alonganaz

Makan Lari

In Cerita, Peribadi on April 21, 2010 at 5:14 pm

Bila melintas kat kedai mamak kadang2 aku akan teringat kisah lama zaman2 aku masih suka bersuka ria tanpa batasan. Dulu kalau makan dekat mamak bila tiba waktu ‘masuk air’ aku akan lari bila dah habis makan.. haha. Bukan apa waktu tu zaman belajar selalu sesak tak ada duit nak makan. Duit yang parents aku bagi pun bukan tak cukup, tapi selalu dihabiskan ke tempat lain untuk berfoya2..huhu.

Lagipun makan kat kedai mamak mahal dan aku rasa tak berbaloi bayar untuk makanan diorang. Kedai orang tempatan pun lagi murah dari diorang dan waktu aku belajar awal tahun 2005 dulu pun bukan ada wireless pun dorang nak cas lebih. Lagipun itulah alternatif yang ada kalau nak makan sedap dan takkan nak menghadap megi ngan nasi bujang jer. Duit tak ada pun nutrisi kena cukup.

Tapi bukan selalu tak ada duit jer makan lari, kadang2 ada duit pun saja nak lari terutamanya kalau ramai2. Macam2 taktik yang digunakan contohnya blah sorang2 lepas tu tau2 semua dah hilang dan kalau mamak tu perasan dia akan kejar dan kitorang akan lari sepenuh hati.

Dulu dalam tahun 2004 (form 5) aku suka makan lari kat mamak medan selera roof top sungai wang plaza. Order makan sedap2 dah kenyang cabut..! Tu pasal agaknya orang kata Punk makan sampah. ( waktu sekitar 2004 – 2006 aku masih dalam scenes Punk yang kuat ideologi anarkisnya..hehe ). Bayangkan aku berlari dengan seluar sendat dan kasut boot yang berat..😛

Pernah sekali aku menyelamatkan member aku pasal dia kena pegang dengan mamak kat Bukit Bintang. Aku patah balik dan rembat mamak tu kat belakang badan dia..kuikui. Dah la tapak doc mart keras beb.. menyingai mamak tu..haha

Masuk kolej pun ada jumpa 2-3 orang gak yang makan lari. Bukan setakat makan lari, kalau sabun atau ubat gigi habis pun diorang rembat kat kedai runcit kolej. Skang dia dah jadi engineer yang berjaya dah..kalau kawan2 aku yang baca ni kenal tau la sapa dia. Sampai kan buku dekat borders Times Square pun dia boleh rembat keluar dari situ tanpa alarm berbunyi. Aku sekadar makan lari jer, kalau mencuri tu sekali jer dekat kedai muzik kompleks Campbell. Barang aku rembat time tu ialah CD ori Tribute To Ramones. Hahaha..nak beli 79.90 bro.

Tapi tu semua cerita dulu zaman2 nakal.Sekarang tak boleh sebab aku mencari rezeki melalui bisnes takut sangkut jer pintu rezeki. Lagipun berdosa besar makan benda haram jadi darah daging kepala otak pun tak betul. Kesian kat orang berniaga pasal kita aniaya dia.

Tanpa dapat dikesan, tiba2 jer hilang..hehe

“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” al baqarah 118

Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”

  1. sempoi la bro.
    haha.
    kenangan silam mmg best.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: