alonganaz

Kasihanilah Mereka

In Kehidupan, Sindiran on March 20, 2010 at 5:04 pm

Tadi aku makan malam di medan selera Uptown Damansara iaitu sebuah tempat yang menjadi kegemaran aku untuk menjamu selera.Semasa sedang menjamu selera memang kebiasaan disitu, akan lalu orang buta ataupun makcik2 tua datang menjual tisu ataupun keropok.

Dari satu meja ke satu meja mereka pergi meminta dari setiap mereka yang ada disitu untuk membeli barang jualan mereka.Dari pandangan mata sesetengah orang kehadiran mereka ini merimas dan agak menjengkelkan.Masakan tidak, sedang enak menjamu selera, didatangi pula oleh mereka ini.Boleh terbantut selera mereka ini.

Namun pernahkah kita berfikir betapa sukarnya hidup mereka ini..? aku bukan meminta kalian untuk menderma pada setiap mereka, cuma janganlah layan mereka ini seperti haiwan.Isunya mungkin nampak kecil, tapi aku agak sensitif bila melihat bila mereka iaitu penjual tisu dikalangan orang buta ini datang, mereka menolak dengan sebelah mata.

Lebih teruk aku perhatikan ada yang cuma mengangkat tangan menandakan tidak mahu sambil sedikit pun wajah mereka tidak memandang kepada golongan ini tadi.Apa salahnya menolak dengan berhemah seperti menghulurkan senyuman..? Fahamkah kita penderitaan mereka ini..? Pernahkah kita cuba merasakan peritnya mereka ini hidup didalam kegelapan tanpa ada beza siang dan malam..?

Lebih menyakitkan hati aku kalau yang datang menjual keropok ataupun barang yang lain ini adalah makcik tua namun sedikit pun tidak dihormati oleh anak2 muda yang ada.Hanya kerana dia miskin kita tidak boleh hormatkan mereka..? Cuba fahami penderitaan insan tua seperti mereka mengerah setiap kudrat yang ada mengusung plastik2 besar berisi barang untuk dijual.Bukanlah suatu pekerjaan yang mereka mahukan untuk mendapat sesuap nasi.

Nasihat aku kalau tidak mahu, kalian tolaklah dengan elok dan ukirkan senyuman pada mereka.Mereka juga manusia bukan objek kaku yang cuma boleh ditunjukkan tangan.Tidak sepatutnya ada istilah ‘talk to the hand’ disini.

Namun aku agak kecewa melihatkan kebanyakan pengemis buta yang menjual tisu ini majoritinya adalah berbangsa Melayu.Sudah tiadakah badan korporat milik Melayu yang mahu membantu mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan..? Dimanakah hasil zakat bernilai ratusan juta ringgit itu..? Benarkah aku dengar tiada kecekapan dan terlalu banyak kerenah birokrasi tentang pengagihan wang zakat ni..? Terlampau banyak persoalan bermain di kepala otak aku ni.

Lu pikirlah sendiri..!

  1. kadang2…ade je yang berpura2….atuk sy dah penah kene….dulu dy selalu dermakan untuk golongan2 yang mcm tu…tp, ade 1 hari tu, ade rumah salah sorg golongan mcm ney terbakar……Maby Allah nak tunjuk….duet syiling dijumpai sgt bnyk…n duet kertas x smpat diselamatkan……sejak tu, atuk sy dah kurang percye ngan golongan mcm ney…tp sy rase bkn sume…niat yg bg tu ikhlas……terpulang la pada yang menerima..samada dy jujur atau pown x…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: