alonganaz

Besarkah Manusia..?

In Islam on March 4, 2010 at 6:03 pm

Jika kita mengatakan dunia ini luas dan besar, dan manusia ini hanyalah makhluk yang kerdil maka ada kebenarannya.Jadi untuk apalah kita merasa angkuh dan bangga diri dengan apa yang kita ada kerana sesungguhnya rasa itu cuma milik Allah yang Maha Besar.

Perlukah kita mendada mengangkat muka apabila melihat orang lain..? Maka disebabkan itu kita diperintahkan sujud dan memuji tuhan ‘Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi’ kerana itu petanda bahawa manusia cuma insan yang kecil di dunia ini.Kita diperintahkan untu sujud pada arah yang satu, kerana itu tanda perpaduan kita umat Islam. Jadi jauhkan lah sifat angkuh dan lihat bukti dibawah yang akan menyedarkan kalian betapa kecilnya seorang insan bernama manusia di dunia.

Manusia tinggalnya di bumi.Dan lihatlah perbandingan dunia yang kita tinggal ini dengan planet yang lain.

Mungkin bumi lebih besar berbanding 4 planet diatas tetapi bandingkan saiz bumi yang kita diami ini dengan 4 lagi planet dibawah.

Dan bandingkan pula bumi dengan matahari.Yang kelihatan cumalah sebuah titik yang hampir tidak kelihatan.

Dan dimanakah pula kedudukan matahari di alam semesta..?

Matahari juga seperti bintang2 yang lain yang kita lihat di langit.Hanyalah seperti sebuah titik kecil di alam semesta.Jadi besar dan hebat sangatkah seorang manusia untuk berasa angkuh dan sombong sesama manusia, dan lebih teruk lagi menafikan kewujudan tuhannya..? Jika Allah SWT mahu menghapuskan seluruh habitat manusia sekalipun, adalah perkara yang mudah bagiNya kerana dialah yang mencipta alam semesta yang luas ini.

Hayati dan dalami maksud ‘Allah Maha Besar’ yang kita ucapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: