alonganaz

Kopitiam Tak Halal

In Bisnes, Isu Semasa on March 19, 2010 at 2:31 pm

Tak dinafikan salah satu tempat aku suka melepak adalah di kopitiam kerana mahu mengakses internet tanpa wayar yang disediakan dan suasana dalam kopitiam itu sendiri yang selesa dan santai.Namun baru2 ni aku dikejutkan oleh akhbar2 tempatan yang mendedahkan di Malaysia ini cuma ada 2 sahaja kopitiam yang mempunyai sijil status halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Peliknya kebanyakan kopitiam yang aku jumpa mempunyai sijil status halal yang dapat dilihat dilekatkan sama ada di cermin premis ataupun dibingkaikan di kaunter.Selepas diselidiki dari sudut undang2 di Malaysia rupanya sijil halal yang dikeluarkan bukan daripada JAKIM adalah diragui status halalnya.

Nampaknya selepas mamak, umat Islam ditipu lagi oleh kopitiam.Yang hairannya aku lihat hari ni masih ramai lagi umat Islam yang dengan selamba hadapnya makan makanan yang disediakan di kopitiam yang diragui status halalnya.Jadi itu mungkin punca kebanyakan kedai kopitiam tidak kisah untuk memohon sijil status halal dari JAKIM mungkin kerana sikap acuh tak acuh bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri.

Kuasa beli orang Islam di Malaysia sangat besar.Jika kita boikot kopitiam yang diragui status halalnya ini pasti akan memberi impak yang besar kepada keuntungan premis kopitiam tersebut.Tak aku nafikan dahulu hampir setiap hari aku akan melepak di kopitiam namun sebagai umat Islam kita harus sedar akan tanggungjawab kita dalam memilih makanan yang baik atau halal.Allah SWT memberi garis panduan pada kita untuk kita memilih makanan pasti mmpunyai hikmah dan faedah yang tersirat dan tersurat di sebaliknya.

Kalau tak tahan sangat pun cukuplah dengan sekadar menikmati secawan kopi di kopitiam.Tunjukkan kuasa pembeli kita terutamanya yang beragama Islam supaya pemilik kopitiam nampak ketegasan kita dalam hal ni.Ada orang kata kalau nak melepak di kedai Melayu agak kurang selesa dari segi layanan ataupun perkhidmatannya.

Maka buat peniaga Islam, ini adalah salah satu perkara yang sepatutnya membuka mata kalian untuk menyediakan sesuatu perkhidmatan yang lebih baik.Kedai makanan Melayu Islam yang ada sekarang dilihat terlalu tipikal dari segi dekorasi mahupun perkhidmatannya.Belajar konsep kopitiam dan kaji mengapa orang suka dengan konsep yang mereka ketengahkan.Bangsa Melayu kena buka minda kalau mahu melakukan bisnes.

Boikot Kopitiam..!

P/s : Sijil halal selain yang dikeluarkan kopitiam adalah diragui status halalnya.Bila ada keraguan hukumnya adalah haram.

  1. ahahaha kalau melayu bukak ikut hukum-hakam but if orang bukan melayu bukak tak ikut langsung cuma yang peliknya kenapa diaorang masih maju berbanding melayunya? hm….

  2. standard la tu bro..mmg skang kopitiam kebanyakkannya cina yg pegang..pada dorang melayu xde duit, so ada halal ke x dorang x ambil peduli pon..itu apa yg sy rasa la..

  3. […] at 6:40 am Sebelum ni aku ada menulis tentang Kopitiam yang diragui status halal dan haramnya. (LINK) Dahulu aku memang tegar dengan kopitiam sampaikan hari2 nak melepak di kopitiam. Kat kampung aku […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: