alonganaz

Login Facebook Dapat RM100..? Hukumnya

In Isu Semasa on March 2, 2010 at 5:47 am

Semenjak sebulan dua ni aku perhatikan terlampau banyak iklan2 di FB yang seolah-olah memperbodohkan orang ramai.Antaranya ‘Tiap hari login FB dapat duit’ ataupun ‘Tidak perlu buat apa2 duit masuk’ lah dan sebagainya.Biasanya orang yang tidak tahu berfikir sahaja akan cepat tertarik dengan sesuatu tawaran tu.

Aku menulis ini pun setelah sebulan aku diperkenalkan dengan bisnes ‘senang’ diatas dan membuat kajian dan penelitian aku sendiri di forum2 perniagaan internet seperti di MelayuNiaga.com dan WangCyber.com. Malah aku juga cuba membuat penilaian dengan kajian aku sendiri serta bertanya pada pakar2 Multilevel bergelar Ustaz di pejabat syarikat MLM yang aku sertai.Malah jawapannya sama dan akan aku terangkan kemudian.. Paling penting ada panel syariah.

Memang bukan tabiat aku untuk mengutuk bisnes2 lain apatah lagi aku sendiri terlibat didalam MLM.Namun begitu aku cukup benci dengan iklan2 yang memperbodohkan orang ramai sebegini dan kalau ada syarikat MLM yang memperbodohkan orang ramai kononnya akan senang atau kaya cepat pun aku akan ‘kondem’ walaupun dia dari syarikat MLM aku sendiri.Terangkan dengan fakta dan bukti..selalu aku ingatkan dowline aku supaya jangan menipu dan ingatkan mereka tiada jalan mudah nak berjaya TAPI boleh berjaya jika kita di landasan yang betul.

Diperkenalkan oleh 2-3 orang rakan aku beberapa minggu lepas dan caranya mudah hanya RM100 modalnya dan kita akan diberi replika site sendiri.Pada siapa yang tahu lebih kurang program affiliate jugalah atau mungkin sama, sebab aku bukan mahir sangat pun.Pada mulanya aku memuji kesungguhan mereka sebab aku suka melihat kesungguhan anak Melayu bersusah payah mencari rezeki berniaga.

Namun setelah meneliti program ni, aku mula sangsi dengan statusnya. Dimanakah syarikatnya..? Produknya ada namun ia tidak lebih sekadar tempelan sahaja kerana yang lebih menarik perhatian orang bukan produknya tapi 100 peratus komisen yang akan kita dapat daripada penyertaan dowline2 kita yang mendaftar melalui replika site kita.

Jika dipanggil perniagaan sudah tentu setiap ahli rakaniaga program Infinity Downline tersebut perlu tahu dimana lokasi syarikatnya beroperasi.Tidak cukup hanya dengan tahu program ini berasal dari USA.

Kalau mahu berniaga carilah sebuah perniagaan yang kukuh syarikatnya yang kita nampak dimata dan berkualiti produk serta pelan pemasarannya.Jangan hanya main terjah dek kerana pandangan kabur dengan janji manis untuk mendapat wang dengan cara yang mudah.Tiada cara yang mudah untuk berjaya jika tanpa berusaha.Paling penting selain perlu berusaha gigih, kita haruslah berada di landasan yang betul.Tidak cukup hanya dengan berusaha kuat tapi syarikatnya menipu atau produknya samar2.

Ibaratnya sebuah kereta Ferrari sudah terkenal dengan prestasinya iaitu sebuah kereta yang laju.Namun jika kereta tersebut bergerak diatas sawah padi sampai bila pun tak akan sampai ke destinasinya.Begitu juga manusia, ramai aku lihat sudah mula berusaha dengan gigih namun perlu bijak membuat penilaian sendiri.Pilihlah sebuah syarikat yang KUKUH, produknya BERKUALITI dan pelan pemasarannya TELUS (bagi MLMers).Ada 3 faktor ini kita semua sudah ada potensi untuk berjaya.

Baca link Ustaz Zaharudin tentang Infinity Downline (LINK) . Dan dibawah ini adalah jenis manusia yang tidak boleh menerima teguran. Merasakan dirinya sahaja yang betul dan menghalalkan setiap tindakan untuk memuaskan perasaan diri.

P/s : Banyak syarikat yang bagus untuk jana side income seperti AMWAY, COSWAY, SCORE A PROGRAM dan sebagainya.Semua syarikat ni sudah terbukti berjaya terutamanya sebuah syarikat tempatan iaitu DCL.

  1. pendapat peribadi aku bg MLM agak negatif tapi aku tau tak sume keje nak menipu orang, ade membe aku yang join MLM ni dah kaye. Siap pakai Honda Jazz lagi, jeles aku. Haha~ Bagi aku, orang yang join ni akan dapat hasil daripada usaha die sendiri. Member aku sendiri dah ingatkan aku, masuk MLM bukan sesuatu yang pasti untuk kaya & berjaya, kene usaha macam die. Tapi kalau MLM yang iklan tak payah buat ape2, just dok diam pastu dpt komisen aku rase ni dah macam tipu orang. Lagi satu bagi aaku MLM ni kene fokus kalau nak join, jangan memain & yg plg penting ade target….

    Aku memang respek la kat sesape yang join bisnes, tak kire la melayu, cine @ india. Bisnes memerlukan kesabaran yg tinggi, tang kesabaran tinggi tu yg aku tak berape nak tinggi. Tapi aku ade tanam niat, aku takkan hidup makan gaji selame2nye…
    Sekian dr aku…

  2. […] Ramai betul ahli infinity downline yang marah bila mereka merasakan aku seolah-olah aku cuba menjatuhkan bisnes mereka dengan menulis tentang betapa tidak bersetujunya aku dengan program yang dipanggil ‘bisnes’ ini. (LINK) […]

  3. yes setuju… senang jek nak mula. nak jadi org pertama mulakan pon senang. cth caranye la ye..

    “HAH … LOGIN FB DAPAT RM1000000!!!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHAHA…. SENANG JEK, KORANG MASUKKAN RM1000000 DALAM ACC AKU, LEPAS TU KORANG POST PLAK STATUS SAMA CAM AKU, ORG NAK JOIN SROH TRANSFER RM1000000 DALAM ACC KORANG, PASTU KORANG SROH ORG TU WAT CAM KORANG BUAT.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: