alonganaz

Nilai Hartanah

In Bisnes on March 15, 2010 at 5:38 pm

Aku suka baca buku jutawan hartanah yang ditulis oleh saudara Azizi Ali sebab banyak bagi kesedaran dan ilmu pada aku tentang aset pemilikan hartanah.Entah berapa ramai diantara kita yang sedar betapa pentingnya memiliki aset terutamanya tanah dan rumah yang mana di Malaysia ni kadar peningkatannya adalah sangat tinggi pada setiap tahun.

Syuku tuhan bagi kesedaran pada aku tentang perlunya aku berusaha gigih untuk memiliki hartanah sendiri dalam usia yang muda iaitu 23 tahun.Percaya atau tidak antara laman sesawang kegemaran aku adalah www.iproperty.com sebab aku suka melihat segala aset dalam tu yang aku impikan untuk memilikinya suatu hari nanti dengan usaha yang gigih.

Pada anak muda aku nasihatkan untuk berusaha dari sekarang agar kita dapat memiliki aset seperti rumah dan tanah kerana kadar peningkatannya adalah tinggi setiap tahun.Apa yang aku nampak kalau kita tidak berusaha dari sekarang maka bersedialah untuk hidup dalam keadaan dan suasana yang tidak selesa.Ingat, sangat penting untuk kita merancang masa depan kita dengan teliti..dan jangan tertinggal sedikit pun maklumat yang penting walaupun agak kelihatan remeh seperti ini.

Kalau mahu pendapatan lebih, cuba-cubalah belajar tentang pemilikan aset dan pelaburan hartanah.Aku pun sedang mengumpul dana untuk belajar tentang pelaburan didalam bidang hartanah.Kalau mahu hidup yang selesa, maka kita harus pandang lebih jauh kehadapan agar suatu hari nanti kita tak akan menyesal kerana tidak pernah berusaha hari ini.

Itu sahaja..yang penting kita harus tahu menilai, memilih dan menjangka potensi sesuatu aset yang kita mahu memiliki seperti tanah dan rumah.

P/s : Harga rumah di KL sahaja meningkat sehingga ke RM30k-RM50k MINIMUM setiap tahun.Berusahalah dari sekarang..!

  1. wah bagus info awk ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: