alonganaz

Cerita Uncle dan Abang Sam

In Cerita on March 11, 2010 at 3:50 pm

Kali ni nak cerita kisah Uncle Sam yang merantau jauh dari Malaysia ke England.Siapa sebenarnya Uncle Sam ni nanti aku akan terangkan di penghujung cerita.Uncle Sam ni adalah seorang lelaki tua yang berusia diantara lingkungan 50-60an dan menetap di Newcastle iaitu sebuah tempat di England.

Dah lama Uncle Sam ni menetap di sana dan bagaimana dia boleh berada si situ di sini kisahnya.Sebenarnya Uncle Sam ni berasal dari negeri Kelantan.Semasa zaman mudanya dia seperti anak muda lain yang suka berhibur dan di kampungnya itu dia ada seorang kekasih yang cun melecun.Namun percintaan mereka tak direstui oleh kedua ibu bapa perempuan tersebut.

Disebabkan satu insiden dia telah dihalau keluar dari kampungnya dan kerana terlalu kecewa, Uncle Sam membawa dirinya jauh ke Newcastle, England.Sejak tu Uncle Sam tak pernah balik lagi ke Malaysia ( frust konon) sehinggalah suatu hari sekumpulan pelajar dari Malaysia menumpang di rumahnya.Akhirnya setelah berpuluh tahun, Uncle Sam pulang semula ke Kelantan, Malaysia setelah disedarkan oleh sekumpulan pelajar Malaysia ini lagi.

Yang hebatnya, walaupun berpuluh tahun meninggalkan Malaysia, Uncle Sam masih pekat bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dan memasak makanan Melayu.

Kisah kedua ialah mengenai abang sam@ steven yang aku kenal di semasa tengah melepak di Kuching, Sarawak.Kisahnya lebih kurang sama kerana dia membawa diri akibat cinta sehingga merantau sehingga 8 tahun ke beberapa buah negara.Setelah 8 tahun baru dia pulang ke sini dan tidak seperti uncle Sam, abang Sam sudah tidak berapa fasih bertutur Bahasa Melayu walaupun dalam dialek Sarawak.Yang dia tahu cuma kamek, kitak jak.Lain nya sik tauk, susah juak kamek mok kelaka..haha.

Sebenarnya Uncle Sam adalah watak dalam drama Cinta Antara Benua yang dilakonkan oleh M.Rajoli terbitan Kuasatek Pictures dibawah arahan Mohd Noor Kadir.Drama ni adalah kegemaran aku semasa kecil2 dahulu dan sampai sekarang aku masih menonton jika ada kelapangan.Abang Sam pula adalah watak realiti yang memang aku jumpa didepan mata dan sedikit masa lagi aku akan menulis dengan terperinci kisah abang Sam.

Baru2 ni aku ada jumpa abang Sam di Bangsar Village, KL.Alhamdulillah selain dah memeluk Islam dia dah ada cinta baru.Kisah mereka memberi aku semangat untuk pergi berhijrah dan melihat dunia tapi yang pasti bak kata pepatah ‘ hujan emas negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ‘.Lambat laun akan balik semula kesini dan insyaAllah cita2 aku ni akan tercapai tak lama lagi.

Paling penting melihat dunia bukan kerana membawa hati yang terluka, tapi pergi melihat dunia membawa chenta hati.Haha..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: