alonganaz

Bijak Memilih Syarikat

In Bisnes on March 4, 2010 at 8:22 pm

Kalau kita lihat dalam FB hari ni terlalu banyak program bisnes untuk menjana pendapatan sampingan.Salah satunya adalah melalui sistem bisnes berdasarkan jaringan iaitu Multilevel Business.Kalau nak diikutkan sejak dari zaman aku di IPT aku dah didedahkan secara asas oleh rakan2 yang mengajak aku untuk menyertai syarikat mereka.

Namun memang dah sifat aku lebih suka memerhatikan dahulu tapi yang aku nampak dalam Multilevel bukan peluang tapi satu perasaan menyampah.Ini kerana semasa mereka mengajak aku untuk join bisnes mereka seperti Uptrend contohnya, mereka suka menaburkan janji2 tak masuk akal dan angan2 kosong bagi aku.Lagipula perlu mencari ahli seramai mungkin untuk ‘mantain’ pendapatan mereka.

Lebih bertambah menyampah ada yang berani mengambil risiko dengan menggunakan duit pinjaman MARA dan PTPTM untuk menjadi ahli yang melibatkan penyertaan sehingga beribu-ribu ringgit.Sepatutnya jika mahu memulakan perniagaan, modal hendaklah berada di dalam lingkungan kemampuan kita.Contohnya jika kita pelajar, modal perniagaan yang kita keluarkan tu adalah di dalam kemampuan kita.Berniaga apa pun perlukan modal, tapi kita harus berfikir dari segenap aspek yang tidak akan merugikan kita dengan jumlah kerugian yang tinggi jika jadi apa2 yang tidak diingini.

Tapi hari ni aku sendiri terlibat dalam syarikat multilevel kerana jika kita pandai memilih, ada yang akan memberi peluang besar buat kita.Jadi nasihat aku pada kalian, ambil sikap berhati-hati dalam memilih jalan alternatif untuk menjana pendapatan sampingan yang berlambak-lambak iklannya di Facebook. Jangan hanya terpengaruh dengan kata2 yang menjanjikan sesuatu yang kurang masuk dek akal.Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Pastikan pelan pemasaran yang dijalankan memberi keutamaan kepada jualan produk melalui networking dan bukannya dengan mencari dan mendapatkan keahlian (cari orang) dengan yuran keahlian yang tinggi.Kebanyakan syarikat dan tawaran pendapatan yang ada di internet hari ni hanya menjual sistem, bukannya produk. Produk yang aku lihat kebanyakannya pun cuma sekadar tempelan utnuk mengaburi mata orang ramai.

Bisnes yang hebat adalah yang hebat profil syarikatnya, hebat dan berkualiti produknya (kalau boleh produk yang mempunyai hak paten) dan telus dari segi pelan pemasarannya (jika MLM).Hari ni banyak syarikat dan bisnes yang ditawarkan di internet mahupun FB mengikut sistem multilevel namun tidak disebut kerana tanggapan negatif dan perasaan fobia orang ramai pada sistem multilevel.

Jangan pilih pelan pemasaran yang hanya menguntungkan orang atas sahaja sebaliknya pelan yang memberi untung berdasarkan pada siapa yang berusaha lebih, dia yang akan berjaya.Sudah terlalu banyak program skim cepat kaya versi internet yang ditawarkan sekarang.

Syarikat Baru di Malaysia..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: