alonganaz

Usahawan Kelantan

In Bisnes on April 1, 2010 at 8:49 am

Sebelum ni aku ada menulis tentang perangai jelek orang Kelantan semasa perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil 7 November 2009 lepas.Macam2 pandangan aku terima pasal tu daripada orang Kelantan.Paling banyak mesej sampai dalam peti inbox email aku.

Itu aku menulis dalam sisi yang kelihatannya agak negatif terutama membabitkan semangat kenegerian.Kali ni aku nak menulis yang positif pula iaitu bagaimana aku melihat dan menyaksikan sendiri pengalaman berniaga dan bekerja bersama orang Kelantan.

Sekarang aku terlibat didalam syarikat industri multilevel yang mana kebanyakan orang cukup benci.Syarikat aku sekarang adalah syarikat yang keempat selepas melalui kegagalan demi kegagalan sebelum ni.Dalam industri ni apa yang kita perlukan adalah jaringan bawah dan sebab tu ia dinamakan industri networking.Kalau kukuh dan besar jaringan kita yang mendaftar dan menjadi konsumer maka banyaklah pulangan kita terutama sekali jika barang tersebut adalah barang yang unik.

Disini aku melihat kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh para rakyat negeri cik siti wan kembang ni.Apa yang aku perhatikan mereka adalah para usahawan dan peniaga yang gigih. Malah mereka tidak akan mencemuh dan menolak mentah2 jika ditawarkan sesuatu peluang perniagaan yang baru.Lebih senang dan cepat jika tawaran itu dibuat oleh seseorang yang berasal dari negeri yang sama dengan mereka.Disini mereka ada rasa saling percaya sesama sendiri dan apa yang aku dengar, jarang mereka akan menipu peniaga lain yang sama asal dengan mereka.Ini disebabkan sikap saling bantu membantu mereka apabila berada di perantauan atau luar dari negeri mereka.

Disebabkan itu aku lihat jika sesuatu perniagaan yang memeukan jaringan seperti ini maka kumpulan mereka akan paling cepat bergerak kerana adanya sokongan yang kuat dari kalangan mereka.Syarikat yang aku sertai sekarang adalah baru dan cuma meletup di KL dan Pulau Pinang.Namun disebabkan ada seorang sahaja leader yang berasal dari pantai timur maka syarikat ini melompat dan menggegarkan pasaran di sana terutamanya di Kota Bharu.

Malah salah seorang mentor aku seorang juga berasal dari sana.Daripada seorang lelaki biasa dia dah hampir mencapai status jutawan dalam masa kurang setengah tahun sahaja. Selain itu yang paling penting adalah semangat untuk berniaga dan saling bantu membantu cuma yang penting jangan menipu tentang profil perniagaan kita.

Belajarlah dari sikap positif mereka yang saling membantu..!

  1. dik sebenarnya ornag kelantan ini depa baik dan lembut. sebab tu la bas kita skmk.-sampai kelantan mesti kawan—— awas orang lelaki di luar sana.

    akak sendiri pun banyak berkawan dengan mereka dari pelbagai bangasa sdari semua negeri. semangat ornag kelate tiada tanding.mereka memang kuat berniaga. sebab ti la negeri miskin tetapi orng nya kaya. kalu tak percaya banding aja dengan n trenganu kita plate kereta dah DBQ tapi mereka TAY. ganu negeri kaya tapi rakyat nya sekin.

    bukan nak bangga nak bangga diri tapi keyataan ornag kelantan boleh di umpama dengan jawa yang keras hati. memang mereka ni kata orang kedah keteganhg maknanya degil yang teramat tapi lembut.

    satu lagi kalu adik datang kelantan amat ketara ialah perempuan kelantan walaupun dah tua tapi masih cantik dan mgancam serta masih ada serinya. inni kenyataan …………la sebab akak banyak merantau so boleh buat bandingan. sebab orang kelantan mereka betul jaga badan dalam pantang. makan jamu hai mengalah jamu mak dara.

    apa pun setiap manusia walaupun dalam satu negara tapai mempunyai budaya yang berbeza so kita trima seadanya jangan nak kutuk mereka……semua budya adaya baiknya.

  2. kalo nok tengok orang kelantan lain skit tengok atong a.k.a juwe.. dok gaye ore klate doh dio tuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: