alonganaz

Anti Pemasaran Multilevel

In Bisnes on March 21, 2010 at 7:28 am

Tak aku nafikan suatu ketika dahulu aku amat skeptikal dan mempunyai pandangan yang amat negatif tentang sesuatu pernigaan yang berasaskan sistem multilevel marketing atau dalam istilah yang dikenali ramai, MLM. Sehingga ke hari ini aku masih memandang negatif kepada hampir 90 peratus syarikat MLM yang bertapak di Malaysia ni.

Kerana apa..? aku benci melihat para networker ini memberikan janji2 dan impian yang terlampau tinggi kepada mereka yang masih belum terlibat didalam industri ni.Antara janji merapu mereka adalah akan jadi jutawan dalam masa yang singkat, usaha sedikit tapi pulangan berganda dan sebagainya.Ia seumpama taboo dalam kehidupan masyarakat kita yang suka memikirkan kemewahan hidup tetapi tidak mahu berusaha dan mewujudkan suatu sistem kerja yang efektif pada diri.

Dan akhirnya, bisnes yang sepatutnya menjadi industri yang hebat dan diakui ini dicerca, dihina dan dipandang rendah oleh mereka yang pernah gagal dalam industri ini ataupun mereka yang tak pernah kenal atau mendengar tetapi terus menghentam dan menghukum industri multilevel ni.Bukankah kita harus bersikap positif terhadap semua perkara..? Bukanlah salah mereka yang mencerca ini sepenuhnya, kerana terlampau ramai penipu dan pembelit dalam multilevel ni, jadi akhirnya industri ni dicerca.

Antara alasan mereka yang membenci multilevel adalah kerana berikut :

  1. multilevel adalah sistem piramid
  2. mereka hanya menjual sistem bukan produk
  3. 90 peratus ahli yang join tidak dapat pulangan modal
  4. hanya orang atas mendapat untung
  5. MLM kebanyakannya disertai oleh orang yang sentiasa tak cukup duit dan berimpian mahu mendapatkan kekayaan dengan cara yang mudah.
  6. bla, bla, bla..
  7. hu, ha, hu ha..

Memang dalam setiap perniagaan pun akan ada sistem piramid dan memang tidak akan dapat dielakkan.Kecualilah kalau kita hanya satu2nya entiti dalam organisasi sesebuah syarikat.Pasti akan ada kerusi Pengarah Urusan di kedudukan paling atas dan kerusi kerani cabuk yang terletak di paling bawah.Namun yang bawah boleh keatas kalau dia berusaha bersungguh2.Bolehkah ada 2-3 orang Perdana Menteri dalam satu2 masa..?

Dan kepada syarikat MLM/Networking yang menjual sistem dan bukan produk inilah syarikat yang amat menimbulkan kebencian dalam diri aku.Mereka hanya menekankan komisen kepada downline yang mereka dapat, dan bukan pada produk.Kalau ada produk pun cuma sekadar mengaburi mata dan bersifat tempelan.Sebuah syarikat MLM yang baik akan mempunyai produk yang hebat dan tiada persaingan.Sebaiknya yang mempunyai hak paten kerana jika ada hak paten, tiada syarikat lain yang boleh mengeluarkan produk sama yang dimiliki mereka.

Produk pula haruslah bermanfaat dan jika kita tidak dapat pulangan modal pendaftaran sekali pun, kita mendapat manfaat daripada produk yang kita dapat dari pendaftaran tadi seperti faedah dari segi kesihatan.

Berkenaan upline sahaja yang mendapat untung ini kenyataan yang betul tapi bukan keseluruhannya tepat.Sudah adat dalam dunia bisnes tujuan kita adalah mendapat keuntungan daripada orang lain.Tapi perlualah dilakukan dengan cara yang jujur dan menimbulkan kepuasan dan persetujuan dari kedua belah pihak.Apa perniagaan yang tidak memberi keuntungan pada orang lain..? Bila ada orang mati pun akan memberi keuntungan pada si penjual kain kapan.

Berikutan kenyataan orang yang tak cukup duit sahaja yang join MLM, aku mahu bertanya kepada kalian pula, berapa ramaikah diantara kita yang cukup makan pakai minum kita hari ni.Kalau gaji setakat rm3000 sebulan pun masih dikira miskin di Kuala Lumpur.

Jangan kita menyalahkan MLM semata2 kerana kegagalan kita dalam bidang ini.Dan bukan juga menyalahkan diri semata-mata kerana kegagalan kita, tetapi nilai semula kesilapan kita dalam membuat keputusan seperti rambang mata apabila dijanjikan kekayaan dengan jalan mudah.Pilih biar tepat dan tidak menjadi kesalahan pun terlibat dalam bidang yang diakui hebat oleh Warren Buffet dan Donald Trump ini.Jangan cepat terpedaya dengan syarikat MLM yang kebanyakkannya cuma menipu.

Sebaliknya cari sebuah syarikat yang dah diakui kukuh di persada dunia, hebat produknya dan apakah yang kita boleh belajar dari syarikat tersebut. Cari peluang di syarikat yang bukan hanya menawarkan sistem secara MLM, tetapi dalam masa yang sama syarikat MLM tersebut menawarkan peluang francais dan pelaburan di suatu tempat yang diakui kebenarannya seperti pelaburan di bursa saham Malaysia dan bukan pelaburan yang entah kemana perginya.

Sampai bila kita nak melihat manusia skeptikal seperti ini..?

P/s : Kalau ada pertanyaan tentang MLM sila ajukan, aku akan cuba menjawab semua pertanyaan tu dengan jujur dan ikhlas.

  1. i love mlm dah join almost 1 year pulangan dah dpt lgi berganda pastu sebab buat biz herbalife, betul ckp awk nak cari biz kena tau apa produk yg kita jual sebab saya ada baca satu buku berkaitan jutawan mlm dia ckp nak buat biz mlm kunci dia produk pastu baru pemasaran, i dah dapat company yg best yg kukuh dan produk yg marbelusss.. nak tau apa peluang yg herbalife boleh bg kat korang pm aku or add aku 012718997 email nurainiain@ymail.com, org melayu kena grap peluang sebab peluang dlm biz mlm ne umpama peluang yg dtg bergolek dpn mata tak payah sibuk nak sakit hati dlm biz, kita dlm mlm ne sharing dan duplicate.. the more u duplicate the more u earn.. askum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: