alonganaz

Politik Anak Muda 2

In Politik, Sindiran on April 22, 2010 at 10:50 am

Pict kredit to mediawangsa

Aku baru dapat mesej dari parti *censored* cawangan yang aku sertai. Katanya kalau tak ada apa jom la turun berkempen kat hulu Selangor mewakili parti yang aku sertai. Huhu aku bukanlah seorang yang berminat dengan politik sebenarnya tapi disebabkan mahu kabel dan diajak masuk oleh rakan aku ikutkan sahaja. Dari pada politik kampus MPP sampai la politik negara semuanya memualkan anak tekak aku dengan sandiwara mainan propaganda yang tak berkesudahan mereka.

Tapi tak adalah aku sampai tak ambil tahu langsung senario palitik tanah air. Setiap hari aku akan baca juga sumber media milik kerajaan ataupun pembangkang. Utusan yang macam bagus pun aku baca, Harakah yang ada artikel ulamak maki hamun orang pun aku baca juga. Jadi tak adalah aku jadi manusia bebal yang tak tahu apa2 pun tentang isu tentang politik kat negara Mesia kita ni.

Tapi disebabkan aku masih darah muda isu2 politik ni seringkali membebal dan meng’konfius’kan aku. Memang isu politik sentiasa akan membawa kekeliruan pada anak muda seperti aku ni. Itulah apa yang dinamakan golongan atas pagar. Ada sesetengah isu aku bengang dengan kerajaan terutamanya isu hak asasi manusia dan anak muda sehinggalah kebencian aku semakin meluap masa aku disumbat ke dalam lokap tahun lepas. Tapi aku juga keliru dengan dakyah pembangkang yang mengarut. Bertambah keliru bila aku baca blog golongan pembangkang dari parti bulan mencerca dan memaki hamun golongan yang sebangsa dengan mereka. Tak sesuai langsung dengan imej yang mereka bawa. ‘ Pergi jahanam la UMNO parti sesat ‘ tapi kopiah atas kepala.

Bertambah aku menyampah melihatkan gelagat wakil pembangkang yang suka buat kecoh dalam dewan rakyat. Sikit2 hal mau protes..siki2 hal keluar dewan. Dah jadi macam pasar borong Selayang dah aku tengok. Tu pasal la RTM ‘cut’ banyak adengan sewaktu persidangan agaknya. Di pihak kerajaan terutamanya parti keris kononnya berkobar2 mahu memartabatkan bangsa Melayu, pejuang la apa la tapi apa yang aku nampak tak banyak yang kerajaan berjaya lakukan untuk  mengubah generasi baru bangsa Melayu. Anak Melayu terus jadi peragut, perompak, buang anak dan entah apa2 lagi.

Kalau nak mengharapkan anak Melayu hari ni jadi pemimpin untuk mengubah Malaysia dan bangsa Melayu di masa akan datang..nampaknya makin susah la. Sebab la ni anak Melayu banyak sibuk jadi gangster taik kucing dan  jadi mat rempit. Tak payah cakap la pasal ketuanan Melayu.. dah basi. Cakap berdegar2 tak guna gak, sebab Melayu selalu dengan kata2 jer dah boleh makan hasutan.

  1. politik mmg kotor. jgn kita marah org memaki hamun yang lain. jgn kita tgk yang pakai kopiah di memaki hamun, cuba kita tgk yang mereka dimaki dan dihamun dan dituduh. hmmm. jgn jugak kita terpedaya dgn apa yang kita tgk dalam televisyen. RTM?? lagi lah jgn dipercayai. like u said baca dan nilai dari sudut pandang kedua2 belah pihak. biar aku letak satu senario yang baru ni jadi kat hulu selangor, BN kecoh pasal zaid ibrahim minum arak… sebelum ni zaid ibrahim dalam parti mana sebelum masuk PKR?? barisan kan. so is it ok untuk org minum arak dalam BN tapi kalau dalam parti pembangkang di jadikan isu yang besar, kenapa tak dihebahkan je benda ni masa zaid dalam BN dulu. and cerita dalam dewan rakyat… tahu ke kita apa yang jadi dalam tu yang menyebabkan dorang memberontak?? yang kita tahu apa yang diorang tunjuk dalam media yang menjadi anjing kerajaan BN. camnilah bro… sebagai muslim… UMNO memperjuangkan melayu, PAS memperjuangkan islam… mane perjuangan yang yang rasanya patut diutamakan. terpulang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: