alonganaz

Cerita Seorang Salesman Ep 2

In Peribadi on March 1, 2010 at 4:11 pm

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku menjadi seorang jurujual jualan langsung atau dikenali dalam bahasa Inggerisnya Salesman ataupun Direct Selling.Sebelum ni aku ada berkongsi cerita tentang bagaimana aku mengagumi seorang salesman selepas menyaksikan kegigihannya menjual (LINK) barang, tapi kali ni aku sendiri nak berkongsi pengalaman aku menjadi seorang salesman hari ni.

Semuanya atas kerelaan aku sendiri untuk mengikut kawan aku yang bekerja sebagai seorang salesman untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang salesman.Aku mahu belajar sesuatu dan yang semestinya dari bawah sebab kata orang, semua orang berjaya merasai pengalaman bermula dari bawah.Jadi seawal pada pukul 8am pagi tadi (semasa artikel ni ditulis) aku dah ada di pejabatnya untuk memulakan tugas.

Selepas diberi taklimat dimana kawasan untuk menjalankan jualan, kami pun terus ke Kelana Jaya SS6.Baru aku tahu setiap jurujual akan diberi sebuah peta yang di’highlights‘kan oleh pihak atasan untuk menunjukkan kawasan jualan mereka.Mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk keluar daripada kawasan yang telah ditetapkan oleh syarikat.Jika tidak dimerit akan dikenakan.

Maka berjalanlah aku kehulu kehilir mengikut rakan aku tadi dan kawasan pertama aku adalah di pusat membeli belah Giant pada sekitar pukul 10am.Sambil memerhatikan pengawal keselamatan, kawan aku terus menjalankan jualannya iaitu sejenis jam tangan untuk perempuan.Habis semua orang diredahnya, tidak kira tua atau muda dia menjalankan aktiviti jualannya.Semua lot kedai di pusat membeli belah tu dimasuknya.Aku yang mengikut cuma mendiamkan diri sahaja dan dalam hati berfikir kalau aku, mampukah untuk melakukan sedemikian..?

Cuma dalam banyak2 kedai aku tertarik dengan kedai yang dijaga oleh dua adik beradik perempuan kembar perempuan berbeza watak walau seiras.Yang seorang memang suka dengan barang perhiasan perempuan, manakala seorang lagi seorang yang agak ‘sporty’ dan kurang berminat dengan barangan yang terlalu girly. (aku suka..! ..😛 )

Bukanlah suatu pengalaman yang menarik menjadi seorang salesman apabila terpaksa berjalan ke sana sini tanpa henti dalam keadaan cuaca yang panas ditambah lagi dengan pakaian kami yang kasual lengkap bertali leher.Aku suka memerhatikan setiap perangai manusia terhadap seorang salesman.Ada yang melayan dengan baik, ada yang nak pandang muka pun tak mahu tak kurang juga yang menghalau.Tapi aku tabik dengan ketabahan kawan aku ni yang memang tebal muka asalkan barang jualannya dibeli.

Cuma aku agak kurang bersetuju bila setiap salesman ni masuk kawasan tanpa kira tempat termasuklah pejabat-pejabat kerajaan yang tengah beroperasi.Ia sedikit sebanyak akan memberi rasa kurang selesa pada setiap pekerja apabila sering diganggu ketika sedang menyiapkan tugasan.Siap kawan aku kena ‘sound’ sebab walaupun dah terpampang jelas tulisan ‘No Salesman Allowed’ kat pintu dia tetap nak main langgar jer semua tempat.

Pada petangnya kami pulang semula dengan keadaan cuaca yang sangat lebat di Kuala Lumpur.Kesimpulannya aku tidak akan memilih untuk menjadi seorang salesman walaupun aku sendiri terlibat dalam perniagaan Multilevel Marketing.Ada yang beranggapan ia adalah 2 bidang yang sama namun bagi yang mengetahui terlampau banyak perbezaan antara Jualan Langsung dan Multilevel Marketing.Kita tidak perlu kehulu kehilir sehingga aku rasa nak tercabut kaki kerana berjalan dibawah terik matahari untuk menjual sesuatu barang.

Walaupun salesman ni merimaskan, tapi lepas ni aku akan lebih menghormati setiap salesman yang aku jumpa walaupun aku tidak berminat dengan barang yang ditawarkan.Bukan senang mahu berjalan dari pagi sampai petang dengan pakaian formal, ditambah lagi dengan kepanasan cuaca di Malaysia, bercakap perkara yang sama beratus-ratus kali sehari, ia adalah tugas yang sangat sukar.Bukan semua orang boleh melakukan kerja sebagai seorang salesman..!

P/s : Namun dalam hati kecil aku tetap mengatakan bahawa jualan secara direct selling adalah ketinggalan zaman.

P/s : Lepas ni aku akan berkongsi cerita tentang aku kebetulan bertemu seorang lelaki india yang sama sel lokap dengan aku dahulu semasa sedang menjalankan aktivti sebagai seorang salesman.Segala ceritanya selepas keluar dari tirai besi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: