkar itu telah dilupuskan oleh Allah kerana mereka saling membuat kerosakan dibumi dan saling menumpahkan darah sesama sendiri dan di ganti dgn reputasi sepertimana keadaan manusia sekarang ini?tidak mustahil juga kerana manusia hari ini saling membuat kerosakan dan menumpahkan darah sesama sendiri kerana reputasi yg Allah telah pulihkan tidaklah sepenuhnya seperti di syurga dan masih ada kekurangan pada manusia hari ini.(mungkin akhlak?atau sifat manusia?)ini adalah kerana pengajaran dan peringatan dari Allah selepas adam dan hawa ingkar.(mungkin di syurga tidak merasa lapar bukan?mengantuk?bosan?sepi?dingin?’nafsu’ tapi di bumi kita merasa itu semua) ***JARAK WAKTU ZAMAN ADAM??** -teori saya berkenaan dgn jarak dan waktu zaman itu mungkin menimbulkan persoalan.tetapi Allah S.W.T maha segalanya dan lebih mengetahui dilangit dan dibumi dari pemikiran makhluk-makhlukNYA.ada yg mengatakan manusia telah hidup berjuta-juta tahun dan ada yg mengatakan hanya 40000 thn atau sebaliknya?tiada yg mustahil selagi kita percaya qada dan qadar.kemungkinan 1hari ketika zaman itu 10 thn?100?thn?1000?100000?kerana tiada yg mustahil bgi Allah melakukannya.tiada yg mustahil bgi Allah mengubah,melambat,mempercepat waktu dan masa dan ini diluar batas pemikiran makhluk yg lemah seperti kita.-Wallahualam- sekian saja teori saya.maafkan jika ada salah dan silap.saya sgt2 mengalu2kan kritikan dan coment kerana yg baik dtg dari Allah dan yg buruk dari diri saya sendri.saya bersyukur kehadrat ilahi atas kurniaan akal dan pemikiran seperti ini kerana ia adalah kurniaan yg sgt indah dan berguna.tidak salah mengunakan kurniaan allah jika tidak memudaratkan.wassalam.(facebook – Nur Ikhsan Abidin)

  6. I really like what u share….Sangat faham…Skrg ni sy bekerja sebgai guru sejarah dan sains SMK…so this info sgt berguna untuk saya…I really like ur blog..kemas dan tersusun…thank u very much for sharing your post…

  7. Saya Baca artikel awak tadi, nabi adam wujud 40ribu yg lampau.. macam mana dgn zaman Mesolitik + paleolitik yg berlaku 200ribu tahun dahulu? Jika Rajin, Sila nyatakan dalil atau hadis berkaitan iaitu Nabi adam a.s di turunkan 40ribu tahun yg lampau.. tQ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: