alonganaz

Bisnes..? Pilih Dengan Tepat

In Bisnes on March 6, 2010 at 7:31 pm

Baru2 ni aku dapat banyak tawaran bisnes daripada kawan2 aku.Begitu juga dengan rakan2 aku yang lain, mereka juga mempunyai situasi yang sama dengan aku.Baguslah nampaknya kesedaran untuk berniaga sudah mula ada pada kita bangsa Melayu.

Bila rakan2 aku menawarkan sesuatu bisnes yang baru pada aku, aku suka mendengar dan melihat kesungguhan mereka untuk berjaya.Diharapkan mereka bersungguh-sungguh dalam setiap kerja yang mereka usahakan.Hari ni ramai yang mahu berjaya tapi takutkan kegagalan.Sepatutnya kita jadikan kegagalan tu sebagai guru supaya kita belajar dari kesilapan, bukan menjadikan kegagalan untuk kita menyerah sebelum berjuang.

Tapi setakat berusaha sahaja tidak mencukupi, kerana yang paling penting adalah kita perlu berada di atas landasan atau jalan yang betul.Ibaratnya secantik, selaju dan secanggih manapun sebuah kereta tetap tidak akan sampai ke destinasinya jika bergerak diatas sebuah kawasan sawah padi.

Terlalu banyak syarikat atau rakaniaga yang menawarkan bisnes pada golongan yang sedang mencari sumber untuk menjana pendapatan sampingan.Namun berapa banyak sangat yang telus dan jujur pada kita..? Disinilah kita harus menggunakan kebijaksanaan akal kita untuk memilih.Kerana banyak yang auta daripada menerangkan fakta..!

Memang mudah melakarkan pelan pemasaran dan menunjukkan keuntungan yang bakal didapati sehingga beratus ribu malah berjuta diatas sehelai kertas, tetapi bukan mudah diaplikasikan di alam realiti.Aku tengok ramai orang kita senang terpengaruh dengan cerita2 orang yang auta tentang kononnya kita bakal jadi jutawan ataupun kaya raya jika menyertai mereka.

Jika itu berlaku pada kalian minta mereka yang mendakwa itu tunjukkan bukti.Faktor kedua untuk menyertai sesuatu bisnes, lihatlah profil syarikat itu sendiri.Berapa lamakah syarikat yang menawarkan peluang bisnes itu sudah berada di industri bisnes..? Kukuhkah syarikat itu..?

Kita sendiri yang harus timbulkan pelbagai persoalan supaya tidak ditipu.PALING PENTING adalah jangan kita dijadikan BAHAN EKSPERIMEN ataupun UJIAN oleh sesuatu syarikat untuk melihat sejauh manakah bisnes mereka akan pergi.Pilihlah syarikat yang telah terbukti melahirkan ramai manusia yang telah berjaya.Ingat pesanan dari aku, kita perlukan FAKTA BUKAN CERITA AUTA dan jangan jadikan kita EKSPERIMEN oleh sesuatu syarikat.Dan jangan cuba untuk mengeluarkan modal yang berada diluar lingkungan kemampuan kita.

Memang kita harus berani untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk memulakan bisnes, namun biarlah munasabah dengan taraf hidup kita.Kalau boleh jangan sehingga berhutang.

Faktor ketiga jika kalian menyertai sesebuah syarikat MLM, pilihlah syarikat yang produknya tiada pada syarikat2 lain.Lebih bagus lagi yang produknya mempunyai hak paten.Kekuatan sesuatu bisnes adalah pada syarikatnya, produknya dan perkhidmatannya.Jangan kita mudah terpengaruh dengan janji2 kononnya bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan kemewahan TAPI lihatlah dari segenap aspek seperti yang aku sebut diatas.

Kalau kita menjadikan wang dan kemewahan sebagai matlamat utama semata2 PERCAYALAH kita tidak akan kemana kerana cuma angan2 kosong.Sebaliknya gunalah akal untuk memilih, berusahalah dengan ikhlas dalam bisnes untuk berjaya nescaya kemewahan akan datang pada kita sendiri lambat laun.Paling penting berada di landasan yang betul dan usaha..! Bijaklah memilih..!

Paling penting adalah untuk menimba ilmu tentang sesuatu perniagaan.Jika memilih MLM buat penilaian pada prestasi syarikatnya, kekuatan produknya dan ketelusan pelan pemasarannya.Dan kalau memilih FOREX pastikan timba ilmu untuk trading dengan betul dan secara berperingkat.Manakala kalau mahu melabur pastikan kepala penuh dengan ilmu pelaburan.Yang perlu diingati ialah tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan ataupun kemewahan hidup.

P/s : Terima kasih buat para perintis dan leader2 di AMKEY INC yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku tentang selok belok didalam dunia perniagaan.Kita akan sama2 mendaki puncak kejayaan disini..! Go AMKEY..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: