alonganaz

Kategori Pelancong

In Isu Semasa on March 5, 2010 at 11:08 am

Tadi aku menikmati makan tengahari di Times Square Bukit Bintang.Selepas tu waktu yang ada aku gunakan pula untuk berjalan-jalan di pusat membeli belah sekitar  kawasan Bukit Bintang.Selain gadis-gadis comel berpeleseran yang menarik perhatian seorang insan bernama lelaki seperti aku, aku juga tertarik melihat gelagat2 pelancong yang ada di sekitar KL ni.

Mat bangla, mat Hendon, mat Nepal, mat Myanmar dan operator2 kilang atau yang sewaktu dengannya tidak termasuk dalam kategori pelancong bagi aku yer.Mereka melarikan diri apabila dikejar oleh petugas imigresen atau RELA dah membuktikan mereka ini bukan pelancong.Sebaliknya dalam kategori sampah yang dah semakin menimbun di bumi Malaysia ni hinggakan warga tempatan pun ditengelami bayangannya oleh para PATI ini. (nampak sangat aku menyampah ngan diorang..hehe.)

Berbalik pada cerita pelancong di Malaysia tadi, ada dua jenis pelancong yang suka aku perhatikan iaitu pelancong dari Timur Tengah atau lebih dikenali dengan nama Pak Arab dan juga pelancong dari barat yang orang kita gelarkan mat salih ataupun orang putih.Tak tahulah kalau aku sahaja yang menyedari perkara ini dan kalian pula tidak menyedarinya.

Perasan atau tak, pelancong dari timur tengah atau pak arab ni bila mereka ke Malaysia mereka akan menunjukkan imej yang ‘high class’ pada warga tempatan seolah-olah mereka mahu memberitahu mereka adalah golongan yang kaya dan punya banyak wang.Kita sedia maklum memang negara arab kaya dengan hasil minyak yang pelbagai jenis iaitu selain minyak petrol, mereka juga kaya dengan minyak atar, minyak zaitun, minyak tanah, minyak masak, orang minyak dan segala jenis macam minyak lagi.

Imej yang mereka tonjolkan dari atas sampai bawah semuanya esklusif dan agak susah untuk melihat mereka makan di gerai2 murah yang terdapat di sekitar KL.Mereka ini lebih kurang sama perangai dengan mat2 negro yang berlagak seolah mereka adalah rap superstar di sini.Pak arab ni kalau melancong di Malaysia pun, mereka akan cuba mencari makanan arab.Kalau dah nama pun pelancong, cubalah cari dan cuba selera makanan tempatan barulah namanya melancong kan.

Ini berbeza pula dengan pelancong mat salih yang dapat kita lihat kebanyakannya di Malaysia adalah lebih ringkas penampilan mereka.Bukanlah sesuatu yang janggal bila kita melihat orang putih ni cuma memakai selipar dan menggalas beg yang besar di belakang mereka sambil membawa peta Malaysia kemana-mana.Malah tidak menjadi sesuatu yang asing apabila melihat mereka makan di kedai2 mamak di sini.Paling banyak aku saksikan di Bangsar dan agak pelik melihat orang putih makan roti sardin menggunakan tangan.

Kesimpulan yang dapat aku buat, Pak Arab melancong tujuan utamanya untuk membeli belah dan pergerakan mereka disini pun bebas.Tak perlu sentiasa berpurdah seperti di negara mereka dan disini lah mereka nak menunjukkan gaya hidup ‘high class’.Manakala bagi pelancong dari barat, mereka melancong kerana mahu meneroka dunia dan melihat adat budaya orang luar.Kalau mahu membeli belah, pusat membeli belah kat negara diorang pun banyak.

Setuju tak..? Hehe

Mat Salih kalau melancong memang suka bawa beg besar gedabak..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: