alonganaz

Medan Selera Uptown

In Peribadi on April 14, 2010 at 4:27 pm

Aku baru sahaja balik dari menjamu selera di Uptown Damansara tadi dan sekarang jam kat lap top aku menunjukkan pukul 12.07 am. Tiba2 sahaja terbit idea nak buat cerita pasal Uptown Damansara iaitu tempat faveret aku untuk berpeleseran menjamu selera..yang juga memberi banyak kenangan aku kat sini.

Uptown Damansara ni terletak berdekatan dengan Taman Tun Dr Ismail ataupun Bandar Utama Damansara. Sebab apa aku pilih sini adalah kerana harga makanannya yang murah dan berpatutan untuk seorang lelaki bujang yang sentiasa kesengkekan duit macam aku ni. Tambahan pula kat tempat lain tak ada chicken chop harga RM8 hinggit macam kat sini. Jadi sesuailah untuk orang tak berduit tapi berselera besar macam aku ni.

Disebabkan aku memboikot kedai kopitiam yang juga menjadi faveret spot aku bersantai kerana tak ada sijil halal dari JAKIM jadi makin kerap la aku ke Uptown Damansara ni. Kalau tempat lain yang berdekatan pula ialah Hartamas Square tapi aku kurang melepak di Hartamas sebab crowded yang penuh macam kandang kambing tetapi versi manusia yang perasan hot. Walaupun orang bagi title ‘abang long hartamas’ kat aku tapi aku sendiri tak lepak kat situ..melainkan kalau aku buat makan2 dengan budak2 jemaah aku..haha.

Jadi kalau korang yang ada kat area KL ni nak cari makan singgahlah kat Uptown Damansara ni sebab makanan dia pelbagai dan murah. Cuma kalau waktu malam dan hujung minggu memang susah nak mencari tempat letak kereta pasal penuh. Tapi kat sini tak ada perkhidmatan jalur lebar internet tanpa wayar yer (kalau sebut ‘wireless’ dah betul dah kan..haha).. jadi tak perlu nak bawak laptop kat sini kecualilah korang nak buat presentation MLM.

Dulu kat depan medan selera Uptown damansara ni ada gerai2 Uptown tapi dah kena pindah ke Kota Damansara..sebabnya aku pun tak tahu.Dulu aku selalu lepak ngan kawan2 aku kat situ cari barang murah. Kadang2 boleh nampak la kelibat Bob Kuman kat situ tengah jaga deretan gerai.

Depan medan selera tu ada banyak deretan kedai yang menjual dvd cetak rompak. Untuk korang yang miskin tak ada duit nak beli dvd ori macam aku ni, bolehlah ke situ..harga sekeping RM 8.Kalau yang lucah2 aku tak tahu berapa..haha. Tak pun pergi kat kedai dvd sebelah starbucks tu..ada sorang cina dengan tatu naga kat lengan tu baik ngan aku pasal aku regular customer dia.Jadi korang sebut jer nama aku dapatlah harga dvd RM6 sekeping macam aku..haha. Dia sendiri cakap dengan aku banyak2 customer dia, nama aku sorang jer dia ingat. Mungkin sebab aku suka merapu dengan dia tiap kali aku datang situ. Dah la bagi aku diskaun 2 hinggit, aku siap pau rokok dia lagi..😛

Ohh entri kali ni tak ada gambar pasal handphone aku kualiti kameranya sangatlah ‘memuaskan’.Jadi aku cilok gambar orang jer la yer der..

P/s : Kalau pernah dengar lagu ACAB iaitu ‘street of Uptown’ lagu tu tuju kat tempat ni la..

  1. rindu aku tempat ni..haha kenangan terindah beb..char kue teow terbaik!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: