alonganaz

Parti Keadilan.Adil Ke..?

In Politik on March 18, 2010 at 10:33 am

Minggu lepas aku ada baca tentang seorang anggota tentera yang mati terbunuh akibat kemalangan dengan kereta milik ahli Parlimen Batu dari parti Keadilan Rakyat iaitu Tian Chua.Anggota tentera terbabit iaitu Allahyarham Mohd Salleh Bin Hamdan meninggal serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat dirempuh kereta ahli parlimen tersebut di jalan Kota Tinggi-Mersing.

Seperti kes lain yang dipaparkan di media lain, aku mengikuti kes allahyarham dengan penuh minat.Namun kecewa apabila tiada sebarang ulasan pun yang aku baca dari media pakatan rakyat seperti Harakahdaily.com mahupun dari akhbar online suarakeadilan.Kenapa Dato Nik Aziz ataupun penasihat parti keadilan rakyat, Bro Anwar Bin Ibrahim tak bagi ulasan pun tentang kejadian ni.

Dulu kerajaan negeri Selangor ada bagi pampasan pada mendiang Teoh Beng Hock dan kalau tak silap aku sekitar RM20k.Kalau baca dalam media Pakatan Rakyat, mereka julang mendiang sebagai seorang wira yang dizalimi sehingga mati sedangkan kes tu belum pun dibuktikan di mahkamah.Kemudian berduyun demonstrasi diadakan menuntut keadilan untuk mendiang TBH.Setiap hari aku akan baca 3-4 akhbar tak kisahlah dari media kerajaan atau pembangkang, namun tiada pun ulasan secara panjang lebar dan teliti mengenai kes ni.

Jangan lupa, arwah adalah seorang anggota tentera yang bertugas berbakti pada negara dan sehingga ke hari ni tak ada seorang pun yang setahu aku pemimpin tinggi PR yang tampil memberi penjelasan tentang kes ni.Malah ulamak2 (konon) dalam PAS pun seakan berdiam diri.Kalau yang buat tu dari kerajaan teruk dimaki hamunnya oleh ‘ulamak2 ni’ tapi dalam kes ni kenapa diam membisu..? Takkan alasan nak menjaga keharmonian hubungan Pakatan Rakyat lagi kot.

Tian Chua ni dulu gigit telinga polis, sekarang langgar askar pulak.Per cer Anwar Ibrahim..? Mana keadilannya..?

Mana Lawyer Singh is King Karpal Singh.Suruh la Tian Chua bertaubat macam masa kau marah dengan anwar Ibrahim dulu.Ptuihh..!

P/s : aku bukan blogger pro kerajaan yer.Sebab aku lagi suka kutuk kerajaan dari pembangkang..🙂

Kereta Tian Chua. (ihsan blog Unspinners)

  1. politik malaysia =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: